I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

SEBENARNYA CINTA

Cinta kita perlu peralatkan untuk membentuk diri kita jadi bersemangat sentiasa. Siapa lagi yang boleh mendorong diri kita, jika bukan kita sendiri. Hanya kita yang berkuasa atas diri kita sepenuhnya.

Untuk itu, jadikanlah cinta sebagai booster motivasi diri kita. Tiap kali bangun pagi, biar rasa cinta membuak-buak membuat kita bingkas bangun tanpa perlu bekhayal seminit dua. Cinta membuat emosi kita jadi ampuh, kuat dan perkasa. Lantas, tatkala menghadapi situasi mencabar atau situasi menekan, ia bagaikan satu perkara kecil, bahkan boleh kita atasi dengan penuh bijaksana.

Untuk sentiasa bersemangat, aspek dalaman diri kita perlu dipenuhi dulu. Dalam diri kita, wujud aspek rohani dan emosi. Tangki rohani dan emosi ni kena penuh selalu supaya kita boleh perform on the best dalam apa jua yang kita lakukan.

Ada orang rohaninya terjaga, penuh berisi tapi emosinya kurang. Dia kurang kebahagiaan, kurang keseronokan. Kesannya, dia jadi tertekan dan cepat rasa tertekan tanpa semena-mena. Lalu tekanan itu dilepaskan pada kengkawan dan rakan-rakan sepejabatnya.

Ada orang emosinya terjaga tapi rohaninya kurang. Hidupnya terasa kosong bahkan kurang merasakan ketenangan. Walaupun hakikatnya dia berjaya dalam kerjaya atau perniagaan, dia masih tercari-cari apa yang dia mahukan sebenarnya dan apa yang dia mahu lakukan seterusnya.

Perasaan itu mengheretnya ke lembah 'kekosongan' yang bersarang di dalam hati. Kesannya, dia akan suka termenung. Jika dia, dia resah, gelisah dalam bergembira. Orang camni memang ada.

Ada orang rohaninya terjaga, emosinya dijaga sama. Dia beribadah, dalam masa yang sama menganggap cinta itu juga satu ibadah yang mesti dipenuhi, dikerjakan sebaik mungkin. Orang sebegini adalah mereka yang menjaga sembahyang dan menjaga keharmonian rumah tangga.

Selain itu, dia juga menjaga semua perkara dan perbuatannya. Jika dia bekerja, dia kerja sebaik mungkin. Jika dia berniaga, dia berniaga sebaik mungkin. Sebab, semua tu adalah ibadah bagi dirinya. Dia mahu mendapat ganjaran pahala dlam setiap apa yang dilakukan olehnya.SmileyCentral.com

0 comments:

Post a Comment

KERATAN NOTIS

1. Sila Komen Dalam Bahasa Melayu / Ingelish Yang Mudah Difahami

2. Tinggalkan Alamat Blog / Email Jika Perlu

SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. PEMILIK AJTR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA DI AJTR INI.