I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

SUKU KAUM MURUT DI SABAH




Sabah juga dikenali dengan nama Negeri Di Bawah Bayu. Sabah adalah negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara kepulauan Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 73,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut China Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan. Sabah adalah satu kawasan berbukit bukau dan merupakan sebuah negeri yang unik dan terkenal dengan kepelbagaian kebudayaan suku kaumnya. Menurut Agnes Keith (1981), gelaran Negeri di Bawah Bayu bukan merujuk kepada negeri Sabah sahaja tetapi juga merujuk kepada kawasan di Selatan Sulu. Terdapat kira-kira 2.5 juta penduduk Sabah merangkumi lebih daripada 30 suku kaum dan terdapat sebanyak 80 dialek bahasa yang digunakan. Sabah terdiri daripada 6 daerah pentadbiran yang dipanggil "Residensi" iaitu Kudat, Pantai Barat-Utara dan Selatan, Pedalaman, Sandakan dan Tawau. Bandar-bandar utama di Negeri Sabah adalah Kota Kinabalu (ibu negeri), Sandakan dan Tawau.

Penduduk Sabah terdiri daripada kaum Kadazan atau Dusun, Bajau, Murut, Kelabit, Rungus, Kedayan, Brunei, Lundayeh, Rungus,Iranun, Ida’an, dan lain-lain. Ciri-ciri kebudayaan negeri Sabah amat unik kerana kepelbagaian suku kaum. Tiga suku kaum utama di Sabah iaitu masyarakat Kadazan-Dusun, Bajau dan Murut. Kumpulan etnik yang utama adalah Kadazandusun, Murut, dan Bajau. Dengan itu, Sabah adalah kaya dengan penduduk berbagai-bagai kaum dengan latarbelakang kebudayaan masing-masing.

Menurut Suzannah Mohamad (2008), suku kaum Kadazan-Dusun yang merupakan kaum terbesar di Sabah iaitu mewakili satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah dan majoritinya tinggal di Pantai Barat. Suku kaum yang tergolong dalam suku Kadazan-Dusun ialah Rungus, Lotud, Tambonuo, Kimaragang, Sanayo, Minakok dan Tenggera. Suku kaum Bajau merupakan suku kaum kedua terbesar di Negeri Sabah. Suku kaum Bajau terbahagi kepada dua iaitu Bajau Pantai Barat dan Bajau Pantai Timur.

Seterusnya suku kaum ketiga terbesar ialah suku kaum Murut yang tinggal di Selatan Pantai Barat. Perkataan ‘Murut’ merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di Pedalaman Sabah. Murut terdapat di beberapa kawasan seperti Keningau, Tenom, Pensiangan, Sipitang, Kalabakan dan Kinabatangan. Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan,dan Murut Serundung. sebanyak 2.9% daripada penduduk di Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang. Suku kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan sempadan Kalimantan. Kaum Murut mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum Murut yang lain. Ini disebabkan faktor geografi sebagai penghalang dalam komunikasi bahasa mereka. Dimana kaum Murut mewakili

Secara uniknya, kaum Murut tinggal di rumah panjang yang berhampiran dengan kawasan sungai atau membuat penempatan sepanjang sungai. Mereka tinggal di dalam rumah panjang yang menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Tetapi terdapat juga kaum Murut yang tinggal dan membina penempatan secara individu di sepanjang sungai. Suku kaum Murut pakar dalam membuat perahu dan menurunkan kepakaran mereka kepada generasi seterusnya. Selain itu kaum Murut pakar dalam berburu dan masih mengamalkan tradisi bertatu seperti kaum Iban di Sarawak tetapi tradisi ini semakin kurang di lakukan oleh generasi muda suku kaum ini.

Terdapat adat istiadat kaum Murut yang masih kekal sehingga kini iaitu adat istiadat semasa upacara perkahwinan. Upacara perkahwinan orang Murut terutamanya Murut Tahol atau Tagal adalah sangat unik kerana upacara perkahwinan yang diamalkan penuh dengan adat dan berlangsung di rumah panjang dalam masa yang lama. Adat seperti tina’uh atau Bului dan ‘barian sampai mati’ masih diamalkan hingga kini. Adat ‘tina’uh’ adalah adat yang paling tertinggi dalam adat istiadat perkahwinan kaum Murut Tahol atau Tagal. Adat tina’uh adalah adat hantaran mas kahwin atau barangan perkahwinan yang terakhir oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Adat Tina’uh ini boleh dilakukan selepas 20 atau 30 tahun selepas perkahwinan mereka. Adat ini boleh juga dilakukan semasa perkahwinan berlangsung dan mengikut kemahuan serta kemampuan pihak pengantin lelaki. Semasa membuat adat tina’uh terdapat beberapa upacara yang perlu dilakukan. Adat ‘barian sampai mati’ juga adalah adat kaum Murut yang sangat unik dan menjadi adat turun-temurun dalam perkahwinan.


Kaum Murut juga menyambut perayaan seperti Hari Raya, Hari Krismas, Tahun Baru, Majlis harijadi, pengembumian dan Pesta Kalimaran dan lain-lain. Pesta Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum kadazan-Dusun yang menyambut pesta Kaamatan. Ia di sambut selepas mereka menuai padi. Kaum Murut masa kini, telah mengalami proses kemodenan dan ramai yang berkerja sebagai kakitangan kerajaan dan bukan kerajaan. Mereka juga tinggal di bandar-bandar besar dan mempunyai pekerjaan profsional. Namun demikian, Kaum Murut ini masih lagi mengamalkan adat istiadat yang diamalkan oleh nenek moyang mereka sebagai adat turun temurun yang mempunyai nilai estet
tika tinggi dalam kehidupan.



SUMBER: SINI



ADD MY FACEBOOK

BUDAYA MASYARAKAT MELAYU DI TAWAU



Seperti juga masyarakat Melayu di lain-lain tempat seperti di Brunei, di Sarawak. di Singapura ataupun di Semenanjung Malaysia, masyarakat Melayu Tawau mengamalkan adat dan budaya Melayu. Orang-orang Melayu Tawau hidup selama ratusan tahun dengan mengekalkan adat dan budaya Melayu mereka yang berteraskan agama Islam.

Keunikan masyarakat Melayu di Tawau ini ialah mereka sebenarnya terdiri daripada pelbagai rumpun Melayu seperti Melayu Suluk, Melayu Arab, Melayu Jawa, Melayu Tidung, Melayu Banjar, Melayu Brunei, Melayu Bulungan dan berbagai lagi rumpun Melayu seperti Melayu Boyan dan Melayu Aceh termasuk juga Cina muslim dan Iban muslim. Namun mereka telah hidup bersama di dalam satu adat dan budaya yang sama selama ratusan tahun. Lebih-lebih lagi dengan berlakunya perkahwinan campur di antara mereka. Setelah hidup bersama selama ratusan tahun inilah yang mewujudkan sebuah bangsa baru iaitu masyarakat Melayu Tawau yang wujud dengan adat dan budaya yang tersendiri. Sama seperti wujudnya bangsa manusia dimana bermula dengan Adam dan Hawa dan kini wujud dan bersatu dalam satu bangsa sahaja iaitu bangssa Melayu Tawau. Inilah yang difahami oleh orang-orang Melayu Tawau dan mereka telah membuktikannya dengan menubuhkan PKMT iaitu PERSATUAN KEBANGSAAN MELAYU TAWAU pada 1945.

Namun ini tidak akan berlaku sekiranya sesebuah masyarakat itu wujud di dalam kelompok atau kumpulan mereka sendiri. Mereka akan kekal sebagai suku kaum mereka sendiri dan hidup dalam adat dan budaya mereka sahaja. Misalnya masyarakat Bajau di Semporna, masyarakat Tidung di Kalabakan dan Tidung di Indonesia serta masyarakat Bugis Indonesia yang terlalu ramai di Sabah. Tiadanya perkahwinan campur akan menjurangkan lagi perhubungan di antara kaum walaupun di sebalik itu, ia dapat mengekalkan identiti sesebuah kelompok kaum atau kesukuan.

Oleh kerana agama Islam menjadi tunjang kepada kehidupan masyarakat Melayu Tawau, banyak aktiviti keagamaan menjadi amalan dan tradisi di sini. Misalnya aktiviti kenduri tahlil atau di sini dikenali sebagai 'Kenduri Arwah' yang diadakan pada penghujung bulan Syaaban iaitu sebelum tibanya bulan Ramadhan. Selain itu, di sini juga diadakan amalan 'Bergunting Rambut' iaitu untuk meraikan kelahiran bayi dalam sesebuah keluarga. Ketika majlis ini berlangsung adalah kemestiannya ialah diadakan Bacaan Berzanji dan kemudian Bacaan Selawat secara berdiri dan setiap tetamu digalakkan untuk menggunting sedikit rambut bayi yang diraikan. setiap tetamu juga akan diberikan 'Bunga Telur' sebagai hadiah untuk dibawa pulang.

Bagi adat perkahwinan masyarakat Melayu Tawau, ianya sama seperti masyarakat Melayu yang lain iaitu dimulakan dengan adat merisik, meminang, bertunang, akad nikah dan bersanding. Namun di Tawau, adat membuat hantaran kahwin dikenali sebagai 'Adat Menghantar Jujuran'. ketika majlis persandingan pula, pihak lelaki akan diarak beramai-ramai dengan perarakan yang dibawa bersama 'bunga manggar' dan paluan kompang ke rumah pihak perempuan untuk acara majlis persandingan. Pihak lelaki juga akan ditabur degan 'beras kunyit' ketika sampai di rumah pihak perempuan.

Pakaian Tradisi orang-orang Melayu juga sama seperti Melayu di Brunei dan di Sarawak iaitu pakaian Melayu ( cekak Musang atau Teluk Belanga ), bersamping dan bersongkok manakala wanitanya pula berbaju kurung atau kebaya. Di sini , wanita juga memakai kain songket Arab dan memakai kain batik Jawa kerana budaya Arab dan budaya Jawa juga sedikit mempengaruhi budaya masyarakat Melayu di sini sejak ratusan tahun. Di sini, lelakinya juga biasa berkain pelikat atau kain sarung dan 'Berbaju Selangor' iaitu nama panggilan melayu Tawau kepada Baju Melayu.

Makanan tradisi di Tawau juga ada persamaan dan ada juga kelainannya. orang-orang Melayu Tawau begitu menggemari 'nasi kuning' atau nasi kunyit yang dimakan bersama ikan sambal dan serunding kelapa ketika sarapan pagi. Masakan lauk pauk dan gulainya pula mungkin dipengaruhi dari Arab dan India seperti ikan dan ayam yang dimasak gulai masak putih, gulai masak kurma dan gulai masak kari. Selain itu, makanan kampung yang agak popular di kalangan masyarakat tempatan seperti gulai rebung, nangka atau jantung pisang masak lemak, gulai nenas masak paceri, kerabu urap pucuk ubi, kerapu pucuk paku dan ikan sembilang asam pedas. Makanan kudapan tradisional yang digemari pula ialah keropok belinju, keropok tempeyek, cendol dan bubur kacang hijau bersagu. Selain itu, makanan Jawa, makanan Banjar dan makanan melayu lain seperti gado-gado atau pecal, soto dan sate juga amat popular di sini. Kuih-muihnya pula ialah kuih baulu, kuih penyaram, kuih dodol, kuih wajik, kuih terang bulan, kuih karipap, kuih apam, kuih talam dan kuih onde-onde.



ADD MY FACEBOOK

SEJARAH MASYARAKAT TIDUNG DI TAWAU



Masyarakat suku kaum Melayu Tidung di Tawau adalah penduduk asal di Tawau. Penempatan asal ialah di kawasan yang kini dikenali sebagai Tawau lama iaitu di sekitar hilir dan Kuala Sungai Tawau. Nama Tawau sendiri adalah mendapat nama dari bahasa Tidung asli iaitu 'Tawai' yang bermaksud 'mata pancing'. Ini adalah kerana rata-rata penduduk asal tempatan di kawasan yang dikenali Tawau Lama ini adalah golongan nelayan. Ramai di kalangan masyarakat Melayu Tidung memiliki perahu yang dipanggil perahu Kajang. Selain itu, ada di kalangan masyarakat Melayu Tidung yang mengusahakan penangkapan secara kelong seperti di Kuala Sungai Imam dan Kuala Sungai Merotai.

Mengikut sejarahnya dahulu, kawasan penempatan Tidung di Tawau adalah di bawah kekuasaan Kesultanan Melayu Sulu. Di bawah pemerintahan kesultanan Sulu inilah yang membawa kepada penyebaran agama islam di kalangan masyarakat Melayu Tidong dimana penyampaian dakwah Islamiah ini disampaikan oleh pendakwah dan ulamak dari negara Arab. Buktinya kini pengaruh Arab begitu kuat dalam adat resam dan kebudayaan masyarakat Melayu Tidong. Dalam masyarakat Melayu Tidung, tarian zapin atau zipin serta alat muzik seperti gambus dan kompang yang berasal dari budaya Arab sudah lama digunakan sejak turun temurun. Di Tawau ini juga terdapat masyarakat Melayu keturunan Arab dan Habib yang merupakan golongan pendakwah Islam terdahulu yang telah menetap di sini dan berkahwin dengan masyarakat tempatan.



SUMBER: wikipedia



ADD MY FACEBOOK

SUKU KAUM TIDUNG TAWAU



Suku kaum Tidung adalah suku kaum rumpun Melayu yang banyak terdapat di bahagian tenggara Sabah iaitu sekitar daerah Tawau dan Sebatik. Antara suku kaum Melayu Tidung begitu dikenali di Tawau ialah Tidung Apas, Tidung Indrasabah, Tidung Membalua, Tidung Merotai (Kampung Aku) dan Tidung Kalabakan. Terdapat juga ramai suku kaum Tidung di beberapa kawasan di Sandakan seperti di Beluran. Selain itu, suku kaum Tidung juga boleh di dapati di beberapa tempat di Indonesia.

Masyarakat suku kaum Tidung di Indonesia yang agak dikenali ialah Tidung Tarakan, Tidung Sembakung, Tidung Sesayap dan Tidung Malinau. Jika dilihat secara geografinya, masyarakat Tidung ini menduduki kawasan memanjang bermula di Beluran Sandakan hingga ke Tawau (Apas, Merotai dan Kalabakan) dan seterusnya di Tarakan, Sesayap, Sembakung dan Malinau di Indonesia. Mengikut sejarah, pernah wujud sebuah kerajaan Tidung di Tarakan pada kurun ke 16 yang dikenali sebagai Kerajaan Tenggara.


SUMBER: wikipedia



ADD MY FACEBOOK

BELAJAR BAHASA TAWAU



Semua masyarakat Melayu di Tawau bertutur dalam bahasa Melayu loghat tempatan. Walaupun ada persamaan yang ketara dengan bahasa Melayu yang dipertuturkan di tempat-tempat lain namun terdapat juga sedikit perbezaan. Contohnya sebutannya adalah lebih kepada sebutan Baku. Misalnya sebutan 'kitaa' 'kamii' dan 'kauu'. Terdapat juga setengah perkataan tertentu yang disebut dengan penambahan bunyi untuk menguatkan perkataan tersebut. Misalnya sebutan 'bapak' dan 'tigak'. Manakala perkataan lain yang tidak sama seperti bahasa Melayu lain pula ialah seperti 'ndak' yang bermaksud 'tidak' dan 'mamak' yang membawa maksud 'ibu' atau 'emak'. Dan sama seperti semua orang Sabah yang bertutur dalam bahasa Melayu selalunya di hujung atau di tengah ayat pertuturan biasanya akan ditambah dengan perkataan 'ba'. Misalnya 'mau kemana ba' , 'siapa ba namamu' atau 'manala ba aku tahu'.

Loghat Tawau adalah corak pertuturan bagi penduduk-penduduk di daerah Tawau, Sabah yang sering berevolusi. Ia juga kadang kala dipanggil sebagai Cakap Tawau atau Slang Tawau. Loghat Tawau merupakan campuran banyak bahasa antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, Bahasa Cina, Bahasa Bumiputra malahan Bahasa Inglish.

Senarai kata-kata ekspresi

* wei, ui atau ai

Digunakan ketika terkejut, marah, hairan ataupun kagum. Contoh penggunaannya: "Wei na, besar jugak bajumu tu!".

* astaga atau ya ampun

Digunakan apabila merasa terkejut ataupun kecewa.

* be

Satu ekspresi unik dalam loghat Tawau yang menunjukkan kekaguman, curiga atau tidak yakin.

Contoh penggunaan untuk ketidak yakinan: "Be, betulka jugak cakap mu tu?"

Tegur sapa

Tegur sapa yang dimaksudkan adalah perinteraksian seperti menyapa, mengucap selamat tinggal, menegur dan sebagainya.


Senarai tegur sapa

* oi
Satu bentuk sapaan seperti hello atau hai yang merupakan bentuk tidak formal. Boleh juga digunakan untuk menegur kelakuan seseorang, tetapi digunakan dengan nada yang lebih nyaring atau marah.

* ayok
Ayok di sini membawa maksud selamat tinggal. Ia adalah satu bentuk yang lebih sopan untuk mengucap selamat tinggal.

* wei
Menegur pihak kedua yang tidak sedar akan kehadiran pihak pertama.


Senarai perkataan yang berbeza dengan bahasa Melayu baku

* nda - tidak
* ayok / ayuk - jom, mari
* kompek - beg plastik
* kumpau, boro - sombong
* betrep - berlagak
* smat - baik, segak, bagus
* ngam - sesuai, tepat, betul
* bachat - tertekan, sakit hati
* concang - berkongsi
* piring - pinggan
* sendok - sudu, senduk
* sudip - senduk untuk menggoreng
* sumpak, kibak - merujuk kepada potongan rambut yang tidak rata.
* kasi - bagi, beri
* mengasi - memberi, mebuatkan
* tapok - sembunyi
* bebeng - air liur basi
* tok sah - tak payah
* ndak da - tidak ada
* hambur - berselerak, tidak teratur, tidak bertepatan.
* jelek - hodoh, buruk
* temberang - sombong (berbeza dengan maksud sebenar dalam bahasa melayu iaitu cakap besar)
* kilik , sot - otak tidak betul
* sembarang - apa-apa sahaja, secara rawak
* lanjik - merujuk kepada perempuan yang gedik
* kakus - tandas
* odol - ubat gigi
* ember - baldi
* getek - merujuk kepada lelaki atau perempuan gatal/sundal.
* bikin - buat
* pegal - tekanan, sakit hati

Evolusi perkataan

Penduduk Tawau sering menyingkatkan perkataan-perkataan untuk perbualan yang lebih cepat. Pelbagai kata telah disingkatkan. Penyingkatan kata sering dimulakan oleh golongan remaja atau lebih tepat lagi pelajar-pelajar di Tawau.


Beberapa Contoh kata-kata atau frasa-frasa yang berevolusi

* ndak kepada dak
* ndak usah kepada dok sah
* tengok kepada nengok
* pigi kepada p





ADD MY FACEBOOK

KAUM-KAUM DI MALAYSIA



Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban.


Orang Melayu

Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat..
Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak..
Permainan : congkak, gasing, wau..
Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus..
Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji
Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian piring, tarian lilin..
Kepercayaan : Agama Islam
Bahasa : Bahasa Melayu

Orang Cina

Pakaian : Cheongsam, Sam Fu..
Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien..
Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum.
Permainan : catur cina
Alat muzik : gitar bulan, dram,
Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan
Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung..
Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian
Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew..


Orang India

Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..
Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,
Permainan : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei..
Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya
Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam
Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam
Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam


Baba dan Nyonya

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka.

Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi rakyat British dan berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, [1] dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba".


Terdapat banyk suku di Malaysia. Antaranya:-


Suku Bajau

Suku kaum Bajau banyak terdapat di negeri Sabah. Suku kaum Bajau adalah antara penduduk asal kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya, atau sejak kewujudan bangsa Melayu di Nusantara kerana suku kaum Bajau adalah serpihan Melayu gelombang kedua yang datang ke Nusantara. Suku kaum Bajau mendiami kawasan pesisir pantai dari Tawau hingga ke Labuan, dengan kepadatan tertinggi di Semporna, Lahad Datu dan Kudat. Kini masyarakat Bajau telah ramai menetap di Semenanjung Malaysia.

Seratus persen suku kaum Bajau menganut agama Islam. Suku kaum Bajau sangat menekankan hubungan kekeluargaan dan "le'od" iaitu kelompok sedaerah. Sesuai dengan perkembangan masa kini, kini ramai masyarakat Bajau dikahwini dan/atau mengahwini bangsa-bangsa lain termasuk Cina, Arab, India dan suku-suku kaum tempatan di Malaysia.

Bahasa orang Bajau dikenali sebagai sinama. Kata sinama adalah kata terbitan daripada kata akar Sama dengan menerima sisipan -in- sehingga membentuk sinama yang bermaksud bahasa kepunyaan bangsa Sama. Suku kaum Bajau sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Berdasarkan kajian awal oleh Badan Galak Pusaka sekurang-kurangnya terdapat 26 subdialek bahasa Bajau atau Sinama. Juga didapati bahawa suku kaum Bajau adalah bangsa Melayu yang sebenar (Melayu Asli). Selain di Malaysia, bangsa Bajau juga turut mewarganegarai negara-negara seperti Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam.


Suku Momogun Rungus

Rungus juga di kenali sebagai Dusun Laut atau Dayak Dusun. Secara tradisi suku Momogun Rungus adalah pengamal sistem pemerintahan kesukuan yang di bentuk oleh Kesatuan Bobolizan Rinovusan pada zaman lampau sebelum zaman penjajahan British di semenanjung Kudat dan Teluk Marudu dan Pitas.

Suku kaum Rungus merupakan penduduk terbesar di kawasan utara Sabah. Suku kaum Rungus adalah penduduk asli kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya. Suku Rungus juga dikenali sebagai Momogun, Dayak Dusun, Dayak Laut, Momogun Rungus, Melobong Rungus, Momogun Laut atau Dusun Laut. Rungus merupakan nama nenek moyang mereka yang di kenali sebagai Aki Rungsud. Aki Rungsud adalah tokoh bangsa Momogun Rungus yang telah membuka Teluk Bandau sebagai Pusat Perdagangan Sistem Barter pada zaman lampau.

Suku kaum Momogun Rungus mendiami kawasan pesisir pantai barat Kudat, pantai timur Kudat, Teluk Marudu, Pitas hingga ke Beluran dan juga kepulauan sekitar Kudat, dengan kepadatan tertinggi di kawasan Kudat, Kota Marudu, Pitas, Paitan, Telupid, Kinabatangan dan Beluran.

Pada hari ini kira-Kira 79% suku kaum Momogun Rungus adalah menganut agama Kristian, kira 20% adalah penganut Agama Labus (Lzabvus) iaitu agama nenek moyang Momogun Rungus dan kira-kira 1% Momogun Rungus yang beragama Islam hasil perkawinan campur. Suku kaum Momogun Rungus sangat menekankan adat-adat nenek moyang, hukum-hukum agama labus serta hubungan kekeluargaan.

Bahasa Momogun Rungus dikenali sebagai Boros Momogun atau Bahasa Rungus. Kata Momogun adalah kata terbitan daripada kata akar "pogun" dengan menyambungkan sebutan -mom- sehingga membentuk kata "momogun" yang bermaksud "pemilik tanah". Perkataan ini terhasil dari doktrin agama tradisi bangsa Momogun Rungus iaitu Agama Labus. "Agama Labus" adalah terhasil dari 2 perkataan dari bahasa Momogun Rungus iaitu "AGAMA" dan "LABUS".

AGAMA dalam bahasa Momogun Rungus adalah berasal dari kata asas iaitu "A" dan "Gama". "A" merujuk kepada "boleh". Manakala "gama" bermakna "lakukan", "buat" atau "amalkan".

LABUS (bunyi sebutan ialah Lzabvus) dalam bahasa Momogun Rungus adalah dari kata asas "Labus" yang bermakna "keluar".

Jadi Agama Labus bermakna "satu set atau satu himpunan Hukum-Hukum, amalan-amalan dan peraturan-peraturan moral dari bangsa Momogun Rungus yang mampu mengelakkan atau mengeluarkan masyarakat mereka dari hukuman-hukuman Kinoringan iaitu Tuhan bangsa Momogun Rungus".

Suku kaum Momogun Rungus sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Ini berikutan berdasarkan kesamaan dari segi bahasa, seni arkitektur, kepercayaan, pandangan alam serta segi etnologinya Momogun Rungus di dapati mempunyai persamaan dengan rumpun Dayak Kalimantan, Dayak Sarawak dan Kadazan Dusun di Sabah. Tidak hairanlah Momogun Rungus ini sering kali juga di kenali sebagai Dayak Laut atau Dayak Dusun.

Selain di Malaysia, bangsa Momogun juga turut di temui di negara-negara jiran seperti Indonesia dari rumpun Dayak Uud Danum dan Brunei iaitu Dusun Brunei di dapati bahawa bahasa mereka juga mempunyai kesamaan dengan bahasa Momogun.

Apa yang jelas bangsa Momogun merupakan penduduk asli kepulauan Borneo iaitu kepulauan ketiga terbesar di dunia.


Suku Brunei

Salah satu bangsa Melayu (Melayu Brunei)


Suku Tidong / Tidung

Suku kaum ini banyak terdapat di sabah, terutamanya di tawau.


Suku Tombonuo

Tombonuo juga di kenali sebagai Dusun Sungai.


Suku Iban

Suku kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak. Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang.

Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati.

Perayaan penting yang disambut oleh suku Iban adalah Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini. Suku ini juga terdapat di Tawau.


SUMBER: PMR




ADD MY FACEBOOK

KAUM BUMIPUTRA MALAYSIA



Salam semua, Senarai ni aku ambil dari wikipedia, so bangsa Malaysia sekalian. Hentikanlah perbalahan dan sengketa kita, aku rasa kita jadi macam ni pun disebabkan oleh orang-orang tertentu yang inginkan kuasa. Mereka ni sanggup buat apa saja, asalkan matlamat mereka tertunai, walaupun terpaksa menggadai negara, agama, dan bangsanya. Renung-renungkanlah.

Bumiputera Semenanjung Malaysia ;-

* Suku Johor
* Suku Kedah
* Suku Kelantan
* Suku Orang Laut
* Suku Pahang
* Suku Patani
* Suku Perak
* Suku Terengganu

Melayu Anak Dagang

* Suku Acheh
* Suku Banjar
* Suku Batak
* Suku Boyan
* Suku Bugis
* Suku Cham
* Suku Jambi
* Suku Jawa
* Suku Kampar
* Suku Krinci
* Suku Mandailing
* Suku Minangkabau
* Suku Rawa
* Suku Riau
* Suku Utsul

Melayu Kacukan

* Melayu Arab
* Melayu Cina
* Melayu Eropah
* Melayu India
* Melayu Turki

Orang Asli

* Semang (Negrito) - Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq, Bateq
* Senoi - Temiar, Semai, Semoq Beri, Jah hut, Mahmeri, Che Wong
* Melayu Proto (Melayu Asli) - Orang kuala, Orang Kanaq, Orang Seletar, Jakun, Semelai, Temuan

Lain-lain

* Serani
* Siam Malaysia

Bumiputera Di Sabah

* Kadazandusun
* Bajau
* Murut
* Paitan
* Bonggi
* Idahan
* Orang Brunei
* Lundayeh
* Iban
* Kedayan
* Bisaya
* Kimarang
* Rumanau
* Minokok
* Tidung (Ak punya bangsa)
* Bundu
* Kimensi
* Lobou
* Orang Ulu

Bumi Putera di Sarawak

* Iban
* Melayu Sarawak - Melayu Brunei, Suku Dayak Muslim, Melayu Sumatera
* Melanau
* Bidayuh
* Orang Ulu
* Bisayah
* Kedayan

Orang Cina Malaysia

* Hokkien
* Hakka
* Kantonis
* Hainan
* Hoklo
* Hui
* Henghua
* Peranakan
* Teochew

Orang India Malaysia

* Tamil
* Benggali
* Gujerat
* Malayali
* Sinhala
* Telugu
* Punjabi

Kaum Peranakan

* Baba dan Nyonya
* Chetty

Kaum-kaum Lain

* Yahudi Malaysia




ADD MY FACEBOOK