02 Disember 2009

HAPPY BIRTHDAY YANG KE 19 CHAY




Wah.. macam besa bah, tepat jam 12:00 am, Tanggal 02 Bulan 12 (Semalam) Berbunyi laik alarm hp untuk ingatkan "CHAY BDAY" Ahahahaha.. 19 Tahun udha chay ni taw ! muga2 makin kewt macam akue (perasan) hahahaha...

By the way, teyda pa yang maw d persembahkan dalam ur bday yg ke 19 ni, just my wish all ur dream will come true ! insyallah, k?


kata2 ku untuk mu chay :-

CHAY, promise urself to be so strong that nothing can disturb ur peace of mind. look at the sunny side of everything and make ur optimism come true. Think only the best, and expect only the best. Forget the mistakes of the past and press on to the greater achivements of the future. Give so much time to the improvement yourself that you have no time to criticize others. Live in the faith that the whole world is on ur side so long as u are the true ti the best that is in you !



Once again, happy 19th of bday my chay !


PLEASE ! CLICK ME

HAPPY BIRTHDAY YANG KE 19 CHAY [+/-]

24 November 2009

MALAM PERTAMA KITA..


Satu hal sebagai bahan renungan Kita... Untuk merenungkan indahnya malam pertama, Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata, Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa, Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu mempelai sangat dimanjakan, Mandi pun harus dimandikan, Seluruh badan Kita terbuka.. Tak ada sehelai benang pun menutupinya. . Tak ada sedikit pun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan , Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita.... Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. Kita pun dipakaikan gaun cantik berwarna putih, Kain itu jarang orang memakainya.. Karena sangat terkenal bernama Kafan, Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala, badan dan kaki diikatkan, Tataplah.. tataplah.. itulah wajah Kita, Keranda pelaminan langsung disiapkan Pengantin bersanding sendirian..

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga, Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul, Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga, Serta rasa haru para handai taulan, Gamelan syahdu bersyairkan azan dan kalimah Dzikir, Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat, Saksi-saksinya nisan-nisan yang telah tiba dahulu, Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan Dan akhirnya tiba masa pengantin Menunggu dan ditinggal sendirian, Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.. Sang Malaikat lalu bertanya Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur... Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.. Kita tak tahu Dan tak seorangpun yang tahu..

Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju
ke "Malam Pertama Kita"



PLEASE ! CLICK ME

MALAM PERTAMA KITA.. [+/-]

20 November 2009

DIARI SEBUAH PERSAHABATAN


Mentari senja kemerahan memancarkan sinar alam, angin kekeringan kontang tanpa siulan, dingin berhembus bak mentari sejengkal di awangan. Di satu sudut, kelihatan kelibat seseorang yang terduduk diam membisu, merenung jauh menghayati suasana senja Pulau Gaya di Kota Kinabalu Negeri Di Bawah Bayu. Sepoi-sepoi bahasa angin senja itu menyentuh tubuhnya, mengusap manja rambut Z. “Orang cakap, luka di tangan nampak darahnya mengalir, tapi luka di hati, tak siapa yang tahu” inilah kekalutan yang bermain ligat di minda Z seorang remaja berjiwa sentimental dan sensitif dengan kekalutan jiwa yang meronta kesakitan.

Z mengimbas kembali detik perkenalannya dengan seorang yang membahasakan dirinya sebagai R di satu sudut alam maya tatkala memanfaatkan teknologi di hujung jari tidak lama dahulu. Dari perkenalan sepintas lalu itu, wujud satu hubungan kekeluargaan yang rapat terjalin dalam satu ikatan persahabatn yang aman dan damai. “Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan lagi hubungan kekeluargaan” Inilah isi cerita dan derita Dalam Lipatan Diari Persahabatan kami, ada suka, ada duka, ada cerita ada derita.

Disebuah bilik maya itu “Ada orang sabah ka sini? Mari bah kita kenal-kenal kunun” mesej Z kepada umum di salur bual itu. Tidak berapa lama menunggu, “Aq orang sabah jugak ni kiranya, jadi geng kita?” Tindak balas dri “unknown user” masa itu. “Boleh bah kalau koe” Sahut Z kepada user tadi. Perkenalan dan persahabatan baru kini bermula.

Beberapa hari berlalu, masa memintas segalanya, yang dulunya “unknown user” kini bertaktha sebagai ahli keluarga. Hari-hari yang ku titip bak suram tanpa kabar berita darinya. Tanggal 11 bulan januari 2008 inilah tarikh keramat bagi permulaan cerita di alam realiti kami. Palm Square Centre Point Mall, disitulah titik pertemuan yang dijanjikan. “Berbaju merah, bermata empat, berjalan dengan senyuman manis seolah-olah orang ini kenal dengan ku, adaklah ini dia?” Bisikku dalam hati. Tidak di sangka lagi, ligat ingatan ku megimbas kembali gambar-gambar segak bergayanya yang pernah dihantar padaku melalui pesanan multimedia. “sah, memang dia la ni” aku meyakinkan diri dengan kehadiran seorang insan berbaju merah didepan mataku.

Mulanya pertemuan tangan dihulur untuk berjabat sesama insan, bermula lah bicara dengan melangkah naik ke fun square mencari arah untuk di tuju, “amacam la viction di keningau? R bertanya padaku. “bah maw p mana kita ni?” tanyak ku pada R pula. “Aiya.. who’s da big bro here? Dia la tentukan” sahut R menjawab persolan ku sambil melihat boboy tersenyum kambing melihat gelagat kami.

Beberapa bulan berlalu, kebahagiaan persahabatan itu tetap terasa, tidak pernah lekang aku disisinya, kesana dan kemari mencari arah untuk mencari kebahagiaan bersama. Bergelak ketawa, tegur menegur sesama insan. Tapi ternyata masa begitu mencemburui persahabatan yang sedia terjalin ini, pejam celik setahun telah berlalu meninggalkan segalanya, kenangan demi kenangan di sulam bersama.

Friendster, di halaman inilah bermulanya derita yang membawa padah dan kehancuran diri sendiri, kenapa? Disinilah bermulanya konflik persaudaraan kami. Cerita ini bermula dengan pujukan R untuk membantu Zu menyelesaikan masalah Komputer Peribadi Zu, didalam bilik R, lain pula “bedtime story” nya. Kerana bedtime story inilah hati ku berubah, “sayu.. hanya kerana sifat ingin tahu itu, segalanya berubah, dunia kami makin suram, makin gelap dan gelita, ada masanya diri betul-betul tercabar untuk menghunus keris di jasad, putus asa” Z menghelah nafas panjang sambil merenung jauh ke dasar laut. Inilah situasi yang tergambar di wajah Z pada masa itu. “hancur hati ku berderai, luka parah jiwaku, mengapa? Mengapa? Wajib ka semua ini berlaku? Harus ka aku mati hanya kerana ini adalah aku yang sebenar? Apa kah aku yang sebenar menggangu aman dan lena tidurmu mu?” Keluh Z pada alam. Airmata terus mengalir, sedikit sebanyak kesal dengan perkenalan itu. “Bro, kalau nama ku telibat lagi, jaga kau!” ugutan inilah yang selalu mengiang-ngiang di telingaku hingga saat ini. Begitu cepat masa memintas waktu, kawan hampir jadi lawan. “Apakah salah aku berlayar dalam layar hidupku? Apakah salah atau berat untuk mu memekakan telinga, membisukan mulut, membutakan mata untuk ku?” Z berkata dalam hati.

Airmata jantan itu terus mengalir dek mengenang nasib diri yang terumbang ambing bak telur di hujung tanduk. “Bukan aku takut dengan ugutan ini, tapi tolong lah, walaupun tidak ada benda yang mustahil, tapi jangan lah mengharap keajaiban itu berlaku, tak kan ada sesutu yang berlaku tanpa sebab bah, tolonglah jujur walau sesaat, aku tak minta untuk aku di hormat, cukuplah aku hormat kat korang, it’s more than enough” jerit Z dalam hati. “Biarkanlah aku hidup macam ni, jangan halang journey to remember aku, biarlah aku stranger di mata mu, janji aku tak kacau hidup mu, cukuplah kau berdiri disisiku sebagai adik ku” Z terus menghelah nafa panjang sambil memerhati seluruh alam.
Masa terus berlalu, awan pun kian bearak mendung menjadi gelap gelita. Airmata terus berderai jatuh mengenangkan nasib diri yang malang. “kemana lagi aku ingin membawa diri? Dimana lagi syurgaku kini?” Z terus menitiskan airmata. Airmata sayu dan kepiluan. “kau ilmu ku, kau ilham ku, sekarang, hanaya kerana setitik nila, rosak susu sebelanga, aku tak mampu lagi mencantumkan cermin hati ini yang sudah retak di mamah keinginan mu, aku tak tahu lagi ingin berbuat apa, jika ku turutkan hati, ingin saja ku tamatkan derita ini dengan menghembuskan nafas terakhir, mungkin darah yang bakal mengalir tu akan membuatkan dirinya puas dari terus bermain kata. Seramai 16 orang unknown person yang cuba saiko hidupku, siapa? Untuk apa? Kenapa? Hanya dia dan Tuhan yang tahu, aku siapa untuk tahu semua tu, pendidikan hanya setakat spm yang kantoi, mana layak untuk semua tu.” Z terus mengeluh panjang.

Tidak berapa lama duduk termenung dengan linangan airmata, F dan E pun tiba untuk memujuk hati yang gundah gulana supaya bertenang. Aku terus membisu seribu kata, tak sanggup ku berkata apa lagi, aku cuba menenangkan hati, namun airmata ini juga yang menjadi saksi jiwa yang gelora di pukul badai, aku cuba mengagahi diri ku yang sebenar, aku terus membiarkan linangan airmata ini mengalir, aku bukan hipokrit untuk semua ni, Cuma bersebab.” Tak pernah aku rasa tercabar macam ni. Sampai hati adik sendiri ugut aku, kenapa perl dia buat semua ni?” aku terus menangis walau F dan E ada disisi.

Akhirnya, aku tunduk juga pada takdir ku, aku gagahi kesedihan ini untuk melihat orang sekeliling ku tersenyum gembira, aku tak mau F & E turut merasa pahitnya hidup sebagai insan terbuang. Perhubungan yang telah berusia dua puluh lima bulan ini hancur dilanda tsunami yang memanggil gelora dan hiba itu, kasih sayang yang terjalin, hancur bak dipukul ombak yang membadai hanya kerana sifat ingin tahu yang mebuak gemalai. “bukan aku malu padamu, tapi aku belum bersedia untuk itu, kerana aku sendiri menganggap mu “syurgaku” engkau ilmu ku, engkau juga kotak muzik ku, tapi kini, aku terumbang ambing di himpit kekesalan yang yang tidak berbalas. Ego mu terus memuncak, terus lah bercerita tentang ku di hujung bibir mu, aku tahu aku tidak punya apa yang kau punya, dan aku juga tidak minta untuk ada semua tu, terima kasih kerana membenci diri ini setelah kau tahu siapa aku di balik bayang-bayang, Cuma pesan ku, lunturkan ego mu, hancurkan prasangka mu, walaupun kita tahu, bukan senang ingin mencantumkan cermin-cermin persahabatan kita yang sudah retak dan hancur berkecai ini.” Hati Z bebisik sayu.

“Ingin aku membenci dirimu, tapi kebencian tiada pada diriku” bak bait-bait lagu aleycats, inilah apa yang tersurat dan tersemat di hati nurani Z. Semalaman bergelut dengan perasaan hiba dan pilu, akhirnya Z bangkit dari sejarah semalam, lupakan yang telah berlalu, “just leave the past” inilah prinsip yang Z pegang. Alhamdulillah, Z masih mampu tersenyum manis.

Journey To Remember diteruskan, dengan azam just leave the past. “Biar aku hina, janji aku tak kacau hidup orang lain, biar aku di benci, janji aku tak sakitkan hati orang. Buat mu R, terima kasih kerana sudi membuatkan airmata ini mengalir lesu membasahi pipi dihadapan adik-adik yang lain, ku hargai sangat pengorbanan mu bersusah payah untuk membuat airmata ini jatuh.” Keluh Z untuk menenangkan diri. Kenangan semalam biarlah berlalu di bawa angin, kenangan hari ini adalah masa hadapan. Teruskan perjalanan mencari An-Nur.


P/S: cerpen ini, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup, sudah meninggal, yang pengsan, yang sakit, yang takut, yang sedih, yang kecewa dan yang sama waktu dengannya la, k? Ini cuma suara hati.. !~peace~!



PLEASE ! CLICK ME

DIARI SEBUAH PERSAHABATAN [+/-]

Resource For This Template by : kendhin x-template.blogspot.com Edited By ZELL