I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

BUDAYA MASYARAKAT MELAYU DI TAWAU



Seperti juga masyarakat Melayu di lain-lain tempat seperti di Brunei, di Sarawak. di Singapura ataupun di Semenanjung Malaysia, masyarakat Melayu Tawau mengamalkan adat dan budaya Melayu. Orang-orang Melayu Tawau hidup selama ratusan tahun dengan mengekalkan adat dan budaya Melayu mereka yang berteraskan agama Islam.

Keunikan masyarakat Melayu di Tawau ini ialah mereka sebenarnya terdiri daripada pelbagai rumpun Melayu seperti Melayu Suluk, Melayu Arab, Melayu Jawa, Melayu Tidung, Melayu Banjar, Melayu Brunei, Melayu Bulungan dan berbagai lagi rumpun Melayu seperti Melayu Boyan dan Melayu Aceh termasuk juga Cina muslim dan Iban muslim. Namun mereka telah hidup bersama di dalam satu adat dan budaya yang sama selama ratusan tahun. Lebih-lebih lagi dengan berlakunya perkahwinan campur di antara mereka. Setelah hidup bersama selama ratusan tahun inilah yang mewujudkan sebuah bangsa baru iaitu masyarakat Melayu Tawau yang wujud dengan adat dan budaya yang tersendiri. Sama seperti wujudnya bangsa manusia dimana bermula dengan Adam dan Hawa dan kini wujud dan bersatu dalam satu bangsa sahaja iaitu bangssa Melayu Tawau. Inilah yang difahami oleh orang-orang Melayu Tawau dan mereka telah membuktikannya dengan menubuhkan PKMT iaitu PERSATUAN KEBANGSAAN MELAYU TAWAU pada 1945.

Namun ini tidak akan berlaku sekiranya sesebuah masyarakat itu wujud di dalam kelompok atau kumpulan mereka sendiri. Mereka akan kekal sebagai suku kaum mereka sendiri dan hidup dalam adat dan budaya mereka sahaja. Misalnya masyarakat Bajau di Semporna, masyarakat Tidung di Kalabakan dan Tidung di Indonesia serta masyarakat Bugis Indonesia yang terlalu ramai di Sabah. Tiadanya perkahwinan campur akan menjurangkan lagi perhubungan di antara kaum walaupun di sebalik itu, ia dapat mengekalkan identiti sesebuah kelompok kaum atau kesukuan.

Oleh kerana agama Islam menjadi tunjang kepada kehidupan masyarakat Melayu Tawau, banyak aktiviti keagamaan menjadi amalan dan tradisi di sini. Misalnya aktiviti kenduri tahlil atau di sini dikenali sebagai 'Kenduri Arwah' yang diadakan pada penghujung bulan Syaaban iaitu sebelum tibanya bulan Ramadhan. Selain itu, di sini juga diadakan amalan 'Bergunting Rambut' iaitu untuk meraikan kelahiran bayi dalam sesebuah keluarga. Ketika majlis ini berlangsung adalah kemestiannya ialah diadakan Bacaan Berzanji dan kemudian Bacaan Selawat secara berdiri dan setiap tetamu digalakkan untuk menggunting sedikit rambut bayi yang diraikan. setiap tetamu juga akan diberikan 'Bunga Telur' sebagai hadiah untuk dibawa pulang.

Bagi adat perkahwinan masyarakat Melayu Tawau, ianya sama seperti masyarakat Melayu yang lain iaitu dimulakan dengan adat merisik, meminang, bertunang, akad nikah dan bersanding. Namun di Tawau, adat membuat hantaran kahwin dikenali sebagai 'Adat Menghantar Jujuran'. ketika majlis persandingan pula, pihak lelaki akan diarak beramai-ramai dengan perarakan yang dibawa bersama 'bunga manggar' dan paluan kompang ke rumah pihak perempuan untuk acara majlis persandingan. Pihak lelaki juga akan ditabur degan 'beras kunyit' ketika sampai di rumah pihak perempuan.

Pakaian Tradisi orang-orang Melayu juga sama seperti Melayu di Brunei dan di Sarawak iaitu pakaian Melayu ( cekak Musang atau Teluk Belanga ), bersamping dan bersongkok manakala wanitanya pula berbaju kurung atau kebaya. Di sini , wanita juga memakai kain songket Arab dan memakai kain batik Jawa kerana budaya Arab dan budaya Jawa juga sedikit mempengaruhi budaya masyarakat Melayu di sini sejak ratusan tahun. Di sini, lelakinya juga biasa berkain pelikat atau kain sarung dan 'Berbaju Selangor' iaitu nama panggilan melayu Tawau kepada Baju Melayu.

Makanan tradisi di Tawau juga ada persamaan dan ada juga kelainannya. orang-orang Melayu Tawau begitu menggemari 'nasi kuning' atau nasi kunyit yang dimakan bersama ikan sambal dan serunding kelapa ketika sarapan pagi. Masakan lauk pauk dan gulainya pula mungkin dipengaruhi dari Arab dan India seperti ikan dan ayam yang dimasak gulai masak putih, gulai masak kurma dan gulai masak kari. Selain itu, makanan kampung yang agak popular di kalangan masyarakat tempatan seperti gulai rebung, nangka atau jantung pisang masak lemak, gulai nenas masak paceri, kerabu urap pucuk ubi, kerapu pucuk paku dan ikan sembilang asam pedas. Makanan kudapan tradisional yang digemari pula ialah keropok belinju, keropok tempeyek, cendol dan bubur kacang hijau bersagu. Selain itu, makanan Jawa, makanan Banjar dan makanan melayu lain seperti gado-gado atau pecal, soto dan sate juga amat popular di sini. Kuih-muihnya pula ialah kuih baulu, kuih penyaram, kuih dodol, kuih wajik, kuih terang bulan, kuih karipap, kuih apam, kuih talam dan kuih onde-onde.



ADD MY FACEBOOK

0 comments:

Post a Comment

KERATAN NOTIS

1. Sila Komen Dalam Bahasa Melayu / Ingelish Yang Mudah Difahami

2. Tinggalkan Alamat Blog / Email Jika Perlu

SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. PEMILIK AJTR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA DI AJTR INI.