I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

Leteran Isteri Pengubat Kesunyiaan

Leteran Isteri Pengubat Kesunyiaan

Pada suatu ketika di Jepunhiduplah seorang lelaki
yang sederhana, namanya Oda. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya.

Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu teramat cerewet sekali.

Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu dekat dengannya. Sebenarnya, Oda sangat menyayangi isterinya itu, tapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Oda supaya meninggalkan isterinya itu.

Akhirnya Oda pun termakan kata-kata tetangganya. Ia berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.

Suatu hari Oda mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah
hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Oda melihat sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka ia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar dekat perigi itu. Lantas dengan pantas Oda menolak isterinya itu masuk ke perigi.

Sepuluh minit pertama Oda merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini ia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.

Sepuluh minit kedua, Oda mulai merasa sepi juga karena tidak biasa dengan kesunyian.

Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Oda kembali menuju perigi buta tersebut. Ia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik.

Begitu terkejutnya Oda ketika yang naik bukan isterinya melainkan makhluk menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah makhluk penunggu perigi buta itu.

Oda lantas bertanya, "Kenapa kamu yang naik??"

Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab, "Aku takut la, di bawah tu ada manusia... dah la cakap kuat cerewet pulak tu..."

-Kisah & Tauladan Yang Melucukan :)


Artikel Ini Saya Dapat Dari
  • SINI
  • 0 comments:

    Post a Comment

    KERATAN NOTIS

    1. Sila Komen Dalam Bahasa Melayu / Ingelish Yang Mudah Difahami

    2. Tinggalkan Alamat Blog / Email Jika Perlu

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. PEMILIK AJTR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA DI AJTR INI.