I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

SUNYI, SEPI AKU SENDIRI

Pernahkah kau rasa ingin berbual-bual dengan orang yang amat kau senangi.Kau dengannya minum bersama-sama,hingar-bingar di sekeliling tidak kau pedulikan,kau duduk di tepi dinding kaca,di mana kau boleh melihat hujan atau cahaya matahari.Saujana mata memandang.Sambil bercerita apa sahaja.Pernahkah?

Pernahkah kau rasa ingin berjalan bersama-sama dengan orang yang amat kau senangi,bahu membahu.Kau bercerita sambil melihat langkah kaki yang seolah sama,sesekali melihat awan putih di atas sana.Ketawa bersama dengan gembiranya,terasa lapang di dada.Sambil bercerita apa sahaja.Pernahkah?

Pernahkah kau rasa ingin duduk di sebuah bangku kayu,bersama-sama dengan orang yang amat kau senangi.Kau bersandar sambil berpeluk tubuh,memandang jauh ke hadapan.Tetapi tiada apa yang dibicarakan.Dan kau tidak berasa sunyi,kerana ada dia yang sudi menemani.Pernahkah?

Pernahkah kau rasa ingin menghubungi orang yang amat kau senangi.Seolah percakapan-percakapan kau dengannya dapat melenyapkan rusuh di hati.Tetapi,ternyata kau lebih banyak diam dari bercakap.Dan kau tahu dalam sunyi yang mengisi waktu itu,dia masih di hujung sana,menemani.Pernahkah?

Pernahkah kau rasa satu perasaan yang sangat sunyi dan sepi?
Tiada yang lebih sunyi melainkan perasaan yang sedang kau rasai saat itu.
Pernahkah kau rasa kau bersendirian di dunia ini?
Seperti tiada siapa yang peduli tentang diri mu.

Kadang-kadang aku merasai perasaan itu.
Kadang-kadang aku suka akan perasaan itu.
Kadang-kadang aku rimas akan perasaan itu.
Sunyi.Sepi.Sendiri.

0 comments:

Post a Comment

KERATAN NOTIS

1. Sila Komen Dalam Bahasa Melayu / Ingelish Yang Mudah Difahami

2. Tinggalkan Alamat Blog / Email Jika Perlu

SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. PEMILIK AJTR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA DI AJTR INI.