I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

Rama-Rama Dan Wanita

Cuba kita lihat rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.


Artikel Ini Saya Dapat Dari
  • SINI
  • Dosa yang Lebih HEBAT dari ZINA

    Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam duka cita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya.

    Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala dia berkata,

    "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."
    "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s terkejut.
    "Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik.
    "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

    Maka perempuan itupun terpatah bercerita,
    "Saya... telah berzina."

    Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan,
    "Dari perzinaan itu saya pun... lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... Cekik lehernya sampai... tewas", ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

    Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang dia mengherdik perempuan tersebut.

    "Nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

    Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terhantuk-hantuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tidak tahu mahu dibawa ke mana lagi kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?

    Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,

    "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya?

    Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat.

    "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina Dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.

    "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"
    " Ada !" jawab Jibril dengan tegas.

    "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran.

    "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.

    Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

    Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti mereka seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

    Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi Dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, Kemudian dia mengqadanya, maka dia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 Hari, sedangkan satu Hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.Dasyatnya azab neraka.

    Demikianlah kisah Nabi Musa Dan wanita pezina Dan dua hadist Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi Kita Dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqamah. Insyallah.


    Artikel Ini Saya Dapat Dari
  • SINI
  • Kenapa Perlu Motivasi?

    Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

    1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
    Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

    2. Tekad Bermotivasi.
    Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

    Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

    3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
    Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

    Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

    4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
    Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

    Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

    Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

    5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
    Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

    Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

    Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

    Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

    Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

    Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

    Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

    6. Lihat Warna Cerah
    Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

    Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

    Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

    7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
    Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

    Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

    Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

    Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

    Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

    Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

    Hakikat Rindu

    Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

    Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)


    Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.


    Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.


    Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”


    Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.


    Artikel Ini Saya Dapat Dari
  • SINI
  • Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?

    Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

    Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.


    Anda ingin lebih cantik dan menarik??

    # Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

    # Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

    # Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

    # Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

    # Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

    # Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

    # Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

    # Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.



    Artikel Ini Saya Dapat Dari
  • SINI
  • Apa Nak Jadi Dengan Remaja Islam Ni?

    1. Ada wanita yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Islam meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

    2. Ada wanita pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang ternampak alur bontot.

    3. Ada wanita pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

    4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul (terdedah).

    5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!

    6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

    7. Ada perempuan bertudung, ‘bermanja-manja’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

    8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Islam memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.


    Apa Nak Jadi Ni Kawan-Kawan?

    Akibat Meninggalkan Solat

    Seorang kanak-kanak datang berjumpa Rasulullash S.A.W sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullash S.A.W yang sedang duduk bersama kawan-kawan yang lain.
    "Mengapa engkau menangis wahai anaku?" tanya Rasulullah.

    "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang memakamkan ayahku? dan siapa pula yang akan memandikanya?" Tanya anak itu.

    Segeralah Rasulullah memerintahkan Umar dan Abu Bakar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu telah bertukar menjadi babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melaporkan kepada Rasulullash S.A.W.

    Maka datanglah sendiri Rasulullash S.A.W kerumah jenazah itu. Didoakan kepada Allah sehingga mayat itu menjadi jenazah manusia yang sempurna. Kemudian Nabi menyembayangkanya dan meminta para Sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika mayat itu hendak di makamkan, mayat itu bertukar semula menjadi babi hutan.

    Melihat kejadian itu Rasulullash S.A.W menanyakan kepada anaknya tentang apa yang dikerjakan ayahnya semasa hidup.

    "Ayahku tidak pernah mengerjakan solat semasa hudupnya." jawab anak itu.

    Kemudian Rasulullash S.A.W bersabda kepada para sahabat yang bermaksud:- "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."


    Artikel Ini Saya Dapat Dari SOLEHAH m/s 7, keluaran FEB.

    Once Open A Time



    Ni mama saya, mama yang selalu saya rindu, selalu saya ingat, selalu saya sayang dan cinta, mama yang amat sangat penyayang walaupun dia tegas dengan pendirian, mama yang serius dalam mendidik kami, mama yang great for me, mama yang tak suka marah-marah, mama yang cool,mma yang cute macam mukak saya jugak mama ni, mama yang sayang saya, mama yang selalu sya susahkan, mama yang selalumengeluh dengan saya,
    mama yang saya sangat-sangat hargai pengorbananya mama yang pernag buat saya menangis, mama yang tak pernah pukul saya, mama yang selalu call saya tanyak kabar, study n macam-macam benda lagi.. I LURVE U MAM !!


    =====================================================================



    Ni plak time kat SMK MEROTAI BESAR TAWAU dalam tingkatan 3, 2002..
    memperkenalkan dari kiri anda
    -Searwin, Rusdie, Azrizul Hisyam.
    Belakang dari kanan anda
    -Fahmi Zulfika, Saya, Razali, Idris, Rustan Dan Yunus.

    =====================================================================



    Ni plak time kat SMK MEROTAI BESAR TAWAU dalam tingkatan 5, 2004..

    Luahan Hati Orang Pendiam

    Jika Anda kenal dengan seorang yang pendiam, tentu susah untuk Anda dekati dia kan? Apa pun, jum dengar luahan hati orang yang pendiam ni:-

    Luahan pertama:
    “kami orang pendiam ni bukannya pendiam sangat, cuma kami segan nak bercakap. Kekadang rasa rendah diri, sebab kami tak sehebat orang lain. Sebelum ni ramai orang tertawakan kami tiap kali kami bercakap. Seolah-olah kami boneka, bahan pecetus ketawa. Down jugaklah tengok diorang gelakkan kami”.

    Luahan kedua:
    “Heran kenapa orang pandang negatif sangat dengan kami. Ada lagi tu, siap menyakat kami. Bukan sekali dua, berkali-kali sampai beratus kali, entah kali yang keberapa. Kami tak pernah kacau orang. Kenapa orang suka sangat kacau kami? Pleaselah hargai privasi kami”

    Luahan ketiga:
    “walaupun kami ni pendiam macam nampak bodoh-bodoh. Iyelah, kita diam saja kannn. Orang yang terlalu banyak bercakap tu lah yang bodoh, sampai menipu-nipu, menampakkan dirinya hebat. Tak semua yang dia cakap tu betul”.


    Moral Of Story


    Anda boleh dekati orang pendiam dengan menyelami hatinya. Mereka pendiam bukan semulajadi, tapi oleh sebab mereka memilih cara dingin untuk berkomunikasi.

    Jangan cepat melenting jika anda tak dilayan pada pertama kali bersapa dengan mereka yang pendiam ni. Sabarkan hati. Mesti ada cara lain yang boleh Anda gunakan untuk mendekati mereka.

    Kaji mereka. Jika Anda buat apa yang mereka buat, minat apa yang mereka minat dan pergi ke mana mereka pergi, saya percaya Anda boleh ngam dengan mereka.

    Orang pendiam ada kelebihan-kelebihan tersendiri. Mereka biasanya bijak, cepat menganalisis cuma mereka ni jenis manusia yang suka bersendirian. Tak suka heboh-heboh. Diamnya diam berisi, macam ubi jugak.

    Albert Einstein adalah seorang lelaki pendiam. Thomas Alva Edision pun sama, seorang lelaki pendiam. Diam-diam mereka, merekalah yang berjaya melakar nama mereka dalam lipatah sejarah. Jangan pandang rendah dengan orang pendiam.



    Artikel Ini Saya Dapat Dari
  • SINI
  • Dan telah saya edit sedikit cara penyampainya

    10 Fakta Menarik Berkaitan Darah

    Sepuluh Fakta menarik yang berkaitan dengan DARAH !!

    1. Ketika dilahirkan, kita hanya ada kira-kira secawan darah sahaja dalam tubuh kita.

    2. Darah membentuk 7% daripada berat badan manusia.

    3. Sel darah merah membekalkan oksigen, manakala sel darah putih pula mencari oksigen, menyerang dan membunuh segala organisma yang masuk kedalam tubuh, terutamanya bakteria. Nanah sebenarnya beasal daripada sel Neutrfil (yang membentuk 65-75% daripada darah putih) yang mati selepas membunuh kuman.

    4. Satu pain darah yang kita dermakan sudah cukup menyelamatkan tiga nyawa manusia.

    5. Susu lembu yang dicampur darah adalah makanan kegemaran masyarakat Masai di Afrika.

    6. Orang Moche (peru), Scythia (Greek) dan Nomad di Rusia meminum darah musuh pertama yang mereka bunuh sebagai lambang keberanian dan kegagahan.

    7. Terdapat juga manusia yang mempunyai perangai pelik iaitu suka menghisap darah dari luka seorang manusia lain.

    8. Dianggarkan terdapat 4.7-6.6 liter dalam tubuh seorang lelaki manakala perempuan, 3.8-5.7 liter.

    9. Pada 1928, William Harvey (1578-1657) Dari Universiti Cambridge telah diistiharkan sebagai manusia pertama yang menegetahui tentang peredaran darah didalam tubuh manusia. Namun sebenarnya ketika itu, telah ramai saintis Eropah yang telah pun mengetahui bahawa saintis Islam bernama Ibnu Nafis Ali Bin Abi al-Hazamal-Quraisy telah menulis perkara berikut 300 tahun lebih awal dari harvey.

    10. "Kemudian Airmani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang temulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkuskan dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha suci Allah pencipta yang paling baik."

    Surah al-makminun: 14.

    Artikel Ini Saya Dapat Dari Majalah Mastika Edisi April 2009, M/s 39.

    cerpen: Penyesalan Yang Tak Berbalas..

    Suasana di dalam bilik bersalin begitu sunyi sekali. Yang kedengaran hanyalah suara rintihan Nizah menahan kesakitan hendak melahirkan anak sulung.

    "Subhanallah... sakitnya.. aduuh.. Bang sakit nya tak tahan saya" keluh Nizah pada suaminya Zell yang ketika itu ada disisinya.

    "Apalah awak ni.. susah sangat nak bersalin. Sudah berjam-jam tapi masih tak keluar- keluar juga budak tu. Dah penat saya menunggu. Ni mesti ada sesuatu yang tak elok yang awak sudah buat, itulah sebabnya lambat sangat nak keluar budak tu. Banyak dosa agaknya," rungut Zell kepada isterinya, Nizah.

    Sebak hati Nizah mendengar rungutan suaminya itu, tetapi dia tidak menghiraukannya, sebaliknya, Nizah hanya mendiamkan diri sahaja dan menahan kesakitannya yang hendak bersalin itu. Nizah tahu sudah hampir 3 jam dia berada dalam bilik bersalin itu tetapi bayinya belum lagi keluar. Itu kehendak Allah Ta'ala, Nizah tidak mampu berbuat apa-apa, melainkan hanya berserah kepada Tuhan.

    Sejak Nizah mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zell terhadapnya. Zell seolah-olah menaruh perasaan benci terhadap Nizah dan anak yang dikandungnya itu.

    L, Jururawat yang bertugas pada masa itu datang memeriksa kandungan Nizah dan kemudian bergegas memanggil Doktor Zali iaitu Doktor Peribadi Nizah. Doktor Zali segera datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran bayi Nizah itu. Nizah hanya mendiamkan diri menahan kesakitan dan kelihatan air matanya meleleh panas dipipi gebunya itu. Nizah menangis bukan kerana takut atau menahan sakit tetapi kerana terkenang akan rungutan Zell tadi. Saat melahirkan pun tiba. Doktor Zali menyuruh Nizah mengeran.

    "Come on Zah. You can do it..."

    Kata kata perangsang Doktor Zali itulah yang membuatkan Nizah begitu bertenaga dan dengan sekali teran sahaja kepala bayinya itu pun sudah keluar.

    "Alhamdulillah", bisik Nizah sambil tersenyum pahit apabila dia melihat bayinya yang selamat dilahirkan itu.

    Selang beberapa lama kemudian tiba-tiba Nizah terasa sakit sekali lagi dan dia terus meneran untuk kali keduanya, sejurus itu juga keluar seorang lagi bayi, kembar rupanya.

    "Tahniah Nizah, Kamu dapat anak kembar tak seiras, lelaki dan perempuan, comel macam you juga." Begitulah kata-kata pujian dari Doktor Zali.

    "Tahniah Zell, it's a twin" Doktor Zali mengucapkan Tahniah kepada Zell pula.

    Zell hanya mendiamkan diri sahaja setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya yang kembar itu. Pada masa itu Doktor Zali memang sengaja menyuruh Zell melihat bagaimana keadaan ketika isterinya hendak melahirkan anak sulung mereka itu.

    Pada masa yang sama, Nizah sudah mula merancang akan nama yang bakal diberikan kepada anak-anaknya itu. Yang lelaki akan diberi nama Mohamad Daniel dan yang perempuan akan diberi nama Siti Dania. Nizah merasa begitu lega sekali setelah melahirkan kembarnya itu, tetapi sesekali bila dia teringat kata-kata Zell sebelum dia bersalin tadi hatinya menjadi begitu sebak dan sedih sekali. Sebenarnya memang terlalu banyak kata-kata Zell yang membuat Nizah berasa jauh hati sekali. Terutamanya sepanjang dia mengandung. Tetapi Nizah hanya mampu bersabar, kerana dia tahu kalau dia mengadu pada emaknya tentu dia akan dimarahi semula. Jadi dia hanya mendiamkan diri dan memendam rasa sahaja sepanjang dia mengandungkan anaknya itu.

    Kedua-dua anaknya, Mohammad Daniel dan Siti Dania telah diletakkan dibawah jagaan Nursery di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk memberi peluang Nizah berehat sebentar setelah penat melahirkan anak, kemudian nanti dapatlah dia menyusukan kedua kembar yang comel itu.

    Tiba-tiba fikiran Nizah menerajah kembali kedetik-detik semasa dia mengandung dahulu. Zell memang selalu memarahinya, ada sahaja perkara yang tidak kena yang Nizah buat di mata Zell. Macam-macam kata-kata nista yang dilemparkan kearah Nizah setiap hari. Ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal, semuanya dilontarkan pada Nizah seolah-olah melepaskan geram dan dendam yang tak sudah. Tidak sanggup rasanya Nizah menghadapi semua itu tetapi demi menjaga kestabilan kandungannya, Nizah kuatkan juga semangat dan pendiriannya supaya terus tabah menempuh ujian Tuhan itu.

    Yang paling menyedihkan sekali ialah sewaktu Nizah mula-mula disahkan mengandung oleh doktor peribadinya Zali. Zell tidak percaya yang Nizah mengandungkan anaknya. Dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal untuk mengesahkan kandungan isterinya itu. Keraguan timbul didalam hati Zell tentang anak dalam kandungan Nizah itu. Zell tidak mahu menerima kenyataan yang Nizah akan mengandung sebegitu awal sekali sedangkan mereka berkahwin baru 3 bulan. Kandungan Nizah pula sudah masuk 2 bulan, bermakna Nizah cuma kosong selama sebulan sahaja selepas mereka berkahwin. Bagi Nizah pula itu perkara biasa sahaja yang mungkin turut dilalui oleh pasangan lain juga.

    Setelah membuat pemeriksaan Doktor, Nizah pulang kerumahnya dalam keadaan sedih, Pada mulanya Nizah berasa sangat gembira bila dia disahkan mengandung tetapi sebaliknya bila Zell tidak mahu menerima anak dalam kandungannya itu, perasaannya terus berubah menjadi duka pula. Zell menuduh yang Nizah telah berlaku curang, dan anak dalam kandungannya itu adalah hasil dari kecurangan Nizah sendiri. Hati isteri mana yang tidak remuk. Hati isteri mana yang tidak kecewa apabila dituduh sebegitu rupa oleh suaminya sendiri. Nizah pasrah dan kecewa dengan tuduhnan yang tidak berasas itu..

    Pernah suatu ketika Nizah bertengkar dengan suaminya.

    "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu lagi, dulu abang pelembut, suka berjenaka, ini tidak asyik nak cari kesalahan Izah saja. Mengapa bang?" dengan nada sedih Nizah bertanya kepada Zell.

    "Kaulah penyebab segalanya. Tak payahlah nak tunjuk baik." Jawab Zell dengan amarah.

    "Entah jantan mana yang kau dah layani kat opis kau tu." sergah Zell lagi.

    "Abang syak Izah buat hubungan dengan lelaki lain ka ni? Subhanallah!! Kenapa Abang syak yang bukan-bukan dengan Izah ni? Izah kan isteri Abang yang sah sekarang ni, tak kanlah Izah nak buat jahat dengan orang lain pulak, Bang"? tepis Nizah pula.

    "Allah dah beri kita rezeki awal, tak baik cakap macam tu bang. Itu semua kehendak Allah." Nizah menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zell meleraikan pelukannya dengan kasar sekali sehingga Nizah jatuh tersungkur dibuatnya. Lantas itu Nizah menangis. Zell langsung tidak mengendahkannya. Deraian airmata Nizah semakin laju membasahi pipi membanjiri bumi. Nizah hanya mampu menangis sahaja. Amat pedih sekali Nizah rasakan untuk menahan semua tohmahan dari Zell, suaminya yang sah.

    "Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Izah. Kawan baik dengan bini sendiri, suami sendiri, bapak dengan anak, hah! emak dengan menantu pun boleh terjadi tau, apatah lagi macam kau ni, tau tak. Dulu tu kawan lama kau yang satu opis dengan kau tu, Aslan, bukan main baik lagi budak tu dengan kau." Lawan Zell lagi. Tanpa disangka-sangka rupanya Zell menaruh seribu cemburu terhadap isterinya.

    "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.. heee teruknya!! Nasib aku lah dapat bini macam kau ni," kutuk Zell terhadap Nizah.

    "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh Izah yang bukan-bukan. Izah bukan perempuan yang tak tentu arah bang. Walaupun Izah hanya anak angkat dalam keluarga Izah ni, Izah bukan jenis macam tu bang, Izah tau akan perbuatan yang halal dan haram, hukum hakam dalam agama islam, Izah bukan buta agama bang."

    "Memang Izah tak pernah tau asal-usul keluarga kandung Izah, tapi Izah bersyukur dan berterima kasih pada emak angkat Izah kerana menjaga Izah sejak dari kecil lagi. Izah dianggapnya seperti darah daging sendiri." Nizah mula membangkang kata-kata fitnah suaminya itu.

    "Abang jangan cuba nak menghina keluarga kandung Izah bang, walaupun mereka tidak membesarkan Izah tetapi disebabkan merekalah, Izah lahir kedunia ini. Tambah Izah lagi sambil menahan sebak didada yang semakin mencengkam.

    Semenjak peristiwa pertengkaran itu, setiap hari Nizah terpaksa pergi ke tempat kerja Zell apabila habis waktu bekerjanya. Sementara menunggu Zell pulang Nizah berehat di Surau tempat Zell bekerja. Zell bekerja sebagai seorang salesman barangan elektrik di salah sebuah Pusat membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur, dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zell bekerja shif malam terpaksalah Nizah menunggu Zell sampai tengah malam. Begitulah keadaannya setiap hari sehingga apabila perutnya semakin membesar pun Zell masih memaksanya untuk ikut sama. Terpaksalah Nizah berbohong kepada emak dan keluarganya yang lain dengan mengatakan yang dia buat kerja overtime, semata-mata untuk mengelakkan pertengkaran dan tuduhan serta kata nista suaminya itu.

    Dengan keadaan perut semakin membesar Nizah masih gagahkan juga dirinya pergi bekerja. Kadangkala apabila Zell tidak datang menjemputnya, Nizah terpaksa berasak-asak menaiki bas untuk pulang. Begitulah keadaan Nizah sehinggalah hampir pada waktu bersalinnya. Pernah sekali Nizah minta untuk dijemput kerana dia sudah larat benar tetapi Zell membalasnya dengan kata-kata kesat yang amat mengecewakanya, perempuan tak tau malu, berdikarilah, berlagak senang, berlagak kaya, perempuan tak sedar diri, tak layak jadi isteri, menyusahkan dan macam macam lagi kata kata nista yang di humban oleh Zell kepadanya.

    Suatu hari Zell dalam keadaan marah telah menarik rambut Nizah dan menghantukkan kepala Nizah ke dinding konkrit sekuat hatinya. Nizah hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan itu. Ini semua gara-gara Nizah hendak pergi ke rumah Mak Saudaranya yang ingin mengahwinkan anaknya di Selayang. Emak Nizah pun sudah seminggu pergi kesana untuk menolong Mak Saudaranya itu. Hari sudah semakin petang jadi Izah mendesak agar bertolak cepat sikit, lagipun langit sudah menunjukkan tanda-tanda hendak hujan.

    "Hari dah nak hujan, Bang. Elok rasanya kalau kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut" Pinta Izah.

    Tanpa disangka-sangka kata-kata Nizah itu membuatkan Zell marah dan dengan dengan tiba-tiba sahaja Zell bangun. Dengan muka bengisnya, Zell memandang Nizah.

    "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu kejap lagi ka? aku punya sukalah nak pergi malam ka, siang ka, tak pergi lansung ka." Jawab Zell dengan nada marah.

    Nizah pun menjawab, "Itu Izah tahu bang, Abang kan dah berehat dari pagi tadi takkan masih penat lagi. Sepantas kilat Zell datang kepada Nizah dan direntapnya rambut Nizah lalu di hantukkan kepala Nizah ke dinding. Nizah tidak berdaya untuk menghalangnya. Ya Allah! Sungguh tergamak Zell berbuat demikian.. terasa kebas kepala Nizah dan dirasakannya mula membengkak. Pening kepala Nizah dibuatnya.

    "Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menerima semua ini. Kau lindungilah aku dan kandunganku ini dari segala bahaya dan azab sengsara, Ya Allah." Doa Nizah dalam hatinya dengan penuh keluhuran. Nizah memencilkan dirinya disudut dinding dan menangis sepuas-puasnya hingga tiada lagi airmata jernih kelihatan di pipinya.

    "Bang, Izah minta maaf jika kata-kata Izah tadi membuatkan Abang marah." Nizah memohon maaf kepada suaminya sambil tersedu-sedu.

    Hari itu seperti biasa Zell ketempat kerjanya. Tiba-tiba handphonenya berbunyi. Kedengaran suara Doktor Zali menyuruhnya datang segera ke hospital, kerana ada sesuatu yang berlaku terhadap Nizah.

    Setibanya di hospital..

    "Zell, kami sudah cuba untuk menyelamatkan Nizah tapi kuasa Allah melebihi segalanya, Nizah mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ini pernah tak Nizah terjatuh atau kepalanya terhantuk kuat pada sesuatu? kerana sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama" Doktor Zali bertanya agak serius kepada Zell. Dia inginkan penjelasan sebenar dari Zell. Zell hanya tahu mendiamkan diri.

    Serentak itu juga Zell teringat yang dia pernah menarik rambut Nizah dan menghantukkan kepala Nizah ke dinding konkrit sekuat-kuatnya, dan selepas kejadian itu Zell tidak pernah sekali pun membawa Nizah ke klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya. Nizah sering mengadu sakit kepala yang teruk.. namun Zell tidak pernah mengendahkan kesakitan Nizah itu, malah baginya Nizah hanya mengada-ngadakan cerita saja. Buat-buat sakit untuk minta simpati la katakan.

    Sambil menekap mukanya dengan tangan, seribu kekesalan tergambar pada wajah rahsia hati Zell...

    "YA ALLAH apa yang aku dah buat ni?"

    Doktor Zali menjelaskan lagi;
    "Doktor Zain yang merawatnya, kerana Nizah mengadu sakit kepala yang amat sangat sewaktu dia memberi susu pada kembarnya di nursery. Jadi Doktor Zain telah membawa Nizah ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal dan kami tak mampu melakukan apa-apa kerana Nizah tidak mahu di bedah sebelum meminta izin dari awak Zell"

    Hanya satu permintaan terakhir dari arwah Nizah, dia minta awak membaca diarinya ini.

    "I'm really sorry, Zell. Allah lebih menyayanginya", kata Doktor Zali lagi, lalu menyerahkan sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin bayi yang masih baru kepada Zell.

    Zell mengambil diari tersebut. Satu lembaran ke satu lembaran dibukanya. Setiap lembaran tertulis rapi tulisan tangan Nizah yang mencoretkan peristiwa yang berlaku padanya setiap hari. Begitu tekun sekali Zell membacanya dan ternyata banyak sekali keluhan, kesakitan & segala luahan rasa Nizah semuanya tertera didalam diari tersebut. Zell dapati setiap peristiwa itu semuanya adalah perlakuan buruk Zell terhadap Nizah..

    "Ya Allah, kenapa aku buat isteriku begini," keluh hati kecil Zell penuh penyesalan selepas membaca setiap lembaran diari itu. Dan apabila tiba ke muka surat terakhir, tiba-tiba Zell terpandang bunga ros pink yang telah kering.. membuat Zell tertarik untuk membacanya..

    Untuk suamiku yang tersayang, Zell.

    "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA YANG PERTAMA PADA HARI INI ABANG."

    Dengan air mata yang mula bergenang di kelopak mata Zell memulakan bacaannya..

    Assalamualaikum, Abang..

    Ingat tak bunga Ros pink ni, Abang berikan pada Izah pada pertemuan pertama kita dulu. Sudah lama Izah simpan bunga tu Bang..

    Bunga inilah lambang kasih sayang Izah pada Abang selama ini. Ia tidak berubah pun walau telah kering.. Izah teramat menyayangi Abang. Izah sentiasa menyimpan setiap hadiah yang Abang berikan pada Izah. Abang tak pernah tahu kan.. Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Izah pada Abang..

    Terlebih dahulu Izah teringin sangat nak dengar Abang panggil Izah 'AYANG' seperti kita baru kahwin dulu.. Abang panggil Izah 'AYANG'.. terasa diri Izah dimanja bila Abang panggil macam tu.. walaupun Izah cuma dapat merasa panggilan AYANG itu seketika cuma. Abang sudah banyak berubah sekarang. Perkataan 'AYANG' telah hilang dan tidak kedengaran untuk Izah lagi. Kenapa? Benci sangatkah Abang pada Izah? Izah telah melakukan kesalahan yang menyinggung perasaan Abang ka selama hayat Izah?

    Abang...
    Tulisan ini khas Izah tujukan untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu betapa mendalamnya kasih sayang Izah pada Abang. Abang tentu ingatkan hari ini merupakan hari ulang tahun perkahwinan kita yang pertama dan sebagai hadiahnya Izah berikan Abang, Mohammad Daniel dan Siti Dania.

    Buat diri Izah, Izah tak perlukan apa-apa pun dari Abang cukuplah dengan kasih sayang Abang pada Izah. Izah akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Izah di tempat lain, tempat yang jauh dari semua orang. Izah pergi untuk menemuiNya. Izah reda Bang, Izah reda berkorban demi kebahagiaan abang...

    Harapan Izah, Abang jagalah kedua kembar kita tu dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka seperti apa yang abang buat dengan Izah di masa hayat Izah dahulu. Mereka tidak tahu apa-apa bang. Itulah hadiah paling berharga dari diri Izah dan mereka adalah darah daging Abang sendiri. Janganlah siksa mereka. Abang boleh siksa Izah tapi bukan mereka.

    Sayangilah mereka..
    Dan yang terakhir sekali, Izah ingin mengatakan bahawa dalam hidup ini, Izah belum pernah mengadakan apa-apa hubungan dengan sesiapa pun melainkan Abang sahaja di hati Izah. Jiwa dan raga Izah hanya untuk Abang seorang.

    Ribuan terima kasih Izah ucapkan kerana Abang sudi mengahwini Izah walaupun hakikatnya Izah ini cuma menumpang kasih didalam sebuah keluarga yang menjaga Izah dari kecil hinggalah Izah bertemu dengan Abang dan berkahwin.

    Izah harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita tu dan Izah tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Izah yang malang ini dan hanya menumpang kasih dari sebuah keluarga yang bukan dari darah daging sendiri yang mungkin begitu hina di mata abang.. tapi Izah tetap bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga angkat Izah. Izah harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Izah adalah ibu mereka yang akan sentiasa berada disamping mereka berdua, walaupun Izah tidak berkesempatan membelai mereka dan cuma seketika sahaja dapat mengenyangkan mereka dengan air susu Izah.

    Berjanjilah pada Izah, Bang! dan ingatlah Daniel dan Dania adalah darah daging abang sendiri..

    Ampunkan Izah dan halalkan segala makan minum Izah selama setahun kita hidup bersama ni ya bang.

    Sekiranya Abang masih tidak sudi untuk menerima kehadiran Daniel dan Dania dalam hidup Abang, berilah mereka pada emak Izah supaya emak dapat menjaga kembar kita itu. Tentang perbelanjaannya, janganlah Abang risau kerana Izah sudah masukkan nama emak dalam EPF Izah. Biarlah emak yang menjaga kembar kita itu, sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Izah nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita kan Bang! Mohammad Daniel mengikut raut muka Abang.. sejuk kata orang dan Izah yakin mesti Dania akan mengikut iras raut wajah Izah.. Ibunya.. sejuk perut Izah mengandungkan mereka.

    Inilah satu satunya harta peninggalan yang tidak ternilai dari Izah untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati Izah walaupun Izah sudah tiada lagi disisi Abang dan kembar kita.

    Salam sayang terakhir dari Izah untuk Abang dan semua.

    Doakanlah Kesejahteraan Izah di tempat baru Izah ye bang.

    Ikhlas dari isterimu yang malang,

    Nizah.

    Sehabis membaca diari tersebut, Zell meraung menangis sekuat-kuat hatinya. Dia menyesal.. menyesal yang amat sangat..

    "Sabarlah Zell, Allah maha berkuasa. Kuatkan semangat mu, kau masih ada Daniel dan Dania," pujuk Kent, kawan baiknya. Zell hanya tunduk membisu seribu kata.

    "Ya Allah...
    Izah, maafkan Abang". Tubuh Zell menjadi longlai dan diari ditangannya terlepas, tiba-tiba sekeping gambar dihari pernikahan antara Zell dan Nizah terjatuh dikakinya lalu segera diambil oleh Zell.

    Belakang gambar itu tertulis "SAAT PALING BAHAGIA DALAM HIDUPKU DAN KELUARGA. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN INI AKAN SENTIASA MENYELUBUNGIKU HINGGA KEAKHIR HAYATKU."

    Zell terduduk dilantai dengan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Dia seolah olah menjadi seperti orang yang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuan buruknya terhadap Nizah seperti bermain di kepala otaknya, setiap perbuatannya semasa hayat Nizah terlihat seperti wayang jelas terpampang..

    "Kenapalah sampai begini jadinya.. kejamnya aku... Izah, maafkan Abang!! maafkan Abang!! Abang menyesal Izah.."

    Sewaktu jenazah Nizah tiba dirumah suasananya amat memilukan sekali. Zell sudah tidak berdaya lagi untuk melihat keluarga isterinya yang begitu sedih sekali diatas pemergian anak mereka yang tercinta. Walau bagaimanapun emak Izah kelihatan begitu tabah dan redha. Kedua-dua kembar Zell sentiasa berada didalam pangkuan nenek mereka.

    Untuk kali terakhirnya, Zell melihat muka Nizah yang kelihatan begitu tenang, bersih dan Zell terus mengucup dahi Nizah.

    "Izah, Abang minta ampun dan maaf," bisik Zell perlahan pada telinga Nizah sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa dirinya. Apabila Zell meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zell ada titisan airmata bergenang di tepi mata Izah. Airmata itu meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zell.

    Kembarnya menangis semula setelah diangkat oleh Zell dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Nizah dibawa ke pusara. Ramai saudara mara Izah dan Zell mengiringi jenazah, termasuklah kedua kembar mereka. Mungkin kedua kembar itu tidak tahu apa-apa tetapi biarlah mereka mengiringi pemergian Izah, ibu yang melahirkan mereka. Amat sedih sekali ketika itu. Zell tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nizah, yang selama ini hidup merana atas perbuatannya.

    Dan akhirnya jenazah Nizah pun selamat dikebumikan. Satu persatu saudara mara meninggalkan kawasan pusara, tinggallah Zell keseorangan di pusara Nizah yang masih merah tanahnya.. meratapi pilu pemergian isterinya itu, berderai airmata Zell dengan berjuta juta penyesalan...

    Sambil menadah tangannya, Zell memohon pengampunan dari yang Maha Esa...


    "Ya Allah.. Kuatkan semangat hambamu ini. Hanya Kau sahaja yang mengetahui segala dosaku pada Nizah.. ampunkan aku Ya Allah.."

    Dalam tangisan penyesalan itu, akhirnya Zell terlelap disisi pusara Nizah. Sempat juga dia bermimpi, Nizah datang menghampirinya, mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk tubuhnya dengan lembut mulus.

    Zell melihat Nizah tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nizah yang putih bersih itu. "Izah... Izah... Izah... nak ke mana Izahhhh?". Zell terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembarnya menangis. Emak dan keluarga mertuanya itu datang mendekati Zell. Mereka semua menyabarkannya.

    Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Nizah...

    Nantikan cerpen seterusnya "HYCARL LUPA JANJI"

    Aku Tak Tahu, Aku Bingung...

    Saat ini, seolah-olah aku telah terjatuh ke sebuah lembah yang sepi, tiada siapa di kiri dan kanan hadir untuk menyelesaikan masalah ku... aku sedih, saat ini, aku terduduk dan terjatuh mengenang nasib diri, aku sedih, sedih yang tak terhingga..

    Aku punya masalah, yang mana mungkin family ku dapat selesaikan, aku bukan dari orang yang berada, family ku tak mampu dan mereka tak kan faham, aku anak orang yang kais pagi makan pagi, hermm.. aku buntu ! aku terduduk di sini, terdiam membeku, airmata dibiarkan jatuh, jiwa ku kosong, aku tak tau mau buat apa sudah, aku buntu ! betul2 buntu, pikiran ku stuck, apa patut aku tamatkan pengajian ku sampai disini sahaja?

    Banyak sudah aku susahkan family ku, sampai bila aku mahu terus macam ni? herm, mungkin masa untuk berkhidmat dan membalas budi mereka sudah tiba, aku tiada cara lain melainkan terpaksa resign dari
  • SINI
  • , maafkan saya.. AJTR saya
  • DI SINI
  • mungkin stuck cuma sampai saat ini, harap keputusan yang ku ambil adalah benar..

    Berat hati mahu tinggalkan KOLEJ NI Tapi apakan daya, saya tak mampu.. perjuangan saya mungkin hanya sampai disini ! sekali lagi maafkan saya ! :(

    Cara Menjadi Isteri Solehah

    W anita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.

    Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.

    Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.

    Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.


    Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.

    Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.

    Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.

    Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.

    Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.

    Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.

    Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami.

    Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.

    Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur.

    Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.

    Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.

    Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.

    Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.

    Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.

    Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.

    Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.

    Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.

    Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.

    Kenapa Kita Di Uji?

    Kadang-kadang bilamana kita dilanda pelbagai ujian dan dugaan hati ini selalu sahaja merintih dan pelbagai persoalan timbul dibenak hati sanubari kita..


    -KENAPA AKU DIUJI?

    "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

    -Surah Al-Ankabut ayat 2-3


    -KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

    " ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

    -Surah Al-Baqarah ayat 216


    -KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

    "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

    -Surah Al-Baqarah ayat 286


    -RASA KECEWA?

    "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."

    -Surah Al-Imran ayat 139


    -BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

    "Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung."

    -Surah Al-Imran ayat 200

    "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat.Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', "

    -Surah Al-Baqarah ayat 45


    -APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

    "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... "
    -Surah At-Taubah ayat 111


    -KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

    "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung."

    -Surah At-Taubah ayat 129


    -AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!

    "dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."

    -Surah Yusof ayat 87



    Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari kita terubat dengan janji-janji Allah, sesungguhnya kepada kitab suci Al-Quran lah tempat kita merujuk segala permasalahan kerana ialah penawar penawar untuk kita marilah kita kembali kepada Al-Quran kembali mengamalkan ajaran yang terkandung sepenuhnya, semoga Allah memberkati sahabat-sahabat di sana...

    wassalam....


    Artikel Ini Saya Dapat Dari SINI

    Nabi Ismail dan Telaga Zam-Zam

    WAHAI Tuhanku! Aku tinggalkan keturunanku di satu lembah yang tiada tumbuh-tumbuhan di sebelah Rumah-Mu (Kaabah). Jadikanlah mereka orang yang mendirikan solat dan semoga hati manusia cenderung kepada mereka, dan rezekikanlah mereka dengan buah-buahan agar mereka bersyukur. (Ibrahim: 37)

    KISAH Nabi Ismail dan Telaga Zam-Zam bermula selepas peristiwa Nabi Ismail dan ibunya, Hajar ditinggalkan oleh ayahnya, Nabi Ibrahim di satu kawasan yang sangat gersang. Sungguhpun Nabi Ibrahim cukup sedih untuk meninggalkan dua beranak itu, namun baginda tetap melaksanakannya. Hajar pula berasa sangat cemas apabila mengetahui dirinya akan ditinggalkan bersama anaknya yang masih kecil di tempat yang sunyi sepi itu.

    Dia lalu merintih dan menangis sambil menarik baji Nabi Ibrahim memohon simpatinya. Akan tetapi Nabi Ibrahim tetap meninggalkan mereka berdua dan menuju ke rumah isterinya yang pertama, Sarah di Palestin.

    Sebelum meninggalkan mereka, Nabi Ibrahim sempat berdoa sebagaimana yang terkandung dalam surah Ibrahim ayat 37.

    Wahai Tuhanku! Aku tinggalkan keturunanku di satu lembah yang tiada tumbuh-tumbuhan di sebelah Rumah-Mu (Kaabah). Jadikanlah mereka orang yang mendirikan solat dan semoga hati manusia cenderung kepada mereka, dan rezekikanlah mereka dengan buah-buahan agar mereka bersyukur.

    Baginda juga sempat berkata kepada Hajar yang sedang menangis kesedihan, “Bertawakallah kepada Allah yang telah menentukan kehendak-Nya.

    Percayalah kepada kekuatan dan rahmat-Nya. Dialah yang memerintahkan aku untuk membawamu ke sini dan Dialah yang akan melindungimu dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sekiranya bukan kerana perintah dan wahyu-Nya, tidak sekali-kali aku tergamak meninggalkan engkau di sini seorang diri bersama puteraku yang sangat ku cintai ini.

    “Percayalah wahai Hajar bahawa Allah yang Maha Kuasa tidak akan membiarkan kamu berdua tanpa perlindungan-Nya. Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu untuk selamanya. Insya-Allah.”

    Mendengarkan kata-kata itu, Hajar segera melepaskan genggamannya dan membiarkan Nabi Ibrahim pergi. Sepeninggalan Nabi Ibrahim, Hajar menjalankan segala amanat Nabi Ibrahim dengan tabah dan sabar.

    Namun begitu, bekalan air yang dibawanya semakin berkurangan dan habis sedangkan anaknya menangis kehausan dan kelaparan. Hajar menjadi cemas dan panik mendengar tangisan Ismail yang menyayat hati. Lalu beliau berlari-lari anak menuju ke Bukit Safa, kalau-kalau terdapat sesuatu yang boleh dimakan atau diminum. Namun usaha itu tidak berhasil.

    Kemudian dari Bukit Safa, Hajar terlihat bayangan air yang mengalir di atas Bukit Marwa. Lalu Hajar berlari pula ke tempat itu. Usahanya itu juga tidak berhasil kerana tiada air pun di tempat tersebut. Hajar kembali ke Bukit Safa kemudian ke Bukit Marwa semula. Beliau berulang alik dari Bukit Safa dan Bukit Marwa sebanyak tujuh kali kerana tidak tahan melihat anaknya kehausan.

    Akhirnya Hajar berdoa kepada Allah agar merahmati anaknya. Doanya dikabulkan oleh Allah. Ketika Ismail menghentak-hentak kakinya ke tanah, tiba-tiba terpancut air dari dalam tanah, tepat di bawah kakinya. Hajar sangat gembira lalu diambil air tersebut dan disuapkan ke mulut Ismail.

    Itulah air zam-zam yang dianggap keramat hingga sekarang. Setiap jemaah haji yang berkunjung ke Mekah tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan air suci itu. Air zam-zam itu tidak pernah kering hingga ke hari ini.


    Artikel Ini Saya Dapat Dari SINI

    Perginya Rasul ALLAH

    Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut Ada sebuah
    kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah
    melalui kehidupan Rasul-Nya.Pagi itu, walaupun langit telah mulai
    menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.
    Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,
    "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.
    Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.Kuwariskan dua perkara pada
    kalian, Al Qur'an dan sunnahku.Barang siapa mencintai sunnahku, bererti
    mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga
    bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata
    Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

    Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik
    turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali
    menundukkan kepalanya dalam-dalam.Isyarat itu telah datang, saatnya
    sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua
    sahabat kala itu.Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya
    di
    dunia.

    Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap
    Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.Disaat
    itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan
    detik-detik berlalu.

    Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang
    di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang
    berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

    Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
    salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

    Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang
    demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian
    ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan
    bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

    "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"
    tutur Fatimah lembut.Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan
    pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi bahagian
    wajah anaknya itu hendak dikenang.

    "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah
    yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malakul maut," kata
    Rasulullah.

    Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.Malaikat maut datang
    menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama
    menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di
    atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

    "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya� Rasululllah
    dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para
    malaikat telah menanti� ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti
    kedatanganmu," kata Jibril.Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah
    lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar
    ini?" Tanya Jibril lagi.

    "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

    "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman
    kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad
    telah berada di dalamnya," kata Jibril.

    Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.
    Perlahan ruh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah
    peluh, urat-urat lehernya menegang.

    "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh.

    Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan
    Jibril� memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan
    wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

    "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

    Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak
    tertahankan lagi."Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua
    siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai
    dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar
    seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
    "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat
    dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

    Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
    Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan
    telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii,
    ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia
    yang memberi sinaran itu.Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
    Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim'alaihi.


    Artikel Ini Saya Dapat Dari
  • SINI
  • Leteran Isteri Pengubat Kesunyiaan

    Pada suatu ketika di Jepunhiduplah seorang lelaki
    yang sederhana, namanya Oda. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya.

    Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu teramat cerewet sekali.

    Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu dekat dengannya. Sebenarnya, Oda sangat menyayangi isterinya itu, tapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Oda supaya meninggalkan isterinya itu.

    Akhirnya Oda pun termakan kata-kata tetangganya. Ia berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.

    Suatu hari Oda mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah
    hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Oda melihat sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka ia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar dekat perigi itu. Lantas dengan pantas Oda menolak isterinya itu masuk ke perigi.

    Sepuluh minit pertama Oda merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini ia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.

    Sepuluh minit kedua, Oda mulai merasa sepi juga karena tidak biasa dengan kesunyian.

    Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Oda kembali menuju perigi buta tersebut. Ia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik.

    Begitu terkejutnya Oda ketika yang naik bukan isterinya melainkan makhluk menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah makhluk penunggu perigi buta itu.

    Oda lantas bertanya, "Kenapa kamu yang naik??"

    Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab, "Aku takut la, di bawah tu ada manusia... dah la cakap kuat cerewet pulak tu..."

    -Kisah & Tauladan Yang Melucukan :)


    Artikel Ini Saya Dapat Dari
  • SINI
  • MAKSUD NAMA

    Maksud Nama Bagi Huruf Pertama Nama Anda

    Nama Saya AZMIL ;)


    Lets See:-

    A

    -Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

    -(Thnx to god, aku memang murah dengan senyuman, tpi kadang2 hot temper jugak)

    Z

    -Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

    -(bjenaka? i dun think so.. show up? sometimes)


    M

    -Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

    -(pandai? kreatif? judge me ! yup, sukak kelembutan, tpi sya x lembut, i hate kongkongan, ya... agak keras kpalak sikit)


    I

    -Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

    -(ya, ni la kelemahan ku as ordinary guy)


    L

    -Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

    -(ramai kawan, tats my dream, yup2.. i hate gosip, me just me ! hahaha, berhati2 semasa belanja? ah sifat ini ku warisi dri mama, tidak menepati masa? u judge me !)


    Artikel Ini Saya Dapat Dari
  • SINI
  • Allah s.w.t. Berfirman Untuk Wanita

    Allah s.w.t. berfirman untuk wanita yang bermaksud

    "Kataknlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mrk menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan jgnlah mrk menampakkan perhiasannya, kecuali yg (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mrk menutupkan kain kudung kedadanya, dan jgnlah menampakkan perhiasannya kecuali kpd suami mereka,
    atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung"(An-Nuur 24:31)

    ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

    Dalam hidup ini,
    Kita tak punya sesiapa,kecuali diri sendiri,
    Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana
    Mempunyai sahabat yang memahami kita,
    Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan & kejujuran seorang sahabat,
    Begitulah juga dirinya,
    Tetapi kita sering lupa akan hal itu.

    Apa yang kita tahu cuma mengambil tahu tentang harapan & perasaan kita,
    Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya,
    Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya,
    Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela dirinya.

    Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti,
    Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati,
    Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita,
    Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…?
    Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa… tetapi kita sering lupa bahawa dia juga adalah manusia yang punyai p[erasaan seperti kita…

    Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami,
    Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya,
    Dia mendengar luahan perasaan, segala rasa kecewa dan ketakutan kita,
    Harapan dan impian juga kita luahkan,
    Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah,
    Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita,
    Hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita,
    Sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita,
    Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbang dan rasa takutnya…?
    Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita…?


    Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan rasa gembiranya?
    Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya,
    Sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa
    dan menyerah kalah…?
    Dapatkah kita yakinkah dia yang kita boleh dipercayai,
    Boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar tidak rebah..?

    Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
    Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita,
    Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat,
    Kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa…
    Dia juga ada kelemahan dan memerlukan sahabat…
    Sebagai kekuatan, jadilah kita sahabatnya itu…

    Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan,
    Disebalik senyumannya, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
    Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan,
    Kita tidak tahu,
    Tetapi… jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,
    Mungkin kita akan tahu……

    RENUNGILAH…
    HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.

    Cara untuk untuk kita memperoleh kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

    Carilah Kawan Macam Ni

    Selain cermin mati di rumah kita, kita perlukan cermin hidup utk melihat wajah kita, utk melihat siapa kita, utk menilai siapa kita. Cermin hidup ialah insan yg kita yakini, yang boleh memberikan jawapan dan gambaran siapa kita, bagaimana kita di khalayak ramai yang sebenarnya.

    Cermin mati hanya mampu memberikan gambaran wajah kita yg sebenar. Kalau kita ada tahi lalat, cermin mati akan menunjukkan kita ada tahi lalat itu, tapi kalau ada sifat buruk disebalik wajah yang cantik ataupun yang handsome itu, bolehkah cermin mati baritahu kita? Jawapannya tidak.

    Sebab itu kita perlukan cermin hidup, iaitu seorang yang boleh membicarakan tentang kita, perangai kita, sifat buruk kita, tindakan-tindakan bodoh atau sifat terburu-buru kita, sifat panas baran kita, kaki mencerca kita, kaki mengumpat kita dan macam-macam lagi.

    Kita perlukan seseorang yang selesa membicarakan hal kita kepada diri kita sendiri, tanpa ragu-ragu, tanpa takut-takut, tanpa was-was bahawa kita akan menolak dia. Maknanya cermin hidup kita ini seorang yang jujur, baik, berhemah, tapi tidak begitu rapat dengan kita, namun kita yakin dia boleh memberikan pendapatnya kepada kita tentang diri kita.


    Artikel Ini Saya Dapat Dari SINI

    Ada Kalanya Sepi Itu Indah

    Perlukah dipertahankan satu rasa yang kita pasti tak kesampaian atau perlukah kita pertahankan sebuah kehilangan yang kita pasti kehilangannya jua suatu hari nanti atau kukuhkan sebuah ikatan yang terbina hanya di atas keruntuhan semalam, dikutip dari serpihan hati yang telah hancur berkecai?

    Tatkala anda tidak mampu menjawab soalan-soalan seperti ini, ketahuilah sepi itu indah. Ketika anda tidak pasti untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang lahir dari hati anda sendiri, itu tandanya sudah sampai masa untuk berangkat pergi. Kala itu sepi lebih indah dari sebarang bunyi.

    Jika anda terus berteka-teki sedang teka-teki itu tidak akan anda temui jawapannya, ketahuilah sepi mengatasi segala nikmat.

    Maka katakanlah kepada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan bererti bila tiba-tiba terasa kehilangan dan diperlukan, antara rela dengan tidak, walau kau lebih tahu, tak ada yang lebih berharga selain dirimu.

    Itu lebih bererti sebab ada kalanya perpisahan lebih bermakna daripada satu perhubungan yang amat menyusahkan. Tatkala anda berasa amat sakit oleh satu perhubungan, adalah lebih baik melangkah pergi.

    Adakalanya kita perlu melangkah kebelakang untuk mengorak langkah lebih pantas ke depan. Adakalanya kita perlu menyepi kerana tatkala ini kadang-kadang ia lebih bererti dari satu perhubungan.

    Katakan, "Aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap sampai nanti satu saat tak ada cinta yang aku dapat, kenapa ada derita bila bahgia tercipta, mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan, aku pergi tanpa dendam, terima kekalahanku."

    Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati, merindui.

    Cinta itu indah apabila ada urusan beri dan ambil (u take, u give). Jika hanya anda yang memberi dan dia tidak sudi semua urusan akan menjadi payah.

    Tidak perlu merayu pada orang yang tidak sudi. Hati ini milik kita. Bawalah hati itu dan pergilah dari situ.


    Artikel Ini Saya Dapat Dari SINI

    Berpada-padalah Bila Cemburu

    Saya sangat setuju kenyataan Berpada-padalah Bila Cemburu.. hanya ingin nak membetulkan sedikit.. Jangan Terlampau Cemburu, atau istilah lain cemburu "BADAK SUMBU". Cemburu sikit-sikit atau sekadar tu memang patut tapi kalau terlampau cemburu terutama untuk "seorang lelaki bernama suami / kekasih" memang mengundang petaka.

    Yang dinamakan "seorang lelaki bernama suami / kekasih" itu ialah suami yg bekerja keras, jelas wawasannya, pegangannya kukuh, agamanya menghiasi dirinya, tugasnya berhubung dgn org ramai, bertanggungjawab & belum pernah sekalipun mengabaikan nafkah keluarga, menghormati ibu bapa serta mentuanya. Lelaki semacam ini tidak patut dicemburui melampau-lampau tetapi kewaspadaan itu sentiasa patut & juga perlu dijaga.

    Isteri / kekasih yg terlalu cemburu akan menyebabkan suaminya bingung. Tidak mungkin seorang yang bingaung dapat berfikir secara stabil untuk membina kecermerlangan hidupnya. Dalam keadaan bingung seseorang itu mengeluarkan arus minda yang tidak menentu.

    lelaki inginkan kecermerlangan & kejayaan & org yg boleh membantu merealitikan hal ini ialah orangg yNGg paling hampir denganya iaitu isteri. Seandainaya dia belum beristeri, ibu bapa menjadi booster utama kekuatan ini timbul. Sekiranya sudah tidak mempunyai ibu bapa & masih belum berkahwin, kekasih hatinya adalah org yg mennetukan tegak atau bengkoknya dia di persada kehidupan. Dan lelaki mudah hilang keyakinan diri apabila dia dipertikai, terutama jika dia memang seorang yang baik.

    Dia akan kebingungan dan hampir seluruh dpd perhatiannya akan beralih pd bagaimana utk menimbulkan semula keyakinana asal kpd pasangan. Dia akan mencari-cari formula utkl menawan semual hati isterinya. Dalam keadaan begini, mana mungkin kecermerlangan dapat dibuat.

    Seorang wanita yg cemburu akan memberikan tekanan yg amat hebat pd suaminya. Jika benar dia seorang lelaki yg jahat, hal yg mcm ini tidak menyumbang apa-apa, tetapi sekiranya dia seorang lelaki yg baik, cemburu isteri benar2 menekannya.

    Cemburu adalah sifat semula jadi wanita, tapi usahlah terlalu cemburu kelak hidup diburu resah. Yakinilah kejujuran suami selagi tiada bukti utk mengatakannya berlaku curang.

    Lelali mudah terrangsang apabila melihat perempuan cantik, tetapi tidak semua wanita cantik mampu dimilikinya dan mampu terpikat kpdnya. Oleh itu, usahlah terlalu risau, usah terlalu cemburu, tetapi lebih risau dan lebih cemburulah jika suami anda gagal menjadi manusia yang berjaya.


    Artikel Ini Saya Dapat Dari SINI

    Hari Ini dan Esok Tidak Pernah Sama

    Jika anda popular pada saat ini, ingat saat ketidakpopularan. Jika anda sihat waktu ini, ingat waktu sakit yang boleh datang dengan tiba-tiba. Jika anda tergolong dalan golongan orang berada, ingat saat ketidakberadaan.

    Kesemuanya boleh datang dengan tiba-tiba. Kebahagian yang kita nikmati hari ini boleh pergi dalam sekelip mata. Kesihatan yang kita nikmati hari ini boleh berubah pada esok pagi.

    Hidup ini penuh dengan putarannya, tanpa berhenti. Maka itu, usah terlalu susah hati jika anda tidak popular, besok mungkin anda menikmatinya. Jangan terlalu susah hati jika sakit, besok mungkin anda sembuh. Jangan terlalu kecewa dengan kemiskinan, besok mungkin anda berada.

    Usah sangka wajah yang cantik itu tiket untuk berasa bahagia. Sama sekali tidak, sebab kecantikan boleh pergibiar bagaimana dijaga.

    Dalam hidup ini adakalanya kita begitu mencintai, terlalu menyayangi, amat merindui hinggakan terasa tak mahu kehilangannya. Hinggalah satu saat kita rasa tiada apa-apa rasa lagi terhadapnya walau rasa untuk membenci, meskipun hati kita pedih terluka.

    Dalam hidup ini, kita kena akui ia satu pertandingan. Ada kalanya kita menang ada kalanya kita kalah. Kita tidak sentiasa menang dan kita tidak sentiasa kalah. Ada kalanya kita berlari jauh meninggalkan pesaing, ada kalanya kita jauh ditinggalkan mereka.

    Dalam hidup ini, kita kena akui bahawa kita adalah pelakon yang tidak pernah tahu skripnya. Kita boleh memilih untuk menjadi hero atau heroin tetapi kita tak pernah tahu bagaimana penyudahnya. Dalam dunia yang nyata, hero dan heroin tidak semestinya berakhir dengan kemenangan, adakalanya terus jatuh dan terus jatuh.

    Kejatuhan bukan penghujung dunia. Ia skrip untuk menyedapkan jalan cerita. Setiap cerita tanpa tragedi adalah kisah yang sangat hambar. Bukanlah kita mengharapkan bencana, tetapi jika bencana datang itu masih boleh membahagiakan diri kita...


    Artikel Ini Saya Dapat Dari SINI

    Lupakan Orang Yang Tak Sudi

    Memanglah sukar untuk melupakan seseorang yang kita cintai sepenuh hati. Tiada seorang pun manusia yang akan dapat semua yang diingini di dalam hidupnya.

    Walaupun pedih, tetapi kita sebagai manusia biasa terpaksa menerima dengan hati yang reda. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Cuma cara kita diuji dan menanganinya sahaja yang berbeza.

    Jika orang dah tak sudi, jauhkanlah diri daripadanya. Janganlah menyeksa diri sendiri kerana bila kita semakin dekat dengan orang yang kita cintai, kita akan semakin menderita. Anggaplah apa yang terjadi sebagai satu pengajaran.

    Mungkin dulu kita pernah menyakiti hati orang lain.Sedarlah apa yang pernah kita lakukan pada orang lain walaupun bukan orang yang sama membalasnya pada kita, tetapi balasan daripada Tuhan tetap ada dalam pelbagai cara. Mungkin dengan cara ini sahaja dapat menginsafkan kita supaya tidak mempermainkan perasaan orang lain pada masa depan.

    Kadang-kadang kita rasa, inilah cinta kita yang sejati. Tetapi kita hanya sedar selepas kehilangan orang yang kita cintai.

    Oleh kerana ego terlalu tinggi kadang-kadang susah untuk kita menerima hakikat bahawa kita sudah tidak dicintai lagi. Merasakan kita masih dicintai kadang-kadang hanyalah andaian serta mainan perasaan untuk menyedapkan hati sendiri.

    Semua yang berlaku adalah ujian Tuhan. Jangan ikutkan perasaan kecewa, walaupun tiada jodoh, berdoalah semoga dia hidup bahagia walau dengan siapapun dia bersama. Itu pun salah satu cara menunjukkan rasa cinta kita kepada seseorang.

    Kita tidak mampu untuk menolak takdir yang telah ditentukannya. Berserahlah pada Yang Maha Esa, itulah yang sebaik-baiknya


    Artikel Ini Saya Dapat Dari
  • SINI
  • Dalam Pahit Itu Ada Manisnya

    Saban hari berbagai kisah yg kita lalui, samada kita lalui sendiri atau dari kisah insan2 yg lain.

    Ekoran daripada itu kitalah yg harus pandai menyesuaikan diri dan memilih jalan kehidupan, sebagaimana yg kita inginkan. Jika kita tahu ada ranjau dan duri di tengah jalan, kita boleh meilih jalan lain. Tapi kalau jalan itu juga menjadi pilihan kita, maka bersedialah utk menempuh semua ranjau-ranjau ini. Kadangkala peristiwa atau permasaalahan yg berlaku itu ada baiknya kita menerimanya sebagai satu dugaan, namun sekiranya kita sengaja menempah kedukaan, jangan salahkan takdir sebaliknya salahkan diri sendiri yg tidak tahu menilai antara yg buruk dgn yg baik.

    Dunia ini dipenuhi dgn berbagai ragam dan kehidupan. kita sendirilah yg memilih kesepian atau kesedihan. Manusia adalah makhluk yg mudah untuk berasa sepi walaupun mereka sebenarnya hidup di tengah keriuhan alam.

    Kita sering menangisi sebuah kematian tapi sukar utk menghargai kehidupan. Kita sering menangis pilu mengenangkan perpisahan sedangkan terlalu banyak pertemuan yg kita sia-siakan. Kita juga kerap ketawa tetapi tak faham apa yg sedang kita ketawakan itu. Malah ramainya di antara kita yg memuja cinta tetapi apabila berlaku perpisahan, hilang semua kebaikan cinta yg selama ini dijunjung tinggi. Jarang benar org bersedia utk berpisah kasih dgn cara yg baik, sebagaimana mereka memulakan sebuah percintaan. Sering kita dengar suara2 yg penuh dgn kebencian terhadap seseorang sedangkan selama ini org itulah yg didewa-dewakan.

    Jgnlah mudah berputus asa dan suka memandang sesuatu perkara itu dari sudut keburukan semata-mata, sering mengatakan kehidupan ini adalah satu kepahitan. Sekiranya kita ingin memandang dari sudut lain, byklagi kegembiraan yg boleh kita perolehi dan boleh membuat kita tersenyum, samada ketika kita mengalaminya atau ketika mengenangkannya semula.

    Pahit dalam kehidupan itu bukan satu kesalahan, kerana dgn adanya rasa pahitlah kita peka terhadapa sebuah kemanisan. Sama seperti org bercinta, ia tidak mungkin manis sepanjang masa. Kerana dalam cinta ada penolakan, ada pertengkaran, ada kesabaran dan ada perpisahan. Inilah rempah ratus yg membangunkan kita menjadi seorang manusia dewasa akal dan fikirannya.


    Artikel Ini Saya Dapat Dari
  • SINI

  • Cara Mengurus Kemarahan

    Bagaimanakah perasaan anda hari ini? Adakah anda rasa marah? Gembira? Murung? Kecewa? Takut? Bersalah? Tersinggung? Hormat? Bertanggungjawab? Bolehkah anda mengenalpasti dengan tepat apa yang anda rasa? Bolehkah anda cari perkataan-perkataan lain untuk mencerminkan apa yang anda rasa? Kini manusai telah cipta lebih daripada 2000 perkataan untuk menerangkan jenis-jenis perasaan yang dialaminya. Kefahaman tentang tiap-tiap perkataan mengenai perasaan iaitu emosi manusia penting untuk mengenali perasaan sendiri dan perasaan orang lain.

    CARA MENGURUS KEMARAHAN

    1. Memahami apa yang mencetusnya serta manfaat jangka pendeknya.

    Kita perlu memahami dan mengenalpasti pencetus-pencetus yang boleh jadikan kita hilang akal seperti kata-kata tertentu orang, tabiat orang, tidak bertoleransi dan sebagainya. Manfaat atau kebaikan yang boleh didapati daripada pelepasan kemarahan kita ialah mungkin seperti berikut: a) Saya rasa lega
    b) Orang mendengar saya
    c) Rasa seperti diri sebenar lepas marah
    d) Jika tidak marah saya akan menangis sahaja
    e) Melaui kemarahan orang tahu pendirian mereka
    f) Kemarahan menghilangkan perasaan takut
    g) Jika saya tak marah orang akan fikir saya lemah

    Manfaat-manfaat kemarahan ini adalah jangka pendek sahaja. Sebenarnya ia boleh dicapai melalui cara lain yang lebih asertif. Melepaskan kemarahan membawa berkat yang sementara sahaja. Pada jangka panjang ia akan menjejaskan perhubungan kita.

    2. Belajar menenangkan diri dalam situasi genting.

    Bila perasaan marah timbul kita boleh
    a) Gantinya dengan aktiviti lain seperti memandang pada benda dan bukan orang, memikir tentang apa yang kita lakukan pada hari ini atau menerangkan suasana bilik kepada diri sendiri atau membilang sampai 10.
    b) Mengelakkan melalui atau meninggalkan tempat itu atau minta diri untuk berfikir
    c) Menukarkan ritma otak seperti mendengar muzik atau lakukan senaman
    d) Guna teknik relaks seperti menarik dan menahan nafas selama 5 saat
    e) Kecut dan regangkan otot selama 5 saat
    f) Urut bahagian dada dan perut
    g) Ubah cara duduk dan regangkan bahu
    h) Berimaginasi tentang pemandangan yang tenang atau yang neutral atau ketawa pada diri sendiri kerana situasi itu

    3. Belajar cara atau strategi untuk mengelak kemarahan kelak
    a) Mengenalpasti samada kemarahan kita itu sihat atau tak sihat iaitu membina atau destruktif
    b) Elak daripada menggunakan dadah atau alcohol untuk melupakan sesuatu
    c) Baca dan menambahkan ilmu tentang pengurusan kemarahan
    d) Bincang dengan orang lain yang berjaya menguruskan kemarahan mereka
    e) Ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat dan kurang stress
    f) Sentiasa menahan dan mencabar setiap pemikiran yang membawa kemarahan
    g) Sedari tentang kemarahan yang tersembunyi dalam sindiran atau perli
    h) Belajar menjadi lebih asertif atau hadiri kursus untuk menambah kemahiran asertif
    i) Meneliti segala punca kemarahan dari dahulu
    j) Berbincang dengan kaunselor atau pakar psikologi
    k) Menghadiri kursus mengurus kemarahan

    Mengikut pakar psikologi marah adalah emosi sekunder. Di belakang emosi marah ini terdapat emosi primer seperti keresahan, duka, hampa, kehilangan, takut dan sebagainya yang terbit kerana sesuatu keperluan tidak diselesai atau dicapai. Sebenarnya kemarahan ini menjejaskan peluang kita untuk mencapai sesuatu keperluan itu. Bila kita dapat mengenalpasti keperluan-keperluan ini kita dapat berusaha untuk mencapainya dan dengan itu kemarahan dapat dikawal atau diurus dengan sihat. Emosi marah adalah satu fenomena rasional yang berlaku di otak kiri kita. Untuk mengurusnya kita perlu menggunakan kedua-dua bahagian otak, khasnya otak kanan dan bahagian lain otak berkenaan dengan emosi untuk mengecam dan sedar bila perasaan marah muncul. Dengan demikian kita dapat menangani kemarahan dengan cepat dan mengekalkan ketenangan kita.


    Artikel Ini Saya Dapat Dari SINI

    Ingati Mati Menenangkan Jiwa

    Syeikh Said Hawwa Rahimahullah di dalam bukunya "al-Mustakhlas fi tazkiyyatin nafs" telah menyenaraikan bahawa mengingati mati sebagai salah satu cara berkesan untuk menyucikan jiwa manusia dari kotoran mazmumah. Dengan mengingati mati, bukan sahaja boleh menimbulkan rasa sesal di atas dosa yang dilakukan, malah ia boleh melahirkan ketakutan untuk meneruskan perbuatan yang dilarang oleh Allah Taala. Oleh kerana itu Nabi Muhammad s.a.w apabila ditanya siapakah yang paling bijak menurut pandangan baginda, baginda menjawab: (Orang yang bijak) ialah yang paling banyak mengingati mati dan paling kuat bersedia menempuh saat kematian.

    Menurut al Imamul Ghazali rahimahullah, manusia terbahagi kepada dua golongan di dalam berhadapan dengan mati: Pertama: Golongan yang tenggelam dengan dunia dan hiburan serta kemewahan. Mereka ini amat takut dengan mati kerana terlalu kasih dan cintakan dunia. Kalau boleh mereka tidak mahu lansung ingatkan mati. Kalau ingatpun mereka akan berusaha mengeluarkan tenaga dan wang ringgit untuk memastikan boleh hidup lama. Atau terlalu bimbang memikirkan bagaimana hartanya akan digunakan oleh anak-anknya nanti.

    Golongan ini merasa tidak penting ke Masjid kecuali hari Jumaat atau hari raya sahaja. Waktu lain dihabiskan dengan hiburan. Kerja dunia dilaksanakan bersungguh-sungguh dan bermatia-matian, tetapi amal ibadah dibuat ala kadar sahaja. Soal menutup aurat dianggap terlalu enteng dan remeh. Amat bencikan alim ulama, para hafiz al-quran dan pendakwah. Golongan ini memang susah untuk dilihat di masjid-masjid dan majlis-majlis ilmu, tetapi begitu senang melihat mereka di pesta-pesta hiburan dan konsert-konsert nyanyian yang melalaikan.

    Kedua: Golongan yang apabila terdengar tentang kematian atau tazkirah bersangkutan dengan kematian akan timbul rasa takut dan bimbang akan nasib di alam kubur. Kesannya mereka akan bertaubat dan berusaha menjauhkan diri dari maksiat dan mendekatkan diri dengan Allah Taala. Dalam masa yang sama mereka tidak meninggalkan dunia kerana mengingati mati itu menjadikan mereka sangat mengambil berat tentang ibadah dan ilmu pengetahuan. Hasilnya mereka memahami Islam yang sebenar yang menyuruh umatnya bekerja untuk dunia dan akhirat, manakala ingat mati menjadi benteng memelihara kerja keduniaan mereka supaya tidak bertentangan dengan syariat Islam.

    Imam Ghazali juga telah mengajar kepada kita bagaimanakah cara mengingati mati, antaranya:

    1) Ingat kepada rakan atau sahabat yang telah meninggal dunia. Mungkin umur mereka sebaya dengan kita atau penyakit mereka sama dengan kita, oleh itu bila pula Malaikatul maut akan menjemput kita.

    2) Ingat bagaimana cara mereka meninggal. Ada yang disebabkan penyakit buah pinggang, darah tinggi, kencing manis atau lemah jantung. Cuba tanya diri kita, apakah kita betul-betul sihat dan tidak akan menghidapi penyakit seperti ini. Atau ada yang ditimpa kemalangan tiba-tiba. Apakah kita boleh terselamat dari kemalangan seumpama ini.

    3) Bayangkan kehidupan mereka sebelum mati. Ada yang meninggal dalam keadaan baik kerana penghujung hayatnya ia menjadi ahli masjid dan dekat dengan Allah Taala. Ada yang kita dapat lihat jenazah dengan wajah yang tenang bertemu dengan Allah Taala. Ada juga sahabat yang meninggal tetapi hayatnya penuh dengan maksiat, minum arak, disko, tinggal solat dan sebagainya. Lihatlah wajahnya yang penuh dengan tanda azab dan kengerian.

    4) Ziarahi orang sakit dan nazak. Lihat bagaimana azabnya sakaratul maut dan betapa seksanya berhadapan dengan saat kematian.

    Diriwayatkan bahawa seorang alim iaitu Ibnu Mutie, apabila tercetus di dalam hatinya tentang rasa kagum melihat rumah besar dan harta benda, terus sahaja ia menangis dan berkata: “Kalau tiada kematian, aku akan mencintai mu dan gembira sekali dengan rumah besarku. Andai kita tidak memasuki lubang kubur yang sempit, tentu mata kita akan terpesona selalu dengan kemewahan duniawi”.

    Berkata pula Kaab r.a: “ Barangsiapa mengerti tentang dahsyatnya kematian, maka ringan baginya semua musibah dan kesulitan hidup di dunia yang fana ini”. Imam Syaddad rahimahullah pernah berkata: “Kematian adalah sesuatu yang paling menakutkan bagi mukmin di dunia, maut lebih sakit dari digunting, digergaji dan dicampak di dalam kawah menggelegak. Andaikata mereka yang telah meninggal dunia dibangkitkan dan menceritakan kepada orang yang hidup, nescaya tiada orang yang mengambil berat tentang dunia dan tiada yang akan dapat tidur lena”.

    Para pemimpin terdahulu adalah terdiri dari golongan yangs sangat kuat iman dan ketaqwaan mereka. Mereka amat bimbang akan kuasa yang diamanahkan boleh membawa petaka kepada mereka di dalam kubur sekiranya amanah kepimpinan diabaikan atau digunakan sebagai jalan memburu kekayaan. Mereka amat takut jika ada rakyatnya hidup papa kedana sedangkan mereka tenggelam dalam kemewahan dan kemegahan duniawi.

    Sebagai contoh, Khalifah Umar b Abdul Aziz boleh dikatakan saban minggu menjemput para ulamak berhimpun di istananya untuk memberikan tazkirah kepadanya tentang kematian. Setiap ulama diberikan kebebasan menegur dan menyentuh tentang keperitan mati dan azab di alam barzakh. Biasanya majlis itu akan diakhiri dengan tangisan khalifah kerana beliau bimbang dan takut akan azab yang menunggu sekiranya berlaku sebarang kezaliman di dalam pemerintahannya.

    Hasilnya pemerintahan Khalifah Umar bin Abd Aziz telah berjaya menegakkan kembali kegemilangan pemerintahan Islam di zamannya meskipun hanya berkuasa selama dua setengah tahun. Setiap hari ada sahaja maksiat yang dihapuskan dan syariat yang ditegakkan. Natijahnya maksiat terus berkurangan manakala syariat Islam dapat dilaksanakan dalam tempoh yang singkat. Imam Sufyan at Thauri rahimahullah pula apabila terdengar ada kematian atau terdengar cerita tentang kepedihan mati, sepanjang hari beliau tidak makan dan tidak berseronok.

    Seorang ahli sufi pula telah mengungkapkan sajaknya dengan berkata: Lihatlah penguasa-penguasa dunia, Sibuk mengumpul kemewahan segalanya, Apakah dia boleh lepas dari lilitan benang dan lembaran kain kafan? Kematian pastinya akan menjenguk kita. Samada kita pemimpin atau rakyat. Kaya atau Miskin. Tua atau muda. Sihat atau sakit. Oleh itu segeralah bertaubat. Bagi yang sering melakukan maksiat seperti minum arak, meninggalkan solat, berzina , rasuah, berjudi dan sebagainya maka tinggalkanlah segera sebelum terlambat. Agar tidak menyesal apabila dimasukkan ke dalam liang lahad kelak.


    Artikel Ini Saya Dapat Dari SINI