I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

MASYARAKAT MELAYU TAWAU



Masyarakat Melayu sebenarnya bukan sahaja terdapat di Semenanjung Tanah Melayu tetapi juga terdapat di Sarawak, di Brunei dan di Sumatera. Namun ramai yang tidak mengetahui bahawa masyarakat Melayu juga sebenarnya terdapat di Tawau, Sabah yang jauhnya di hujung Malaysia. Jika di Semenanjung Malaysia, masyarakat Melayunya agak berbeza mengikut tempat seperti Melayu Utara, Melayu Kelantan(termasuk Melayu Besut dan Melayu Patani), Melayu Perak, Melayu Pahang dan Melayu Johor. Di Sumatera pula, terdapat Melayu Aceh , Melayu Deli, Melayu Minang (Padang), Melayu Jambi dan Melayu Riau. Manakakala di Borneo pula terdapat Melayu Sarawak, Melayu Brunei, Melayu Sambas, Melayu Banjar, Melayu Berau, Melayu Kutai, Melayu Bolongan, Melayu Tidung dan Melayu Suluk.

Tawau adalah sebuah tempat begitu unik kerana satu satunya tempat di Sabah yang dihuni masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu Tawau ini adalah terdiri daripada pelbagai suku kaum Melayu yang telah lama hidup bersama dan mengamalkan cara hidup dan budaya yang sama iaitu Budaya Melayu. Walaupun berbeza asal keturunan namun di Tawau, mereka telah wujud dalam satu komuniti yang dipanggil Masyarakat Melayu. Mereka cuma menggunakan satu bahasa sebagai bahasa pertuturan dan pergaulan iaitu Bahasa Melayu Tawau.

Umumnya, masyarakat Melayu Tawau ini adalah percampuran dari pelbagai rumpun Melayu seperti Melayu Tidung, Melayu Arab, Melayu Banjar, Melayu Suluk, Melayu Jawa, Melayu Bolongan, Melayu Kokos dan lain-lain. Ini termasuk juga sebilangan kecil masyarakat dari keturunan yang lain seperti Bajau dan Iban-Muslim yang memilih untuk hidup bersama masyarakat Melayu yang lain. Masyarakat ini telah wujud sekian lama sebelum zaman penjajahan British lagi. Mereka telah membuka penempatan di kuala-kuala sungai dengan hidup sebagai nelayan dan menanam padi bukit. Mereka hidup bersama-sama, berkahwin di antara mereka dan saling mewujudkan masyarakat yang aman damai di Tawau sebelum kedatangan pihak British dan orang-orang Cina.

Semua penduduk tempatan ini telah wujud di Tawau sebagai Masyarakat Melayu Tawau. Ketika zaman pemerintahan British North Borneo Company, pihak British telah melantik Kee Abdullah, seorang Sino-Dusun Muslim sebagai Pemeriksa Kastam dan Pemungut Hasil di Tawau pada 16 Oktober 1894. Beliau kemudiannya berkahwin dengan Jumatiah binte Ami Maidin, seorang gadis Melayu Suluk tempatan. Selepas bersara dari perkhidmatan kerajaan, beliau telah dilantik menjadi penghulu yang pertama atau OKK pada tahun 1900an untuk mewakili masyarakat tempatan di Tawau. Beliau mempunyai 18 orang anak. Setelah beliau meninggal dunia iaitu sebelum Perang Dunia 1941, anak beliau, OKK Abu Bakar dilantik menjadi penghulu ke-2 menggantikan tempat beliau.

Walaupun pegawai-pegawai kerajaan di pejabat daerah dan pejabat Residen adalah orang-orang Inggeris, beberapa orang Melayu turut diberi tempat di pejabat-pejabat kerajaan di Tawau. Antara pemimpin-pemimpin Melayu yang diiktiraf British ketika tahun 1920an ialah OKK Kee Abdullah, Habib Hussein, Habib Sheikh, Imam Mustafa dan Serang Saman.

Ketika pra-kemerdekaan pula iaitu pada tahun 1945, telah ditubuhkan Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau diasaskan oleh pemimpin Melayu ketika itu iaitu Datuk Abu Bakar Titingan bersama Datuk Kassim Kamidin, Datuk Hj Ahmad Ayid dan Penghulu Zainal. Persatuan inilah yang menyatukan masyarakat Melayu Tempatan untuk bersama-sama Tun Datu Mustapa bin Datu Harun menuntut kemerdekaan Sabah melalui Malaysia pada 31 Ogos 1963. Pemimpin pemimpin Melayu lain di Tawau yang turut berjasa kepada masyarakat Melayu Tawau adalah OKK Abu Bakar, Habib Hassan ( Pasir Putih ), Imam Galundang ( Tanjung Batu ).

Persatuan Islam Tawau juga telah lama ditubuhkan dahulu yang mana persatuan ini dipengerusikan oleh Datuk Kassim Kamidin adalah salah sebuah persatuan yang berpengaruh dan telah bergabung dengan persatuan Islam lain di negeri Sabah dan membentuk Persatuan Islam Seluruh Sabah atau dikenali sebagai USIA. Persatuan inilah yang banyak menyumbangkan jasa dan memainkan peranan dalam hal-ehwal masjid dan dakwah islamiah sebelum era kemerdekaan Sabah bersama Malaysia. Ini termasuklah usaha penubuhan satu-satunya sekolah agama di Tawau iaitu Sekolah Islamiah Tawau pada tahun 1970.



SUMBER: wikipedia



ADD MY FACEBOOK

5 comments:

Anonymous said...

*waa....thats me iban-muslim...hehhe...glad to be rakyat tawau...love u tawau...*

ZELL BUKAN NAMA SEBENAR ® said...

Aha,
Me oso lurve Tawau, glad to be Tawau people.. it's me.. Melayu Tidung + Melayu Bolongan.. :)

Kee Heritage said...

Kee Kim Swee is my grandfather, he is Chinese Hainan not Sino-Dusun.

mohd haniff mohd said said...

alhamdulillah cuz sya melayu iban tawau, berbangga dgn PKMT.....nk masuk ahli PKMT mcm mna ya.....
ingat lg satu sekolah dgn nizan dato abu bakar titingan dahulu.... dh lama x jumpa mereka, kenit ahmad kereah, nizam n lain x2... ada yg dh jd YB lk tu...tahniah buat semua

mohd haniff mohd said said...

nice jd org tawau terutama melayu tawau....
tahniah PKMT...mcm mna joint persatuan ni

Post a Comment

KERATAN NOTIS

1. Sila Komen Dalam Bahasa Melayu / Ingelish Yang Mudah Difahami

2. Tinggalkan Alamat Blog / Email Jika Perlu

SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. PEMILIK AJTR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA DI AJTR INI.