I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

PENGETAHUAN AM



Pernahkah anda terfikir berapakah jumlah pendapatan untuk Agong dan Permaisuri Agong ? kalau ak , yaa , semestinya ak pernah tertanya'tanya tentang this question .. mereka di bayar gaji ka atau tidak ? herm .. hasil blog walking ak & ini la yang ak dapat , ok lets check :





gambar YDPA bersama Permaisuri Agong.


Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982).
Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.

1. Privy Purse - RM360,000 (bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun keraian - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

Jumlah setiap bulan yang seorang Agong akan dapat adalah sebanyak RM52,000.

Elaun untuk Permaisuri Agong ialah

1. Privy Purse - RM67,200 ( RM5,600 sebulan).
2. Elaun keraian - RM21,600 (RM1,800 sebulan).

Jumlah sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.

Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdown nya adalah seperti berikut

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,100
2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh, seperti Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan.

Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.

Elaun Sultan dan kerabat (contoh bagi negeri Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat di setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. contoh untuk negeri Kedah.

1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan - RM15,480

Jumlah elaun sebulan untuk Sultan Kedah ialah sebanyak RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaunnya adalah

1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.

Elaun lain lain untuk kerabat ialah :

Raja Muda - RM13,000
Raja Puan Muda - RM5,200
Tunku Bendahara - RM4,000
Bini Tunku Bendahara - RM1,250
Tunku Temenggung - RM3,500
Isteri Tunku Temenggung - RM900
Tunku Laksamana - RM3,000
Isteri Tunku Laksamana - RM600.

Selain daripada itu kerabat-kerabat lain turut dapat elaun juga. Contoh seperti anak-anak Sultan dapat elaun dalam RM1,000 sebulan dan kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat. kategori itu juga akan mendapat elaun sebanyak RM500 sebulan.





Selalu juga tertanya'tanya , berapa pula elaun atau gaji untuk PM dan jemaah menteri ? mahal kaa ? ke free x bergaji ? :p



Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005.

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri dan MP adalah seperti berikut :

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10, 847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7, 187.40

Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79.


soalan bonus : Y.A.B tuh membawa maksud "yang akan berkhidmat" kaa ?? ^^


Sumber Info Ini Di Copy Dari Blog : Diam Bukan Beerti Takut

3 comments:

Shamsuddin Amin said...

btul ke gaji menteri2 tu...?
mcm sikit je...
tapi nampak lifestyle dorg mcm
kaya raya... ^^

My New Entry : Bulu : cukur or cabut

Hahazirah said...

amboi, bnyknye gaji mereka. mmg kaya-raya habis. ptut la org berebut nk jd pm dn sbgainya, cpt kaya ye rupanya.

ZieL said...

Kalau difikirkan..Gaji yang dorg dapat ni xspdn dengan post yang mereka pegang..PM cuma RM22k sebulan jak..YDPA RM52k..

Post a Comment

KERATAN NOTIS

1. Sila Komen Dalam Bahasa Melayu / Ingelish Yang Mudah Difahami

2. Tinggalkan Alamat Blog / Email Jika Perlu

SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. PEMILIK AJTR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA DI AJTR INI.