I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

SUKU KAUM BANJAR DI SABAH

Suku Kaum Banjar berasal dari daerah Banjar Masin di Kepulauan Kalimantan Indonesia. Tradisi Banjar serta adat istiadatnya telah mengalami proses asimilasi daripada Jawa dan Dayak. Justera itu, tidak hairanlah sekiranya berlaku pertembungan adat tradisional ketiga-tiga kaum tersebut.Suku Banjar yang tinggal di Sumatera dan Malaysia merupakan anak cucu dari para penghijrah etnik Banjar yang datang dalam tiga gelombang migrasi besar.Pertama, pada...

SUKU KAUM KADAZAN DI SABAH

Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah dan berasal daripada Indo-China[perlu rujukan]. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.Kumpulan...

SUKU KAUM IDAAN DI SABAH

Idaan adalah satu etnik yang terdapat di Sabah, menetap terutamanya disekitar daerah Lahad Datu di persisiran timur Sabah, Malaysia. Populasi semasa dianggarkan sekitar 6,000 (1987 est), tetapi terdapat bukti mereka pernah menduduki kawasan lebih luas sepanjang persisiran timur Sabah berbanding masa kini. Selama beberapa abad, mereka memiliki hak esklusif bagi mengumpulkan sarang burung layang-layang di dalam gua batu kapur kawasan tersebut, terutamanya...

SUKU KAUM BUGIS DI SABAH

Orang Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi di Indonesia, dan kini dengan populasi seramai tiga juta, mendiami hampir kesemua kawasan di Sulawesi Selatan. Penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di Sumatra, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia dan Sabah,SarawakEtnik Bugis cukup terkenal di dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan di dalam bidang ekonomi....

EARTH HOUR 2010

Kempen padamkan lampu, Earth Hour akan kembali lagi serentak di seluruh dunia, tidak terkecuali Malaysia jam 8.30 malam, esok.Walaupun hanya sejam, usaha Tabung Alam Sedunia (WWF) menjadikan Sydney sebagai bandar raya perintis tiga tahun lalu mendapat maklum balas memberangsangkan hingga menjadi ikutan negara lain.Di negara ini, Tenaga Nasional Bhd (TNB) juga mengumumkan penggunaan tenaga elektrik jatuh 550 megawatt (mw) bersamaan 14 juta mentol...

SUKU KAUM BAJAU DI SABAH

Lazimnya, apabila disebut Bajau, kita segera terbayang bahawa ia adalah suku bangsa yang mendiami kepulauan Filipina Selatan serta penduduk pribumi Sabah.Sebenarnya Bajau bukan sekadar wujud di dua wilayah tersebut. Sebaliknya bangsa Bajau adalah antara penduduk asal Nusantara – dari kepulauan Belau (PALAU) di sebelah Timur hingga ke Sumatera di sebelah Barat dan dari Gugusan Kepulauan Irian di sebelah Selatan hingga ke Kemboja dan Myanmar (Burma)...

AMALAN SELEPAS KENCING

Amalan dibawah ini janganlah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah.Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu.Lalu disuruh...

SUKU KAUM BISAYA (VISAYA) DI SABAH

Bukti pelanunan sebagai agen "pembawa" kaum pagan ke Borneo dapat kita lihat dengan kewujudan Kaum Bisaya (Visaya dari kepulauan Filipina) di sebahagian kawasan di Sabah. Kaum Iranun dan Bajau Balangingi menangkap beratus-ratus kaum Visaya di sekitar perairan yang dikuasai Spanyol lalu dijual ke tanah Bugis, juga dijual kepada Pangeran Brunei dan para Datu-Datu Diraja Sulu di sekitar pantai barat Sabah. Kaum Bisaya yang merdeka dan erat perhubungannya...

SUKU KAUM SUNGAI (ORANG SUNGAI) DI SABAH

Suku kaum Orang Sungai ini merupakan Pribumi Sabah yang ramai terdapat di Pantai Timur Sabah. Tetapi banyak orang tidak mengetahuinya kerana kurangnya pendedahan di media cetak/internet. Orang Sungai ini merupakan satu suku/etnik yang paling banyak didapati di kawasan Sandakan, Beluran, Paitan, Kinabatangan (Bukit Garam, Sukau, Suan Lamba, Bilit, hingga ke Paris Satu), Kuamut, Segaliud, Ranau (Sugut), Labuk (Telupid), Segama & Sepagaya (Lahad...

SUKU KAUM RUNGUS DI SABAH

Suku Kaum Rungus yang lebih dikenali sebagai Momogun Rungus ini tertumpu di kawasan Kudat. Mereka mendiami bahagian selatan Bahagian Kudat dan wilayah tengah Melabong, Kudat, Sabah. Kudat berkhidmat sebagai pusat pentadbiran untuk bahagian Kudat, yang termasuk bandar-bandar Kudat, Pitas, Kota Marudu, dan beberapa pulau luar pesisir.Bahagian Kudat mempunyai tiga daerah iaitu Kudat, Pitas dan Kota Marudu. Jumlah penduduk Daerah Kudat pada tahun 2000...

PERAYAAN HARI GAWAI

Setelah selesai bercuti selama genap seminggu, aku kini kembali memecah atmosfera, aisehmen.. bahbah, kembali dengan tajuk di atas tu PERAYAAN HARI GAWAI artikel ni request dari seorang Hamba Allah tu, student USJ ak pun x tau pa USJ ni kalau PTPL ak tau lah, hehe.. okey we're go..Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum bumiputera Sarawak, terutamanya Iban dan Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menuai dan mula disambut secara...

STOP BLOGGING

Guys,Sempena cuti semester yang hanya 1 minggu, maka, aku dengan bangganyya akan stop for a moments berkongsi cerita, info, motivasi dan macam-macam lagi dengan kamu semua pembaca setia saya..Saya akan kembali berkongsi artikel berguna dengan kamu semua setelah saya balik semula ke kampus pada (belum comfirm lagi).Di Kampung nanti, aku akan rindu dengan AJTR aku ni, di kampung nanti, aku akan sibuk dengan urusan-urusan peribadi (nama pun cuti).Untuk...

SELESAI SEMESTER LIMA

Alhamdulillah, Today, completed already my 5th semester di Kolej PTPL Sabah by spending my final test paper "Basic computer architecture" Killer paper to persons macam ak, hehe..Tomorrow, is which days i wait , tomorrow I go back Kampung, draws near day want back to kampung, increasingly my misses with mother.. hehe.. patient yeah mother.. :)Alhamdulillah aku already finished in 5th semester in year 2010 with subject- BASIC MULTIMEDIA- BASIC COMPUTER...

SUKU KAUM DUSUN DI SABAH

Menurut sumber akademik, terdapat 2 teori mengenai asal usul kaum Dusun di Sabah. Pertama, kaum Dusun dipercayai berasal dari rumpun Indo-Malayan dari Selatan China ke negara-negara di Asia Tenggara. Dalam kajian mereka, saintis sosial dan ahli sejarah mengambil kira aspek fizikal, bahasa pertuturan, kumpulan darah dan bahan kesenian yang dicipta oleh masyarakat Kadazan-Dusun. Teori yang kedua, asal-usul dikaitkan dengan penghijrahan orang Mongol,...

SUKU KAUM MURUT DI SABAH

Sabah juga dikenali dengan nama Negeri Di Bawah Bayu. Sabah adalah negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara kepulauan Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 73,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut China Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan. Sabah adalah satu kawasan berbukit bukau dan merupakan sebuah...

BUDAYA MASYARAKAT MELAYU DI TAWAU

Seperti juga masyarakat Melayu di lain-lain tempat seperti di Brunei, di Sarawak. di Singapura ataupun di Semenanjung Malaysia, masyarakat Melayu Tawau mengamalkan adat dan budaya Melayu. Orang-orang Melayu Tawau hidup selama ratusan tahun dengan mengekalkan adat dan budaya Melayu mereka yang berteraskan agama Islam.Keunikan masyarakat Melayu di Tawau ini ialah mereka sebenarnya terdiri daripada pelbagai rumpun Melayu seperti Melayu Suluk, Melayu...

SEJARAH MASYARAKAT TIDUNG DI TAWAU

Masyarakat suku kaum Melayu Tidung di Tawau adalah penduduk asal di Tawau. Penempatan asal ialah di kawasan yang kini dikenali sebagai Tawau lama iaitu di sekitar hilir dan Kuala Sungai Tawau. Nama Tawau sendiri adalah mendapat nama dari bahasa Tidung asli iaitu 'Tawai' yang bermaksud 'mata pancing'. Ini adalah kerana rata-rata penduduk asal tempatan di kawasan yang dikenali Tawau Lama ini adalah golongan nelayan. Ramai di kalangan masyarakat Melayu...

SUKU KAUM TIDUNG TAWAU

Suku kaum Tidung adalah suku kaum rumpun Melayu yang banyak terdapat di bahagian tenggara Sabah iaitu sekitar daerah Tawau dan Sebatik. Antara suku kaum Melayu Tidung begitu dikenali di Tawau ialah Tidung Apas, Tidung Indrasabah, Tidung Membalua, Tidung Merotai (Kampung Aku) dan Tidung Kalabakan. Terdapat juga ramai suku kaum Tidung di beberapa kawasan di Sandakan seperti di Beluran. Selain itu, suku kaum Tidung juga boleh di dapati di beberapa tempat...

BELAJAR BAHASA TAWAU

Semua masyarakat Melayu di Tawau bertutur dalam bahasa Melayu loghat tempatan. Walaupun ada persamaan yang ketara dengan bahasa Melayu yang dipertuturkan di tempat-tempat lain namun terdapat juga sedikit perbezaan. Contohnya sebutannya adalah lebih kepada sebutan Baku. Misalnya sebutan 'kitaa' 'kamii' dan 'kauu'. Terdapat juga setengah perkataan tertentu yang disebut dengan penambahan bunyi untuk menguatkan perkataan tersebut. Misalnya sebutan 'bapak'...

KAUM-KAUM DI MALAYSIA

Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban.Orang MelayuPakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat..Makanan :...

KAUM BUMIPUTRA MALAYSIA

Salam semua, Senarai ni aku ambil dari wikipedia, so bangsa Malaysia sekalian. Hentikanlah perbalahan dan sengketa kita, aku rasa kita jadi macam ni pun disebabkan oleh orang-orang tertentu yang inginkan kuasa. Mereka ni sanggup buat apa saja, asalkan matlamat mereka tertunai, walaupun terpaksa menggadai negara, agama, dan bangsanya. Renung-renungkanlah.Bumiputera Semenanjung Malaysia ;- * Suku Johor * Suku Kedah * Suku Kelantan * Suku Orang Laut...