I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

JIWAKU MERINTIH LAGI

Air mata menjadi sahabat karib, hanya pada DIA tempat ak meluah namun ak sendiri tak tau kenapa jiwa ini terus menerus bergolak, tiap detik yang berlalu kini ak terasa yang diri ini terlalu hina tidak layak mendiami bumi Allah.. ak malu pada diri sendiri yang begitu mudah menitiskan air mata untuk ujian Allah ini, bukankah lelaki seharusnya kuat? namun dimana kudrat ak untuk menghalang air mata yang memecah temboknya, tewas dengan ujian sudah seringkali ak alami namun entah knapa kali ini ak ndak mo tewas lagi, ak mahu tabah tapi dimana kekuatan ku? tatakala semua orang yang ada di sisi ku memandang hina pada ku hanya kerana orang yang tidak punyai perikemanusiaan.. betapa sayangnya diri ini pada kalian sehingga akhirnya terluah sesuatu yang sukar diri ini luahkan.. jiwa ini terlalu sepi hanya alunan nyanyian cengkerik di malam hari yang mengisi kekosongan hati, disitu ketenangan ku kini.. dikala malam gelap gelita semua insan nyenyak di pembaringan tapi diri ini masih diawang-awangan memikirkan masa hadapan dan mungkin sekali kesilapan ku di masa lalu yang mana mungkin ada kemaafan dari insan tertentu.. ternyata ak disini tidak sekuat & setabah insan lain, ak disini terlalu lemah.. diri ini perlukan pembimbing yang akrab dengan diri bukan dengan bersendiri dan terus berlari.. sahabat yang seperjuangan sedang sibuk dengan kejayaan mereka tatkala aku terhenti dipertengahan kerana terpijak duri yang bisa merobekkan kaki ini, hendak diajak rakan-rakan yang biasa bergelak tawa dengan ak, sudah semestinya hanya gelak tawa juga yang aku dapat sebagai jawapan, siapa yang masih kekal disisi ini...? Ya Allah, seandainya aku punya kekuatan mungkin sekali akan aku meluahkan satu persatu kepada insan2 yang cukup bermakna kepada diri ini betapa aku menyayangi mereka & betapa saat ini diri ini seakan inginkan doa, semangat dan kasih sayang.. jika ada kemampuan pada diri ini sudah tentu akn kubisikkan pada kalian betapa diri ini menyayangi kalian.. tapi hakikatnya.. ya hanya Allah disisi tatkala diri ini tersungukr di mata duri namun mengapa masih ak terus merasa diri ini terlalu lemah.. dirumah ibunda tercinta ak menghadapi pergolakan jiwa.. mana taknya tatkala usia menjelang senja masih berhempas pulas dgn tulang empat kerat untuk menjalankan tanggung jwabnya.. ternyata ak tak punya kekuatan untuk menerima hakikat itu.. bertambah lemah jiwa ini.. ak perlu kuat ! cuma satu yg pasti tatkala ujian ini melanda, hati ini sering sahaja berbicara dengan penciptaku.. Ya mungkin itu hikmahnya.. ntah berapa hari dah air mata menjadi teman setia.. Kau maha mengetahui Ya Allah tak pernah sekali pun terdetik dihati ini untuk menyakitkn hati sahabatku apa lagi membebankan mereka.. Ya Allah hambamu ini takut.. terlalu banyak dosa2ku padamu Ya Allah.. ampunilah aku Ya Allah.. kau berilah aku kekuatan agar terus istiqamah di medan perjuangan ini Ya Allah.. Ya Rahim lindungilah aku dari setiap inchi pegarakan yang akan mengundang murkaMU yang bisa menyakitkan hati mujahid yg pernah kutemui tika aku dlm muujahadku ini, menyakiti insan yang paling berjasa padaku,menyakiti sahabat2ku.. HINDARILAH aku dari menderhakai insan yang paling kusayang di atas muka bumi ini Ya Allah.. Ya Allah bimbinglah aku menjadi hamba yang bertaqwa, anak yang soleh, adik yang soleh & sahabat yang soleh.. sesungguhnya tiada siapa yang lebih mengerti apa yang tersirat di qalbu ini melainkan KAU Ya Allah.. seandainya diri ini terlalu hina di pandangan mata hamba-Mu itu , dipandangan mata sahabatku itu, bantulah hamba-Mu ini Ya Allah jernihkanlah keadaan ini.. berilah pengertian kepada mereka akan apa yang tersirat dalam qalbu ini.. sungguh Ya Allah kutitip segalanya kerana-MU.. tiada yang lain.. aku akui Ya Allah sesuatu yang tak boleh di ubah aku terlalu hina, faqir disisimu Ya Allah.. namun Ya Allah jangan kau hentikan rahmat inayyah mu ke atasku.. tiada tempat lain bagiku untuk mengadu apatah lagi meminta hanya pada-Mu Ya Allah.. satukan hati ini dengan hati sahabat2 ku itu Ya Allah.. ikatlah jiwa ini dengan kasih sayang dan rahmat perjuangan dgn menegakkan kalimahMU Ya Allah.. jangan KAU kurniakan aku kebahagiaan dengan mengambil nikmat berjuang dariku YA Allah.. kau maha medengar Ya Allah.. jangan KAU biar diri ku terkapai2 Ya Allah mencari sebuah kemaafan.. janganlah KAU pergi jauh dariku sekali pun dunia dan seluruh isi ini lari menjauhi ku.. Ya Allah Hanya kau saja teman setiaku.. jangan kau pergi Ya Allah.. hanya kau yang maha berkuasa.. berilah aku kekuatan untuk mengahadapi ujian Mu yang terbentang ini untukku, perbaikilah hubungan ku dengan setiap makhluk-Mu Ya Allah.. pada siapa lagi harus ku minta kalau bukan KAU Ya Allah.. berilah kekuatan dan ketenangan kepadaku Ya Allah.. Hanya kepada MU aku pinta.. sungguh, pelbagai maaf telah aku persembahkan kepada hamba-Mu itu dan kini, aku sungguh lemah untuk berhadapan dengan semua ini, harus bagaimana lagi MAAF yang perlu aku persembahkan kepada mereka supaya segala kesilapan ku pada masa lalu itu bisa di ampunkan? Ya Allah, aku sedar.. dosa ku pada-Mu bisa Kau ampunkan, dan dosaku pada sesama insan, hanya insan itu yang mampu maafkan.. dan, kiranya tiada kemapunan dari mereka.. harus apa lagi yang perlu aku perbuat Ya Allah? Ya Allah, berilah aku hidayah dan petunjuk mu untuk membetulkan semua kecelaruan ini.. semua kesilapan yang aku cipta ini.. Ya Allah, engkau maha mendengar, maka.. dengarkanlah rintihan hambamu yang hina ini..

Bukan aku tidak bisa, maka aku sudah sehabis bisa mencuba apa yang terbaik, mencuba apa yang sepatutnya.. aku di pinta untuk meminta maaf, alhamdulillah, maaf aku minta dengan rasa rendah diri, tapi kenapa? kenapa maaf yang di beri di tarik balik? aku keliru.. jiwa ku kembali bercelaru memikir kesilapan diri.. bukankah aku sudah mendiamkan diri tanda kekalahanku? dan, apa lagi selepas itu? apa lagi yang datang selepas aku mendiamkan diri? apa lagi bentuk ujian ini? apa lagi semua ini? kenapa perlu semua ini muncul setelah aku berdiam diri.. dari mana? siapa penyebabnya? Ya Allah, sungguh telah ku tinggalkan kegembiraan di dunia ini, telah ku lupakan dunia yang mengasyikan ini.. aku telah kembali ke jalan-Mu mungkin dengan jiwa yang hina ini, apa tiada keampunan untuk ku?

Ya Allah, bukan niat ku untuk menyalahkan takdir, jauh sekali untuk aku berniat menyalahkan-Mu, tapi aku hanya mengharapakan secebis jawapan yang pasti.. bilakah semua ini akan berakhir? semua yang di minta, sudah ku tunaikan, alhamdulillah.. tapi kenapa? kenapa semua ini masih belum berkahir? kenapa semua ini selalu sahaja menggangu lenaku? meskipun kini, aku berada jauh nun di sana, jauh dari semua orang, jauh dari Tanah Tumpahnya Darahku, namun.. masih belum ada ketenangan yang aku jumpa, masih belum ada kebahagiaan yang aku temui.. hari-hari hanya airmata yang menemaniku..

Aku tahu, mungkin kesalahan ini terlalu besar baginya.. dan aku sudah buntu untuk mencari sebuah jawapan.. apa lagi yang mereka perlukan untuk menamatkan semua ini? sudah lama aku tinggalkan semua itu dan kenapa kini ianya muncul semula? apakah cerita itu di putar belit? yang tiada, di adakan, yang ada di adakan? hingga menjadi sebuah cerita yang membuat dendam itu membara? ah! semua ini betul-betul membuat hati ku resah.. aku gelisah memikir nasib ku yang hina di mata manusia.. cerita demi cerita menghebohkan suasana hingga kini menjadi derita untuk ku.. alhamdulillah, syukur atas ujian ini..

Ujian ini yang selalu menurunkan hujan di mataku, sedih dan rasa terlalu hina diri ini di mata manusia, kenapa aku tidak mampu berhadapan dengan semua ini? apakah tidak akan ada lagi kemaafan untuk ku? adakah kita memang akan menjadi musuh untuk selamnya? tapi kenapa perlu kita bermusuh? jika itu alasan yang kukuh untuk mu, aku akur dengan takdir ku.. yaa, siapa aku untuk melawan takdir ku? aku hanya mampu berserah dan menunggu saat diri ini rebah di hadapanmu, diri ini kecundang di matamu, diri ini musnah di hati mu, diri ini berjaya di hancurkan oleh jasadmu.. aku cukup lemah, hanya secebis libasan pun mampu merebahkan aku..

Ya Allah, sungguh berat ujian-Mu padaku sehingga aku tidak mampu lagi untuk berdiri untuk meneruskan perjuanganku yang belum selesai, sehingga aku tidak mampu mengotakan janji ku kepada keluarga ku.. masihkah ada kemaafan untuk ku di atas segala kesilapan ini? mampukah aku di beri maaf dan kebebasan untuk terus melangkah menjadi mujahidin di mata-Mu?

Jika tiada kemaafan untuk ku dari-Mu dan mereka yang berkaitan.. biarlah cerita ini berkakhir di sini.. benarkanlah aku melangkah di ceruk penjuru dunia Mu tanpa ada halangan yang memaksa ku untuk berhenti dari terus melangkah mencari redha dan kemaafan dari-Mu dan Mereka semua.. maafkan aku atas kesilapan yang pernah aku cipta dan aku buat, itu adalah masa lalu ku.. dan janjiku tidak akan sekali aku ulangi apa yang sudah menjadi sejarahku, amin!

jiwaku merintih lagi, maafkan aku atas rintihan ini.. maafkan atas segala-galanya.. hanya kemaafan dari kamu yang aku cari, tolonglah, tolong biarkan aku terus hidup bahagia tanpa ada memikir sesuatu yang tiada sudahnya, im begging u guys.. tolonglah maafkan aku.. aku menghulur 10 jari untuk kalian.. :(




highlight teks Sumber : SINI

5 comments:

Seuntai Bicara said...

Kesabaran dan redha dengan apa jua yang mendatang adalah ubat untuk jiwa yang terseksa. Bersabarlah..ada insan lain yang lebih menderita. Ingatlah Tuhan tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang tidak mampu hambanya hadapi/ Ingatlah ada insan lain juga yang menghadapi situasi yg saudara alami.. Insyaallah semuanya akan dapat dihadapi dengan kekuatan hati dan nurani

ewan said...

hey zell pa kbr? :)

ewan said...

hey zell , pa kbr ? :)

PupyDoll Shop said...

mana sda pemilik sebenar blog ini? mna sda a.b.a?

PupyDoll Shop said...

di mana sudah pemilik sebenar? mana suda a.b.a?

Post a Comment

KERATAN NOTIS

1. Sila Komen Dalam Bahasa Melayu / Ingelish Yang Mudah Difahami

2. Tinggalkan Alamat Blog / Email Jika Perlu

SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. PEMILIK AJTR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA DI AJTR INI.