I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

SUKU KAUM SUNGAI (ORANG SUNGAI) DI SABAH



Suku kaum Orang Sungai ini merupakan Pribumi Sabah yang ramai terdapat di Pantai Timur Sabah. Tetapi banyak orang tidak mengetahuinya kerana kurangnya pendedahan di media cetak/internet. Orang Sungai ini merupakan satu suku/etnik yang paling banyak didapati di kawasan Sandakan, Beluran, Paitan, Kinabatangan (Bukit Garam, Sukau, Suan Lamba, Bilit, hingga ke Paris Satu), Kuamut, Segaliud, Ranau (Sugut), Labuk (Telupid), Segama & Sepagaya (Lahad Datu), Madai, Tongod dan juga terdapat di Pitas dan Beaufort (banyak di Kg. Bambangan) Suku kaum Orang Sungai ini terbahagi kepada beberapa sub-etnik iaitu dinilai melalui penggunaan bahasa sukuan/linguistik..

i) Orang-Orang Sungai di kawasan Beluran,Ranau (Sugut), Paitan, Labuk (Telupid), Pitas dan Beaufort mempunyai bahasa sukuan yang SAMA kerana menggunakan dialek Paitanik. Cth ayat :

- Ombo kiat mu yuk ? ( Kamu dari mana yuk )

ii) Manakala Suku Orang Sungai di kawasan Segaliud, Bukit Garam, Kuamut, Segama dan bahagian Tongod mempunyai bahasa sukuan atau dialek yg cuma sedikit berbeza dengan bahasa Suku Orang Sungai yg saya sebutkan di atas (no.i). Orang Sungai di kawasan ini mempunyai pengaruh bahasa Dusun yg ketara. Cth ayat :

- Tokouw tu tulun Sungai (Kita ini Orang Sungai ) - lihat " tulun" yg juga bermaksud Orang dlm bahasa Dusun, tapi dlm dialek Paitanik Orang diucap sebagai "lobu"..

iii) Suku Orang Sungai di kawasan Sukau pula mempunyai pengaruh dialek "Idahan" seperti Orang Sungai di kg2 persekitaran Gua Madai dan Kg. Sepagaya di Lahad Datu. cth ayat :

- Mbah suruu kau (Pergi mana kau )..

Dari segi sosial, Orang-orang Sungai juga mempunyai perkembangan sosial yg boleh dibanggakan. Tarian Orang Sungai seperti Titikas, Berunsai dan Tarian Gabang juga sering di persembahkan di majlis-majlis rasmi di Sabah. Hubungan Orang Sungai dengan kaum-kaum pribumi Sabah yg lain juga adalah amat baik sejak zaman berzaman.

Begitu juga dari segi ekonomi. Jika kita lihat pada masa sekarang ramai Orang-orang Sungai yang sudah mempunyai tahap ekonomi yang baik, walaupun ada sebilangannya yang masih di paras kemiskinan seperti di Paitan, Sugut dan Kuamut. Sejak zaman British lagi suda banyak Orang-orang Sungai yang aktif dalam kegiatan ekonomi contohnya seperti Almarhum Pangiran Galpam yang terkenal sebagai antara peniaga sarang burung terkemuka Sabah di Gua Gomantong. Orang Sungai juga masih mewarisi perniagaan sarang burung di Gua Madai. Sekarang , masih terdapat ramai Orang Sungai yang mempunyai ladang sawit/perladangan yang berdaya maju dan tidak kurang yang menjadi konglomerat perniagaan Sabah.




ADD MY FACEBOOK

15 comments:

lee said...

Orang sungai sudah menuju kemajuan. ramai yang masuk universiti dan mendapat pekerjaan. sekarang ramai yg jadi YB. Elok sekiranya media memberi pendedahan yang banyak mengenai orang sungai

Ratna Sang Ratu said...

ada sapa-sapa bleh tolong ajar saya bahasa dan dialek orang sungai di paitan da pitas? i need some guidance for my future family.. : email me okeh

shu_uemura12@yahoo.com

tqvm

Hali3isa a.k.a L3ha : SSA said...

Betul tu. Orang sungai dha banyak maju skrg. Sebab saya sendiri pun berbangsa sungai.

Anonymous said...

saya bngga sya org sungai paitan.....HIDUP SUNGAI !!!!!

Anonymous said...

waaaahhh..
congratsss...
belh jd bahan dlm tesisku ni..

Anonymous said...

Sedikit komen, bangsa Sungailah masyarakat yang paling banyak kehilangan tanah di Sabah!! Ladang-ladang sawit besar milik swasta di Sabah sebahagiannya berada di kawasan orang Sungai!! Ini semua kerja siapa? Walaupun ada yang berpendidikan, tetapi jumlah tidaklah banyak berbanding dengan suku KDM dan yang lain. Hak milik gua gomantung pun ditarik oleh kerajaan, dan sekarang di masukkan dalam sistem tender!!
Lagi satu, jangan heranlah jika bahasa kita semakin pupus, kalau dulu arwah beliau pandai berbahasa semua bahasa sungai yang ada termasuklah bahasa Sabah yang lain seperti dusun, kadazan, Suluk dan Bajau. Sekarang dikalangan anak-anak kita penguasaan bahasa sungai semakin kurang. Kalau kadazan amat berbangga kerana bahasa mereka telah dimasukkan sebagai salah satu bahasa dalam kurikulum sekolah. Bahasa sungai macam mana !! Kita kena cari pejuang bangsa yang tulin bukannya apabila mendapat kekuasaan politik dan ekonomi hanya memikirkan periuk nasinya sahaja!! Bukannya hanya tau bercakap di parlimen tapi soal pembangunan bangsa sungai langsung tidak ada!!

Dari:
Lalom Sungoi

daezan said...

Saya bangga jadi orang sungai...

athirah said...

iii) Suku Orang Sungai di kawasan Sukau pula mempunyai pengaruh dialek "Idahan" seperti Orang Sungai di kg2 persekitaran Gua Madai dan Kg. Sepagaya di Lahad Datu. cth ayat :

- Mbah suruu kau (Pergi mana kau )..

Pembetulan :

-mbah suruu ikau (pergi mana kau)
ati sa' ngam uni segamo (begini ngam cakap sungai)
(sungai sukau)

syah said...

wah..ad juga owg wat blog sungai..baru dapat search lepas ad asigment ni..untuk kajian..walau pon duduk jb saya tetap sabah sungai

syah said...

wah ad juga owg sabah sungai maju wat blog..bb jarang dengar..lagi saya dh duduk jb tapi tetap owg sabah sungai..ni pon dapat wt asigment study aru search2 jumpa...tebaek lh!!!!

sungaian said...

Orang Sungai- perkataan ne adalah di terjemahkan dari bahasa inglish 'River People' yg di gambarkn oleh org2 putih kepada masyarakat bumi yang menghuni sepanjang sungai di sabah ( North Borneo ) dan ia nya merangkumi seluruh kwsn pantai timur Sabah. Sungai2 seperti Liwagu, Labuk, sugut, takala, segaliud,segama, kinabatngan dsb yg menjadi nadi pengeluaran hasil hutan ketika itu menjadi tumpuan pedagang barat dan china, mengkelasasikan kaum bumi di kwsn itu sbagai 'Orang Sungai'. Sedangkan kaum itu sendiri menpunyai kaitan dgn majoriti kaum yg terdapat di seluruh sabah dan utara kalimantan dan sebilangan nya jgk yg trdpt di pantai barat sarawak. Bulud upi, segamo, idaan, tambonoa, sugut, ulu sungai dsb adalah sub kaum dari Orang Sungai dan berkait rapat dgn Orang Dusun/kadazan yg terdapat di pantai barat sabah sehingga bahagian kudat. Orang Sungai yg menghuni di kwsn Bukit Garam menpunyai bahasa sukuan yg berbeza dgn masyarakat yg berada di sepanjang sungai segaliud, sedangkn ianya hanya lebih kurang 20km jauh nya.
Pendapat saya, adalh menjadi tangungjawab masyarakat kaum Sungai untuk memertabatkan sukuan ne dan melantik ketua kaum ( spti KDM )menyatu dan memelihara adat dan tradisi dan mengkaji kaum Sungai utk generasasi akn dtg.

redzuan.mustapha@yahoo.com

Fieznt Peast said...

sya bangga jadi anak sungai..

stella said...

blog ini sgt mmbntu sys..trimazz...

dean mustain said...

salam...saya pelajar UMS dalam jurusan filem. saya berasal dari senanjung. kini saya ditahun akhir pengajian saya. dalam menglengkapkan pengajian saya di UMS ini, saya mesti menyiapkan projek akhir saya mengenai filem. saya amat tertarik dengan keunikan dan adat resam orang sungai. menurut admin, orang sungai kurang diberi perhatian dari segi media cetak mahunpun kemudahan online..lantas, saya menjadikan masyarakat orang sungai sebagai subjek utama kajian saya. orang sungai sememangnya memiliki keunikan yang tinggi dalam adat resam dari nenek moyang yang harus dipertahankan agar tidak ditelan kemodenan yang giat membangun. namun, secara jujur, saya menghadapi kesukaran dalam mendapatkan maklumat sebanyak boleh bagi saya mengetengah kaum orang sungai di peringakt dokumentari.di sini saya tinggalkan email dan no telefon saya bagi sesiapa yang sudi dalam membantu saya. saya amat berharap ada masyrakat orang sungai yang menbantu saya bagi memberitahu Malaysia insyallah dunia mengenai masyarakat orang sungai di sabah ini. deanraintown77@yahoo.com / 0109554378.

-dean-

CtieY suKa Siot Ma dUraimUn said...

bangga bha jdi org sungai.. asal kg bambangan membakut....yeahhh~~ Hee

Post a Comment

KERATAN NOTIS

1. Sila Komen Dalam Bahasa Melayu / Ingelish Yang Mudah Difahami

2. Tinggalkan Alamat Blog / Email Jika Perlu

SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. PEMILIK AJTR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA DI AJTR INI.