I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

cerpen: Penyesalan Yang Tak Berbalas..

Suasana di dalam bilik bersalin begitu sunyi sekali. Yang kedengaran hanyalah suara rintihan Nizah menahan kesakitan hendak melahirkan anak sulung.

"Subhanallah... sakitnya.. aduuh.. Bang sakit nya tak tahan saya" keluh Nizah pada suaminya Zell yang ketika itu ada disisinya.

"Apalah awak ni.. susah sangat nak bersalin. Sudah berjam-jam tapi masih tak keluar- keluar juga budak tu. Dah penat saya menunggu. Ni mesti ada sesuatu yang tak elok yang awak sudah buat, itulah sebabnya lambat sangat nak keluar budak tu. Banyak dosa agaknya," rungut Zell kepada isterinya, Nizah.

Sebak hati Nizah mendengar rungutan suaminya itu, tetapi dia tidak menghiraukannya, sebaliknya, Nizah hanya mendiamkan diri sahaja dan menahan kesakitannya yang hendak bersalin itu. Nizah tahu sudah hampir 3 jam dia berada dalam bilik bersalin itu tetapi bayinya belum lagi keluar. Itu kehendak Allah Ta'ala, Nizah tidak mampu berbuat apa-apa, melainkan hanya berserah kepada Tuhan.

Sejak Nizah mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zell terhadapnya. Zell seolah-olah menaruh perasaan benci terhadap Nizah dan anak yang dikandungnya itu.

L, Jururawat yang bertugas pada masa itu datang memeriksa kandungan Nizah dan kemudian bergegas memanggil Doktor Zali iaitu Doktor Peribadi Nizah. Doktor Zali segera datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran bayi Nizah itu. Nizah hanya mendiamkan diri menahan kesakitan dan kelihatan air matanya meleleh panas dipipi gebunya itu. Nizah menangis bukan kerana takut atau menahan sakit tetapi kerana terkenang akan rungutan Zell tadi. Saat melahirkan pun tiba. Doktor Zali menyuruh Nizah mengeran.

"Come on Zah. You can do it..."

Kata kata perangsang Doktor Zali itulah yang membuatkan Nizah begitu bertenaga dan dengan sekali teran sahaja kepala bayinya itu pun sudah keluar.

"Alhamdulillah", bisik Nizah sambil tersenyum pahit apabila dia melihat bayinya yang selamat dilahirkan itu.

Selang beberapa lama kemudian tiba-tiba Nizah terasa sakit sekali lagi dan dia terus meneran untuk kali keduanya, sejurus itu juga keluar seorang lagi bayi, kembar rupanya.

"Tahniah Nizah, Kamu dapat anak kembar tak seiras, lelaki dan perempuan, comel macam you juga." Begitulah kata-kata pujian dari Doktor Zali.

"Tahniah Zell, it's a twin" Doktor Zali mengucapkan Tahniah kepada Zell pula.

Zell hanya mendiamkan diri sahaja setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya yang kembar itu. Pada masa itu Doktor Zali memang sengaja menyuruh Zell melihat bagaimana keadaan ketika isterinya hendak melahirkan anak sulung mereka itu.

Pada masa yang sama, Nizah sudah mula merancang akan nama yang bakal diberikan kepada anak-anaknya itu. Yang lelaki akan diberi nama Mohamad Daniel dan yang perempuan akan diberi nama Siti Dania. Nizah merasa begitu lega sekali setelah melahirkan kembarnya itu, tetapi sesekali bila dia teringat kata-kata Zell sebelum dia bersalin tadi hatinya menjadi begitu sebak dan sedih sekali. Sebenarnya memang terlalu banyak kata-kata Zell yang membuat Nizah berasa jauh hati sekali. Terutamanya sepanjang dia mengandung. Tetapi Nizah hanya mampu bersabar, kerana dia tahu kalau dia mengadu pada emaknya tentu dia akan dimarahi semula. Jadi dia hanya mendiamkan diri dan memendam rasa sahaja sepanjang dia mengandungkan anaknya itu.

Kedua-dua anaknya, Mohammad Daniel dan Siti Dania telah diletakkan dibawah jagaan Nursery di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk memberi peluang Nizah berehat sebentar setelah penat melahirkan anak, kemudian nanti dapatlah dia menyusukan kedua kembar yang comel itu.

Tiba-tiba fikiran Nizah menerajah kembali kedetik-detik semasa dia mengandung dahulu. Zell memang selalu memarahinya, ada sahaja perkara yang tidak kena yang Nizah buat di mata Zell. Macam-macam kata-kata nista yang dilemparkan kearah Nizah setiap hari. Ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal, semuanya dilontarkan pada Nizah seolah-olah melepaskan geram dan dendam yang tak sudah. Tidak sanggup rasanya Nizah menghadapi semua itu tetapi demi menjaga kestabilan kandungannya, Nizah kuatkan juga semangat dan pendiriannya supaya terus tabah menempuh ujian Tuhan itu.

Yang paling menyedihkan sekali ialah sewaktu Nizah mula-mula disahkan mengandung oleh doktor peribadinya Zali. Zell tidak percaya yang Nizah mengandungkan anaknya. Dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal untuk mengesahkan kandungan isterinya itu. Keraguan timbul didalam hati Zell tentang anak dalam kandungan Nizah itu. Zell tidak mahu menerima kenyataan yang Nizah akan mengandung sebegitu awal sekali sedangkan mereka berkahwin baru 3 bulan. Kandungan Nizah pula sudah masuk 2 bulan, bermakna Nizah cuma kosong selama sebulan sahaja selepas mereka berkahwin. Bagi Nizah pula itu perkara biasa sahaja yang mungkin turut dilalui oleh pasangan lain juga.

Setelah membuat pemeriksaan Doktor, Nizah pulang kerumahnya dalam keadaan sedih, Pada mulanya Nizah berasa sangat gembira bila dia disahkan mengandung tetapi sebaliknya bila Zell tidak mahu menerima anak dalam kandungannya itu, perasaannya terus berubah menjadi duka pula. Zell menuduh yang Nizah telah berlaku curang, dan anak dalam kandungannya itu adalah hasil dari kecurangan Nizah sendiri. Hati isteri mana yang tidak remuk. Hati isteri mana yang tidak kecewa apabila dituduh sebegitu rupa oleh suaminya sendiri. Nizah pasrah dan kecewa dengan tuduhnan yang tidak berasas itu..

Pernah suatu ketika Nizah bertengkar dengan suaminya.

"Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu lagi, dulu abang pelembut, suka berjenaka, ini tidak asyik nak cari kesalahan Izah saja. Mengapa bang?" dengan nada sedih Nizah bertanya kepada Zell.

"Kaulah penyebab segalanya. Tak payahlah nak tunjuk baik." Jawab Zell dengan amarah.

"Entah jantan mana yang kau dah layani kat opis kau tu." sergah Zell lagi.

"Abang syak Izah buat hubungan dengan lelaki lain ka ni? Subhanallah!! Kenapa Abang syak yang bukan-bukan dengan Izah ni? Izah kan isteri Abang yang sah sekarang ni, tak kanlah Izah nak buat jahat dengan orang lain pulak, Bang"? tepis Nizah pula.

"Allah dah beri kita rezeki awal, tak baik cakap macam tu bang. Itu semua kehendak Allah." Nizah menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zell meleraikan pelukannya dengan kasar sekali sehingga Nizah jatuh tersungkur dibuatnya. Lantas itu Nizah menangis. Zell langsung tidak mengendahkannya. Deraian airmata Nizah semakin laju membasahi pipi membanjiri bumi. Nizah hanya mampu menangis sahaja. Amat pedih sekali Nizah rasakan untuk menahan semua tohmahan dari Zell, suaminya yang sah.

"Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Izah. Kawan baik dengan bini sendiri, suami sendiri, bapak dengan anak, hah! emak dengan menantu pun boleh terjadi tau, apatah lagi macam kau ni, tau tak. Dulu tu kawan lama kau yang satu opis dengan kau tu, Aslan, bukan main baik lagi budak tu dengan kau." Lawan Zell lagi. Tanpa disangka-sangka rupanya Zell menaruh seribu cemburu terhadap isterinya.

"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.. heee teruknya!! Nasib aku lah dapat bini macam kau ni," kutuk Zell terhadap Nizah.

"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh Izah yang bukan-bukan. Izah bukan perempuan yang tak tentu arah bang. Walaupun Izah hanya anak angkat dalam keluarga Izah ni, Izah bukan jenis macam tu bang, Izah tau akan perbuatan yang halal dan haram, hukum hakam dalam agama islam, Izah bukan buta agama bang."

"Memang Izah tak pernah tau asal-usul keluarga kandung Izah, tapi Izah bersyukur dan berterima kasih pada emak angkat Izah kerana menjaga Izah sejak dari kecil lagi. Izah dianggapnya seperti darah daging sendiri." Nizah mula membangkang kata-kata fitnah suaminya itu.

"Abang jangan cuba nak menghina keluarga kandung Izah bang, walaupun mereka tidak membesarkan Izah tetapi disebabkan merekalah, Izah lahir kedunia ini. Tambah Izah lagi sambil menahan sebak didada yang semakin mencengkam.

Semenjak peristiwa pertengkaran itu, setiap hari Nizah terpaksa pergi ke tempat kerja Zell apabila habis waktu bekerjanya. Sementara menunggu Zell pulang Nizah berehat di Surau tempat Zell bekerja. Zell bekerja sebagai seorang salesman barangan elektrik di salah sebuah Pusat membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur, dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zell bekerja shif malam terpaksalah Nizah menunggu Zell sampai tengah malam. Begitulah keadaannya setiap hari sehingga apabila perutnya semakin membesar pun Zell masih memaksanya untuk ikut sama. Terpaksalah Nizah berbohong kepada emak dan keluarganya yang lain dengan mengatakan yang dia buat kerja overtime, semata-mata untuk mengelakkan pertengkaran dan tuduhan serta kata nista suaminya itu.

Dengan keadaan perut semakin membesar Nizah masih gagahkan juga dirinya pergi bekerja. Kadangkala apabila Zell tidak datang menjemputnya, Nizah terpaksa berasak-asak menaiki bas untuk pulang. Begitulah keadaan Nizah sehinggalah hampir pada waktu bersalinnya. Pernah sekali Nizah minta untuk dijemput kerana dia sudah larat benar tetapi Zell membalasnya dengan kata-kata kesat yang amat mengecewakanya, perempuan tak tau malu, berdikarilah, berlagak senang, berlagak kaya, perempuan tak sedar diri, tak layak jadi isteri, menyusahkan dan macam macam lagi kata kata nista yang di humban oleh Zell kepadanya.

Suatu hari Zell dalam keadaan marah telah menarik rambut Nizah dan menghantukkan kepala Nizah ke dinding konkrit sekuat hatinya. Nizah hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan itu. Ini semua gara-gara Nizah hendak pergi ke rumah Mak Saudaranya yang ingin mengahwinkan anaknya di Selayang. Emak Nizah pun sudah seminggu pergi kesana untuk menolong Mak Saudaranya itu. Hari sudah semakin petang jadi Izah mendesak agar bertolak cepat sikit, lagipun langit sudah menunjukkan tanda-tanda hendak hujan.

"Hari dah nak hujan, Bang. Elok rasanya kalau kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut" Pinta Izah.

Tanpa disangka-sangka kata-kata Nizah itu membuatkan Zell marah dan dengan dengan tiba-tiba sahaja Zell bangun. Dengan muka bengisnya, Zell memandang Nizah.

"Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu kejap lagi ka? aku punya sukalah nak pergi malam ka, siang ka, tak pergi lansung ka." Jawab Zell dengan nada marah.

Nizah pun menjawab, "Itu Izah tahu bang, Abang kan dah berehat dari pagi tadi takkan masih penat lagi. Sepantas kilat Zell datang kepada Nizah dan direntapnya rambut Nizah lalu di hantukkan kepala Nizah ke dinding. Nizah tidak berdaya untuk menghalangnya. Ya Allah! Sungguh tergamak Zell berbuat demikian.. terasa kebas kepala Nizah dan dirasakannya mula membengkak. Pening kepala Nizah dibuatnya.

"Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menerima semua ini. Kau lindungilah aku dan kandunganku ini dari segala bahaya dan azab sengsara, Ya Allah." Doa Nizah dalam hatinya dengan penuh keluhuran. Nizah memencilkan dirinya disudut dinding dan menangis sepuas-puasnya hingga tiada lagi airmata jernih kelihatan di pipinya.

"Bang, Izah minta maaf jika kata-kata Izah tadi membuatkan Abang marah." Nizah memohon maaf kepada suaminya sambil tersedu-sedu.

Hari itu seperti biasa Zell ketempat kerjanya. Tiba-tiba handphonenya berbunyi. Kedengaran suara Doktor Zali menyuruhnya datang segera ke hospital, kerana ada sesuatu yang berlaku terhadap Nizah.

Setibanya di hospital..

"Zell, kami sudah cuba untuk menyelamatkan Nizah tapi kuasa Allah melebihi segalanya, Nizah mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ini pernah tak Nizah terjatuh atau kepalanya terhantuk kuat pada sesuatu? kerana sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama" Doktor Zali bertanya agak serius kepada Zell. Dia inginkan penjelasan sebenar dari Zell. Zell hanya tahu mendiamkan diri.

Serentak itu juga Zell teringat yang dia pernah menarik rambut Nizah dan menghantukkan kepala Nizah ke dinding konkrit sekuat-kuatnya, dan selepas kejadian itu Zell tidak pernah sekali pun membawa Nizah ke klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya. Nizah sering mengadu sakit kepala yang teruk.. namun Zell tidak pernah mengendahkan kesakitan Nizah itu, malah baginya Nizah hanya mengada-ngadakan cerita saja. Buat-buat sakit untuk minta simpati la katakan.

Sambil menekap mukanya dengan tangan, seribu kekesalan tergambar pada wajah rahsia hati Zell...

"YA ALLAH apa yang aku dah buat ni?"

Doktor Zali menjelaskan lagi;
"Doktor Zain yang merawatnya, kerana Nizah mengadu sakit kepala yang amat sangat sewaktu dia memberi susu pada kembarnya di nursery. Jadi Doktor Zain telah membawa Nizah ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal dan kami tak mampu melakukan apa-apa kerana Nizah tidak mahu di bedah sebelum meminta izin dari awak Zell"

Hanya satu permintaan terakhir dari arwah Nizah, dia minta awak membaca diarinya ini.

"I'm really sorry, Zell. Allah lebih menyayanginya", kata Doktor Zali lagi, lalu menyerahkan sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin bayi yang masih baru kepada Zell.

Zell mengambil diari tersebut. Satu lembaran ke satu lembaran dibukanya. Setiap lembaran tertulis rapi tulisan tangan Nizah yang mencoretkan peristiwa yang berlaku padanya setiap hari. Begitu tekun sekali Zell membacanya dan ternyata banyak sekali keluhan, kesakitan & segala luahan rasa Nizah semuanya tertera didalam diari tersebut. Zell dapati setiap peristiwa itu semuanya adalah perlakuan buruk Zell terhadap Nizah..

"Ya Allah, kenapa aku buat isteriku begini," keluh hati kecil Zell penuh penyesalan selepas membaca setiap lembaran diari itu. Dan apabila tiba ke muka surat terakhir, tiba-tiba Zell terpandang bunga ros pink yang telah kering.. membuat Zell tertarik untuk membacanya..

Untuk suamiku yang tersayang, Zell.

"SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA YANG PERTAMA PADA HARI INI ABANG."

Dengan air mata yang mula bergenang di kelopak mata Zell memulakan bacaannya..

Assalamualaikum, Abang..

Ingat tak bunga Ros pink ni, Abang berikan pada Izah pada pertemuan pertama kita dulu. Sudah lama Izah simpan bunga tu Bang..

Bunga inilah lambang kasih sayang Izah pada Abang selama ini. Ia tidak berubah pun walau telah kering.. Izah teramat menyayangi Abang. Izah sentiasa menyimpan setiap hadiah yang Abang berikan pada Izah. Abang tak pernah tahu kan.. Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Izah pada Abang..

Terlebih dahulu Izah teringin sangat nak dengar Abang panggil Izah 'AYANG' seperti kita baru kahwin dulu.. Abang panggil Izah 'AYANG'.. terasa diri Izah dimanja bila Abang panggil macam tu.. walaupun Izah cuma dapat merasa panggilan AYANG itu seketika cuma. Abang sudah banyak berubah sekarang. Perkataan 'AYANG' telah hilang dan tidak kedengaran untuk Izah lagi. Kenapa? Benci sangatkah Abang pada Izah? Izah telah melakukan kesalahan yang menyinggung perasaan Abang ka selama hayat Izah?

Abang...
Tulisan ini khas Izah tujukan untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu betapa mendalamnya kasih sayang Izah pada Abang. Abang tentu ingatkan hari ini merupakan hari ulang tahun perkahwinan kita yang pertama dan sebagai hadiahnya Izah berikan Abang, Mohammad Daniel dan Siti Dania.

Buat diri Izah, Izah tak perlukan apa-apa pun dari Abang cukuplah dengan kasih sayang Abang pada Izah. Izah akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Izah di tempat lain, tempat yang jauh dari semua orang. Izah pergi untuk menemuiNya. Izah reda Bang, Izah reda berkorban demi kebahagiaan abang...

Harapan Izah, Abang jagalah kedua kembar kita tu dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka seperti apa yang abang buat dengan Izah di masa hayat Izah dahulu. Mereka tidak tahu apa-apa bang. Itulah hadiah paling berharga dari diri Izah dan mereka adalah darah daging Abang sendiri. Janganlah siksa mereka. Abang boleh siksa Izah tapi bukan mereka.

Sayangilah mereka..
Dan yang terakhir sekali, Izah ingin mengatakan bahawa dalam hidup ini, Izah belum pernah mengadakan apa-apa hubungan dengan sesiapa pun melainkan Abang sahaja di hati Izah. Jiwa dan raga Izah hanya untuk Abang seorang.

Ribuan terima kasih Izah ucapkan kerana Abang sudi mengahwini Izah walaupun hakikatnya Izah ini cuma menumpang kasih didalam sebuah keluarga yang menjaga Izah dari kecil hinggalah Izah bertemu dengan Abang dan berkahwin.

Izah harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita tu dan Izah tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Izah yang malang ini dan hanya menumpang kasih dari sebuah keluarga yang bukan dari darah daging sendiri yang mungkin begitu hina di mata abang.. tapi Izah tetap bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga angkat Izah. Izah harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Izah adalah ibu mereka yang akan sentiasa berada disamping mereka berdua, walaupun Izah tidak berkesempatan membelai mereka dan cuma seketika sahaja dapat mengenyangkan mereka dengan air susu Izah.

Berjanjilah pada Izah, Bang! dan ingatlah Daniel dan Dania adalah darah daging abang sendiri..

Ampunkan Izah dan halalkan segala makan minum Izah selama setahun kita hidup bersama ni ya bang.

Sekiranya Abang masih tidak sudi untuk menerima kehadiran Daniel dan Dania dalam hidup Abang, berilah mereka pada emak Izah supaya emak dapat menjaga kembar kita itu. Tentang perbelanjaannya, janganlah Abang risau kerana Izah sudah masukkan nama emak dalam EPF Izah. Biarlah emak yang menjaga kembar kita itu, sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Izah nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita kan Bang! Mohammad Daniel mengikut raut muka Abang.. sejuk kata orang dan Izah yakin mesti Dania akan mengikut iras raut wajah Izah.. Ibunya.. sejuk perut Izah mengandungkan mereka.

Inilah satu satunya harta peninggalan yang tidak ternilai dari Izah untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati Izah walaupun Izah sudah tiada lagi disisi Abang dan kembar kita.

Salam sayang terakhir dari Izah untuk Abang dan semua.

Doakanlah Kesejahteraan Izah di tempat baru Izah ye bang.

Ikhlas dari isterimu yang malang,

Nizah.

Sehabis membaca diari tersebut, Zell meraung menangis sekuat-kuat hatinya. Dia menyesal.. menyesal yang amat sangat..

"Sabarlah Zell, Allah maha berkuasa. Kuatkan semangat mu, kau masih ada Daniel dan Dania," pujuk Kent, kawan baiknya. Zell hanya tunduk membisu seribu kata.

"Ya Allah...
Izah, maafkan Abang". Tubuh Zell menjadi longlai dan diari ditangannya terlepas, tiba-tiba sekeping gambar dihari pernikahan antara Zell dan Nizah terjatuh dikakinya lalu segera diambil oleh Zell.

Belakang gambar itu tertulis "SAAT PALING BAHAGIA DALAM HIDUPKU DAN KELUARGA. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN INI AKAN SENTIASA MENYELUBUNGIKU HINGGA KEAKHIR HAYATKU."

Zell terduduk dilantai dengan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Dia seolah olah menjadi seperti orang yang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuan buruknya terhadap Nizah seperti bermain di kepala otaknya, setiap perbuatannya semasa hayat Nizah terlihat seperti wayang jelas terpampang..

"Kenapalah sampai begini jadinya.. kejamnya aku... Izah, maafkan Abang!! maafkan Abang!! Abang menyesal Izah.."

Sewaktu jenazah Nizah tiba dirumah suasananya amat memilukan sekali. Zell sudah tidak berdaya lagi untuk melihat keluarga isterinya yang begitu sedih sekali diatas pemergian anak mereka yang tercinta. Walau bagaimanapun emak Izah kelihatan begitu tabah dan redha. Kedua-dua kembar Zell sentiasa berada didalam pangkuan nenek mereka.

Untuk kali terakhirnya, Zell melihat muka Nizah yang kelihatan begitu tenang, bersih dan Zell terus mengucup dahi Nizah.

"Izah, Abang minta ampun dan maaf," bisik Zell perlahan pada telinga Nizah sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa dirinya. Apabila Zell meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zell ada titisan airmata bergenang di tepi mata Izah. Airmata itu meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zell.

Kembarnya menangis semula setelah diangkat oleh Zell dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Nizah dibawa ke pusara. Ramai saudara mara Izah dan Zell mengiringi jenazah, termasuklah kedua kembar mereka. Mungkin kedua kembar itu tidak tahu apa-apa tetapi biarlah mereka mengiringi pemergian Izah, ibu yang melahirkan mereka. Amat sedih sekali ketika itu. Zell tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nizah, yang selama ini hidup merana atas perbuatannya.

Dan akhirnya jenazah Nizah pun selamat dikebumikan. Satu persatu saudara mara meninggalkan kawasan pusara, tinggallah Zell keseorangan di pusara Nizah yang masih merah tanahnya.. meratapi pilu pemergian isterinya itu, berderai airmata Zell dengan berjuta juta penyesalan...

Sambil menadah tangannya, Zell memohon pengampunan dari yang Maha Esa...


"Ya Allah.. Kuatkan semangat hambamu ini. Hanya Kau sahaja yang mengetahui segala dosaku pada Nizah.. ampunkan aku Ya Allah.."

Dalam tangisan penyesalan itu, akhirnya Zell terlelap disisi pusara Nizah. Sempat juga dia bermimpi, Nizah datang menghampirinya, mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk tubuhnya dengan lembut mulus.

Zell melihat Nizah tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nizah yang putih bersih itu. "Izah... Izah... Izah... nak ke mana Izahhhh?". Zell terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembarnya menangis. Emak dan keluarga mertuanya itu datang mendekati Zell. Mereka semua menyabarkannya.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Nizah...

Nantikan cerpen seterusnya "HYCARL LUPA JANJI"

3 comments:

somebody said...

sedih sekaligive him award...hu3..:( zell

Anonymous said...

huhu...best bleh tahan.. mampu menyentuh hatiku...hahaha...

ZelL ThE gReaT ! said...

Herm, thnx guys ! :)

Post a Comment

KERATAN NOTIS

1. Sila Komen Dalam Bahasa Melayu / Ingelish Yang Mudah Difahami

2. Tinggalkan Alamat Blog / Email Jika Perlu

SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. PEMILIK AJTR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA DI AJTR INI.