I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

Showing posts with label SUKU TIDUNG. Show all posts
Showing posts with label SUKU TIDUNG. Show all posts

ETNIK TIDUNG & KEBUDAYAANYA



Suku Kaum Melayu Tidung juga adalah salah satu daripada suku kaum Bumiputra yang terdapat di Sabah .. ^^






Suku Kaum Tidung ialah salah satu etnik yang terdapat di negeri Sabah. Bilangan mereka agak besar juga dan kebanyakan terdapat di kawasan Pantai Timur Negeri Sabah, khususnya di Daerah Tawau seperti Merotai , Kalabakan , Indrasabah , Tawau Lama , Pasir Putih, Apas Balung, Lahad Datu, Labuk dan Beluran.

Semua masyarakat ini beragama Islam dan terkenal sebagai kaum yang amat berpegang teguh kepada adat resam dan pantang larang bangsanya. Pada zaman dahulu masyarakat ini sangat kuat dipengaruhi unsur pemerintahan beraja iaitu pemerintahan Beraja Kesultanan Bolongan yang pusat pemerintahannya terletak di Kalimantan Timur Indonesia. Justeru itu sehingga kini adat istiadat, kesenian yang diwarisi dan tatacara kehidupan harian mereka banyak dipengaruhi oleh kehidupan istana. Tarian mereka misalnya banyak berunsurkan istana seperti tarian raja berangkat, kadandiu(sapu tangan) dan zapin tidung-bolongan yang mempunyai ciri gerak tari kesenian istana yang penuh legenda.

Begitu juga pakaian tradisi mereka, terutama untuk majlis tertentu misalnya, banyak dipengaruhi unsur kemewahan sama ada di segi reka bentuk, hiasan dan aksesorinya. Perhiasan mereka diperbuat daripada emas, perak atau tembaga dan ia harus dimiliki oleh sesiapa saja yang memakai tradisi mereka.

Berkenaan warna pakaian tradisi etnik ini, mereka memilih apa saja warna yang disukai (terutama warna yang memiliki kewujudan tujuh bidadari dan tujuh warna pelangi seperti terdapat dalam kepercayaan mereka). Walau bagaimanapun kerana warna kuning adalah warna rasmi kepada penghuni istana, maka warna kuning juga melambangkan warna kebesaran mereka. Pada hari ini, pakaian seperti ini dipakai pada majlis perkahwinan, perayaan dan pesta rasmi.

Untuk kaum lelaki Tidung, mereka memakai baju teluk belanga iaitu sejenis baju yang sama potongannya dengan baju Melayu. Di bahagian dalamnya dipanggil kaos dibuat daripada kain biasa atau sutera, manakala baju bahagian luarnya pula (jaket) dibuat daripada kain baldu yang dihiasi dengan corak-corak indah menggunakan manik atau labuci. Seluar yang dikenakan untuk baju teluk belanga ini dikenali juga sebagai seluar teluk belanga. Seluar ini diperbuat daripada kain baldu dan dihiasi tekatan kaki.

Sementara untuk hiasan kepala, mereka juga memakai sejenis tanjak dipanggil singal. Ia diperbuat daripada kain tenun berwarna kuning yang dihiasi dengan emas dan permata. Mereka juga mengenakan perhiasan dipanggil gabol iaitu kain samping yang diikatkan di pinggang. Warnanya mengikut pilihan si pemakai. Tali pinggang yang mereka pakai pula dikenali sebagai panding. Tali pinggang ini diperbuat daripada tembaga atau perak dan dipakai setelah menggunakan gabol supaya kelihatan lebih kemas. Akhirnya mereka juga turut mengenakan kain selempang yang dipanggil serebit. Kain ini disangkutkan di bahu si pemakainya.

Sementara bagi kaum wanita Tidong, mereka memakai sejenis baju yang dipanggil entor kesuma. Baju ini diperbuat daripada kain sutera yang dipanggil ambun, biasanya berwarna kuning yang dilekat dengan benang emas dan dihiasi dengan manik serta labuci. Mereka juga menggenakan kain sarung yang dipanggil gabol. Kain sarung ini daripada sutera berwarna kuning dengan tekatan benang emas berhiaskan manik dan labuci. Untuk hiasan kepala mereka memakai makuta iaitu sejenis tiara yang dahulunya diperbuat daripada emas atau perak serta dihiasi intan permata. Kemudian mereka menyucukkan jamong. Jamong ini dicucukkan pada sanggul/ kembang goyang yang menghaisi sanggul dan diperbuat daripada emas dan perak.

Mereka juga memakai anting-anting atau subang yang menjadi penghias telinga dan diperbuat daripada perak, suasa ataupun emas. Sementara itu terdapat beberapa perhiasan lain yang digunakan wanita etnik Tidong ini ketika mengenakan pakaian tradisi mereka. Antara perhiasan itu ialah kubab pempulu. Kubab pempulu bermaksud dada burung yang menghiasi bahagian dada si pemakai.

Kubab pempulu ini diperbuat daripada kain baldu yang dilekat dengan benang emas berhiaskan manik dan labuci. Mereka juga memakai perhiasan dipanggil selukup udang. Hiasan ini dikenakan di bahagian lengan yang diukir indah mengikut bentuk burung, kupu-kupu dan sebagainya serta diperbuat daripada emas atau perak.

Turut dikenakan ialah gelang tawa. Iaitu sejenis hiasan yang dipakai di pergelangan tangan yang diukir indah pinggang yang dipanggil panding dan diperbuat daripada emas atau perak.

Selain itu mereka juga memakai gelang kaki yang dipanggil geruncung. Gelang kaki ini diperbuat daripada emas atau perak dan mereka juga mengenakan dundung iaitu kain selendang yang diperbuat daripada sutera yang dihiasi manik dan labuci.

SUKU KAUM TIDUNG DI SABAH



SUKU KAUM TIDUNG

Bahasa Tidung dialek Tarakan merupakan bahasa Tidung yang pertengahan kerana difahami oleh semua warga suku Tidung. Beberapa kata bahasa Tidung masih memiliki kesamaan dengan bahasa Kalimantan lainnya. Kemungkinan suku Tidung masih berkerabat dengan suku Dayak rumpun Murut (suku-suku Dayak yang ada di Sabah & Sarawak). Kerana suku Tidung yang beragama Islam telah mengembangkan Kerajaan Islam sehingga tidak dianggap sebagai suku Dayak tetapi telah dikategorikan sebagai suku kaum yang berbudaya Melayu dan Berada di dalam Rumpun Bangsa Melayu (hukum adat Melayu) seperti Suku Banjar, Suku Kutai dan suku patir.

Penutur Bahasa Tidung, khususnya suku Tidung Tarakan adalah dwi bahasa. Mereka berbahasa Tidung, tetapi juga dapat berbahasa Melayu (Bahasa Melayu Malaysia bagi suku Tidung yang berada di Malaysia, Berbahasa Indonesia bagi suku Tidung yang berada di Indonesia). Kedudukan Bahasa Tidung di dalam interaksi sosial, orang-orang tidung kelihatannya cukup kuat. Tidak ada kesan sikap rendah diri semasa mereka menggunakan bahasa Tidung baik di dalam percakapan ketika mereka sedang berbahasa lain, mahupun dalam kesempatan berbicara dengan suku lain dalam bahasa Tidung. Mereka merasa bangga jika ada suku lain turut sama berbahasa Tidung atau mencuba-cuba menggunakan bahasa Tidung. Mereka pada umumnya dengan senang membetulkan kesalahan apabila seseorang yang bukan penutur asli bahasa Tidung mencuba untuk berbahasa Tidung.

Majoriti suku Tidung menganut agama Islam. Mereka banyak bergaul dengan berbagai suku lain, Seperti orang bugis, Banjar, Jawa, Bulungan, etnik Tionghoa dan lain-lain. Oleh kerana pergaulan ini, mereka pun banyak yang menguasai bahasa-bahasa suku itu. Akibat pergaulan ini, banyak terjadi peminjaman kata dari daerah lain yang terserap kedalam bahasa Tidung. hal yang sama terjadi pula dalam bahasa Indonesia. Akibatnya adalah terjadinya interfensi bahasa lain, khususnya bahasa Indonesia kedalam bahasa Tidung.

Penutur Bahasa Tidung pada umumnya terdapat diwilayah Kalimantan timur (Indonesia) dan Sabah Malaysia (Tawau). Dari 13 Daerah dan Kota yang terdapat di Kalimantan Timur ini. Penutur Bahasa Tidung terdapat pada tujuh Daerah di Kaltim . Sepuluh daerah tersebut adalah, Kota Tarakan, Negeri Malinau, Negeri Bulungan, Negeri Nunukan, Negeri Tana Tidung, Negeri Berau, Negeri Kutai Kartanegara, dan tiga Daerah di Negeri Sabah Tawau, Sandakan dan Lahad Datu.

ADAT RESAM SUKU KAUM TIDUNG



Kaum Tidung / Tidong merupakan salah satu kaum Bumiputra di Negeri Sabah, dan kaum ini banyak terdapat di daerah Tawau dan Sandakan namun terdapat juga kaum Tidung yang tedapat di daerah lain, mungkin dengan tujuan berkerja atau telah berkahwin dengan masyarakat di daerah tersebut, Adat resam kaum Tidung juga tidak berapa jauh daripada suku kaum lain yang terdapat di Malaysia khususnya dan di Sabah Amnya iaitu seperti Melayu, Bajau, Kadazandusun, antara yang jelasnya adalah pakaian, tarian, yang banyak persamaannya, banyak mengunakan warna terang seperti warna hitam, biru, merah, kuning dan hijau.

Apapun adat resam kaum Tidung banyak bergantung dengan pantang larang sebagai Contoh :-

Gadis dilarang menyanyi di dapur

-Nanti terkahwin dengan orang tua
Kalau ingin berjalan jauh dilarang patah balik

-Nanti mendapat malapetaka

Perlu memberi salam bila datang ketempat baru

-Kalau tidak dikuatiri akan keteguran (di sampuk hantu)
Dilarang berjalan dibawah jemuran (tempat menyidai pakaian)

-Nanti mendapat sakit yang luar biasa

Kanak-Kanak dilarang bermain pada waktu senja

–Nanti keteguran (disampuk barang halus)

SUKU KAUM MURUT DI SABAH




Sabah juga dikenali dengan nama Negeri Di Bawah Bayu. Sabah adalah negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara kepulauan Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 73,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut China Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan. Sabah adalah satu kawasan berbukit bukau dan merupakan sebuah negeri yang unik dan terkenal dengan kepelbagaian kebudayaan suku kaumnya. Menurut Agnes Keith (1981), gelaran Negeri di Bawah Bayu bukan merujuk kepada negeri Sabah sahaja tetapi juga merujuk kepada kawasan di Selatan Sulu. Terdapat kira-kira 2.5 juta penduduk Sabah merangkumi lebih daripada 30 suku kaum dan terdapat sebanyak 80 dialek bahasa yang digunakan. Sabah terdiri daripada 6 daerah pentadbiran yang dipanggil "Residensi" iaitu Kudat, Pantai Barat-Utara dan Selatan, Pedalaman, Sandakan dan Tawau. Bandar-bandar utama di Negeri Sabah adalah Kota Kinabalu (ibu negeri), Sandakan dan Tawau.

Penduduk Sabah terdiri daripada kaum Kadazan atau Dusun, Bajau, Murut, Kelabit, Rungus, Kedayan, Brunei, Lundayeh, Rungus,Iranun, Ida’an, dan lain-lain. Ciri-ciri kebudayaan negeri Sabah amat unik kerana kepelbagaian suku kaum. Tiga suku kaum utama di Sabah iaitu masyarakat Kadazan-Dusun, Bajau dan Murut. Kumpulan etnik yang utama adalah Kadazandusun, Murut, dan Bajau. Dengan itu, Sabah adalah kaya dengan penduduk berbagai-bagai kaum dengan latarbelakang kebudayaan masing-masing.

Menurut Suzannah Mohamad (2008), suku kaum Kadazan-Dusun yang merupakan kaum terbesar di Sabah iaitu mewakili satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah dan majoritinya tinggal di Pantai Barat. Suku kaum yang tergolong dalam suku Kadazan-Dusun ialah Rungus, Lotud, Tambonuo, Kimaragang, Sanayo, Minakok dan Tenggera. Suku kaum Bajau merupakan suku kaum kedua terbesar di Negeri Sabah. Suku kaum Bajau terbahagi kepada dua iaitu Bajau Pantai Barat dan Bajau Pantai Timur.

Seterusnya suku kaum ketiga terbesar ialah suku kaum Murut yang tinggal di Selatan Pantai Barat. Perkataan ‘Murut’ merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di Pedalaman Sabah. Murut terdapat di beberapa kawasan seperti Keningau, Tenom, Pensiangan, Sipitang, Kalabakan dan Kinabatangan. Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan,dan Murut Serundung. sebanyak 2.9% daripada penduduk di Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang. Suku kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan sempadan Kalimantan. Kaum Murut mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum Murut yang lain. Ini disebabkan faktor geografi sebagai penghalang dalam komunikasi bahasa mereka. Dimana kaum Murut mewakili

Secara uniknya, kaum Murut tinggal di rumah panjang yang berhampiran dengan kawasan sungai atau membuat penempatan sepanjang sungai. Mereka tinggal di dalam rumah panjang yang menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Tetapi terdapat juga kaum Murut yang tinggal dan membina penempatan secara individu di sepanjang sungai. Suku kaum Murut pakar dalam membuat perahu dan menurunkan kepakaran mereka kepada generasi seterusnya. Selain itu kaum Murut pakar dalam berburu dan masih mengamalkan tradisi bertatu seperti kaum Iban di Sarawak tetapi tradisi ini semakin kurang di lakukan oleh generasi muda suku kaum ini.

Terdapat adat istiadat kaum Murut yang masih kekal sehingga kini iaitu adat istiadat semasa upacara perkahwinan. Upacara perkahwinan orang Murut terutamanya Murut Tahol atau Tagal adalah sangat unik kerana upacara perkahwinan yang diamalkan penuh dengan adat dan berlangsung di rumah panjang dalam masa yang lama. Adat seperti tina’uh atau Bului dan ‘barian sampai mati’ masih diamalkan hingga kini. Adat ‘tina’uh’ adalah adat yang paling tertinggi dalam adat istiadat perkahwinan kaum Murut Tahol atau Tagal. Adat tina’uh adalah adat hantaran mas kahwin atau barangan perkahwinan yang terakhir oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Adat Tina’uh ini boleh dilakukan selepas 20 atau 30 tahun selepas perkahwinan mereka. Adat ini boleh juga dilakukan semasa perkahwinan berlangsung dan mengikut kemahuan serta kemampuan pihak pengantin lelaki. Semasa membuat adat tina’uh terdapat beberapa upacara yang perlu dilakukan. Adat ‘barian sampai mati’ juga adalah adat kaum Murut yang sangat unik dan menjadi adat turun-temurun dalam perkahwinan.


Kaum Murut juga menyambut perayaan seperti Hari Raya, Hari Krismas, Tahun Baru, Majlis harijadi, pengembumian dan Pesta Kalimaran dan lain-lain. Pesta Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum kadazan-Dusun yang menyambut pesta Kaamatan. Ia di sambut selepas mereka menuai padi. Kaum Murut masa kini, telah mengalami proses kemodenan dan ramai yang berkerja sebagai kakitangan kerajaan dan bukan kerajaan. Mereka juga tinggal di bandar-bandar besar dan mempunyai pekerjaan profsional. Namun demikian, Kaum Murut ini masih lagi mengamalkan adat istiadat yang diamalkan oleh nenek moyang mereka sebagai adat turun temurun yang mempunyai nilai estet
tika tinggi dalam kehidupan.



SUMBER: SINI



ADD MY FACEBOOK

SEJARAH MASYARAKAT TIDUNG DI TAWAU



Masyarakat suku kaum Melayu Tidung di Tawau adalah penduduk asal di Tawau. Penempatan asal ialah di kawasan yang kini dikenali sebagai Tawau lama iaitu di sekitar hilir dan Kuala Sungai Tawau. Nama Tawau sendiri adalah mendapat nama dari bahasa Tidung asli iaitu 'Tawai' yang bermaksud 'mata pancing'. Ini adalah kerana rata-rata penduduk asal tempatan di kawasan yang dikenali Tawau Lama ini adalah golongan nelayan. Ramai di kalangan masyarakat Melayu Tidung memiliki perahu yang dipanggil perahu Kajang. Selain itu, ada di kalangan masyarakat Melayu Tidung yang mengusahakan penangkapan secara kelong seperti di Kuala Sungai Imam dan Kuala Sungai Merotai.

Mengikut sejarahnya dahulu, kawasan penempatan Tidung di Tawau adalah di bawah kekuasaan Kesultanan Melayu Sulu. Di bawah pemerintahan kesultanan Sulu inilah yang membawa kepada penyebaran agama islam di kalangan masyarakat Melayu Tidong dimana penyampaian dakwah Islamiah ini disampaikan oleh pendakwah dan ulamak dari negara Arab. Buktinya kini pengaruh Arab begitu kuat dalam adat resam dan kebudayaan masyarakat Melayu Tidong. Dalam masyarakat Melayu Tidung, tarian zapin atau zipin serta alat muzik seperti gambus dan kompang yang berasal dari budaya Arab sudah lama digunakan sejak turun temurun. Di Tawau ini juga terdapat masyarakat Melayu keturunan Arab dan Habib yang merupakan golongan pendakwah Islam terdahulu yang telah menetap di sini dan berkahwin dengan masyarakat tempatan.



SUMBER: wikipedia



ADD MY FACEBOOK

SUKU KAUM TIDUNG TAWAU



Suku kaum Tidung adalah suku kaum rumpun Melayu yang banyak terdapat di bahagian tenggara Sabah iaitu sekitar daerah Tawau dan Sebatik. Antara suku kaum Melayu Tidung begitu dikenali di Tawau ialah Tidung Apas, Tidung Indrasabah, Tidung Membalua, Tidung Merotai (Kampung Aku) dan Tidung Kalabakan. Terdapat juga ramai suku kaum Tidung di beberapa kawasan di Sandakan seperti di Beluran. Selain itu, suku kaum Tidung juga boleh di dapati di beberapa tempat di Indonesia.

Masyarakat suku kaum Tidung di Indonesia yang agak dikenali ialah Tidung Tarakan, Tidung Sembakung, Tidung Sesayap dan Tidung Malinau. Jika dilihat secara geografinya, masyarakat Tidung ini menduduki kawasan memanjang bermula di Beluran Sandakan hingga ke Tawau (Apas, Merotai dan Kalabakan) dan seterusnya di Tarakan, Sesayap, Sembakung dan Malinau di Indonesia. Mengikut sejarah, pernah wujud sebuah kerajaan Tidung di Tarakan pada kurun ke 16 yang dikenali sebagai Kerajaan Tenggara.


SUMBER: wikipedia



ADD MY FACEBOOK

KAUM-KAUM DI MALAYSIA



Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban.


Orang Melayu

Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat..
Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak..
Permainan : congkak, gasing, wau..
Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus..
Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji
Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian piring, tarian lilin..
Kepercayaan : Agama Islam
Bahasa : Bahasa Melayu

Orang Cina

Pakaian : Cheongsam, Sam Fu..
Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien..
Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum.
Permainan : catur cina
Alat muzik : gitar bulan, dram,
Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan
Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung..
Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian
Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew..


Orang India

Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..
Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,
Permainan : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei..
Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya
Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam
Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam
Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam


Baba dan Nyonya

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka.

Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi rakyat British dan berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, [1] dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba".


Terdapat banyk suku di Malaysia. Antaranya:-


Suku Bajau

Suku kaum Bajau banyak terdapat di negeri Sabah. Suku kaum Bajau adalah antara penduduk asal kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya, atau sejak kewujudan bangsa Melayu di Nusantara kerana suku kaum Bajau adalah serpihan Melayu gelombang kedua yang datang ke Nusantara. Suku kaum Bajau mendiami kawasan pesisir pantai dari Tawau hingga ke Labuan, dengan kepadatan tertinggi di Semporna, Lahad Datu dan Kudat. Kini masyarakat Bajau telah ramai menetap di Semenanjung Malaysia.

Seratus persen suku kaum Bajau menganut agama Islam. Suku kaum Bajau sangat menekankan hubungan kekeluargaan dan "le'od" iaitu kelompok sedaerah. Sesuai dengan perkembangan masa kini, kini ramai masyarakat Bajau dikahwini dan/atau mengahwini bangsa-bangsa lain termasuk Cina, Arab, India dan suku-suku kaum tempatan di Malaysia.

Bahasa orang Bajau dikenali sebagai sinama. Kata sinama adalah kata terbitan daripada kata akar Sama dengan menerima sisipan -in- sehingga membentuk sinama yang bermaksud bahasa kepunyaan bangsa Sama. Suku kaum Bajau sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Berdasarkan kajian awal oleh Badan Galak Pusaka sekurang-kurangnya terdapat 26 subdialek bahasa Bajau atau Sinama. Juga didapati bahawa suku kaum Bajau adalah bangsa Melayu yang sebenar (Melayu Asli). Selain di Malaysia, bangsa Bajau juga turut mewarganegarai negara-negara seperti Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam.


Suku Momogun Rungus

Rungus juga di kenali sebagai Dusun Laut atau Dayak Dusun. Secara tradisi suku Momogun Rungus adalah pengamal sistem pemerintahan kesukuan yang di bentuk oleh Kesatuan Bobolizan Rinovusan pada zaman lampau sebelum zaman penjajahan British di semenanjung Kudat dan Teluk Marudu dan Pitas.

Suku kaum Rungus merupakan penduduk terbesar di kawasan utara Sabah. Suku kaum Rungus adalah penduduk asli kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya. Suku Rungus juga dikenali sebagai Momogun, Dayak Dusun, Dayak Laut, Momogun Rungus, Melobong Rungus, Momogun Laut atau Dusun Laut. Rungus merupakan nama nenek moyang mereka yang di kenali sebagai Aki Rungsud. Aki Rungsud adalah tokoh bangsa Momogun Rungus yang telah membuka Teluk Bandau sebagai Pusat Perdagangan Sistem Barter pada zaman lampau.

Suku kaum Momogun Rungus mendiami kawasan pesisir pantai barat Kudat, pantai timur Kudat, Teluk Marudu, Pitas hingga ke Beluran dan juga kepulauan sekitar Kudat, dengan kepadatan tertinggi di kawasan Kudat, Kota Marudu, Pitas, Paitan, Telupid, Kinabatangan dan Beluran.

Pada hari ini kira-Kira 79% suku kaum Momogun Rungus adalah menganut agama Kristian, kira 20% adalah penganut Agama Labus (Lzabvus) iaitu agama nenek moyang Momogun Rungus dan kira-kira 1% Momogun Rungus yang beragama Islam hasil perkawinan campur. Suku kaum Momogun Rungus sangat menekankan adat-adat nenek moyang, hukum-hukum agama labus serta hubungan kekeluargaan.

Bahasa Momogun Rungus dikenali sebagai Boros Momogun atau Bahasa Rungus. Kata Momogun adalah kata terbitan daripada kata akar "pogun" dengan menyambungkan sebutan -mom- sehingga membentuk kata "momogun" yang bermaksud "pemilik tanah". Perkataan ini terhasil dari doktrin agama tradisi bangsa Momogun Rungus iaitu Agama Labus. "Agama Labus" adalah terhasil dari 2 perkataan dari bahasa Momogun Rungus iaitu "AGAMA" dan "LABUS".

AGAMA dalam bahasa Momogun Rungus adalah berasal dari kata asas iaitu "A" dan "Gama". "A" merujuk kepada "boleh". Manakala "gama" bermakna "lakukan", "buat" atau "amalkan".

LABUS (bunyi sebutan ialah Lzabvus) dalam bahasa Momogun Rungus adalah dari kata asas "Labus" yang bermakna "keluar".

Jadi Agama Labus bermakna "satu set atau satu himpunan Hukum-Hukum, amalan-amalan dan peraturan-peraturan moral dari bangsa Momogun Rungus yang mampu mengelakkan atau mengeluarkan masyarakat mereka dari hukuman-hukuman Kinoringan iaitu Tuhan bangsa Momogun Rungus".

Suku kaum Momogun Rungus sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Ini berikutan berdasarkan kesamaan dari segi bahasa, seni arkitektur, kepercayaan, pandangan alam serta segi etnologinya Momogun Rungus di dapati mempunyai persamaan dengan rumpun Dayak Kalimantan, Dayak Sarawak dan Kadazan Dusun di Sabah. Tidak hairanlah Momogun Rungus ini sering kali juga di kenali sebagai Dayak Laut atau Dayak Dusun.

Selain di Malaysia, bangsa Momogun juga turut di temui di negara-negara jiran seperti Indonesia dari rumpun Dayak Uud Danum dan Brunei iaitu Dusun Brunei di dapati bahawa bahasa mereka juga mempunyai kesamaan dengan bahasa Momogun.

Apa yang jelas bangsa Momogun merupakan penduduk asli kepulauan Borneo iaitu kepulauan ketiga terbesar di dunia.


Suku Brunei

Salah satu bangsa Melayu (Melayu Brunei)


Suku Tidong / Tidung

Suku kaum ini banyak terdapat di sabah, terutamanya di tawau.


Suku Tombonuo

Tombonuo juga di kenali sebagai Dusun Sungai.


Suku Iban

Suku kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak. Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang.

Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati.

Perayaan penting yang disambut oleh suku Iban adalah Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini. Suku ini juga terdapat di Tawau.


SUMBER: PMR




ADD MY FACEBOOK

MASYARAKAT MELAYU TAWAU



Masyarakat Melayu sebenarnya bukan sahaja terdapat di Semenanjung Tanah Melayu tetapi juga terdapat di Sarawak, di Brunei dan di Sumatera. Namun ramai yang tidak mengetahui bahawa masyarakat Melayu juga sebenarnya terdapat di Tawau, Sabah yang jauhnya di hujung Malaysia. Jika di Semenanjung Malaysia, masyarakat Melayunya agak berbeza mengikut tempat seperti Melayu Utara, Melayu Kelantan(termasuk Melayu Besut dan Melayu Patani), Melayu Perak, Melayu Pahang dan Melayu Johor. Di Sumatera pula, terdapat Melayu Aceh , Melayu Deli, Melayu Minang (Padang), Melayu Jambi dan Melayu Riau. Manakakala di Borneo pula terdapat Melayu Sarawak, Melayu Brunei, Melayu Sambas, Melayu Banjar, Melayu Berau, Melayu Kutai, Melayu Bolongan, Melayu Tidung dan Melayu Suluk.

Tawau adalah sebuah tempat begitu unik kerana satu satunya tempat di Sabah yang dihuni masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu Tawau ini adalah terdiri daripada pelbagai suku kaum Melayu yang telah lama hidup bersama dan mengamalkan cara hidup dan budaya yang sama iaitu Budaya Melayu. Walaupun berbeza asal keturunan namun di Tawau, mereka telah wujud dalam satu komuniti yang dipanggil Masyarakat Melayu. Mereka cuma menggunakan satu bahasa sebagai bahasa pertuturan dan pergaulan iaitu Bahasa Melayu Tawau.

Umumnya, masyarakat Melayu Tawau ini adalah percampuran dari pelbagai rumpun Melayu seperti Melayu Tidung, Melayu Arab, Melayu Banjar, Melayu Suluk, Melayu Jawa, Melayu Bolongan, Melayu Kokos dan lain-lain. Ini termasuk juga sebilangan kecil masyarakat dari keturunan yang lain seperti Bajau dan Iban-Muslim yang memilih untuk hidup bersama masyarakat Melayu yang lain. Masyarakat ini telah wujud sekian lama sebelum zaman penjajahan British lagi. Mereka telah membuka penempatan di kuala-kuala sungai dengan hidup sebagai nelayan dan menanam padi bukit. Mereka hidup bersama-sama, berkahwin di antara mereka dan saling mewujudkan masyarakat yang aman damai di Tawau sebelum kedatangan pihak British dan orang-orang Cina.

Semua penduduk tempatan ini telah wujud di Tawau sebagai Masyarakat Melayu Tawau. Ketika zaman pemerintahan British North Borneo Company, pihak British telah melantik Kee Abdullah, seorang Sino-Dusun Muslim sebagai Pemeriksa Kastam dan Pemungut Hasil di Tawau pada 16 Oktober 1894. Beliau kemudiannya berkahwin dengan Jumatiah binte Ami Maidin, seorang gadis Melayu Suluk tempatan. Selepas bersara dari perkhidmatan kerajaan, beliau telah dilantik menjadi penghulu yang pertama atau OKK pada tahun 1900an untuk mewakili masyarakat tempatan di Tawau. Beliau mempunyai 18 orang anak. Setelah beliau meninggal dunia iaitu sebelum Perang Dunia 1941, anak beliau, OKK Abu Bakar dilantik menjadi penghulu ke-2 menggantikan tempat beliau.

Walaupun pegawai-pegawai kerajaan di pejabat daerah dan pejabat Residen adalah orang-orang Inggeris, beberapa orang Melayu turut diberi tempat di pejabat-pejabat kerajaan di Tawau. Antara pemimpin-pemimpin Melayu yang diiktiraf British ketika tahun 1920an ialah OKK Kee Abdullah, Habib Hussein, Habib Sheikh, Imam Mustafa dan Serang Saman.

Ketika pra-kemerdekaan pula iaitu pada tahun 1945, telah ditubuhkan Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau diasaskan oleh pemimpin Melayu ketika itu iaitu Datuk Abu Bakar Titingan bersama Datuk Kassim Kamidin, Datuk Hj Ahmad Ayid dan Penghulu Zainal. Persatuan inilah yang menyatukan masyarakat Melayu Tempatan untuk bersama-sama Tun Datu Mustapa bin Datu Harun menuntut kemerdekaan Sabah melalui Malaysia pada 31 Ogos 1963. Pemimpin pemimpin Melayu lain di Tawau yang turut berjasa kepada masyarakat Melayu Tawau adalah OKK Abu Bakar, Habib Hassan ( Pasir Putih ), Imam Galundang ( Tanjung Batu ).

Persatuan Islam Tawau juga telah lama ditubuhkan dahulu yang mana persatuan ini dipengerusikan oleh Datuk Kassim Kamidin adalah salah sebuah persatuan yang berpengaruh dan telah bergabung dengan persatuan Islam lain di negeri Sabah dan membentuk Persatuan Islam Seluruh Sabah atau dikenali sebagai USIA. Persatuan inilah yang banyak menyumbangkan jasa dan memainkan peranan dalam hal-ehwal masjid dan dakwah islamiah sebelum era kemerdekaan Sabah bersama Malaysia. Ini termasuklah usaha penubuhan satu-satunya sekolah agama di Tawau iaitu Sekolah Islamiah Tawau pada tahun 1970.



SUMBER: wikipedia



ADD MY FACEBOOK

LAGENDA KAUM TIDUNG (BATU PAYUNG/TINAGAT)



Ramai yang tahu Pantai Batu Payung atau Tinagat dimana dalam tahun 90an ramai yang pernah berkelah di pantai tersebut, dimana ketika itu pantai yang cukup indah dan bersih dan merupakan salah satu pantai yang terindah di daarah Tawau.

Tapi mungkin ramai yang tidak tahu Tinagat atau Batu Payung itu adalah sama dimana tempatnya sama, walaubagaimanapun ramai yang tidak sedar bahawa tinagat mempunyai satu lagenda tersendiri yang mempunyai hubung kait dengan “Sungai Sibuku” di Indonesia. Menurut cerita lagenda yang diperolehi dari penduduk Sungai Sibuku dan penduduk Kampung Tinagat dimana setelah disusun semula hasil ceritanya adalah seperti berikut:-

Di zaman dahulu seorang pemuda bersama ibubapa tinggal di sebuah kampung dimana kampung tersebut merupakan menghasilkan padi mempunyai bendang sawah yang cukup luas seluas mata memandang, dimana penduduk kampung berkenaan menjalankan kerja secara gotong royong apabila tiba menuai padi.
Pada satu petang pemuda berkenaan menghabiskan masa rehetnya sebelum senja tiba, pemuda berkenaan berjalan-jalan ke pantai dalam keadaan cuaca yang kurang baik dan sayu, hujan gerimis, apabila sampai dipantai berkenaan, pemuda tersebut terdengar suara perampuan ketawa dan bergurau senda.
Pemuda itu pun terus ke arah suara tersebut, apabila sampai ke tempat itu pemuda berkenaan ternampak tujuh orang putri yang sedang mandi ditebing pantai tersebut, tujuh gadis itu dikatakan berasal dari kayangan dimana dikatakan “jula juli bintang tujuh”.

Pemuda itu berfikir macam mana hendak mendapatkan putri itu, fikir punya fikir pemuda mendapat ilham untuk mengambil satu pasang baju putri berkenaan dan terus menbunyi baju tersebut, apabila putri itu selasai mandi masing-masing mengambil baju mereka yang diletak diatas batu tersebut.
Salah satu daripada putri itu tercari-cari bajunya tapi tidak Berjaya, jambatan merekapun hampir padam dimana jambatan itu pelangi tujuh warna, pada akhirnya putri bungsu itu akur untuk tinggal dibumi. Akhirnya pemuda itu kembali kerumah yang tidak jauh dari pantai tersebut mengambil baju ibunya untuk digunakan oleh putri itu.

Hari pun semangkin senja pemuda itu membawa putri balik kerumahnya, sampai dirumahnya keluarga pemuda terkejut melihat putri yang cantik tidak terkira, ibu pemuda itu bertanya dengan pemuda itu dimana dia menjumpa putri itu, pada awalnya pemuda itu mendiam diri, tapi atas desakkan ibunya pemuda itu mencerita kisahnya sehingga dia menemui putri itu kepada keluarganya.

Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, rumah pemuda itu tidak henti-henti dikunjungi oleh penduduk kampung yang ingin melihat lebih jelas lagi putri kayangan itu, dimana dahulunya rumah pemuda itu senyap sepi, tapi apa yang berlaku sejak kehadirian putri keyangan itu, kini riuh rendah jadinya.

Pemuda itu pun berkahwin dengan putri kayangan itu, atas dasakan keluarganya berikutan penduduk kampung mula berangapan tidak baik dengan pemuda dan putri itu yang dilihat sentiasa bersama.
Sehaun kemudian hasil perkongsian hidup pemuda itu dengan putri itu, merekapun dikurnia seorang anak.
Sejak kehadiran putri kayangan itu dikampung pemuda tersebut, hasil tuaian padi berlipat kali ganda pendapatan mereka, atas memberi kesyukuran dengan hasil tuaian penduduk kampung, penghulu kampung berkenaan mencadangkan mengadakan pesta kesyukuran menuai padi.

Masa pesta pun sudah tiba, semua penduduk datang meriahkan nya pelbagai acara diadakan antaranya tarian mengeluk. Atau dasakan penghulu dan keluarga pemuda itu yang mahu putri itu menari. Pada awalnya putri tersebut engan menerima pelawaan tersebut tetapi setelah di desak oleh suaminya akhirnya putri itu terima pelawaan tersebut.

Sebelum putri itu menari beliau mengenakan syarat kepada suaminya dimana beliau minta baju yang disembunyi oleh pemuda itu satu ketika dahulu, untuk digunakannya bernari, akhirnya pemuda itu pun setuju dengan perminta isterinya itu lalu mengambil baju di gudang padi.

Putri itu pun mula menari dengan limbayan yang lembut gemalai, tampa disedari kaki Putri itu pun mula berangkat dari lantai pentas tersebut, akhirnya tidak dapat rurun lagi, pesta itu jadi huru hara apabila putri tersebut mangkin lama mangkin tinggi terbang.

Pemuda itupun terus mengejar putri itu sehingga dilihat berdiri diatas batu berpayung iaitu “BATU PAYUNG” apabila pemuda sampai di batu berpayung itu dan terus merayu agar isteri nya turut, tapi apakan daya putri itu tidak boleh turun ke bumi lagi.

Pemuda itu pun mengambil keputusan untuk menebang batu yang berbentuk payung itu dengan harapan isteri kesayangnya itu dapat turun, walaubagai manapun setelah batu itu tumbang putri berkenaan terus terbang, dengan memberi kata-kata akhir kepada suaminya (pemuda).

“tolonglah jaga anak kita itu, kalau dia menagis bawalah dia ke sungai sibuku” akhirnya putri itu terus terbang meninggalkan pemuda itu, pemuda itupun kembali ke kampungnya dengan harapan kecewa.
Begitulah cerita lagenda tinagat yang mempunyai kaitan dengan sungai sibuku, yang difahamkan dan pernah diceritakan oleh penduduk kampung sungai sibuku, satu ketika sungai sibuku tersebut berumbak tujuh lapis dan batu payung kini sekarang tinggal tunggulnya tinagat.

Demikian sahaja lagenda Tinagat, Batu Payung dan Sungai sibuku dalam erti kata lain TINAGAT dalam bahasa tidong adalah TEBANG.

Video Lagu Berkitan LAGENDA KAUM TIDUNG (BATU PAYUNG/TINAGAT):




SUMBER ARTIKEL: SINI



PLEASE ! CLICK ME

SEJARAH RINGKAS DAERAH TAWAU



Sejarah Tawau tidak diketahui dengan jelas terutamanya sebelum tahun-tahun 1890-an. Bagaimanapun Tawau telahpun berpenduduk dengan sebuah perkampungan kecil nelayan dengan 200 orang penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Melayu keturunan Tidung dan Suluk pada tahun 1898. Pada ketika itu Tawau berada di bawah kuasa kesultanan sulu. Dalam satu perjanjian yang termeterainya pada 22 Januari 1878, Kesultanan Sulu menyerahkan kawasan di persekitaran Tawau yang wujud masa kini kepada pihak inggeris.

Tawau menjadi sebahagian daripada kawasan jajahan orang-orang Inggeris iaitu melalui syarikat(berpiagam) Borneo utara. Mengikut catatan The North Borneo Annual Volume (1955-1965) menyatakan sistem pentadbiran bermula pada tahun 1898, iaitu berikutan langkah-langkah pihak Syarikat (berpiagam) Borneo Utara membuka sebuah penempatan di Tawau dan seterusnya mengadakan asas-asas pentadbiran kerajaan tempatan di situ.

Untuk mengelak perselisihan faham dengan pihak Belanda yang memerintah Indonesia pada masa tersebut tidak, disebabkan Tawau berkongsi sempadan dengan Indonesia, pihak pemerintahan Inggeris telah mengambil langkah-langkah untuk menetapkan sempadan. Ini disebabkan sempadan asal bagi kawasan yang telah diserahkan kepada pihak Inggeris oleh kedua-dua Sultan Berunai dan Sultan Sulu ialah di bawah sungai Sibuko berdekatan dengan Tarakan (Indonesia) yang mana kawasan tersebut termasuk di bawah pemerintahan Belanda yang ketika itu telah sedia ada menghuni di kawasan tersebut. Berikutan itu satu suruhanjaya Sempadan telah ditubuhkan pada tahun 1912 yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari United Kingdom dan Belanda.

Sebuah Laporan Bersama telah disediakan beserta dengan peta dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya masing-masing di Tawau pada 17 Februari 1913. Kemudian mengikut protokol di antara United Kingdom dan Belanda yang telah ditandatangani di London pada 28 September 1915, kedua-dua kerajaan mengesahkan laporan bersama dan peta tersebut.

Dengan wujudnya pemerintahan British di Tawau, pelbagai kemudahan telah disediakan seperti hospital, sekolah-sekolah, balai polis, rumah-rumah kedai, pelabuhan Tawau serta juga jalan raya dan jalan kampung yang dibina oleh PWD, sebuah jabatan kerajaan yang mana para pekerjanya adalah dari kalangan penduduk tempatan Tawau.

Hak dan keistimewaan masyarakat Melayu tempatan telah diiktiraf oleh Kerajaan British dengan perlantikan Penghulu atau OKK sebagai mewakili penduduk tempatan di Tawau ini untuk menyatakan keperluan dan permasalahan rakyat kepada pihak British. Penghulu pertama yang dilantik pada tahun 1900an ialah OKK Kee Abdullah. Selain itu, Pada tahun 1950an, Penghulu OKK Abu Bakar ( anak OKK Kee Abdullah ) telah dipertanggungjawabkan untuk memberi geran-geran tanah yang sah secara rasmi kepada masyarakat tempatan yang mendiami penempatan di sekitar daerah Tawau untuk menjamin hak keistimewaan penduduk tempatan sebagai masyarakat peribumi ( natives ) di daerah Tawau ini.

Penubuhan Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau atau P.K.M.T pada tahun 1945 yang diasaskan oleh Datuk Abu Bakar Titingan bersama pemimpin Melayu yang lain telah menyatukan masyarakat Melayu tempatan Tawau. Ahli-ahli persatuan inilah yang bersama-sama dengan Tun Datu Mustapa Datu Harun untuk menuntut kemerdekaan bagi negeri Sabah melalui Malaysia pada tahun 1963. Manakala penubuhan Persatuan Islam Tawau yang dipengerusi oleh Datuk Kassim Kamidin telah mendorong penubuhan USIA yang menjamin keutuhan syiar Islam di seluruh Sabah.



Geografi

Daerah Tawau meliputi kawasan seluas 6,125 km persegi atau 612,506 hektar. Ia berkongsi sempadan dengan Kalimanta, Indonesia di selatan serta dikelilingi Laut Sulu di timur dan Laut Sulawesi di selatan.

Tawau mempunyai 10 mukim dan 81 kampung yang terhimpun dalam dua kawasan parlimen dan enam Dewan Undangan Negeri (DUN). Parlimen Tawau mengandungi DUN Sri Tanjung,Apas dan Balung sementara Parlimen Kalabakan mengandungi merotai,Tanjung Batu dan Sebatik. Dahulunya ia terkandung dalam satu kawasan parlimen dengan empat kawasan pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah iaitu Balung, Merotai, Sri Tanjung dan Kalabakan.

Terdapat beberapa kawasan hitam yang dikatakan terlibat dengan pelbagai kes jenayah. Antara kawasan-kawasan tersebut adalah

1. Batu 4 (Apas)
2. Kampung Titingan atau Ice Box
3. kampung Pisang
4. Logpand
5. Kampung Pasir Putih
6. Kongsi 10
7. Kampung Vietnam (Tanah Merah)
8. Kampung Batu 2 (kg Habib Abd.Rahman)



Demografi

Sehingga 2000, populasi penduduk d Daerah Tawau dianggarkan berjumlah kira-kira 304,888 orang penduduk.


PLEASE ! CLICK ME

ASAL-USUL NAMA MEROTAI BESAR



Asal usul perkataan "Merotai" bermula dari istilah yang dikeluarkan oleh suku kaum Tidung yang pergi mencari rotan dalam hutan. Pencarian berakhir dengan terjumpanya mayat seorang lelaki dari suku kaum Murut di pertembungan sungai. Pencari rotan mengeluarkan “Murut Matoi De Hutan”dalam erti kata “Murut Mati Di Hutan”.Perkataan ini telah diubah suai mengikut zaman dalam bahasa melayu iaitu “Merotai”. Maka terhasillah Merotai. Merotai Besar pula terhasil daripada pertembungan sungai besar dan sungai kecil yang mengalir kearah Merotai Kecil. Kejadian ini dikatakan berlaku sekitar tahun 1930an.

Menuju kearah pentadbiran yang lebih sitematik dan teratur kepada kampung-kampung kecil yang pernah wujud suatu masa dahulu, di dalam Kampung Merotai Besar sendiri dibahagikan kepada kumpulan kampung asli (sejak 1930an) kecil yang terdiri daripada Kg. Tanah Merah , Kg. Pangkalan Asli, Kg.Durian, Kg Langsat, Kg Kijang, Kg. Jagung. Kg. Simpang Tiga, Kg. Iban, Kg. Kuala Merotai Dan Kg. Pekan Merotai Besar.

Gotong-royong merupakan antara salah satu Program yang akan dijalankan pada setiap bulan yang tidak boleh dipisahkan daripada masyarakat kampung sejak dahulu dan masih lagi diamalkan di Kampung Merotai Besar. Contohnya pada setiap Khamis malam Jumaat disetiap masjid akan megadakan bacaan Yassin dan Jamuan Makan malam kecil-kecilan. Penduduk serta pemimpin kampung akan bersama-sama selain daripada memupuk semangat kerjasama dan kesepaduan aktiviti ini juga dapat memastikan setiap masyarakat kampung menyertai aktiviti sosial yang mencakupi semua peringkat usia sehingga mampu mengenepikan jurang atau benteng ideologi. Sehingga ke hari ini Kampung Merotai Besar telah menuju kearah sebuah Kampung yang maju, menarik dan menguntungkan.





PLEASE ! CLICK ME

PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM SUKU TIDUNG



Pada abad 14 Masihi bermulalah perkembangan agama Islam di wilayah Kalimantan yang dibawa oleh salah satu utusan dari tanah suci Makkah yang masyarakat setempat sebut Wali Allah atau utusan Allah yang bernama syarif Marzin Al'Marzaq membawa kitab suci Al'quran, keris serta sebuah tongkat.

Dalam masa perjalanannya mengembangkan ajaran Islam ia menikah dengan seorang gadis asli Kalimantan yang kemudian memeluk Agama Islam dan mendapatkan tiga orng putra yang bernama Syarif Pengeran, syarif Muda dan Syarif Hamzah Al Marjaq.

Untuk mengembangkan Agama Islam Syarif Marzin Al'Marjaq melakukan perjalanan dakwah sehingga ia meninggalkan anak dan istrinya. Sehingga yang melanjutkan tugasnya mengembangkan siar Islam di pulau Kalimantan adalah anaknya yang bernama Syarif Hamzah Al Marzaq. Daerah yang pertama kali dikembangkannya adalah daerah Sesayap (Kab.Bulungan). Tidak lama kemudian menyebar kewilayah sekitarnya sampai ke pulau Tarakan. Dalam masa perjalanan dakwanya Syarif Hamzah Al'Marzaq mendapat tantangan dari sekolompok masyarakat yang tidak menerima ajaran yang dibawanya karena ajaran agama Islam menjadi penghalang bagi mereka untuk membuat maksiat. Sehingga mereka memenggal kepala Syarif Hamzah Al'Marzaq diatas sebuah batang. Tapi anehnya batang yang membawa kepala Syarif Hamzah Al'Marzaq tersebut hanyut dengan melawan arus hingga ke pulau Tarakan dan terdampar hingga kesungai Pamusian.

Mungkin mukjizat dari Allah SWT kepala yang terpenggal itu mengeluarkan darah berwarna putih, ketika akan dikebumikan oleh masyarakat badannya yang masih ada di Sesayap secara aneh tiba-tiba kembali tersambung dan jenazahnya kemudian dimakamkan dipinggiran sungai Pamusian.

tidak lama kemudian makamnya berpindah sendiri dimana letak awal kuburannya berada dipinggiran sungai Pamusian namun kuburan tersebut berpindah tempat seperti yang ada terletak sekarang ini. Karena keajaiban tadi masyarakat Tarakan menganggap kuburan itu sebagai Kuburan Keramat. Sehingga dari dulu hingga sekarang masyarakat berdatangan kesana untuk menyampaikan niatnya, baik yang beragama Islam maupun non Islam. Baik masyarakat Tarakan maupun dari luar Tarakan.

Salah seorang keturunan Syarif Hamzah Al Marzaq yang masih hidup dan pernah menyaksikan keanehan nisan kuburan keramat tersebut yang sewaktu-waktu dapat bergeser. Biasanya dalam menyampaikan niatnya para pengunjung sambil duduk bersandar di dinding yang anehnya terkadang bisa bersandar dan terkadang tidak bisa. Keramat yang dimaksud adalah apabila pengunjung masuk posisinya berada disebelah kanan dan lokasinya tepatnya dibelakang kantor PT. Medco E & P di kelurahan Pamusian atau samping kiri Stadion Tenis Indoor Telaga Keramat Tarakan sekarang ini.



PLEASE ! CLICK ME

ASAL-USUL SUKU TIDUNG DI SABAH



Sebenarnya, tentang suku kaum Tiung ni, sudah pernah aku coretkan dalam blog ni, akan tetapi, coretan itu aku padam dan pindahkan ke blog aku yang satu lagi, tapi entah apa salah ku dengan mencoret pasal bangsaku sendiri, blog itu hilang di mamah maya... so tanpa segan silu, aku coretkan kembali tentang bangsa ku disini,yang mna kali ni, oretan ku berdasarkan perbincangan di sebuah forum..

Asal sebenar suku kaum Tidung berasal dari Kalimantan Timur, yang kebanyakannya mendiami di suatu pulau yg dulunya dipanggil Pulau Tidung (semasa kewujudan Kerajaan Tidung) semasa pemerintahan dan yang sekarang ini dikenali sbagai Pulau Tarakan di Kalimantan Indonesia. Suku kaum Tidung sebenarnya berasal dari suku terasnya kaum Dayak dan Murut yangg juga serumpun dgn dua suku kaum ini. Oleh kerana suku kaum Tidung adalah suku kaum yg 100% nya beragama Islam dan pernah mewujudkan Kerajaan Tidung yang pernah diperintah oleh seorang Sultan yang dipanggil sebagai Sultan Bolongan di Pulau Tarakan dan termasuklah Nunukan maka mereka ini tidaklah dipanggil dengan nama suku teras mereka dari suku Dayak dan juga suku serumpun mereka kaum Murut. Kini suku kaum ini banyak mendiami Sabah terutamanya di Tawau dan sebilanganya di Sandakan, sebab itulah kaitan nama Daerah Tawau ada kaitan dengan suku kaum Tidung kerana Wilayah Kerajaan Kesultanan Tidung meliputi kawasan Tawau, Kalabakan, Serudong dan Luasong. Nama Tawau itu sendiri adalah dari bahasa kaum Tidung yang sama erti dengan Tawoi iaitu Jauh. Tahukah anda bahawa kaum Tidung paling banyak mendiami Kampung saya di Merotai Besar Tawau, Kuala Merotai dan Jelutong, adalah kawasan yang ramai mereka diami sekarang. Nama Kg. Merotai itu sendiri juga berasal dari bahasa kaum Tidung yang membawa maksud Murut Matoi iaitu Orang Murut Mati (Mengikut Cerita Veteran Tidung Di Merotai).



PLEASE ! CLICK ME