I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

SUKU KAUM MURUT DI SABAH




Sabah juga dikenali dengan nama Negeri Di Bawah Bayu. Sabah adalah negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara kepulauan Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 73,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut China Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan. Sabah adalah satu kawasan berbukit bukau dan merupakan sebuah negeri yang unik dan terkenal dengan kepelbagaian kebudayaan suku kaumnya. Menurut Agnes Keith (1981), gelaran Negeri di Bawah Bayu bukan merujuk kepada negeri Sabah sahaja tetapi juga merujuk kepada kawasan di Selatan Sulu. Terdapat kira-kira 2.5 juta penduduk Sabah merangkumi lebih daripada 30 suku kaum dan terdapat sebanyak 80 dialek bahasa yang digunakan. Sabah terdiri daripada 6 daerah pentadbiran yang dipanggil "Residensi" iaitu Kudat, Pantai Barat-Utara dan Selatan, Pedalaman, Sandakan dan Tawau. Bandar-bandar utama di Negeri Sabah adalah Kota Kinabalu (ibu negeri), Sandakan dan Tawau.

Penduduk Sabah terdiri daripada kaum Kadazan atau Dusun, Bajau, Murut, Kelabit, Rungus, Kedayan, Brunei, Lundayeh, Rungus,Iranun, Ida’an, dan lain-lain. Ciri-ciri kebudayaan negeri Sabah amat unik kerana kepelbagaian suku kaum. Tiga suku kaum utama di Sabah iaitu masyarakat Kadazan-Dusun, Bajau dan Murut. Kumpulan etnik yang utama adalah Kadazandusun, Murut, dan Bajau. Dengan itu, Sabah adalah kaya dengan penduduk berbagai-bagai kaum dengan latarbelakang kebudayaan masing-masing.

Menurut Suzannah Mohamad (2008), suku kaum Kadazan-Dusun yang merupakan kaum terbesar di Sabah iaitu mewakili satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah dan majoritinya tinggal di Pantai Barat. Suku kaum yang tergolong dalam suku Kadazan-Dusun ialah Rungus, Lotud, Tambonuo, Kimaragang, Sanayo, Minakok dan Tenggera. Suku kaum Bajau merupakan suku kaum kedua terbesar di Negeri Sabah. Suku kaum Bajau terbahagi kepada dua iaitu Bajau Pantai Barat dan Bajau Pantai Timur.

Seterusnya suku kaum ketiga terbesar ialah suku kaum Murut yang tinggal di Selatan Pantai Barat. Perkataan ‘Murut’ merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di Pedalaman Sabah. Murut terdapat di beberapa kawasan seperti Keningau, Tenom, Pensiangan, Sipitang, Kalabakan dan Kinabatangan. Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan,dan Murut Serundung. sebanyak 2.9% daripada penduduk di Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang. Suku kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan sempadan Kalimantan. Kaum Murut mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum Murut yang lain. Ini disebabkan faktor geografi sebagai penghalang dalam komunikasi bahasa mereka. Dimana kaum Murut mewakili

Secara uniknya, kaum Murut tinggal di rumah panjang yang berhampiran dengan kawasan sungai atau membuat penempatan sepanjang sungai. Mereka tinggal di dalam rumah panjang yang menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Tetapi terdapat juga kaum Murut yang tinggal dan membina penempatan secara individu di sepanjang sungai. Suku kaum Murut pakar dalam membuat perahu dan menurunkan kepakaran mereka kepada generasi seterusnya. Selain itu kaum Murut pakar dalam berburu dan masih mengamalkan tradisi bertatu seperti kaum Iban di Sarawak tetapi tradisi ini semakin kurang di lakukan oleh generasi muda suku kaum ini.

Terdapat adat istiadat kaum Murut yang masih kekal sehingga kini iaitu adat istiadat semasa upacara perkahwinan. Upacara perkahwinan orang Murut terutamanya Murut Tahol atau Tagal adalah sangat unik kerana upacara perkahwinan yang diamalkan penuh dengan adat dan berlangsung di rumah panjang dalam masa yang lama. Adat seperti tina’uh atau Bului dan ‘barian sampai mati’ masih diamalkan hingga kini. Adat ‘tina’uh’ adalah adat yang paling tertinggi dalam adat istiadat perkahwinan kaum Murut Tahol atau Tagal. Adat tina’uh adalah adat hantaran mas kahwin atau barangan perkahwinan yang terakhir oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Adat Tina’uh ini boleh dilakukan selepas 20 atau 30 tahun selepas perkahwinan mereka. Adat ini boleh juga dilakukan semasa perkahwinan berlangsung dan mengikut kemahuan serta kemampuan pihak pengantin lelaki. Semasa membuat adat tina’uh terdapat beberapa upacara yang perlu dilakukan. Adat ‘barian sampai mati’ juga adalah adat kaum Murut yang sangat unik dan menjadi adat turun-temurun dalam perkahwinan.


Kaum Murut juga menyambut perayaan seperti Hari Raya, Hari Krismas, Tahun Baru, Majlis harijadi, pengembumian dan Pesta Kalimaran dan lain-lain. Pesta Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum kadazan-Dusun yang menyambut pesta Kaamatan. Ia di sambut selepas mereka menuai padi. Kaum Murut masa kini, telah mengalami proses kemodenan dan ramai yang berkerja sebagai kakitangan kerajaan dan bukan kerajaan. Mereka juga tinggal di bandar-bandar besar dan mempunyai pekerjaan profsional. Namun demikian, Kaum Murut ini masih lagi mengamalkan adat istiadat yang diamalkan oleh nenek moyang mereka sebagai adat turun temurun yang mempunyai nilai estet
tika tinggi dalam kehidupan.



SUMBER: SINI



ADD MY FACEBOOK

7 comments:

Jetsetters Clothing said...

gambar tue bukan gmbr org murut la... itu gmbr org rungus.... kalau tajuk ko pasal murut crlah gmbr org murut juga

Azmil Ahud ® said...

astaga, yaka? ak googling bah tu pic, tu yg dya bg, tu yg ak sumbat, thnx t ak ubah :)

Anonymous said...

sy berkawan sama org twu dari kaum murut..bole tlg ajar sy beberapa perkataan yg sering digunakan

Teacher Prets said...

ermm.. x la.. ini mmg gambar murut..

LELAKI MURUT said...

are u sure information yg kamu bagi betul?
Pesta Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum kadazan-Dusun yang menyambut pesta Kaamatan

I guess, it suposse to be like mcm ni..
1.kalimaran merupakan Pesta org murut yang bermaksud pesta kraftangan.

2.kaamatan dulunya pesta menuai yang dirayakan oleh suku kaum murut.. kaamatan bkn perayaan kadazan dusun saja..

LELAKI MURUT said...

are u sure information yg kamu bagi betul?
Pesta Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum kadazan-Dusun yang menyambut pesta Kaamatan

I guess, it suposse to be like mcm ni..
1.kalimaran merupakan Pesta org murut yang bermaksud pesta kraftangan.

2.kaamatan dulunya pesta menuai yang dirayakan oleh suku kaum murut.. kaamatan bkn perayaan kadazan dusun saja..

Rimbai Nu Murut said...

ehm... tu mmg gambar org Murut n baju yg dipakai tuh corak baju "Murut Tahol/Tagal." sy taw sebab sy adalah org Murut Tahol dn membesar di rumah panjang sampai sy berumur 13 tahun. Kepada J.J Boy, klik cari macam mana rupa baju Rungus yg sebenar. sorry to say, verry difference

Post a Comment

KERATAN NOTIS

1. Sila Komen Dalam Bahasa Melayu / Ingelish Yang Mudah Difahami

2. Tinggalkan Alamat Blog / Email Jika Perlu

SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. PEMILIK AJTR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA DI AJTR INI.