I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

BAGAIMANA MERASA KEBAHAGIAAN CINTA

Cinta menjadi bahagia bila Anda sedang merindu orang yang dicinta. Rindu, perasaan itu membuat fikiran kita melayang jauh.

Rindu juga yang membuat kita bekerja bersungguh-sungguh, berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan apa yang kita kerjakan. Melayan rindu membuat kita tak sedar masa yang pantas berlalu.

Anda akan merasa kebahagiaan cinta bila Anda dekat dengan orang yang Anda cinta. Ingatlah saat-saat bila Anda bersama-sama dengannya, atau ketika pernah menyertai sesuatu aktiviti bersama-sama dengan dia. Walaupun Anda sedang jauh, rasakan seolah-olah dia berada dekat dengan Anda, memerhati perilaku Anda. Bayangkan selalu.

Untuk nak merasa kebahagiaan cinta, fokuslah pada perasaan saling membahagiakan antara satu sama lain. Lupakan persengketaan, lupakan ketidakpuashatian, tumpukan perhatian pada keinginan merasai kebahagiaan bercinta.

Bila Anda mendesak diri sendiri untuk memberi yang terbaik buat kekasih Anda, disitulah Anda akan merasa puas, kerana dia juga memberi yang terbaik dari dirinya khas untuk Anda. Kita bercinta, kerana kita nak bahagia, nak gembira.

Kesannya, Anda akan rasa makin disayangi. Selalulah bersyukur pada Yang Maha Esa kerana dia menjadi milik Anda dan bakal menjadi pasangan hidup Anda yang sah.

Bersyukurlah kerana dia menyayangi Anda dengan mengambil berat tentang diri Anda. Rasakan kesyukurkan itu sedalam-dalamnya, meresap jauh ke dalam jiwa, jauh sejauh-jauhnya. Cinta akan jadi bertambah-tambah lagi mekarnya di hati Anda.SmileyCentral.com

ATASI STRESS DENGAN CINTA

KKali ni saya berjumpa dengan penemuan terbaru. Tahu tak, kita boleh menangani stress dengan cinta? Memang boleh, jika Anda tahu caranya. Tapi bagaimana nak menangani stress dengan cinta?

1. Cinta telah diketahui sebagai emosi yang paling kuat kesannya pada diri manusia. Jika Anda sedang stress, pergilah berjumpa orang yang Anda cintai, isteri Anda atau kekasih Anda.

Luahkan stress padanya, minta dia dengar saja luahan Anda. Lama-kelamaan, bila meluah Anda akan merasa lebih tenang. Meluah secara berdepan lebih berkesan berbanding meluah melalui telefon atau kiriman sms.

Jika Anda stress sebab orang hentam Anda, ada orang permainkan Anda atau ada orang permainkan Anda, meluah membuat Anda rasa lega. orang kita paling percaya adalah orang yang kita cinta, bahkan kita percayakan dia lebih dari kita percayakan ibu dan bapa sendiri.

2. Lupakan stress buat sementara, dalam 10 minit. Sepanjang 10 minit itu, biarkan rasa bahagia menguasai Anda sepenuhnya. Bayangkan wajah kekasih Anda, isteri atau suami Anda.

Bayangkan seolah-olah dia ada di depan mata Anda, senyum pada Anda dan Anda melihat dia melambai-lambai ke arah Anda sambil tertawa riang. Siapa yang tak bahagia bila camtu, ya tak? Bayangkan sekerap yang mungkin. Ia akan membuat Anda 'feel good' lalu merubah emosi Anda dari tertekan menjadi riang.

3. Ingat semula kenangan-kenangan ketika Anda dan dia duduk bersama, berbual-bual bersama atau tertawa bersama. Ingat saat itu selama yang mungkin, tutup mata untuk menikmati keseronokannya seolah-olah ia baru saja berlaku 7 jam yang lalu! Anda akan merasa tenang dan bahagia.

4. Ketika bekerja atau ketika sedang melakukan sesuatu, bayangkan dia ada di sebelah Anda. Ya, bayangkan seolah-olah Anda mendengar suaranya, mencium haruman rambutnya, melihat anak matanya dan menikmati kemanisan senyuman di bibirnya.

Bayangkan dia membantu Anda, memberitahu Anda untuk menolong menyempurnakan apa yang sedang Anda lakukan. Bayangkan seolah-olah dia ada, duduk rapat bersebelahan dengan Anda, memberi sokongan moral khas buat Anda. Paling senang, bayangkan seolah-olah dia dekat dengan Anda, Anda dapat merasai kehadirannya di situ.

4. Jika anda tertekan sebab esok nak exam, luangkan seminit dua gembirakan diri sendiri dengan cinta. Come on, Anda ada hak untuk membahagiakan diri sendiri, kerana diri Anda adalah milik Anda dan dia adalah Anda!

Usah takut dengan komen-komen negatif di sekeliling dari kawan-kawan, adik beradik atau sesiapa saja. Niatkanlah agar cinta itu membuat Anda jadi gembira lalu menjadikan Anda kebal berdepan dengan stress ketika menghadapi peperiksaan.

Itulah dia 4 panduan bagaiman untuk Anda menangani stress dengan cinta. Ada lagi beberapa panduan lain, tapi saya akan keluarkan untuk artikel-artikel seterusnya. Asasnya begini. Jika kita melawan stress, kita akan berjumpa dengan lebih banyak perkara yang membuat kita makin stress sebab fikiran kita asyik menumpu pada usaha melawan stress!

Tetapi, jika kita menumpu fikiran pada usaha membina cinta bahagia, kita akan berjumpa dengan lebih banyak perkara yang membuat kita makin rasa bahagia dalam bercinta. Seterusnya, kita mungkin akan menikmati rasa bahagia sepanjang masa jika kita memfokus rasa cinta sebanyak yang mungkin, selama yang mungkin di fikiran.

Stress membuat Anda sengsara. Cinta membuat Anda bahagia. Kesan dari merasa bahagia, Anda muncul cemeralang dalam apa jua yang Anda usahakan, sama ada dalam pelajaran, pekerjaan atau perniagaan.SmileyCentral.com

SEBENARNYA CINTA

Cinta kita perlu peralatkan untuk membentuk diri kita jadi bersemangat sentiasa. Siapa lagi yang boleh mendorong diri kita, jika bukan kita sendiri. Hanya kita yang berkuasa atas diri kita sepenuhnya.

Untuk itu, jadikanlah cinta sebagai booster motivasi diri kita. Tiap kali bangun pagi, biar rasa cinta membuak-buak membuat kita bingkas bangun tanpa perlu bekhayal seminit dua. Cinta membuat emosi kita jadi ampuh, kuat dan perkasa. Lantas, tatkala menghadapi situasi mencabar atau situasi menekan, ia bagaikan satu perkara kecil, bahkan boleh kita atasi dengan penuh bijaksana.

Untuk sentiasa bersemangat, aspek dalaman diri kita perlu dipenuhi dulu. Dalam diri kita, wujud aspek rohani dan emosi. Tangki rohani dan emosi ni kena penuh selalu supaya kita boleh perform on the best dalam apa jua yang kita lakukan.

Ada orang rohaninya terjaga, penuh berisi tapi emosinya kurang. Dia kurang kebahagiaan, kurang keseronokan. Kesannya, dia jadi tertekan dan cepat rasa tertekan tanpa semena-mena. Lalu tekanan itu dilepaskan pada kengkawan dan rakan-rakan sepejabatnya.

Ada orang emosinya terjaga tapi rohaninya kurang. Hidupnya terasa kosong bahkan kurang merasakan ketenangan. Walaupun hakikatnya dia berjaya dalam kerjaya atau perniagaan, dia masih tercari-cari apa yang dia mahukan sebenarnya dan apa yang dia mahu lakukan seterusnya.

Perasaan itu mengheretnya ke lembah 'kekosongan' yang bersarang di dalam hati. Kesannya, dia akan suka termenung. Jika dia, dia resah, gelisah dalam bergembira. Orang camni memang ada.

Ada orang rohaninya terjaga, emosinya dijaga sama. Dia beribadah, dalam masa yang sama menganggap cinta itu juga satu ibadah yang mesti dipenuhi, dikerjakan sebaik mungkin. Orang sebegini adalah mereka yang menjaga sembahyang dan menjaga keharmonian rumah tangga.

Selain itu, dia juga menjaga semua perkara dan perbuatannya. Jika dia bekerja, dia kerja sebaik mungkin. Jika dia berniaga, dia berniaga sebaik mungkin. Sebab, semua tu adalah ibadah bagi dirinya. Dia mahu mendapat ganjaran pahala dlam setiap apa yang dilakukan olehnya.SmileyCentral.com

Bagaimana Membuat Orang Hormat Dengan Anda

Bagi Anda yang mahu membina kepimpinan dalam diri supaya staff Anda atau rakan-rakan sekerja hormat dengan Anda, ikuti langkah-langkah dibawah. Untuk membuat mereka ikut cakap Anda, mereka perlu kagum dengan Anda, atau segan sedikit bila terlihat Anda terlebih dahulu sebelum mereka menghormati Anda. Nak membuat orang kagum dengan Anda, cara pertama adalah:

1. Suarakan suara Anda. Tampil ke depan dan tunjukkan keberanian Anda berada di depan. Tegakkan badan, pandang mata setiap orang ketika Anda bercakap. Peralatkan peluang ketika mesyuarat, briefing, perhimpunan pagi, rapat umum atau ketika ada perjumpaan organisasi Anda. Lontarkan idea membina sebanyak mungkin.

2. Waktu kerja, kerja. Waktu berkawan, jadilah kawan. Ramai orang mencampurkan waktu untuk berkawan dengan waktu kerja menjadi satu. Kena tegur sikit di tempat kerja, merajuk banyak sampai mulut memuncung-muncung bila habis waktu kerja. Kesannya, tak bertegur sapa berhari-hari lamanya, padahal dia adalah kawan Anda sendiri. Beritahu kawan-kawan di tempat kerja Anda, yang waktu kerja, kita kerja. Be professional, bukan emosional.

Mulanya mereka akan menolak, lama kelamaan mereka akan dapat menyesuaikan diri juga. Bila habis waktu kerja, minta maaf pada kawan-kawan Anda atau staff-staff Anda jika ada perbuatan Anda (atau sikap Anda) yang menyinggung mereka hari itu. Mereka akan respek Anda.

3. Gunakan diplomasi, bukan kuku besi. Jangan asyik mengomplen itu ini. Orang tak suka dikomplen. Mereka suka dihargai. Pujian membuat mereka mulai memberi perhatian pada Anda.

Pergunakan sikap diplomasi untuk Anda menarik rasa kagum mereka, kerana di dalam kekaguman ada rasa hormat. Hati-hati, jangan kerana mahu berdiplomasi, kebaikan Anda dipergunakan pula.

4. Sentuh hati mereka dengan memulakannya dari hati Anda. Sebelum tidur, maafkan kesalahan setiap orang yang Anda marah hari tu dan hari-hari sebelumnya. Maafkan habis, biar rasa kemaafan tu meresap jauh ke dalam sanubari. Amalan ini menjadikan hati Anda bersih lalu ditumbuhi emosi positif, membentuk fikiran positif dalam diri Anda.

Jika Anda pernah sakit hati atau marah sangat pada sikap mereka, lupakan selupa yang mungkin. Tekadlah untuk tidak mengingati perkara itu walaupun hanya untuk 1 saat. Jangan ingat walau sedikit.

Doakan kebahagiaan mereka. Lebih baik, doakan sepanjang masa! Ia akan menarik energi positif dari minda mereka datang bertumpu ke arah Anda.

Kesannya, tiap kali mereka berjumpa atau bertentang mata dengan Anda, mereka akan rasa tenang saja, seronok. Lama-kelamaan, timbul sikap kagum pada Anda, lalu menganggap Anda orang berwibawa.

Biar orang sakitkan hati kita, jangan kita yang sakitkan hati mereka. Itu bahaya. Kita sakitkan hati orang, kita akan susah 2 kali ganda dari kesusahan mereka.SmileyCentral.com

TAKDIR KU

Episode Cerita Yang Bermula Di Awal Waktu, Bukan Diri Kaku Membuka Bicara Menghurai Derita, Walau Bibir Petah Berbicara Megatur Ayat Skalipun Tak Kan Ada Sesiapa Yang Akan Memahami Derita Hati Yang Ku Tanggung Sendiri..... Senyum Di Balik Derita Yang Tiada Makna Sebenarnya Terselit Sebuah Kisah Hidup Yang Amat Mengerikan, Kadang Aku Tersenyum, Namun Tiada Siapa Yang Faham Apa Makna Di Sebalik Senyuman Yang Cuma Terukir Indah Di Wajah Ini......
Biar Pun Bibir Selalu Mengukir Senyuman Tetapi Hatiku Tawar.... Kenapa Aku Tidak Sebahagia Dulu?? Kenapa Aku Sudah Tidak Seceria Dulu?? Aku Keliru, Andainya Mereka Faham Derita Yang Tersirat Di Hati.... Masa Sentiasa Beredar Dan Tidak Pernah Kembali, Apa Yang Telah Terjadi Tidak Mungkin Dapat Di Gapai Kembali, Kehidupan Ini Umpama Roda Kadang Aku Di Bawah Kadang Aku Di Atas, Kalaulah Aku Bisa Merubah Masa, Aku Mahu Kembali Ke Masa2 Yang Membahagiakan... Kenapa Hatiku Sekarang Tidak Setenang Dulu, Kenapa Diriku Sekarang Tidak Seceria & Tidak Sebahagia Dulu, Seolah2 Hidup Ku Kosong Kini, Ingin Rasanya Aku Membawa Diri, Tapi Kemana?? Amat Payah Untuk Ku Melangkah Pergi...

Malaikat Yang Bernama IBU

AArtikel ni aku copy dari sebuah forum, ntah forum apa aku pun udah lupa, aku post artikal ni kat sini sebab aku nak share dengan ramai orang Hopefully ramai yang boleh benefit dari sini. Maybe ramai yang dah pernah baca. Aku just nak share sekali lagi supaya kita tak lupa dengan amanah yang Allah bagi kat kita. Sesungguhnya tak semua orang yang dapat menjaga amanah Allah/Tuhan. Semoga kita dapat ingat kata2 ni time kita hilang sabar dengan anak-anak.

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan:

"Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab:
"Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi:
"Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?

"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: "IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang embesar...sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu...
SmileyCentral.com

TANGGAPAN PASAL CINTA

Dalam cinta sesama manusia ni, kita selalu menghadapi kesukaran untuk menang. Akan tetapi ketika cinta itu tulus, meskipun kalah, kita tetap menang hanya kerana kita bahagia dapat mencintai seseorang lebih dari kita mencintai diri kita sendiri. Harus kita ingat 1 hari nanti akan tiba saatnya di mana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita,
tapi kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih bahagia apabila kita melepaskannya pergi… Sebaliknya, apabila kita benar-benar mencintai seseorang, jangan lepaskan dia pergi, jangan percaya bahawa “melepaskan” selalu bererti kita benar-benar mencintai si dia. Berjuanglah demi cintamu, itulah cinta yang di namakan cinta sejati. Mungkin juga adalah lebih baik menanti orang yang benar-benar kita inginkan daripada berjalan bersama orang yang telah sedia ada di sisi kita. Dan kadangkala, orang yang kita cintai adalah orang yang paling menyakiti hati kita dan kadangkala teman yang sanggup menangis bersama kita adalah cinta yang tidak pernah kita sedari akan hadirnya..
SmileyCentral.com

SABAH FM

Hai semua, ni aku mahu kongsi sikit cerita ni, semalam aku duduk saturang kat dapur, dengar SABAH FM, salah sebuah radio RTM Yang terdapat di bandaraya Kota Kinbalau ni, herm... semalam, dalam around jam 1:15Am gitu la, tengah-tengah mencoret mencarik idea, aku layan la radio tempatan ni, eh ni cerita bukan pasal radio sebenarnya, tapi apa yang ku mau ceritakan ialah, semalam 2 orang DJ SABAH FM bawak topik,
yang mana dorang bagi topik and than mintak pendengar-pendengar bagi respon, yang mana topiknya ialah sekiranya terjadi sesuatu yang kita tidak sangka dan dalam kejadian tu cuma ada, anda, kekasih anda dan ibubapa anda, dalam situasi itu peluang hidup adalah amat sangat tipis, than tiba2 ada penyelamat datang, untuk menyelamatkan anda, akan tetapi ruang yang ada amat sangat terhad kerana hanya ada ruang untuk 2 orang sahaja lagi, di masa ini kita kena buat keputusan yang muktamad, tidak ada masa mau undur balik, jadi siapakah yang akan anda selamatkan? kenapa?

Jawapanku: Kalau aku, secara jujur la kan, aku akan selamatkan ibu bapa ku dahulu, Kenapa? sebab di masa aku kecik2 dulu, puas sudah ibubapa ku menyelamatkan aku dalam banyak macam situasi, pahit and getir dan inilah masanya untuk aku buktikan yang aku sangat dan amat sangat dan amat sangan menghargai jasa mereka yang tidak mungkin akan terbayar tu, bagaimana pula dengan kekasih? bah, kekasih ku adalah sejati, kami sudah berjanji sehidup semati, so kami akan berpegang tangan menuju ke syurga cinta kami di alam lain...

Haha.. ni actually soalan psykologi bah ni kan? how great !

AKU DAN HIDUPKU..

Aku hidup dalam dunia ku sendiri yang penuh khayalan, mimpi dan angan-angan, kerana aku ingin bebas dari segala-galanya, bagi aku biarlah hanya aku yang tahu, biarlah segala cerita ku coretkan disini untuk tatapan dan bacaan mereka yang sudi dan ingin memahami dan mengenai aku di sebalik sutera maya ini, kerana keikhlasan ku sering menjadi cerita, hinaan dan bahan ketawa orang lain, aku tak peduli apa tanggapan orang terhadap diriku, kerana bagiku menjadi diri endiri adalah lebih mulia daripada bertopeng, sebulat anak mata menceritakan kekurangan dan kelemahan hidup... walaupun sebenarnya kebahagiaan itu lahir dari senyuman, namaun dalam hati siapa yang tahu... kenapa dari dulu tak pernah ku cuba melepas semua beban ini? kenapa di saat ini perasaan itu muncul menodai usia remaja ku... ku tahu tak perlu la ku mencoret kan cerita ku disini, biarlah smua ni menjdai sekadar cerita hidu yang tiada kesudahan dan di mana kesudahannya birlah hanya aku tahu, mungkin setelah aku temui seorang Kekasih Tuhan" Mungkin juga aku akan terus mereka cerita dan derita kehidupan ku disini atau shingga ego ku di cabar dan bila tiba saatnya nanti...

Wanita Oh Wanita

Wanita yang cantik adalah wanita luar biasa tapi selalu ingin jadi wanita biasa

Bibir yang manis ialah bibir yang bagaikan mawar merah merkah di pagi hari.

Untuk memiliki bibir seindah itu, selalulah mengucapkan kata-kata manis yang boleh membuat orang lain senang hati.

Mata yang indah ialah mata yang bagaikan sepasang bintang kejora di langit sepi.

Untuk memiliki mata seperti itu, selalulah melihat perkara yang baik dalam diri orang lain.

Tubuh yang menawan ialah yang ramping dan langsing, cukup berisi dengan apa yang perlu.

Untuk memiliki tubuh seperti itu berilah makanan dan minumanmu kepada orang lain. Apa yang berlebih berikan kepada mereka yang kekurangan.

Rambut yang menawan ialah rambut yang bagaikan rumput di dalam telaga tenang.

Untuk memiliki rambut seperti itu biarkanlah seorang anak kecil menyentuh rambutmu dengan mesra, sekali sehari.

Gaya berjalan yang indah ialah langkah kaki dan gerak tangan yang berirama dengan sukma yang lepas bebas.

Untuk memilikinya, anggaplah dirimu selalu berjalan berdua-duaan sekalipun bersendirian.SmileyCentral.com

SUNYI, SEPI AKU SENDIRI

Pernahkah kau rasa ingin berbual-bual dengan orang yang amat kau senangi.Kau dengannya minum bersama-sama,hingar-bingar di sekeliling tidak kau pedulikan,kau duduk di tepi dinding kaca,di mana kau boleh melihat hujan atau cahaya matahari.Saujana mata memandang.Sambil bercerita apa sahaja.Pernahkah?

Pernahkah kau rasa ingin berjalan bersama-sama dengan orang yang amat kau senangi,bahu membahu.Kau bercerita sambil melihat langkah kaki yang seolah sama,sesekali melihat awan putih di atas sana.Ketawa bersama dengan gembiranya,terasa lapang di dada.Sambil bercerita apa sahaja.Pernahkah?

Pernahkah kau rasa ingin duduk di sebuah bangku kayu,bersama-sama dengan orang yang amat kau senangi.Kau bersandar sambil berpeluk tubuh,memandang jauh ke hadapan.Tetapi tiada apa yang dibicarakan.Dan kau tidak berasa sunyi,kerana ada dia yang sudi menemani.Pernahkah?

Pernahkah kau rasa ingin menghubungi orang yang amat kau senangi.Seolah percakapan-percakapan kau dengannya dapat melenyapkan rusuh di hati.Tetapi,ternyata kau lebih banyak diam dari bercakap.Dan kau tahu dalam sunyi yang mengisi waktu itu,dia masih di hujung sana,menemani.Pernahkah?

Pernahkah kau rasa satu perasaan yang sangat sunyi dan sepi?
Tiada yang lebih sunyi melainkan perasaan yang sedang kau rasai saat itu.
Pernahkah kau rasa kau bersendirian di dunia ini?
Seperti tiada siapa yang peduli tentang diri mu.

Kadang-kadang aku merasai perasaan itu.
Kadang-kadang aku suka akan perasaan itu.
Kadang-kadang aku rimas akan perasaan itu.
Sunyi.Sepi.Sendiri.

RINDU KAT SOMEONE

I really really really miss someone right now..

someone yang pernah jadi kawan baik aku

someone yang selalu tolong aku masa aku susah

someone yang selalu jadi tempat aku luahkan perasaan n ceritakan masalah aku

someone yang selalu sms aku tanya khabar

someone yang selalu temankan aku makan

someone yang betul-betul baik dengan aku

someone yang tak pernah langsung nak amik kesempatan kat aku

someone yang aku boleh berbicara tentang apa sahaja dengan dia

someone yang boleh aku bergurau senda

someone yang pernah aku lupakan

someone yang pernah aku abaikan perasaan dia

someone yang sekarang dah jadi bf orang…

huwaaaa... aku betul-betul rindukan dia sekarang. betul la cakap orang "kita tak akan sedar dengan apa yang kita punyai sehinggalah kita kehilangannya." sekarang ni baru aku terasa.

kalau dulu dialah peneman aku. teman aku makan. teman aku jalan. teman aku lepak-lepak. teman aku gelak. teman aku menangis. pendek kata dia lah segala-galanya.

tapi, sekarang. keadaan sudah berubah. teda lagi sms. teda lagi telefon-telefon. teda lagi gurau senda dia yang selalu jadi penghibur aku. teda lagi teman untuk aku berbual. arghhh… aku rindu dia.

namun…

aku tetap bersyukur. aku bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku pernah…

pernah ada teman yang boleh ketawa dan menangis sama-sama dengan aku. teman yang selalu ada waktu untuk aku. dan sekurang-kurangnya aku percaya teman sejati tu wujud.

cuma…

aku perlu sedar. keadaan dah berubah. sdah tak sama macam dulu lagi. dan aku perlu mengikut arus perubahan tu.

walau apapun…

untuk awak yang pernah jadi sahabat saya satu ketika dulu, saya ucapkan bebanyak terima kasih. terima kasih kerana memberikan saya kenangan indah yang takkan saya lupakan sampai bila-bila. kenangan yang akan sentiasa terpahat dalam kotak memori dan hati saya. dan awak akan selama-lamanya jadi sahabat saya di hati saya. terima kasih untuk awak yang bernama Elissa. dan walaupun awak tak pernah tau dan tak mungkin membaca blog saya ni, saya nak katakan di sini that " u’re the best friend and nice person that i ever meet "


Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Teringat disaat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Kawan vs. Cinta

Suatu hari CINTA & KAWAN berjalan di dalam sebuah kampung
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga
Kenapa??
Kerana CINTA itu buta
Lalu KAWAN pun ikut terjun di dalam telaga
Kenapa??



Kerana….KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!!
Didalam telaga CINTA hilang
Kenapa?
Kerana CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga,
Sukar dicari apatah lagi di dalam telaga yang gelap
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA
dan terus menunggu….

Kenapa??
Kerana…..KAWAN itu sejati dan akan kekal sebagai KAWAN yang setia

Moral of the story
Biarlah orang yang kita CINTA menjadi KAWAN baik kita.

Kenapa??
Sebab tak semua KAWAN sanggup berkorban demi kita
dan tak semua CINTA itu setia

Bukankah baik kalau kita boleh mendapat kedua-duanya sekali.
Oleh itu, berusalah untuk menjadikan CINTA sebagai KAWAN baik kita.

JODOH

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang
dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan
bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa
dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya,anda membina dosa seterusnya jambatan
ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlahdulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin
dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi- Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu
juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "



:: renung-renungkan dan selamat beramal ::

ORANG YANG SAYANG DENGAN KITA

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selalmat pagi’,’selamat hari minggu’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

** Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... kamu akan menyesal melakukannya! ]

10 SEBAB DILARANG PILIH SUAMI ORANG


1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!



2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

Takdir Ka Ni??

Today, Really2 bad day for me, sakit la hati, sakit yang amat sangat lagik tau, huh? kmarahan yang mendadak ni, even teda ribut taufan, sakit hati ooo.. ntah la, maw cakap pa lagik, tapi dont woory segalanya terkawal even without remote control by u, huh?..
nasib baik la ku ni orang yang cepat cool down ! thnx to god, ni la padahnya bila kita berharap dengan cinta orang yang tak pernah ikhlas cintakan kita, aku da sayang kat dia 100%, dia jugak warning kat aku "saya tidak mau kau hipokrit dengan saya, jujur jak saya tidak kisah" tidak kisah la sangat, huh? kenapa dari awal perkenalan dulu ko tak cakap benda ni? kenapa after dia go away dari aku baru ko mau cakap macam tu?? haiz ! SIGH ! Tak pa... myB ko mau balas dendam atas apa yang ku wat kat bestfriend ko tu kan, tapi apa lagi yang kau tak puas hati ngan aku ni, tak cukup ka aku dah mengaku segala2nya dan mintak maaf kat kamurang ni?? hermm, yala maafkan aku kerana membenci mu, aku tak bencik dirimu, cuma bencik pada sifatmu, kau biarkan aku bertepuk sebelah tngan, how sad! tak pa la, suma tu di tangan Tuhan, redha jak la, ku redha sendiri !

LUAHAN HATIKU

Heerm… Hidup Ni, Bukan Seindah Yang Kita Sangka… Orang Boleh Lihat Pada Senyuman Kita Yang Menawan Menusuk Kalbu Dan Mugnkin Membuat Mereka Bahagia Melihatnya…. Tapi, Teda Saturang Pun Yang Paham, Senyuman Yang Cuma Terukir Indah Di Wajah Bukan Melambangkan Maksud Hati, Tidak Sikit Pun Melambangkan Pa Sebenarnya Yang Tersirat Di Hati… Jauh Di Sudut Hati Betul2 Menyimpan Derita Yang Amat Pedih!! Jangan Kata Tidak Pada Pepatah "Orang Yang Happy Go Lucky Adalah Org Yang Paling Banyak Masalah" Tapi Katakan "Ya" Dengan Yakin..SmileyCentral.com

SEMALAM

Semalam duduk saturang kat beranda, jam di dinding udah menunjukan jam 2:02am, huh? mengintai ke langit mencarik bintang, akhirnya nampak juak kat bintang2 bergemerlapan bak purnama merindu, di samping nyanyian unggas yang mengilai, hehehe.... how sweet ! bulan pun begitu indah memancarkan sinarya, lagu cengkerik yang menderu, unggas yang memukau, bertuah aku jadi sabahan ! macam2 ada

MALAM YANG SEPI


Malam ni, malam yang sepi, tiada unggas, tiada cengkerik, tiada sahut gempita, hermmm... really2 rindu kat someone yang pernah ku sayang, time ni aku terasa betul2 mau peluk dia sambil pujuk hatinya yang telah terluka, huhuhu... hanya kerana ego ku, aku mencalar hati seorang insan yang tak berdosa lagi tak berdaya, time tu, prejudis, airmata dan radikal menjadi saksi perpisahan,
hubungan yang begitu syahdu akhirnya berakhir dengan tangisan yang sinis membadai gelora, aku tahu semua tu salah ku, ya aku sedar sumanya, i just create it! bertalu2 kemaafan ku lontrakan padamu, namun sebarang kenaafan masih lagi belum terpapar di sayunya wajahmu, adakah engkau begitu membenci diriku?? how sad ! aku memang layak untuk di benci, tak pa... aku faham jugak ! at least aku dah mintak maaf kat kau, n hope, kau maafkan la erk? herm... i just hope tat b come true !