I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

Showing posts with label PRIBUMI SABAH. Show all posts
Showing posts with label PRIBUMI SABAH. Show all posts

ETNIK TIDUNG & KEBUDAYAANYA



Suku Kaum Melayu Tidung juga adalah salah satu daripada suku kaum Bumiputra yang terdapat di Sabah .. ^^






Suku Kaum Tidung ialah salah satu etnik yang terdapat di negeri Sabah. Bilangan mereka agak besar juga dan kebanyakan terdapat di kawasan Pantai Timur Negeri Sabah, khususnya di Daerah Tawau seperti Merotai , Kalabakan , Indrasabah , Tawau Lama , Pasir Putih, Apas Balung, Lahad Datu, Labuk dan Beluran.

Semua masyarakat ini beragama Islam dan terkenal sebagai kaum yang amat berpegang teguh kepada adat resam dan pantang larang bangsanya. Pada zaman dahulu masyarakat ini sangat kuat dipengaruhi unsur pemerintahan beraja iaitu pemerintahan Beraja Kesultanan Bolongan yang pusat pemerintahannya terletak di Kalimantan Timur Indonesia. Justeru itu sehingga kini adat istiadat, kesenian yang diwarisi dan tatacara kehidupan harian mereka banyak dipengaruhi oleh kehidupan istana. Tarian mereka misalnya banyak berunsurkan istana seperti tarian raja berangkat, kadandiu(sapu tangan) dan zapin tidung-bolongan yang mempunyai ciri gerak tari kesenian istana yang penuh legenda.

Begitu juga pakaian tradisi mereka, terutama untuk majlis tertentu misalnya, banyak dipengaruhi unsur kemewahan sama ada di segi reka bentuk, hiasan dan aksesorinya. Perhiasan mereka diperbuat daripada emas, perak atau tembaga dan ia harus dimiliki oleh sesiapa saja yang memakai tradisi mereka.

Berkenaan warna pakaian tradisi etnik ini, mereka memilih apa saja warna yang disukai (terutama warna yang memiliki kewujudan tujuh bidadari dan tujuh warna pelangi seperti terdapat dalam kepercayaan mereka). Walau bagaimanapun kerana warna kuning adalah warna rasmi kepada penghuni istana, maka warna kuning juga melambangkan warna kebesaran mereka. Pada hari ini, pakaian seperti ini dipakai pada majlis perkahwinan, perayaan dan pesta rasmi.

Untuk kaum lelaki Tidung, mereka memakai baju teluk belanga iaitu sejenis baju yang sama potongannya dengan baju Melayu. Di bahagian dalamnya dipanggil kaos dibuat daripada kain biasa atau sutera, manakala baju bahagian luarnya pula (jaket) dibuat daripada kain baldu yang dihiasi dengan corak-corak indah menggunakan manik atau labuci. Seluar yang dikenakan untuk baju teluk belanga ini dikenali juga sebagai seluar teluk belanga. Seluar ini diperbuat daripada kain baldu dan dihiasi tekatan kaki.

Sementara untuk hiasan kepala, mereka juga memakai sejenis tanjak dipanggil singal. Ia diperbuat daripada kain tenun berwarna kuning yang dihiasi dengan emas dan permata. Mereka juga mengenakan perhiasan dipanggil gabol iaitu kain samping yang diikatkan di pinggang. Warnanya mengikut pilihan si pemakai. Tali pinggang yang mereka pakai pula dikenali sebagai panding. Tali pinggang ini diperbuat daripada tembaga atau perak dan dipakai setelah menggunakan gabol supaya kelihatan lebih kemas. Akhirnya mereka juga turut mengenakan kain selempang yang dipanggil serebit. Kain ini disangkutkan di bahu si pemakainya.

Sementara bagi kaum wanita Tidong, mereka memakai sejenis baju yang dipanggil entor kesuma. Baju ini diperbuat daripada kain sutera yang dipanggil ambun, biasanya berwarna kuning yang dilekat dengan benang emas dan dihiasi dengan manik serta labuci. Mereka juga menggenakan kain sarung yang dipanggil gabol. Kain sarung ini daripada sutera berwarna kuning dengan tekatan benang emas berhiaskan manik dan labuci. Untuk hiasan kepala mereka memakai makuta iaitu sejenis tiara yang dahulunya diperbuat daripada emas atau perak serta dihiasi intan permata. Kemudian mereka menyucukkan jamong. Jamong ini dicucukkan pada sanggul/ kembang goyang yang menghaisi sanggul dan diperbuat daripada emas dan perak.

Mereka juga memakai anting-anting atau subang yang menjadi penghias telinga dan diperbuat daripada perak, suasa ataupun emas. Sementara itu terdapat beberapa perhiasan lain yang digunakan wanita etnik Tidong ini ketika mengenakan pakaian tradisi mereka. Antara perhiasan itu ialah kubab pempulu. Kubab pempulu bermaksud dada burung yang menghiasi bahagian dada si pemakai.

Kubab pempulu ini diperbuat daripada kain baldu yang dilekat dengan benang emas berhiaskan manik dan labuci. Mereka juga memakai perhiasan dipanggil selukup udang. Hiasan ini dikenakan di bahagian lengan yang diukir indah mengikut bentuk burung, kupu-kupu dan sebagainya serta diperbuat daripada emas atau perak.

Turut dikenakan ialah gelang tawa. Iaitu sejenis hiasan yang dipakai di pergelangan tangan yang diukir indah pinggang yang dipanggil panding dan diperbuat daripada emas atau perak.

Selain itu mereka juga memakai gelang kaki yang dipanggil geruncung. Gelang kaki ini diperbuat daripada emas atau perak dan mereka juga mengenakan dundung iaitu kain selendang yang diperbuat daripada sutera yang dihiasi manik dan labuci.

SUKU KAUM TIDUNG DI SABAH



SUKU KAUM TIDUNG

Bahasa Tidung dialek Tarakan merupakan bahasa Tidung yang pertengahan kerana difahami oleh semua warga suku Tidung. Beberapa kata bahasa Tidung masih memiliki kesamaan dengan bahasa Kalimantan lainnya. Kemungkinan suku Tidung masih berkerabat dengan suku Dayak rumpun Murut (suku-suku Dayak yang ada di Sabah & Sarawak). Kerana suku Tidung yang beragama Islam telah mengembangkan Kerajaan Islam sehingga tidak dianggap sebagai suku Dayak tetapi telah dikategorikan sebagai suku kaum yang berbudaya Melayu dan Berada di dalam Rumpun Bangsa Melayu (hukum adat Melayu) seperti Suku Banjar, Suku Kutai dan suku patir.

Penutur Bahasa Tidung, khususnya suku Tidung Tarakan adalah dwi bahasa. Mereka berbahasa Tidung, tetapi juga dapat berbahasa Melayu (Bahasa Melayu Malaysia bagi suku Tidung yang berada di Malaysia, Berbahasa Indonesia bagi suku Tidung yang berada di Indonesia). Kedudukan Bahasa Tidung di dalam interaksi sosial, orang-orang tidung kelihatannya cukup kuat. Tidak ada kesan sikap rendah diri semasa mereka menggunakan bahasa Tidung baik di dalam percakapan ketika mereka sedang berbahasa lain, mahupun dalam kesempatan berbicara dengan suku lain dalam bahasa Tidung. Mereka merasa bangga jika ada suku lain turut sama berbahasa Tidung atau mencuba-cuba menggunakan bahasa Tidung. Mereka pada umumnya dengan senang membetulkan kesalahan apabila seseorang yang bukan penutur asli bahasa Tidung mencuba untuk berbahasa Tidung.

Majoriti suku Tidung menganut agama Islam. Mereka banyak bergaul dengan berbagai suku lain, Seperti orang bugis, Banjar, Jawa, Bulungan, etnik Tionghoa dan lain-lain. Oleh kerana pergaulan ini, mereka pun banyak yang menguasai bahasa-bahasa suku itu. Akibat pergaulan ini, banyak terjadi peminjaman kata dari daerah lain yang terserap kedalam bahasa Tidung. hal yang sama terjadi pula dalam bahasa Indonesia. Akibatnya adalah terjadinya interfensi bahasa lain, khususnya bahasa Indonesia kedalam bahasa Tidung.

Penutur Bahasa Tidung pada umumnya terdapat diwilayah Kalimantan timur (Indonesia) dan Sabah Malaysia (Tawau). Dari 13 Daerah dan Kota yang terdapat di Kalimantan Timur ini. Penutur Bahasa Tidung terdapat pada tujuh Daerah di Kaltim . Sepuluh daerah tersebut adalah, Kota Tarakan, Negeri Malinau, Negeri Bulungan, Negeri Nunukan, Negeri Tana Tidung, Negeri Berau, Negeri Kutai Kartanegara, dan tiga Daerah di Negeri Sabah Tawau, Sandakan dan Lahad Datu.

ADAT RESAM SUKU KAUM BAJAU




PENGENALAN

Masyarakat Bajau merupakan masyarakat pribumi Sabah dan dari segi populasinya adalah kedua terbesar selepas kaum Kadazan. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami kawasan Samporna dan Kota Belud. Dari segi sejarahnya, kaum lelaki di kalangan masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir. Seperti masyarakat etnik Sabah yang lain, masyarakat Bajau juga terkenal dengan adat resam mereka yang pelbagai dan unik. Dalam kehidupan mereka, adat resam berkaitan kelahiran, perkahwinan dan kematian begitu dititikberatkan.




SEWAKTU MENGANDUNG [Pengenalan]


Dalam masyarakat Bajau, kehamilan dan kelahiran dilihat sebagi krisis hidup yang paling penting dalam edaran hidup seseorang dan dengan itu harus diberi perhatian yang sepenuhnya. Terdapat persamaan ketara dalam adat resam kelahiran antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Melayu di Semenanjung. Ini kerana rata-rata masyarakat Bajau di Sabah beragama Islam.

Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat Bajau ketika seseorang wanita itu mengandung, antaranya ialah berpantang, menempah bidan, menyediakan kelapa tua sebagai tanda kelahiran dan melenggang perut.


SEWAKTU MENGANDUNG [Berpantang]


Untuk mengelakkan bahaya sewaktu mengandung, wanita tersebut perlu menjalani beberapa pantang larang tertentu. Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan dirinya serta kandungan, di samping memudahkan proses kelahiran kelak. Antara pantang larang tersebut termasuklah;

Wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk halus.

Wanita hamil tidak boleh memakan semua jenis sotong kerana akan menyukarkan proses kelahiran kelak

Wanita hamil tidak boleh meminum atau mandi dengan air hujan yang jatuh dari bumbung kerana dibimbangi tembuni akan terus mati terutama bagi mereka yang mengandung sulung.

Wanita hamil tidak boleh memarut kelapa dan menyentuh santan kerana dikhuatiri akan menghadapi kesulitan semasa bersalin.

Wanita hamil juga tidak boleh mengunjungi tempat berlakunya kematian kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lemah dan terkena penyakit yang dikenali sebagai ketimbaluan.

Di samping pantang-larang di atas, terdapat pantang-larang lain yang diamalkan.


SEWAKTU MENGANDUNG [Menempah Bidan]


Dalam masyarakat Bajau, bidan dikenali sebagai pengulin atau pandai. Setelah tujuh bulan hamil, wanita berkenaan akan menempah bidan dan satu majlis doa selamat akan diuruskan oleh bidan tersebut. Terdapat barangan tertentu yang perlu dihadiahkan kepada bidan dan mulai hari itu hingga hari ke 44 selepas kelahiran bayi, secara rasminya bidan bertanggungjawab menjaga wanita hamil tersebut.


SEWAKTU MENGANDUNG [Tanda Kelahiran]


Apabila sudah genap tujuh bulan mengandung, suatu tanda kelahiran akan disediakan iaitu sebiji kelapa tua yang baru tumbuh tunasnya dibalut dengan kain putih dan diletakkan ke dalam sebuah pasu tembaga. Kemudian pasu tembaga beserta kandungannya sekali diletakkan di atas talam yang telah diisikan segantang padi. Kadang kala diletakkan seutas rantai emas di atas kelapa tua itu yang akan menjadi milik anak yang akan diahirkan. Talam tersebut akan diletakkan di bahagian kepala tempat tidur orang yang hamil itu sehingga bayinya lahir.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, kelapa tua itu akan ditanam bersama-sama tembuni si ibu sebagai tanda kelahiran bayi yang berkenaan, sementara padi pula akan dimasak untuk menjamu si ibu dan para jemputan. Secara simboliknya, kelapa tua bertunas tersebut melambangkan bayi yang sedang berada dalam kandungan ibunya, sementara padi dan rantai emas pula melambangkan tenaga dan cahaya yang dapat menyuburkan tunas kelapa tersebut. Lazimnya tanda kelahiran ini diadakan untuk menyambut anak pertama walaupun masih boleh diadakan untuk anak-anak berikutnya.




SEWAKTU MENGANDUNG [Melenggang Perut]


Selain dari pantang larang dan adat-adat seperti di atas, wanita Bajau juga perlu melalui upacara melenggang perut atau dikenali sebagai maglenggang di kalangan masyarakat Bajau. Ia diadakan hanya jika seseorang wanita itu mengandung anak pertama dan upacara dijalankan ketika kandungan berusia tujuh bulan. Cara adat ini dijalankan hampir-hampir sama dengan upacara melenggang perut yang dijalankan oleh masyarakat Melayu Semenanjung.


BERSALIN [Pengenalan]


Apabila sudah tiba masanya, bidan akan segera dipanggil dan beberapa peralatan tertentu disediakan. Adakalanya di bawah rumah tersebut, duri dan benda-benda tajam seperti besi atau parang diletakkan untuk mengelakkan atau menjauhkan gangguan makhluk halus terhadap si ibu dan bayi. Di samping itu terdapat beberapa adat lain yang dilakukan semasa menyambut kelahiran bayi tersebut iaitu adat potong tali pusat, azan, dan menanam tembuni.


BERSALIN [Potong Tali Pusat]


Sewaktu hendak melahirkan anak, si ibu akan dibaringkan di atas tikar sementara bidan pula akan mengurut badannya serta membaca doa selamat agar proses kelahiran itu tidak mengalami sebarang kesulitan. Apabila bayi sudah dilahirkan, bidan akan memotong tali pusat bayi dan setelah itu mengikat pusat bayi dengan benang. Pemotongan tali pusat itu harus disertakan dengan saksinya yang terdiri daripada segantang beras, emas dan lilin yang akan dipasangkan. Bahan-bahan tersebut beserta sedikit wang dan kain putih sepanjang tujuh hasta akan diberi kepada bidan.




BERSALIN [Qamat/Azan]


Bagi masyarakat Islam, mengazan dan mengqamatkan bayi yang baru lahir adalah disunatkan. Seperti yang telah dinyatakan, masyarakat Bajau rata-ratanya beragama Islam, justeru itu mereka akan melakukan perbuatan ini. Ia bukanlah suatu adat, tetapi lebih merupakan suatu upacara ritual. Setelah diikat pusatnya, bayi akan dimandikan dan beberapa minit kemudian diazankan (bagi anak lelaki) dan diqamatkan (bagi anak perempuan) di telinga bayi itu. Semasa azan diserukan, bayi itu diberi makan sedikit garam dan gula, dan selepas itu barulah dia boleh menyusu.



BERSALIN [Menanam Tembuni]


Pada hari kelahiran itu juga, tembuni ibu dicuci, dibungkus dengan kain putih dan diletakkan ke dalam tempurung. Tempurung itu pula akan ditanam bersama-sama kelapa tua yang telah disediakan di suatu tempat berdekatan dengan rumah si ibu untuk menandakan kelahiran anaknya. Penanaman tembuni lazimnya dilakukan oleh bidan sendiri. Beras yang telah disediakan bersama-sama kelapa tua ditumbuk sederhana halus dan dimasak untuk menjamu si ibu dan tetamunya. Di samping itu, tujuh biji telur direbus dan dimakan dengan nasi tadi.


KELAHIRAN [Selepas Kelahiran]


Selepas bersalin, si ibu akan sekali lagi menjalani beberapa pantang larang dan adat-adat tertentu. Bagi bayi tersebut pula, terdapat beberapa upacara akan dijalankan mulai dari detik kelahirannya sehinggalah dia membesar.


KELAHIRAN [Rawatan Bidan]


Selepas kelahiran bayi, bidan akan memberi ubat kepada si ibu dan terus menjaga keadaan mereka berdua beranak sehingga hari ke 44. Untuk memulihkan kesihatan si ibu, bidan akan memandikan si ibu dan bayinya sambil membaca doa selamat. Ini dilakukan pada malam hari ketiga, ketujuh, kedua puluh dan ke 44. Selepas tamat tempoh berpantang, bidan secara rasminya menyerahkan tugasnya kepada suami dan keluarga wanita tersebut.


KELAHIRAN [Berpantang]


Terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seseorang wanita yang baru lepas bersalin. Antaranya ialah:

Si ibu tidak boleh makan sembarangan makanan. Selain bubur atau nasi tanpa lauk, si ibu perlu mengambil ubat yang dibuat daripada tumbuh-tumbuhan. Pemakanan perlu dikawal dan dijaga dengan rapi sewaktu tempoh berpantang ini.

Selama tujuh hari selepas bersalin, si ibu juga tidak boleh minum air biasa. Air ubat yang dibuat daripada ramuan akar-akar kayu, dan herba akan diminum oleh si ibu untuk memulihkan kesihatan selepas bersalin.

Si ibu harus memakai sarung yang bewarna gelap, biasanya hitam, kerana warna yang terang tidak baik untuk kesihatan mata bayinya.

Si ibu tidak boleh keluar bersiar-siar sebelum hari ke 44 supaya dia tidak diserang angin sejuk. Dia juga perlu memakai bedak paus, iaitu sejenis bedak bewarna hitam atau putih yang disapukan di kedua-dua belah tangan dan kakinya untuk mengelakkan kesejukan.


KELAHIRAN [Naik Buai]


Oleh sebab kelahiran anak pertama dianggap sebagai peristiwa istimewa, maka ibu bapa akan mengadakan kenduri tambahan. Selepas kenduri, doa selamat dibacakan oleh bidan dan sebagai upah, bidan akan diberi tiga ela kain kain putih dan lima biji kelapa tua. Selain kenduri, ada kalanya pada hari yang sama diadakan juga upacara naik buai atau dipanggil pesakat nirundangan di kalangan masyarakat Bajau, di mana bayi berkenaan akan dinaikkan ke dalam buaiannya buat pertama kali. Upacara ini dijalankan secara besar-besaran dan dijalankan menyerupai upacara melenggang perut. Semasa upacara naik buai berlangsung, upacara berzanji diadakan selama satu setengah jam dan apabila tiba pada ayat-ayat tertentu yang menandakan masanya untuk menggunting rambut bayi, bayi akan didukung dan rambutnya akan digunting oleh mereka yang berzanji secara bergilir-gilir. Upacara ini biasanya diakhiri dengan jamuan makan yang dihadiri oleh sanak saudara dan jiran tetangga. Selain jamuan, tuan rumah juga akan memberi sedekah yang lazimnya berbentuk bunga telur yang dilekatkan dengan wang kepada tetamu yang hadir di majlis tersebut.




KELAHIRAN [Menimbang Bayi Bulan Safar]


Umumnya, orang Bajau amat teliti tentang masa kelahiran anak mereka. Bayi yang dilahirkan pada bulan Safar dianggap kurang baik nasibnya kerana bulan Safar dianggap sebagai bulan yang tidak baik. Untuk mengelakkan kecelakaan dari menimpa si bayi, pada masa menyambut Maulud nabi, bayi akan dibawa ke masjid untuk ditimbang. Penimbangan bayi itu bukanlah bertujuan untuk mengetahui berat bayi sebaliknya merupakan satu usaha untuk meminta pertimbangan daripada Tuhan agar tidak diburukkan nasib bayi tersebut. Terdapat barangan tertentu yang digunakan untuk upacara ini, antaranya ialah;

Sebatang penumbuk padi yang dijadikan batang penimbang. Batang penimbang itu akan dibalut dengan tujuh hasta kain putih.

Batu-batu timbang yang terdiri daripada benda-benda berikut; sebekas air, seikat kayu yang sederhana besarnya, seperiuk nasi dan tujuh biji kelapa muda.

Bahagian batang penimbang itu akan diikatkan dengan tali kasar yang disangkutkan pada alang bumbung masjid supaya batang berada dalam keadaan tergantung. Pada satu hujung batang penimbang itu akan dipasangkan ayunan kanak-kanak yang hendak ditimbang sementara pada hujung yang satu lagi akan digantungkan batu-batu timbang. Batu-batu timbang yang terdiri daripada sebekas air, seperiuk nasi dan seikat kayu wajib digunakan. Hanya kelapa muda sahaja yang boleh ditambah atau dikurangkan bilangannya mengikut berat bayi itu. Apabila batu-batu timbang sudah seimbang beratnya dengan berat bayi, batang penimbang serta segala muatannya akan dipusingkan dan kemudian dilepaskan supaya ia berputar pada keadaan asalnya. Dengan itu tamatlah upacara penimbangan dan bayi itu akan digunting rambutnya.


KELAHIRAN [Berkhatan]


Sebagai orang Islam, anak-anak lelaki dan perempuan akan dikhatankan apabila sudah cukup umur. Lazimnya anak perempuan akan dikhatankan ketika berumur lima tahun sementara anak lelaki pula dikhatankan ketika berumur 12 dan 15 tahun. Selepas berkhatan mereka akan dianggap sebagai orang Islam yang sebenarnya. Majlis berkhatan kanak-kanak lelaki lebih meriah berbanding upacara berkhatan bagi kanak-kanak perempuan. Upacara berkhatan biasanya diakhiri dengan satu jamuan di masjid atau di rumah kanak-kanak tersebut.



Sumber: PNM

SUKU KAUM SULUK DI SABAH



Suku kaum Suluk ialah suku kaum yang terdapat di sebelah pantai timur Sabah dari utara Kudat hingga ke tenggara Tawau. Suku kaum Suluk ini adalah penduduk asal di Sabah. Masyarakat Suluk ini adalah tergolong dalam rumpun Melayu sama seperti suku kaum Melayu Brunei, Melayu Arab, Melayu Banjar dan Melayu Jawa. Sebaliknya, masyarakat Melayu Suluk di Sabah ini berbeza dengan bangsa Tausuq di Kepulauan Filipina yang terpisah ratusan tahun dari perhubungan dan amalan cara hidup.

Di Sabah, masyarakat Suluk tempatan telah hidup beratus tahun di Sabah bersama masyarakat lain seperti masyarakat Bajau, Dusun, Sungai dan Murut. Pejuang Bangsa Menentang Penjajah British iaitu Datu Paduka Mat Salleh adalah berketurunan Suluk Paitan manakala Bapa Kemerdekaan Sabah iaitu Tun Datu Mustapha Datu Harun adalah berketurunan Suluk Kudat. Pengarah Yayasan Sabah kini iaitu Tan Sri Datu Khalil bin Datu Jamilul juga adalah berketurunan Suluk tempatan Sabah. Begitu juga dengan Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Haji Datu Nasrun bin Datu Haji Mansur yang mana beliau juga adalah berketurunan Suluk Sabah. Manakala selain dari Datu Paduka Mat Salleh, ada ramai lagi pejuang pejuang bangsa penentang penjajah British dari kalangan mereka yang berketurunan Suluk Sabah iaitu Datu Tating di Pulau Balambangan pada tahun 1773, Datu Baginda Putih di Sandakan pada tahun 1879 dan Datu Kedunding pada tahun 1879 di Tungku.


Sejarah Suluk Tawau

Mengikut sejarahnya, Sabah dahulunya adalah sebahagian Kerajaan Kesultanan Melayu Sulu ( di sebelah timur ) yang begitu rapat hubungannya dengan Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei ( di sebelah barat Sabah ). Tanah jajahan Kerajaan Melayu Sulu meluas hingga keseluruhan bahagian timur Sabah termasuk di kawasan sepanjang Sungai Sugut, Sungai Labuk dan Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama. Masyarakat Melayu Suluk telah membuka penempatan di pesisiran pantai sebelah timur Sabah. Misalnya, Sandakan dan Lahad Datu adalah contoh penempatan yang diberi nama mengikut bahasa Suluk asli. Sandakan adalah bermaksud 'Tanah Gadaian' manakala Lahad Datu bermaksud 'Persinggahan Datu'.

Di Tawau, masyarakat Suluk tempatannya agak berbeza dengan masyarakat Suluk Sabah yang lain. Ini kerana masyarakat Suluk Tawau yang telah wujud lama di Tawau ini telah berasimilasi dengan masyarakat Melayu lain yang ada di Tawau. Mereka hidup bersama dan berkahwin dengan masyarakat suku kaum Melayu lain seperti Melayu Tidung, Melayu Banjar, Melayu Arab, Melayu Jawa , Melayu Bugis dan sebagainya. Rentetan dari perkahwinan campur antara pelbagai suku kaum Melayu ini, kini masyarakat Melayu Suluk di Tawau lebih dikenali sebagai Masyarakat Melayu Tawau.

Oleh kerana Sabah Timur di bawah pemerintahan Kerajaan Melayu Suluk, banyak golongan bangsawan di kalangan masyarakat Suluk Sabah yang dilantik sebagai wakil pemerintah Kerajaan Melayu Sulu. Misalnya Datu Paduka Mat Salleh yang diberi kuasa untuk menjaga perairan Sungai Sugut. Gelaran 'Datu' pula adalah gelaran yang diberikan kepada golongan bangsawan masyarakat Melayu Suluk di Sabah.

Walaupun suku Suluk ini juga ramai terdapat di Kepulauan Sulu di negara Filipina namun cara hidup, pertuturan dan budaya di antara Suluk Sabah dengan Suluk Filipina ( Tausuq ) adalah sangat berbeza. Ini kerana gaya pertuturan Suluk Sabah adalah gaya pertuturan Melayu Sabah manakala pertuturan Suluk Filipina adalah bahasa pertuturan Suluk Tausuq. Dari segi budaya hidup pula, Suluk Sabah adalah mengamalkan budaya hidup Melayu tempatan Sabah dan gaya hidup bangsa Malaysia manakala Suluk Filipina telah mengamalkan budaya masyarakat Tausuq Mindanao dan gaya hidup bangsa Filipina yang agak berbeza dengan budaya Melayu di Malaysia.


Masyarakat Melayu Suluk Tawau

Sebagai penduduk tempatan asli Tawau bersama suku kaum Melayu yang lain seperti Melayu Tidung, Melayu Arab, Melayu Banjar dan Melayu Jawa tempatan, masyarakat Melayu Suluk hidup bersama-sama dengan mengamalkan budaya dan cara hidup Melayu tempatan. Budaya masyarakat Melayu Tawau adalah budaya kemelayuan yang bertunjangkan agama Islam. Masyarakat ini hidup dengan aman di Tawau tanpa terpengaruh dengan budaya dari Indonesia dan Filipina yang dibawa oleh masyarakat pendatang dari kedua buah negara jiran tersebut. Contoh penempatan awal masyarakat Melayu Suluk Tawau bersama masyarakat Melayu Tidung ialah di Kampung Batu Payung, Kampung Apas Balung, Kampung Membalua, Kampung Indrasabah, Kampung Wakuba dan Kampung Ranggu.

Pemimpin masyarakat Melayu di Tawau yang sangat berjasa ketika sebelum dan awal kemerdekaan negeri Sabah ialah Datuk Abu Bakar Titingan, pengasas Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau ( PKMT ) pada tahun 1945. Ketua pemimpin masyarakat Melayu pertama di Tawau yang dilantik oleh Kerajaan British ( Penghulu ) pada awal 1900an iaitu OKK Kee Abdullah juga anak angkat kepada seorang nelayan berbangsa Suluk Kudat bernama Ibrahim dan isteri beliau juga adalah seorang wanita Suluk Tawau bernama Jumatiah binti Ami Maidin. Selain itu, terdapat ramai pemimpin dari masyarakat Melayu keturunan Suluk di Tawau yang dilantik menjadi Ketua Anak Negeri sebagai menunjukkan membuktikan yang masyarakat Melayu Suluk Tawau adalah penduduk asal di Tawau. Antaranya ialah OKK Abu Bakar, OKK Said Sallabi dan OKK Ayub.


sumber: wikipedia

SUKU KAUM MOMOGUN DI SABAH



Momogun adalah nama bangsa bagi suku kaum Rungus yang terus di gunakan secara tradisi hingga ke hari ini. Rungus adalah merupakan berasal dari nama nenek moyang Momogun yang bernama Rungsud. Rungsud adalah abang sulung kepada Longguvai dan Turumpok. Turumpok juga di kenal sebagai [Tomui].

Ketiga adik-beradik lelaki ini merupakan nenek moyang kepada suku-suku Kadazandusun pada masa kini. Secara tradisi Rungsud merujuk kepada nenek moyang bagi suku kaum Dusun di kawasan utara Sabah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Telupid dan Beluran. Kudat pada zaman dahulu sering di rujuk sebagai Tanjung Berungus. Para pedagang barter pada zaman dahulu merujuk kepada nama Aki Rungsud apabila menyebut Kudat pada masa itu.

Momogun merupakan satu sebutan yang berdasarkan sistem kepercayaan tradisi. Momogun adalah berasal dari kata "Pogun" iaitu membawa maksud "tanah nenek moyang atau dunia."

Momogun bermakna "pemilik tanah atau empunya tanah" berdasarkan hukum Agama Labus. Istilah ini berkait rapat dengan upacara dan kalendar Suku Momogun Rungus dalam upacara keagamaan Labus iaitu Mamasi dan Managas.

Upacara Mamasi dan Managas merupakan satu kalender Momogun berkaitan pelupusan dosa-dosa bagi semua penduduk di bawah gunung Kinabalu. Mamasi adalah pelupusan dosa bangsa momogun dalam kiraan 50 tahun sekali dan Managas adalah pelupusan dosa dalam kiraan 100 tahun sekali.

Kepercayaan ini merujuk kepada kepercayaan nenek moyang Momogun di mana dosa harus di bayar dengan korban darah dan setiap 50 tahun dan 100 tahun perlu di lupuskan segala dosa-dosa dari yang kecil hingga yang besar iaitu setiap yang di lakukan oleh bangsa Momogun. Jika ini tidak di lakukan maka Kinoringan akan mengizinkan kejadian seperti Lzusuvon (banjir besar), Lzunsuton (gempa bumi) atau Monirang (gunung berapi) serta penyakit-penyakit wabak dan sebagainya seperti kehilangan keharmonian dan kesatuan bangsa Momogun Rungus.

Kalendar 100 tahun Momogun Rungus ini akan berakhir setelah upacara Managas di lakukan pada tahun ke-100 dan kalendar baru akan di buka kepada tahun 1 dan demikianlah seterusnya.

Pada masa ini Momogun kini menggunakan nama suku masing-masing dan di satukan sebagai Rumpun Kadazandusun-Murut.



sumber: wikipedia

ADAT RESAM SUKU KAUM TIDUNG



Kaum Tidung / Tidong merupakan salah satu kaum Bumiputra di Negeri Sabah, dan kaum ini banyak terdapat di daerah Tawau dan Sandakan namun terdapat juga kaum Tidung yang tedapat di daerah lain, mungkin dengan tujuan berkerja atau telah berkahwin dengan masyarakat di daerah tersebut, Adat resam kaum Tidung juga tidak berapa jauh daripada suku kaum lain yang terdapat di Malaysia khususnya dan di Sabah Amnya iaitu seperti Melayu, Bajau, Kadazandusun, antara yang jelasnya adalah pakaian, tarian, yang banyak persamaannya, banyak mengunakan warna terang seperti warna hitam, biru, merah, kuning dan hijau.

Apapun adat resam kaum Tidung banyak bergantung dengan pantang larang sebagai Contoh :-

Gadis dilarang menyanyi di dapur

-Nanti terkahwin dengan orang tua
Kalau ingin berjalan jauh dilarang patah balik

-Nanti mendapat malapetaka

Perlu memberi salam bila datang ketempat baru

-Kalau tidak dikuatiri akan keteguran (di sampuk hantu)
Dilarang berjalan dibawah jemuran (tempat menyidai pakaian)

-Nanti mendapat sakit yang luar biasa

Kanak-Kanak dilarang bermain pada waktu senja

–Nanti keteguran (disampuk barang halus)

ADAT RESAM SUKU KAUM KADAZAN



Masyarakat Kadazan merupakan penduduk majoriti negeri Sabah yang juga dikenali sebagai 'negeri di bawah bayu'. Masyarakat Kadazan dahulunya dikenali sebagai Orang Dusun dan mereka begitu berpegang teguh terhadap adat resam warisan nenek moyang mereka. Keunikan masyarakat ini terserlah melalui kebudayaan dan adat resam yang diamalkan. Kebanyakan daripada amalan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan animisme. Ini jelas terlihat melalui adat resam dan kepercayaan yang diamalkan dalam aspek kelahiran, perkahwinan dan kematian.




PERKAHWINAN [Merisik]

Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua pihak akan mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara yang diutamakan adalah tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda peminangan daripada pihak lelaki.

Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan terdiri daripada keluarga terdekat lelaki berkenaan. Segala urusan merisik dan juga pinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam tidak dibenarkan sama sekali. Wakil pihak lelaki pergi merisik kepada ibu bapa perempuan yang hendak dipinang itu atau pengganti ibu bapa jika ibu bapa perempuan itu sudah tidak ada.

Risikan pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada perempuan berada dalam proses risikan orang lain atau dia sedang dalam pertunangan. Kalau perempuan itu dalam pertunangan, risikan ifu dihentikan serta-merta. Kalau perempuan itu didapati sedang dalam proses risikan daripada lelaki lain, risikan itu ditangguhkan buat sementara, sehingga keputusan muktamad diperoleh daripada risikan terdahulu itu.

Jika risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yang kemudian itu terus dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh diteruskan. Risikan ini dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan adakalanya memakan masa sehingga berhari-hari, malah ada yang sampai berbulan-bulan. Ini disebabkan banyak perkara yang mesti diketahui dengan jelas oleh ibu bapa perempuan terhadap keluarga yang merisik anaknya. Antaranya ialah susunan keluarga, kemampuan, pekerjaan dan seumpamanya.



PERKAHWINAN [Meminang]

Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat daripada tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi.

Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti membersihkan diri pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja yang boleh memabukkan. Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa perempuan itu. Pada malam tersebut mereka mesti berada datam keadaan 'bersih', iaitu tidak mabuk. Pada malam itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu atau kedua-duanya sekali akan mendapat mimpi. Adakalanya mereka berlainan mimpi, adakalanya hampir serupa dan adakalanya benar-benar serupa.

Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan. Pertama, mimpi baik, ini bererti, risikan itu boleh diteruskan kepada proses peminangan. Kedua, mimpi buruk. Tetapi mimpi buruk itu dapat dibaiki atau diperbetulkan. lni bererti, proses pertunangan boleh diuruskan dengan syarat pihak lelaki harus membayar sugit kepanasan mimpi kepada orang yang bermimpi itu.

Contoh mimpi yang dimaksudkan ialah seperti bermimpi tentang barang-barang yang pecah seperti periuk atau pinggan-mangkuk. Kemudiannya barang-barang yang pecah itu dibaiki oleh pihak lelaki. Ketiga, mimpi buruk. Contoh mimpi buruk ialah bermimpi akan periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk, tempayan atau apa sahaja barang kegunaan hanian yang telah pecah. Ini bererti proses risikan itu berhenti setakat itu sahaja dan perkahwinan tidak boleh dilangsungkan.

Hari berikutnya, ibu bapa perempuan tersebut memanggil semua keluarga terdekatnya bermesyuarat untuk membincangkan mimpi mereka. Jenis dan sifat mimpi diterangkan sejelas-jelasnya. Di dalam mesyuarat itulah mereka menganalisa baik dan buruknya mimpi itu.



PERKAHWINAN [Bertunang]

Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil pihak lelaki untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincin yang digunakan untuk menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu, waki lelaki diberitahu sama ada boleh bertunang dengan membayar sugit kepanasan mimpi kerana mimpi buruk boleh dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpi buruk.

Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya pesta perkahwinan itu. Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuh hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat di depan pengadilan adat.

Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat danipada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari penrkahwinan.

Alat untuk adat istiadat pula dinamakan tinokol iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti.

Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan. Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak.

Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari. Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan.

Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu.



PERKAHWINAN [Majlis Perkahwinan]

Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat daripada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari perkahwinan. Alat untuk adat istiadat pula dinamakan 'tinokol' iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan.

Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti. Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan.

Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak. Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari.

Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan.

Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu.

Majlis perkahwinan orang Kadazan memakan masa selama tiga hari. Perkara yang paling penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu upacara menukar gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang ber-pakaian tradisional berwarna hitam.

Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan menggenggam nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur ayam. Kemudian kedua-duanya akan bertukar-tukar gumpalan nasi itu, lalu dimakan. Upacara miohon pinisi merupakan nazar perkahwinan menurut cara tradisional. Setelah upacara ini dilakukan, makanan dan minuman pun dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Gong dibunyikan semula, diikuti dengan pertunjukan tarian sumazau.





KELAHIRAN [Sewaktu Mengandung]


Bidan merupakan orang yang bertanggungjawab tentang kelahiran seorang anak. Bidan terdiri daripada kaum perempuan yang lanjut usia dan mengetahui tentang selok-belok perubatan masyarakat Kadazan secara menyeluruh. Tugas bidan meluas iaitu sejak bayi di dalam kandungan sehinggalah selamat dilahirkan.

Sejak di dalam kandungan lagi bidan memastikan keadaan bayi berada di dalam keadaan sihat. Kandungan akan dijaga dengan baik dan bidan memberi beberapa pantang larang kepada ibu mengandung. Ini penting supaya kandungan berada di dalam keadaaan sihat. Apabila sahaja bayi dilahirkan, tugas bidan lebih berat. Bidan perlu memastikan bayi dalam keadaan sihat terutama jika seseorang itu beranak sulung.

KELAHIRAN [Bersalin]

Biasanya ibu yang bersalin dikenakan pantang. Bagaimanapun bilangan hari berpantang bergantung kepada unsur kasta. Bagi orang kebanyakan tempoh berpantang ialah tujuh hari. Bagi orang yang berdarjat, tempoh pantangnya ialah 21 hari. Manakala bagi yang berdarjat lebih tinggi, tempohnya ialah 44 hari.

Sepanjang tempoh berpantang, si suami tidak dibenarkan berada jauh dari rumah. Sejak hari kelahiran hingga tamat tempoh berpantang, ibu dan anak yang baru lahir diberi kawalan secara mistik oleh bidan agar tidak diganggu oleh makhluk halus. Biasanya jampi mantera digunakan untuk mengusir makhluk halus di sekitar tanah. Tempat darah yang mengalir ketika ibu itu bersalin, digantung dengan daun-daun limau.

Antara pantang yang mesti diikuti oleh ibu yang bersalin ialah dia tidak boleh makan ikan yang bertulang keras, ikan yang berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur air seperti bubur. Manakala bagi bayi yang baru lahir terutamanya dari hari pertama hingga hari ke tujuh, bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah, umpamanya ke halaman rumah. Ini untuk mengelakkan bayi itu daripada diganggu oleh roh jahat yang dinamakan Rogon Gaiyah.

Bidan juga akan memastikan ahli keluarga yang lain supaya pintu rumah kediaman mereka diikat dengan sejenis daun yang dipanggil wongkong. Daun itu menunjukkan rumah tersebut telah menerima ahli baru. Justeru itu sahabat-handai yang tinggal di kawasan itu tidak boleh berkunjung melainkan saudara-mara yang terdekat.

Selain mengurus tentang kelahiran anak, bidan ini juga bertanggungjawab tentang ubat-ubatan yang terdiri daripada akar-akar kayu, herba dan sebagainya. Pada masa yang sama beberapa urutan akan dilakukan ke atas ibu yang baru bersalin untuk memulihkan tenaga yang hilang semasa bersalin dahulu. Bidan juga perlu tahu meramu pelbagai jenis bahan untuk dijadikan ubat-ubatan. Bidan yang tahu tentang kegunaan sesuatu jenis herba untuk setiap penyakit merupakan satu kelebihan. Biasanya akar-akar kayu atau herba dibentuk menjadi ubat yang mujarab dan boleh mengubati pelbagai penyakit. Antara herba yang paling banyak digunakan dalam masyarakat Kadazan ialah cekur, akar kacip fatimah, halia dan pelbagai jenis lagi. Kebanyakan tumbuhan herba ini diperoleh di kawasan persekitaran.

Terdapat pelbagai jenis bentuk ubat yang boleh dibuat oleh bidan untuk menyembuh sesuatu penyakit. Bidan boleh merebus sahaja tumbuhan herba itu dan kemudian diberi minum kepada ibu-ibu yang baru bersalin. Cara ini diamalkan oleh sebilangan besar bidan. Cara lain yang turut digunakan ialah dengan mencampurkan minyak kelapa dan kemudian diurut pada bahagian yang sakit. Cara ini digunakan kepada ibu-ibu yang baru bersalin untuk memulihkan semula tenaga mereka.

Sungguhpun kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk pesakit, tetapi bidan kampung masih lagi diperlukan. Ini adalah kerana kebanyakan masyarakat Kadazan mendiami kawasan pedalaman yang jauh dari klinik atau hospital. Oleh itu peranan bidan amat popular di kalangan mereka.


KELAHIRAN [Selepas Lahir]

Adat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu berumur lapan hari. Anak itu diberi nama sebanyak dua kali, iaitu nama sementara dan nama sebenar. Pemberian nama sementara mesti dibuat kerana kalau terlalai memberi nama sementara seberapa segera, roh jahat iaitu Rogon Gaiyoh dipercayai akan mendahului memberi nama dan atas sebab itu, dia berhak menuntut anak tersebut.

Upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat pada hari kelapan di beranda rumah. Pada hari itu juga anak tersebut dibawa keluar rumah buat pertama kalinya. Keluarga, jiran dan orang kenamaan di seluruh kampung dijemput hadir untuk berbincang dan menentukan nama anak itu. Upacara ini disebut Madsapi atau Modsopik, lengkap dengan mentera dan tatacaranya. Nama-nama yang dicadangkan itu dikumpul dan dipilih. Pemilihan nama dibuat berdasarkan segala macam peristiwa yang berlaku ketika anak itu dilahirkan. Kadangkala nama itu diambil daripada nama salah seorang ahli keluarga mereka.

Setelah anak itu berusia kira-kira satu bulan, upacara turun tanah atau disebut Mintuhun atau Minuhun dilakukan. Anak itu dibawa oleh ibunya sendiri. Beberapa baranga dibawa bersama iaitu;

Sebuah berait atau bakul yang dianyam daripada rotan, bertutup dan bertali untuk disondong. Berait ini diisi dengan pelbagai alatan.

Sebilah mamadik iaitu pisau kecil yang digunakan untuk menghalau Rogon Gaiyoh.

Serangkai Komburongoh, iaitu jerangau sejenis rumput yang dianggap ibu kepada segala semangat dalam upacara perubatan tradisi mereka.

Sebuah siud iaitu tangguk yang diperbuat daripada jaring.

Sebelum memijak tanah, tapak anak tersebut diconteng dengan arang kuali dengan satu garis lurus hingga ke atas dahinya. Setelah selesai, barulah kaki anak itu dipijakkan ke tanah. Ketika anak itu dibawa semula ke dalam rumah, ibunya akan membawa bersama sedikit rumput-rampai dari halaman rumah yang sudah dipijak oleh anaknya. Kemudian rumput itu dicampurkan ke dalam air mandian tersebut.





KEMATIAN [Pengenalan]

Bagi masyarakat Kadazan, mereka mempercayai kepada alamat akan mati yang dipanggil mogombiruoh. Perkara ini boleh diandaikan oleh dukun melalui mimpi, di mana ramalan akan diberi oleh dukun tersebut. Kesembuhan penyakit juga boleh diketahui melalui cara yang sama. Berikut adalah adat-adat yang sering dilakukan oleh masyarakat Kadazan apabila berlaku sesuatu kematian.


KEMATIAN [Semasa Kematian]

Terdapat beberapa adat yang dilakukan ketika berlakunya sesuatu kematian di kalangan masyarakat Kadazan, antaranya ialah adat memberitahu, berjaga-jaga dan moginupus.



KEMATIAN [Memberi Tahu]

Apabila salah seorang di kalangan masyarakat Kadazan meninggal dunia, semua penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut. Ini penting kerana setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami oleh keluarga si mati.

Oleh kerana masyarakat Kadazan kaya dengan pantang-larang, dalam soal kematian juga pantang-larang itu amat dititikberatkan. Setiap anggota masyarakat Kadazan tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan terutama apabila upacara pengkebumian dilakukan. Pekerjaan menanam padi amat dilarang. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan sekiranya mereka melakukan juga pekerjaan tersebut kerja-kerja itu hanyalah sia-sia kerana tidak mendatangkan hasil. Selain itu kemungkinan penyakit akan menimpa mereka pula.

Namun pantang larang itu hanya dikenakan kepada mereka yang tinggal di kawasan yang berhampiran sahaja, manakala masyarakat Kadazan yang tinggal berjauhan masih boleh melakukan sebarang pekerjaan.



KEMATIAN [Berjaga-Jaga]

Selepas dimandikan dan seluruh badan dilap, mayat tersebut akan dipakaikan dengan pakaian yang indah-indah dan kemudian direnjiskan dengan air wangi. Sekiranya semasa hidup si mati menghisap rokok, ahli keluarga akan memasukkan rokok ke dalam mulut si mati supaya tidak kempunan. Begitu juga dengan cerut yang diselitkan pada bibirnya buat seketika.

Mayat akan disimpan di rumah selama beberapa hari iaitu selama tiga, lima atau tujuh hari sebelum dikebumikan. Semasa mayat diletakkan di ruang tamu, mayat akan dijaga dengan baik supaya tidak ada binatang yang melangkahinya terutama kucing hitam. Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing hitam yang melangkah, mayat akan bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada di situ.

Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai seekor burung besar yang digelar pendaatan. Mereka percaya burung itu hendak menerbangkan mayat. Untuk mengelak daripada serangan burung itu, mereka menyangkut pakaian di sekeliling mayat. Burung itu akan menyangka pakaian tersebut adalah tubuh rnanusia.

Suasana di dalam rumah juga hendaklah sunyi. Sesiapa pun tidak dibenarkan bercakap kasar atau marah-marah. Cuma pukulan gong dan gendang sahaja yang kedengaran, yakni dipalu perlahan-lahan. lrama gendang itu disebut surabaya. Bunyi-bunyian itu hanya dipalu tiga kali dalam sehari iaitu semasa matahari terbit, matahari terbenam dan waktu tengah malam.



KEMATIAN [Moginupus]

Moginupus adalah bahasa Kadazan yang bermaksud simpati terhadap si mati. Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai akan menangis sekuat hati sebagai menunjukkan simpati terhadap si mati. Mereka memukul harta benda seperti gong, tajau atau apa-apa sahaja yang terdapat di sekeliling rumah sebagai marah terhadap iblis atau jin yang telah menyebabkan kematian.

Bagi keluarga yang kaya, kerbau atau lembu akan disembelih pada hari pengkebumian sebagai penghormatan yang terakhir. Daging kerbau yang telah dimasak dimakan bersama oleh semua orang yang hadir pada hari itu. Tanduk kerbau atau lembu yang telah dikorbankan akan disangkutkan pada kayu nesan kubur si mati nanti.



KEMATIAN [Pengebumian]
Pada umumnya masyarakat Kadazan akan mengusung mayat dengan menggunakan keranda atau tajau. Oleh itu mayat terlebih dahulu dimasukkan ke dalam kain yang dibungkus dan diikat pada sebatang kayu untuk memudahkan orang ramai mengangkat mayat tersebut. Usungan mayat itu seringkali disertakan dengan paluan gong, gendang, letupan mercun atau senapang. Bunyi-bunyian ini dilakukan secara tenus menerus sehingga ke kawasan perkuburan. Adalah lebih baik sekiranya bunyi itu berterusan untuk menakutkan hantu daripada meresap masuk ke tubuh mayat.

Apabila tiba di kubur, mayat itu dijampi oleh seorang tua yang dikhaskan menunggu di liang kubur. Liang itu disapu dengan daun pinang hijau untuk mengelakkan semangat orang ramai yang mengikut ke kubur itu tinggal di liang tersebut.

Kemudian mayat diletakkan di dalam liang dan sebatang kayu beringin dicacakkan di atas pusat mayat. Selepas itu barulah mayat dikambus dengan tanah. Tujuan berbuat demikian untuk mengetahui adakah si mati ingat pada keluarganya atau tidak. Kalau kayu itu bertunas bererti dia masih ingat pada keluarganya tetapi jika tidak, si mati dianggap sudah melupai mereka yang masih hidup.

Bagi masyarakat Kadazan dari kalangan yang berada, mayat ahli keluarga mereka akan dimasukkan ke dalam sebuah tajau yang besar dan ditutup rapat sebelum ditanam. Sebaik sahaja mayat diusung ke kawasan perkuburan sebuah tajau yang besar dan berukiran lebih cantik akan diletakkan ke atas kubur. Ada juga di kalangan masyarakat Kadazan yang memasukkan tajau itu ke dalam hang lahat. Mayat yang dimasukkan ke daham tajau tidak akan dimasukkan ke dalam kubur sebaliknya di dalam rumah beberapa hari atau diletakkan ke sebuah pondok yang dibina. Ini adalah untuk menanti saudara-mara yang jauh memberi penghormatan terakhir kepada mayat tersebut sebelum dikebumikan.

Setelah itu sebuah pondok kecil beratap daun atau zink dan berdinding papan yang penuh dengan ukiran yang cantik akan didirikan di tengah-tengah kawasan perkuburan. Di tengah-tengah pondok pula diletakkan beberapa jenis kain dan pakaian, cekapa yang berisi dengan sirih pinang, rokok dan sebagainya mengikut kemampuan dan kegemaran si mati semasa hidup.

Ahli keluarga si mati perlu menghantar makanan pada tiap-tiap petang selama tujuh hari berturut-turut. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sebelum roh si mati berpindah ke tempat lain, roh itu masih memerlukan makanan daripada keluarganya yang masih hidup. Bahan makanan yang disediakan untuk si mati tidak boleh diusik oleh sesiapa. Jika diganggu juga seseorang itu akan dikenakan sugit atau denda sebanyak RM5 atau seekor ayam.

Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sekiranya masa pengkebumian dilakukan pada hari hujan, bermaksud si mati berada dalam kesedihan yang diibaratkan sebagai hujan yang turun itu adalah air mata si mati. Jika panas terik bermakna si mati mendapat kebahagiaan kelak. Bagi mereka yang menguruskan kematian, ahli keluarga wajib menghadiahi mereka sehelai sapu tangan dan dua lembar benang menah. Selain itu mereka juga akan diberi daging kerbau atau lembu.

Apabila balik ke rumah masing-masing, mereka tidak boleh terus naik ke rumah kerana dikehendaki mandi terlebih dahuhu. Semua pakaian ditanggalkan dan direndam sehingga keesokan hari. Barangan yang dipinjam untuk menguruskan hal si mati di rumah, apabila dikembalikan hendaklah dihadiahkan seekor ayam hitam atau putih kepada tuan punya barang. Banang-barang atau harta benda yang ada di dalam rumah si mati pula mestilah dikemaskan dan dicuci sehingga bersih.


KEMATIAN [Selepas Kematian]

Sekiranya berlaku kematian, majlis makan akan diadakan. Majlis ini mempunyai beberapa tahap iaitu:

- Makan Tiga dan Tujuh Hari
- Makan Empat Puluh Hari
- Makan Seratus Hari
- Makan TigaTahun


KEMATIAN [Makan Tiga dan Tujuh Hari]

Setelah genap tiga hari mayat dikebumikan, kenduri makan tiga hari akan diadakan pada malam hari. Pada masa itu keluarga si mati akan menitikkan tiga titik lilin ke bawah rumah melalui celah lantai. Sekiranya adat makan tujuh hari dilakukan, titikan lilin sebanyak tujuh kali pula dilakukan.

Kenduri ini hanya diadakan secara kecih-kecilan sahaja. Hanya saudara-mara dan sahabat-handai yang terdekat sahaja dipanggil menghadiri kenduri tersebut. Makanan yang disediakan adalah makanan harian masyarakat Kadazan dan tidak ada makanan istimewa yang disediakan.

KEMATIAN [Makan Empat Puluh Hari]


Kenduri ini diadakan selepas empat puluh hari kematian si mati. Kenduri kali ini berbeza daripada kenduri yang pertama kerana diadakan pada waktu siang dan malam. Kenduri ini juga lebih besar dengan memanggil seluruh keluarga yang ada pertalian dengan keluarga si mati, sahabat handai yang jauh dan dekat. Dari segi hidangan lebih banyak, mencakupi lauk-pauk, kuih-muih dan buah-buahan yang lazat. Nasi, daging dan buah-buahan disediakan dengan banyak sekali untuk dijamu kepada masyarakat setempat.

Dalam kenduri itu juga seorang kanak-kanak lelaki yang biasanya anak si mati akan pergi ke kubur bapa atau ibunya dengan tujuan menjemput si mati untuk menyertai kenduri tersebut. Setelah kanak-kanak itu pulang dari perkuburan, barulah mereka yang berada di rumah si mati boleh menjamu selera.

Pada malam berikutnya gong dan gendang dipalu secara serentak. Anak-anak si mati mulai menari tarian semazau mengelilingi hidangan yang disediakan secara bergilir-gilir mengikut usia. Kemudian diikuti cucu-cucu si matinya pula dan akhirnya saudara-mara yang berdekatan. Selepas upacara menari Semazau selesai, barulah hidangan boheh dimakan oleh tetamu yang berada di situ.




KEMATIAN [Makan Seratus Hari]


Kenduri akan terus diadakan setelah seratus hari kematian. Kenduri kali ini lebih besar jika dibandingkan dengan kenduri empat puluh hari. Jika kenduri dahulu hanya muzik dimainkan, hanya dijamukan dengan ayam, kuih-muih atau buah-buahan, tetapi kali ini kenduri dilakukan dengan menyembelih seekor kerbau atau lembu. Pada masa yang sama beberapa ekor ayam turut disembelih.

Tujuan kenduri seratus hari ini diadakan untuk merasmikan penukaran pakaian putih yang selama ini dipakai sebagai pakaian berkabung keluarga si mati dengan pakaian biasa. Kemudian rambut juga digunting mengikut adat masyarakat Kadazan. Sebaik sahaja ditanggalkan, pakaian tersebut segera dibakar. Ahli keluarga bebas memakai pakaian mengikut kegemaran masing-masing. Dengan ini mereka percaya segala kekotoran atau bala yang terlekat pada tubuh mereka akan hilang. Semangat roh si mati juga akan hilang dari tubuh badan mereka.



KEMATIAN [Makan Tiga Tahun]

Kenduri makan tiga tahun merupakan kenduri yang paling besar dan meriah berbanding kenduri-kenduri yang diadakan sebelum ini. Kenduri ini dinamakan Kenduri Minum yang bermaksud makan-makan untuk kenangan.

Dalam kenduri ini pelbagai jenis makanan disediakan oleh ahli keluarga si mati secara bergotong-royong dengan saudara-mara dan sahabat-handai. Sebanyak tujuh ekor ikan pari, tujuh ekor ikan yu, tujuh tandan pisang, empat belas ikan lain, satu tempayan tuak, tujuh ekor arak benas, tiga tempayan air tapai, 30 gantang kuih kelupis dan seekor kerbau disediakan.

Kenduri ini diadakan pada waktu malam dan dimulakan pada pukul lapan malam. Sebanyak tujuh talam atau dulang hidangan khas yang mengandungi 30 biji kelupis, seekor ikan yu, seekor ikan pari, dua sikat pisang dan sebatang lilin. Seorang wanita yang telah lanjut usia perlu ada bersama hidangan tersebut yang dijadikan pengurus yang lebih dikenali sebagai pengupeh di kalangan masyarakat Kadazan.

Pengupeh akan duduk di sebelah hidangan tersebut dengan memegang sebilah pedang. Kemudian sebatang lilin yang ada di setiap hidangan dinyalakan. Sebaik sahaja pengupeh menghidupkan lilin, dia akan menjampi untuk memanggil hantu yang hendak makan hidangan tersebut. Hidangan yang ada di dalam talam dimasukkan ke dalam sebuah tempurung kelapa dan tempurung itu akan diletakkan di pangkal tangga rumah. Ini adalah untuk memberitahu hantu supaya tidak mengacau ahli keluarga yang masih hidup di situ.

Sebaik sahaja pengupeh naik ke atas rumah, paluan gong dan gendang akan dibunyikan mengikut nama gendang minum tapai. Ini diikuti dengan tarian semazau yang terlebih dahulu dimulakan oleh seorang lelaki yang dianggap sebagai ketua rumah di situ. Pengupeh akan bangkit untuk memberi minum secawan arak dan secawan tapai kepada lelaki ketua rumah. Pengupeh juga menyorongkan celapa yang berisi sirih pinang. Selepas itu pengupeh menarikan tarian semazau dan menari mengeliling hidangan tersebut sambil diikuti penari yang lain.

Penari pertama perlu menghabiskan arak yang diberi oleh pengupeh dengan sekali teguk. Pada mulanya tarian semazau ditarikan oleh ahli keluarga dan saudara mara si mati. Selepas itu barulah terbuka kepada orang ramai yang berada di situ. Selain menarikan tarian semazau, acara berbahas pantun juga turut dilakukan. Acara ini dinamakan bobogoh daham bahasa Kadazan. Mereka akan membahagikan kepada dua kumpulan yang diketuai oleh seorang lelaki yang telah lanjut usia. Sekiranya salah seorang daripada ahli kumpulan tidak dapat menjawab pantun, mereka dikehendaki meminum arak sekaligus.

Pada keesokan harinya, hidangan perlu diletak di ruang tamu. Talam hidangan itu diperbuat daripada tembaga dan diisi dengan sirih pinang dan rokok daun. Pada waktu malam pesta diadakan pula. Tarian semazau akan ditarikan dengan rancak sekali. Pada mulanya seorang lelaki yang mahir menarikan tarian semazau akan memulakan tarian dengan diikuti oleh tujuh penari perempuan. Selepas itu barulah tarian semazau terbuka kepada penari lain secara bergilir-gilir.

Seperti agama lain, masyarakat Kadazan percaya tentang kejadian roh dan jasad yang bergabung dalam diri seseorang. Setelah seseorang itu mati bermakna perpisahan antara jasad dan roh berlaku. Dalam masyarakat Kadazan, mereka yang belum beragama percaya apabila mereka meninggal dunia, roh meneka akan berkunjung dan berehat di kemuncak gunung Kinabalu untuk selamanya. Oleh yang demikian masyanakat Kadazan mempercayai gunung Kinabahu adalah tempat terakhir bagi kehidupan masyarakat mereka.



Sumber: PNM

SUKU KAUM KEDAYAN DI SABAH



Bangsa Kedayan merupakan salah satu bangsa yang menetap di Miri. Dipercayai berasal dari Brunei dan berhijrah ke Miri. Sebelum penubuhan Malaysia, Miri merupakan sebahagian daripada Brunei. Kebanyakan bangsa Kedayan di daerah Bekenu. Selain itu, bangsa Kedayan juga boleh ditemui di daerah Limbang, Sarawak; Sipitang, Sabah dan Labuan. Bahasa yang digunakan ialah Bahasa Kedayan ("bahasa de facto" Brunei).

Kaum Kedayan di Labuan bukannya orang pantai, dan cenderung menetap di kawasan pedalaman. Rumah-rumah di kampung dibina agak dekat antara satu sama lain, mengikut pola kelompok, dengan taman-taman bercabang seperti jejari ke luar.

Kedayan merupakan bangsa campuran Orang Jawa dan Masyarakat Melayu Brunei yang mana peristiwa Sultan Brunei Ke 5 iaitu Sultan Bolkiah (1473-1521) yang rajin singgah di tanah nusantara seperti di kepulauan Jawa, Sumatra, Kalimantan dan termasuklah Di tanah Filipina. Dan di tanah Jawa Baginda dapat melihat aktiviti orang Jawa yang rajin bercucuk tanam dan berpadi dan mereka ini dikenali dengan jadi bertanam (hasil tangan mereka yang banyak membuahkan hasil), maka baginda segera menawarkan mereka untuk menetap di Brunei. Setelah di Brunei banyak aktiviti pertanian dibuat dengan giat dan banyak hasilnya lalu Baginda memberikan hadiah. Di sinilah bermulanya ikatan pertalian dan persaudaraan orang Jawa melalui perkahwinan campur dengan Masyarakat Melayu Brunei sehingga pada masa kini puak kedayan banyak menetap di Daerah Temburong, Tutong, Belait dan Brunei dan Muara (Jerudong). Dan kemudian berpindah-rendah ada yang menetap di sekitar Sabah dan di Sarawak.



ADD MY FACEBOOK

SUKU KAUM IRANUN DI SABAH



Iranun atau Illanun ialah nama satu suku kaum yang dikategorikan sebagai penduduk bumiputera Sabah. Iranun bermaksud berkasih-kasihan. Berkasih-kasihan ini bermaksud wujudnya sistem hubungan sosial yang amat erat, yang terikat oleh tali persaudaraan yang amat intim, yang berlandaskan sistem kerjasama dan gotong-royong.

Disebabkan mereka merupakan pelayar yang cekap, tempat tinggal masyarakat Iranun banyak tertumpu di kawasan tepi pantai. Namun ada juga yang terletak di bahagian dalam daerah. Masyarakat Iranun ini banyak menetap di daerah Kota Belud, seperti di kampung Pantai Emas, Kaguraan, Kota Peladok, Tamau, Paya-Payas, Marampayan, Kota Bongan, dan lain-lain. Selain itu, masyarakat Iranun juga tinggal di kampung-kampung di Lahad Datu, Kudat, Likas dan Kota Kinabalu. Jumlah mereka pada 2006 dianggarkan seramai 25,000-30,000 orang. Di luar Malaysia, masyarakat Iranun juga boleh ditemui di Kepulauan Sulu dan Mindanao, Filipina.

Masyarakat Iranun mempunyai dialek atau bahasa yang tersendiri dikenali sebagai basa Iranun. Bahasa Iranun ini digolongkan dalam kumpulan bahasa Hesperonesia, iaitu salah satu kumpulan keluarga bahasa Austronesia (Encyclopedia of World Culture, 1993: 101). Sesuatu yang menarik tentang bahasa ini ialah wujudnya kelainan di antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Contohnya dialek Kaguraan dan dialek Marampayan yang memperlihatkan beberapa perbezaan. Perkara yang serupa dikesan pada dialek Iranun yang dituturkan di Tungku, Lahad Datu di pantai timur Sabah dengan dialek Iranun di pantai barat Sabah (Datu Bandira Datu Alang, 1992: 73-4). Walaupun terdapat perbezaan di antara dialek tersebut, tetapi faktor ini bukanlah penghalang untuk mereka berinteraksi. Dalam hal lain, tahap saling memahami di antara dialek tersebut masih tinggi. Hal ini membolehkan mereka berinteraksi dengan baik. Bahasa Iranun Marampayan dianggap sebagai bahasa Iranun baku dan digunakan oleh kebanyakan penutur bahasa Iranun di Sabah. Kebanyakan penutur bahasa Iranun juga menguasai bahasa sukuan yang lain dan juga bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Namun demikian, tidak dinafikan bahawa terdapat juga golongan Iranun yang tidak tahu bertutur dalam bahasa Melayu, tetapi bilangan golongan ini cuma sedikit sahaja.

Di Sabah, bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi antara kaum. Bahasa Iranun pula merupakan bahasa ibunda bagi masyarakat Iranun. Dalam kehidupan seharian masyarakat Iranun pada masa kini secara khususnya, kedua-dua bahasa ini mempunyai hubungan dari segi pengaruh. Perhubungan antara bahasa Melayu dengan bahasa Iranun di Sabah ini memperlihatkan pengaruh yang kuat daripada bahasa yang dominan kepada bahasa yang bukan dominan, yakni bahasa sukuan. Hal ini bermakna bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia sudah pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap bahasa-bahasa sukuan lain yang bukan dominan termasuklah bahasa Iranun.

Perkataan lanun dianggap berasal dari nama suku kaum ini.




ADD MY FACEBOOK

SUKU KAUM BANJAR DI SABAH




Suku Kaum Banjar berasal dari daerah Banjar Masin di Kepulauan Kalimantan Indonesia. Tradisi Banjar serta adat istiadatnya telah mengalami proses asimilasi daripada Jawa dan Dayak. Justera itu, tidak hairanlah sekiranya berlaku pertembungan adat tradisional ketiga-tiga kaum tersebut.

Suku Banjar yang tinggal di Sumatera dan Malaysia merupakan anak cucu dari para penghijrah etnik Banjar yang datang dalam tiga gelombang migrasi besar.

Pertama, pada tahun 1780 terjadi penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ketika itu adalah para penyokong Pangeran Amir yang kalah dalam perang saudara Kerajaan Banjar, iaitu Pangeran Tahmidullah. Mereka terpaksa melarikan diri dari wilayah Kerajaan Banjar kerana sebagai musuh politik mereka sudah dijatuhkan hukuman mati.

Kedua, pada tahun 1862 terjadi lagi penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ialah para pendukung Pangeran Antasari dalam kemelut Perang Banjar. Mereka terpaksa melarikan diri dari pusat pemerintahan Kerajaan Banjar di kota Martapura atas alasan yang sama. Pasukan Residen Belanda yang menjadi musuh mereka dalam Perang Banjar yang sudah menguasai kota-kota besar di wilayah Kerajaan Banjar.

Ketiga, pada tahun 1905 etnik Banjar kembali melakukan penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera. Kali ini mereka terpaksa melakukannya kerana Sultan Muhammad Seman yang menjadi Raja di Kerajaan Banjar ketika itu mati syahid di tangan Belanda.

Penghijrahan suku Banjar ke Sumatera khususnya ke Tembilahan, Indragiri Hilir sekitar tahun 1885 di masa pemerintahan Sultan Isa, raja Indragiri sebelum raja yang terakhir. Tokoh etnik Banjar yang terkenal dari daerah ini ialah Syekh Abdurrahman Siddiq Al Banjari yang berasal dari Martapura, Banjar yang memegang jawatan sebagai Mufti Kerajaan Indragiri.

Dalam masa-masa tersebut, suku Banjar juga berhijrah ke Malaysia antara lain ke negeri Kedah, Perak (Kerian, Sungai Manik, Bagan Datoh), Selangor (Sabak Bernam, Tanjung Karang), Johor (Batu Pahat) dan juga negeri Sabah (Sandakan, Tenom, Keningau, Tawau) yang dikenali sebagai Banjar Melau. Tokoh etnik Banjar yang terkenal dari Malaysia adalah Syeikh Husein Kedah Al Banjari, iaitu bekas mufti Kerajaan Kedah. Salah seorang etnik tokoh Banjar dari Malaysia yang terkenal ketika ini ialah Dato Seri Harussani bin Haji Zakaria yang menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Daerah yang paling ramai terdapat etnik Banjar di Malaysia adalah daerah Kerian di Negeri Perak Darul Ridzuan. Organisasi suku Banjar di Malaysia adalah Pertubuhan Banjar Malaysia.



Kredit: SINI



ADD MY FACEBOOK

SUKU KAUM KADAZAN DI SABAH



Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah dan berasal daripada Indo-China[perlu rujukan]. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.

Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.

Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Kebanyakan orang Kadazan-Dusun menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan Orang Sungai turut menganut agama-agama lain. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tampasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental.

Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipun, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza dan kasar.Beza antara bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia.




ADD MY FACEBOOK

SUKU KAUM IDAAN DI SABAH



Idaan adalah satu etnik yang terdapat di Sabah, menetap terutamanya disekitar daerah Lahad Datu di persisiran timur Sabah, Malaysia. Populasi semasa dianggarkan sekitar 6,000 (1987 est), tetapi terdapat bukti mereka pernah menduduki kawasan lebih luas sepanjang persisiran timur Sabah berbanding masa kini. Selama beberapa abad, mereka memiliki hak esklusif bagi mengumpulkan sarang burung layang-layang di dalam gua batu kapur kawasan tersebut, terutamanya Gua Madai. Sebahagian besar orang Idaan adalah muslim, tetapi sebahagiang kecil suku kaum yang dikenali sebagai Begaak (populasi sekitar 1,500 pada 1987) kekal animist.

Selama beberapa abad ethnik Idaan telah memiliki mekanisma sosial berasaskan sedarah, bagi mengawal capaian bermusim ke kamar batu yang memiliki sarang burung layang-layang, dan bergilir hak menuai antara pelbagai ahli suku kaum. Sebagai etnik minoriti, Idaan beroperasi sebagai kumpulan korporat berkait rapat berkaitan dengan aktiviti menuai sarang burung layang-layang. Sistem pengagihan turut memastikan hubungan rapat di kalangan ethnik Idahan. Keuntungan tunggal tuaian yang diwarisi hanya dapat dikekalkan oleh mereka selagi mereka berkerjasama sebagai satu unit ekonomi dan masyarakat kerjasama.




Kredit: SINI



ADD MY FACEBOOK

SUKU KAUM BUGIS DI SABAH



Orang Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi di Indonesia, dan kini dengan populasi seramai tiga juta, mendiami hampir kesemua kawasan di Sulawesi Selatan. Penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di Sumatra, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia dan Sabah,Sarawak

Etnik Bugis cukup terkenal di dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan di dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani, lanun yang digeruni dan pedagang yang berjaya. Pusat tumpuan utama bagi kebudayaan dan ekonomi etnik ini adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai Makassar. Orang Bugis juga merupakan penganut agama Islam.

Bugis memainkan peranan yang penting dalam sejarah di Tanah Melayu. Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu ketika itu, terutama sekali negeri Johor. Ia bermula apabila Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri Johor Riau Lingga ketika itu, iaitu Raja Kechil. Ini menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja Kechil. Bermula dari sinilah campur tangan Bugis di Tanah Melayu. Malah,Raja Ali, anak Daeng Chelak, Raja Lumu, dinobatkan sebagai Sultan Selangor pertama.

Di Sabah, suku kaum bugis Tertumpu di kawasan Tawau khususnya dan juga terdapat di serata Sabah.



SUMBER: SINI


ADD MY FACEBOOK

SUKU KAUM BAJAU DI SABAH



Lazimnya, apabila disebut Bajau, kita segera terbayang bahawa ia adalah suku bangsa yang mendiami kepulauan Filipina Selatan serta penduduk pribumi Sabah.

Sebenarnya Bajau bukan sekadar wujud di dua wilayah tersebut. Sebaliknya bangsa Bajau adalah antara penduduk asal Nusantara – dari kepulauan Belau (PALAU) di sebelah Timur hingga ke Sumatera di sebelah Barat dan dari Gugusan Kepulauan Irian di sebelah Selatan hingga ke Kemboja dan Myanmar (Burma) di Utara.

Ada pendapat mengatakan bahawa Bajau berasal dari Johor. Ada juga yang mengatakan Bajau berasal dari Kepulauan Riau-Lingga di Indonesia dan ada pula yang mengatakan etnik ini berasal dari kepulauan Maluku.

Hakikatnya, baik di Selatan Filipina, Borneo Utara, Johor, Riau-Lingga atau Maluku, kawasan-kawasan tersebut adalah dalam lingkungan Nusantara. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka (2000) mengenai asal-usul bangsa Bajau mendapati bahawa bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro yang mula bergerak dari Yunan menuju arah selatan (Asia Tenggara) pada kira-kira 1500 tahun Sebelum Masehi iaitu 3500 tahun yang lalu, yang kemudian tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik1. Oleh kerana bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro, maka mereka adalah Melayu tulen.

Bangsa Bajau atau Samah dapat dibahagikan kepada dua kelompok utama iaitu Pala’u (Bajau Laut) dan Samah (Bajau Darat). Sehingga tahun 1950-an, Pala’u tinggal di dalam lepa yang bergerak bebas di sekitar laut Sulawesi; mereka hanya mendarat di tepian pantai atau pesisiran sama ada di jajaran pulau atau tanah besar, untuk mendapatkan keperluan seperti ubi kayu, air atau untuk membaiki lepa mereka. Mereka juga bukan penganut agama Islam. Justeru itu, terdapat di kalangan orang-orang Samah yang tidak mengakui Pala’u sebagai Bajau oleh kerana kesuluruhan Samah adalah beragama Islam.

Daripada segi bahasa dan pertuturan, bahasa Bajau mempunyai lebih daripada 20 subdialek. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya 26 subdialek bahasa Bajau.

Kini masyarakat Bajau terpencar-pencar di pelbagai negara seperti Indonesia, Filipina, Malaysia, Brunei, Myanmar, Maldives dan Afrika Selatan. Malah ada pendapat mengatakan bahawa masyarakat Melayu di Madagascar (Pulau Malagasi) sebenarnya adalah dari etnik Bajau.

Mayarakat Bajau dikenali sebagai sea nomad atau sea gypsies oleh penjajah atau penulis-penulis Barat dan nama itu kekal menjadi rujukan pihak-pihak tertentu hingga ke hari ini. Bagi masyarakat Bajau itu sendiri mereka menamakan bangsa mereka sebagai bangsa Samah dan daripada perkataan Samah itulah terbit nama bahasa mereka iaitu Sinamah.

Bagaimana bangsa ini mendapat namanya sebagai Bajau, ia masih kabur. Kekaburan ini menyebabkan perbahasan di kalangan segelintir individu sehingga ada antara mereka yang membuat pengklasifikasian mengikut logik masing-masing – kononnya Bajau adalah yang menjadi peribumi Sabah, Badjao adalah yang mendiami gugusan kepulauan Mindanao, dan Badjoe adalah yang mendiami wilayah Indonesia.

Hakikatnya, Bajau hanyalah satu. Lalu kenapa timbul pelbagai nama seperti Bajau, Badjao dan Badjoe? Jawapannya mudah. Ia adalah disebabkan faktor penggunaan tulisan rumi dalam Tamadun Melayu baik di Malaysia mahupun di Indonesia dan Filipina. Ketiga-tiga wilayah ini pernah dijajah oleh tiga bangsa penjajah dari Barat. Ketiga-tiga bangsa penjajah ini menggunakan huruf Rumi dalam sistem tulisan mereka. Kedatangan mereka turut memperkenalkan sistem tulisan Rumi kepada Tamadun Melayu tetapi dalam bentuk dan sistem ejaan yang berbeza-beza. Bahkan, sistem tulisan Rumi Bahasa Malaysia dan Sistem Tulisan Rumi Bahasa Indonesia hanya dapat dimantapkan pada 1970-an, walaupun Sistem Tulisan Bahasa Malaysia masih mengalami proses penambahmantapan akibat peminjaman perkataan asing khususnya dari Bahasia Inggeris.


Suku kaum Bajau banyak terdapat di negeri Sabah. Suku kaum Bajau adalah antara penduduk asal kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya, atau sejak kewujudan bangsa Melayu di Nusantara kerana suku kaum Bajau adalah serpihan Melayu gelombang kedua yang datang ke Nusantara. Suku kaum Bajau mendiami kawasan pesisir pantai dari Tawau hingga ke Labuan, dengan kepadatan tertinggi di Semporna, Lahad Datu dan Kudat. Kini masyarakat Bajau telah ramai menetap di Semenanjung Malaysia.

Seratus persen suku kaum Bajau menganut agama Islam. Suku kaum Bajau sangat menekankan hubungan kekeluargaan dan "le'od" iaitu kelompok sedaerah. Sesuai dengan perkembangan masa kini, kini ramai masyarakat Bajau dikahwini dan/atau mengahwini bangsa-bangsa lain termasuk Cina, Arab, India dan suku-suku kaum tempatan di Malaysia.

Bahasa orang Bajau dikenali sebagai sinama. Kata sinama adalah kata terbitan daripada kata akar Sama dengan menerima sisipan -in- sehingga membentuk sinama yang bermaksud bahasa kepunyaan bangsa Sama. Suku kaum Bajau sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Berdasarkan kajian awal oleh Badan Galak Pusaka sekurang-kurangnya terdapat 26 subdialek bahasa Bajau atau Sinama. Juga didapati bahawa suku kaum Bajau adalah bangsa Melayu yang sebenar (Melayu Asli). Selain di Malaysia, bangsa Bajau juga turut mewarganegarai negara-negara seperti Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam.



SUMBER: SINI



ADD MY FACEBOOK

SUKU KAUM BISAYA (VISAYA) DI SABAH



Bukti pelanunan sebagai agen "pembawa" kaum pagan ke Borneo dapat kita lihat dengan kewujudan Kaum Bisaya (Visaya dari kepulauan Filipina) di sebahagian kawasan di Sabah. Kaum Iranun dan Bajau Balangingi menangkap beratus-ratus kaum Visaya di sekitar perairan yang dikuasai Spanyol lalu dijual ke tanah Bugis, juga dijual kepada Pangeran Brunei dan para Datu-Datu Diraja Sulu di sekitar pantai barat Sabah. Kaum Bisaya yang merdeka dan erat perhubungannya dengan Pangeran Brunei dan Datu Sulu biasanya akan menganut agama Islam dan mendapat pembelaan sebagai saudara seagama. Pada masa kini, suku kaum ini banyak terdapat di Daerah Beufort.

p/s: maaf info tidak lengkap.. :)


ADD MY FACEBOOK

SUKU KAUM SUNGAI (ORANG SUNGAI) DI SABAH



Suku kaum Orang Sungai ini merupakan Pribumi Sabah yang ramai terdapat di Pantai Timur Sabah. Tetapi banyak orang tidak mengetahuinya kerana kurangnya pendedahan di media cetak/internet. Orang Sungai ini merupakan satu suku/etnik yang paling banyak didapati di kawasan Sandakan, Beluran, Paitan, Kinabatangan (Bukit Garam, Sukau, Suan Lamba, Bilit, hingga ke Paris Satu), Kuamut, Segaliud, Ranau (Sugut), Labuk (Telupid), Segama & Sepagaya (Lahad Datu), Madai, Tongod dan juga terdapat di Pitas dan Beaufort (banyak di Kg. Bambangan) Suku kaum Orang Sungai ini terbahagi kepada beberapa sub-etnik iaitu dinilai melalui penggunaan bahasa sukuan/linguistik..

i) Orang-Orang Sungai di kawasan Beluran,Ranau (Sugut), Paitan, Labuk (Telupid), Pitas dan Beaufort mempunyai bahasa sukuan yang SAMA kerana menggunakan dialek Paitanik. Cth ayat :

- Ombo kiat mu yuk ? ( Kamu dari mana yuk )

ii) Manakala Suku Orang Sungai di kawasan Segaliud, Bukit Garam, Kuamut, Segama dan bahagian Tongod mempunyai bahasa sukuan atau dialek yg cuma sedikit berbeza dengan bahasa Suku Orang Sungai yg saya sebutkan di atas (no.i). Orang Sungai di kawasan ini mempunyai pengaruh bahasa Dusun yg ketara. Cth ayat :

- Tokouw tu tulun Sungai (Kita ini Orang Sungai ) - lihat " tulun" yg juga bermaksud Orang dlm bahasa Dusun, tapi dlm dialek Paitanik Orang diucap sebagai "lobu"..

iii) Suku Orang Sungai di kawasan Sukau pula mempunyai pengaruh dialek "Idahan" seperti Orang Sungai di kg2 persekitaran Gua Madai dan Kg. Sepagaya di Lahad Datu. cth ayat :

- Mbah suruu kau (Pergi mana kau )..

Dari segi sosial, Orang-orang Sungai juga mempunyai perkembangan sosial yg boleh dibanggakan. Tarian Orang Sungai seperti Titikas, Berunsai dan Tarian Gabang juga sering di persembahkan di majlis-majlis rasmi di Sabah. Hubungan Orang Sungai dengan kaum-kaum pribumi Sabah yg lain juga adalah amat baik sejak zaman berzaman.

Begitu juga dari segi ekonomi. Jika kita lihat pada masa sekarang ramai Orang-orang Sungai yang sudah mempunyai tahap ekonomi yang baik, walaupun ada sebilangannya yang masih di paras kemiskinan seperti di Paitan, Sugut dan Kuamut. Sejak zaman British lagi suda banyak Orang-orang Sungai yang aktif dalam kegiatan ekonomi contohnya seperti Almarhum Pangiran Galpam yang terkenal sebagai antara peniaga sarang burung terkemuka Sabah di Gua Gomantong. Orang Sungai juga masih mewarisi perniagaan sarang burung di Gua Madai. Sekarang , masih terdapat ramai Orang Sungai yang mempunyai ladang sawit/perladangan yang berdaya maju dan tidak kurang yang menjadi konglomerat perniagaan Sabah.




ADD MY FACEBOOK

SUKU KAUM RUNGUS DI SABAH



Suku Kaum Rungus yang lebih dikenali sebagai Momogun Rungus ini tertumpu di kawasan Kudat. Mereka mendiami bahagian selatan Bahagian Kudat dan wilayah tengah Melabong, Kudat, Sabah. Kudat berkhidmat sebagai pusat pentadbiran untuk bahagian Kudat, yang termasuk bandar-bandar Kudat, Pitas, Kota Marudu, dan beberapa pulau luar pesisir.

Bahagian Kudat mempunyai tiga daerah iaitu Kudat, Pitas dan Kota Marudu. Jumlah penduduk Daerah Kudat pada tahun 2000 adalah 68,242 (Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2000). Daripada jumlah ini, seramai 65 peratus adalah orang Rungus, dan selebihnya iaitu 35 peratus terdiri daripada Orang Sungai, Bajau, Suluk, Bugis, Banggi, Obian dan Cina. Ini bermakna populasi orang Rungus berada di daerah ini dengan jumlah seramai 44,358 orang mengikut bancian yang dilakukan pada tahun 2000.

Daerah Kudat dianggap sebagai petempatan asal orang Rungus, khususnya di daerah kecilnya yang bernama Matunggong. Di sekitar daerah kecil Matunggong, komuniti Rungus lebih cenderung untuk melihat diri sebagai Momogun (Ong 1994: 153),iaitu orang tanah sini, atau orang tempatan.

Suku kaum Rungus tinggal di rumah panjang yang disebut sebagai vinatang dalam bahasa Rungus. Vinatang ini adalah satu kebanggaan bagi suku kaum Rungus kerana ia menggambarkan ciri-ciri unik yang ada pada bangsa mereka. Rumah panjang ini, yang lazimnya sepanjang 300 kaki panjang, biasanya dibina atas bukit dan dinaikkan. Ruang bawah rumah panjang ini digunakan untuk memelihara binatang seperti ayam,babi, dan kerbau selain berfungsi sebagai tugu kepada serangan luar.

Menurut Rutter (1929: 62), di kawasan pergunungan atau pedalaman Borneo, kampung penduduk peribumi diwakili oleh rumah panjang yang berfungsi sebagai tugu melindungi penghuni-penghuninya. Kampung peribumi ini bersifat cukup-diri, lengkap diri, berdikari serta bebas daripada dunia luar.

Menurut Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1987) Institut Linguistik S.I.L melaporkan bahasa Rungus dipercayai termasuk dalam bahasa Austronesian keturunan Bornean dari keturunan asal Austronesian.Momogun Rungus kadang-kadang dipanggil sebagai "Momogun", "Dusun Dayak", Melobong Rungus", "Memagun" atau "Memogun" kadang-kadang juga di panggil sebagai "Roongas", "Rungus", "Rungas" dan "Dusun Laut". Semuanya merujuk kepada bangsa Momogun Rungus.

Asal perkataan Momogun di percayai dari segi kepercayaan Agama Labus (pagan) iaitu dari perkataan "PENDUDUK ASAL POGUN NABALU".Momogun diambil dari perkataan POGUN (Dunia). Rungus pula diperolehi sempena nama Aki Rungsud yang mengetuai Pompod Tana setelah diarah oleh Aki Nunuk Ragang.

Menurut mitos Agama Labus Momogun adalah hasil perkataan dari pekerjaan Kinoringan (Allah Pencipta). Ini kerana Kinoringan menaburkan bangsa Momogun di sekitar Gunung Kinabalu (Pampang Nabalu) dengan perkataan yang digunakan "NIASOK". Momogun adalah Asok pertama dan tiada lagi Asok yang lain selain MOMOGUN. Asok bermakna "menabur benih". Menurut kepercayaan itu Momogun adalah Sakag(benih tani) yang ditaburkan seumpama benih pertanian Tuhan sendiri.

Pasok Momogun bermakna "benih atau zuriat tetap bumi di bawah Gunung Kinabalu". Jika orang Momogun menanam padi di ladang mereka menyebutkannya sebagai "MANGASOK". Pasok Momogun merujuk kepada kepercayaan mereka dalam Agama Labus bahawa KINORINGAN sebagai pencipta segalanya di alam semesta dan "Zuriat pertama atau bangsa pertama yang direncanakan oleh Tuhan Pencipta" bagi menghuni kawasan Gunung Kinabalu sehingga ke pesisir pantai adalah Bangsa Momogun.

Momogun adalah satu perkataan yang membawa makna mempunyai kuasa ke atas tanah atau dunia yang Kinoringan mereka berikan pada bangsa mereka. Mereka menganalogikan pekerjaan Kinoringan seperti menabur benih maka jadilah perkataan "PASOK MOMOGUN RUNGUS".




ADD MY FACEBOOK