I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

Showing posts with label JIWANG. Show all posts
Showing posts with label JIWANG. Show all posts

RINGKASAN CERITA BULAN INI



Sukarnya menjaga perasaan orang lain sama seperti sukarnya diri ini untuk menjaga diri ku sendiri, apatah lagi bila diri ini berdepan dengan seorang insan yang berjiwa amat sensitif dan menyimpan perasaan negatif tehadap diri ini, kekadang stress jadinya .. ntahlah, mungkin sudah nasib badan berhadapan dengan insan seperti ini, Alhamdulillah aku terima semua ni sebagai dugaan untuk mematangkan aku.. besyukurlah dirimu memiliki hati ini, kerana hati ini, terlalu suci untuk mu, kerana hati ini, tidak sikit pun ada sifat negatif untukmu, waullahullam, jauhkanlah aku dari segala sifat negatif (kesangsian, cemburu buta, perajuk, pemarah dan sebagainya). Kerna ku tahu, bukan senang untuk menjaga hati insan berjiwa negatif + sensitif jika aku adalah dirimu ..

Kadang, stress aku jadinya, dah la aku ni hot temper timetime aku hot, macammacam maki hamun la tu yang kuar, haizzz, i hate it! bagi dirimu, berubahlah, percayalah padaku sepertimana aku percaya padamu.. teda jugak gunanya berprasangka buruk ni, bukan kerana sekarang bulan puasa, tapi aku ingin ko tahu yang aku memang pantang kalau di ragui ni.. x percaya ? try to play with my head laaa..

You must learn to take control of your physical and psychological well being so you don't become victim to the harmful effects of stressful events.

"YA Allah, sesungguhnya engkau lebih mengetahui apa yg terbaik buat diriku, buat agamaku dan penghidupanku. jika Dia yang kau takdirkan utkku, dekatkanlah aka pdnya, namun jika bukan dia yg kau takdirkan utkku, jadikanlah aku redha denganketentuanmu".





Ak habiskan cerita stress ku dengan sepotong maksud hadith di atas, by the way, dalam bulan puasa ni, bukan penghalang bagi aku untuk mengikuti aktiviti luar, pada 22 & 23 Hb yang lalu.. pada masa tu kamu outing kat Kundasang, Ranau, bukan mau p panjat gunung tertinggi di Asia tu pun, tapi untuk sukasuka jer.. aktiviti mentor-mentee actually (under Kolej).. best ! my 1st time go sana, banyak benda yang aku belajar, even banyak spoilt yang terjadi di sana.. hahax.. yang penting enjoy..

Alhamdulillah, 15 ramadhan sudah, puasa pun dapat ku lalui dengan tenang even ini 1st time aku berpuasa dan berbukak puasa tanpa FAMA, sad aku kekadang dan kerana itulah aku menetapkan jadual ku balik Kampung pada 3 hb ni (cuti sendiri), sebab aku mau berpuasa & berbukak puasa sesama FAMA, insyallah, x sabar aku mau jumpa FAMA tercinta.. miss korang a lot !!

Lately, banyak benda yang buat kepala ku pusing, haizzz, always aku mengeluh sudah ni, even aku taw, yang Tuhan murka apabila Hamba-Nya mengeluh (sesungguhnya aku insan lemah).. mata oh mata, mata ni always bergerak, even kata orang mitos semata jak tu, tapi kesudahanya aku yang rasa, so aku percaya pada diri sendiri, bahawa, mata bergerak ni means i'll cry again, hurm.. wait n see jak laa, apa jenis dugaan lage yang datang ngan aku.. huhu.. sigh!

It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so. hurm, cinta oh cinta, bila hati di lamun cinta, hati x keruan, bila ombak melanda, maka bergelora lagi hati, tidak sah hubungan tanpa perselisihan paham, setiap hari, ada sahaja perkara yang buat aku spoilt, aku bukan pendendam tapi penyimpan perasaan, aku senang kawal mood, tapi lagi cepat makan hati (makan dalan) sebab aku x show how angry i am.. kenapa hanya aku yang selalu mengalah?? besyukurlah dirimu memiliki hati kerdil ini, kerna tidak sikit pun aku menyimpan sifat negatif dalam diri ku untuk mengikuti jejak langkah mu, kerna bagi ku, kita punya cara dan hidup sendiri yang perlu di hormati dan berfikirlah secara positif, sesungguhnya, dunia ini hukum karma.. Allah watch over me, trust me k?

Nota Untuk Mu!


My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.


Malas aku mau emoemo lagi, tadi baca blog litle brother, diari hidupnya, macam kat sana aku watak utama, sebab aku yang bergelar Z.. yaya, my fault make u touching dik.. im sorry.. tats all..

EMPAT TAHUN SUDAH BERLALU



Cerita tentang aku..

Masih ku ingat lagi, Hari itu 14 Julai 2006 masa tu umur aku 1*, bersama tekad dan semangat, duduk di kerusi number 21 & di temani mama tercinta yang duduk di sebelah, berbekalkan semangat dan harapan untuk menimba ilmu di Kolej PTPL Sabah. Tepat pukul 08.00 Malam, bus bergerak menyusuri jalan raya Tawau ke Kota Kinabalu, Perjalanan jauh pertama ku bersama vip ku.

Tepat pukul 4.30 Pagi ; alhamdulillah, perjalanan sejauh 8 jam pun berakhir, kami di jemput oleh pak cik, dan dari hari pertama aku sampai Bandaraya Kota Kinabalu hingga 1 September 2009, dengan pak cik la aku tinggal free. Than selepas itu, meneruskan journey ku untuk hidup berdikari, selama 21 hari aku hidup menumpang rumah kawan, alhamdulillah, tidak sesen pun aku d tuntut, 22 September bermula lah hidup ku yang baru, aku kini tinggal di bandar Kota Kinabalu bersama kawan-kawan. hidup berdikari la katakan..

Dan pada hari ini, tepat 4 Tahun aku meninggalkan kampung halaman ku yang tercinta, di mana tanah tempat tumpahnya darahku, aku tinggalkan kenangan pahit dan manis ku, aku tinggalakan kawan-kawan ku, aku tinggalkan saudara mara ku, aku tinggalkan semuanya, kecuali vip ku, ni mana boleh kasi tinggal, 4 bulan dia menemaniku hidup di rumah pak cik, haha..

Dan kini, hidup sudah berubah dan segalanya sudah berubah, aku mesti pandai atur hidup sendiri, the most important things is, BERDIKARI. Dulu di rumah pak cik, segalanya free tiada sesen pun aku di tuntut, sekarang, semuanya perlukan DUIT, Kerana hidup BERDIKARI ni DUIT lah segala-galanya, ak yang comel-comel ni pun jadi batang lidi, hahaha..

Hingga saat ini, aku masih lagi meneruskan perjalananku yang belum selesai, insyallah kan selesai 1 semester sahaja lagi.


KERATAN MOTIVASI


Mengingat dan mengenang masa lalu, kemudian bersedih atas nestapa dan kegagalan di dalamnya merupakan tindakan bodoh dan gila. Itu, sama ertinya dengan membunuh semangat, memupuskan tekad dan mengubur masa depan yang belum terjadi.


Bagi orang yang berfikir, kesan-kesan masa lalu akan dilipat dan tak pernah dilihat kembali. Cukup ditutup rapat-rapat, lalu disimpan di dalam 'ruang' penglupaan, diikat dengan tali yang kuat dalam 'penjara' pengacuhan selamanya. Atau, diletakkan di dalam ruang gelap yang tak tertembus cahaya. Yang demikian, kerana masa lalu telah berlalu dan habis. Kesedihan tak akan mampu mengembalikannya lagi, keresahan tak akan sanggup memperbaikinya kembali, kegundahan tidak akan mampu mengubahnya menjadi terang, dan kekacauan tidak akan dapat menghidupkannya kembali, karena ia memang sudah tidak ada.


Jangan pernah hidup dalam mimpi buruk masa lalu, atau di bawah payung gelap masa silam. Selamatkan diri Anda dari bayangan masa lalu! Apakah Anda ingin mengembalikan air sungai ke hulu, matahari ke tempatnya terbit, seorang bayi ke perut ibunya, air susu ke payudara sang ibu, dan air mata ke dalam kelopak mata? Ingatlah, keterikatan Anda dengan masa lalu, keresahan Anda atas apa yang telah terjadi padanya, keterbakaran emosi jiwa Anda oleh api panasnya, dan kedekatan jiwa Anda pada pintunya, adalah kondisi yang sangat naif, ironis, memprihatinkan, dan sekaligus menakutkan.


Membaca kembali lembaran masa lalu hanya akan memupuskan masa depan, mengendurkan semangat, dan menyia-nyiakan waktu yang sangat berharga. Di dalam al-Qur'an, setiap kali usai menerangkan kondisi suatu kaum dan apa saja yang telah mereka lakukan, Allah selalu mengatakan, "Itu adalah umat yang lalu." Begitulah, ketika suatu perkara habis, maka selesai pula urusannya. Dan tak ada gunanya mengurai kembali bangkai zaman dan memutar kembali roda sejarah.


Orang yang berusaha kembali ke masa lalu, adalah tak ubahnya orang yang menumbuk tepung, atau orang yang menggergaji serbuk kayu. Syahdan, nenek moyang kita dahulu selalu mengingatkan orang yang meratapi masa lalunya demikian: "Janganlah engkau mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya." Dan konon, kata orang yang mengerti bahasa binatang, sekawanan binatang sering bertanya kepada seekor keldai begini, "Mengapa engkau tidak menarik gerobak?" "Aku benci khayalan," jawab keledai.


Adalah bencana besar, apabila kita rela mengabaikan masa depan dan justru hanya disibukkan oleh masa lalu. Itu, sama halnya dengan kita mengabaikan istana-istana yang indah dengan sibuk meratapi reruntuhan yang telah lapuk. Padahal, betapapun seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu, niscaya mereka tidak akan pernah mampu. Sebab, yang demikian itu sudah mustahil pada asalnya.


Orang yang berfikiran jernih tidak akan pernah melihat dan sedikitpun menoleh ke belakang. Kerana, angin akan selalu berhembus ke depan, air akan mengalir ke depan, setiap kafilah akan berjalan ke depan, dan segala sesuatu bergerak maju ke depan. Dengan sebab itu, maka janganlah pernah melawan sunnah kehidupan.

IT'S TIME TO BE JIWANG




Perpisahan memang manyakitkan ,

tapi tak semestinya sebuah perhubungan yang terjalin itu akan putus begitu sahaja ,

yang meninggalkan dan yang di tinggalkan janganlah merasa sedih ..

kerana perasaan sayang yang tulus tak akan pernah hilang dalam sekelip mata

bersamamu , aku belajar menghargai , mengasihi , setia , sabar , jujur dan memahami erti cinta dan tabah dalam hidup ,

cuma pintaku , jadilah diri mu yang sebenar , hapuskan segala prasangka yang wujud dalam dirimu , sepertimana aku mengajar hatimu supaya percaya mempercayai sesama kita ,

kerana kemaafan dariku sudah membasuh perasaan mu yang dalam kraguan ,

ukirkan senyumanmu manismu , ceriakan hatimu ,

buangkan segala kraguan dan kesangsian mu , beri sinar baru dalam hidupmu dan hubungan itu ,

bukakanlah hati mu seluas pandang dan percayalah lumrah yang tercipta , setiap yang terjadi pasti ada hikmah dan balasan ..

jadilah dirimu yang sebenar , buang lah segala kekalutan yang akhirnya kan memusnahkan bulatan itu ..

CINTA YANG SEBENAR




Sepi dalam CINTA, gema gitar yang dipetik melahirkan irama keluhan hati yang meresap ke lubuk sanubari. Kerana CINTA, semuanya terasa. Seni dalam CINTA mengalirkan perasaan yang menyelubungi ruang hati. Kerana segenap penjuru mahukan rindu berbening. Air mata dan CINTA tidak mampu dipisahkan; umpama aur dengan tebing. Sesekali CINTA berubah, sesekali air mata tercurah. Bila hati gelap gelita kerana CINTA yang terpisah, berderau rasa gelisah sepanjang hari. Dan malam berasa panjang, angin bertiup dirasakan teramat dingin. Saat itu segala kepasrahan hidup terucap di depan. Semua gelap dan tiada lagi dirasakan indah bakal di depani. Demikian rentak muzik menyusuri masuk ke dalam jiwa sebagai ganti penghibur sepi.

Adakah yang dimainkan oleh gitar M. Nasir itu bukan daripada sentuhan hati? Mungkin lahirnya lagu seperti Cinta Sepi, Demi Masa dan Dari Kekasih Ke Kekasih sewaktu dia dilamar kasmaran yang dahsyat. CINTA dari hati seorang berjiwa seni adalah terlalu mendalam. Maka terlahir seni dari hati yang teramat sepi.

Petikan gitar, geseran biola dan alunan suara merdu terlalu diperlukan di kala sepi dari CINTA yang berpusar ganas. Bila permainan perasaan terlalu jauh terlayang, maka alam bertukar wajah. Kita bukan lagi berada di alam yang nyata, tetapi khayalan akan lebih kuat menguasai sekitar benak minda. Segala kewarasan akan terhenti seketika dan realiti sebenar kehidupan terlupa sejenak. Alam CINTA yang ditanggung menjadikan CINTA kebuntuan memecah perjalanan hidup. Benarlah kata Azman Husin, “CINTA menjadikan seorang intelektual menjadi bodoh,” untuk menilai dalam keadaan realiti sebenar.

Malam, bulan dan bintang, adalah asas dalam kehidupan yang sentiasa berlegar harmonis di antara CINTA dan rindu, resah dan cemburu. Mungkinkah akan terjawab segala gelora resah yang mencengkam hati. Akhirnya falsafah CINTA akan terbias di puncak sepi. Di samping segala sajak dan puisi terlahir di kaki malam sebagai cara melepaskan sepi. Hanya kerana CINTA, hati manusia mampu dilembutkan. Perubahan tingkah laku juga dapat dirasakan kiranya alam CINTA telah bermula. Adakah selepas berakhirnya alam CINTA mampu mematangkan perangai dan pemikiran? Dan sekiranya kekecewaan yang dialami sudah terlupa, mungkinkah kita lebih berhati-hati dalam sesuatu yang berbentuk perasaan?

CINTA sebagai satu kemestian. Adakala CINTA itu bermula pantas sekali dan perlahan-lahan. Dari pintu hati ia berbenang dan lama kelamaan segulung kasih tersimpul erat di dalam hati. CINTA perlu dipupuk supaya sentiasa segar dan kehijauan seperti dedaun yang berkilauan disirami cahaya pagi. CINTA itu terlalu indah. Seindahnya umpama sejambak bunga cantik, berwarna-warni, segar, harum dan wangi kalau kena gubahannya. Dan bunga yang dipilih daripada jenis yang subur dan baru mekar dari kelopak. Kalaulah kita pandai menggubahnya, semakin berserilah CINTA itu. Dan kalaulah tersalah gubahannya, CINTA yang diimpikan kurang berseri dan tiada keharuman menyelubungi suasana sukma. Tak siapa sudi menghargai CINTA yang diberikan.

Kesepian menjadikan CINTA semakin mendalam. CINTA daripada gadis yang pendiam dan pemalu adalah sifat sejati. Sifat pendiam dan malu membuatkan CINTA dari hatinya mengalir untuk yang satu. CINTA seorang gadis desa penuh dengan kesetiaan dan kejujuran. Hubungan sosialnya dengan kawan-kawan yang selalu terbatas menyebabkan dia hanya memadai mengenali yang diCINTAinya. Ditambah kesunyian suasana desa yang damai, terasing dan jauh dari kekalutan kota yang sentiasa palsu penuh kepuraan CINTA.

Di celah kehidupan kampung diselubungi sepi, CINTA menjadi fokus utama dalam hati seorang remaja desa. CINTA lahir dalam hati kerana kesunyian dan kesepian seringkali mengundang kepada kerinduan. Dari kerinduan menghasilkan pelbagai penyeksaan kerinduan batin dan CINTA itu adalah suci sekiranya dibatasi landasan syariat. CINTA seorang gadis desa penuh berliku dan melalui ranjau yang berduri. Tiada apa yang dapat menghiburkan hati melainkan sekeping potret sebagai penawar. Di waktu malam, dinginnya udara, bisunya alam dari bunyian dibilas dari samar-samar cahaya bulan mengundang soal CINTA mula bermain di hati.

Tiada teman berbicara, CINTA dalam hati cukup berkecamuk. Pelbagai anggapan dan tafsiran datang berombak-ombak bersama rasa kepiluan dalam hati. Mungkinkah yang diCINTAi tidak dapat dimiliki? Dari hari ke hari, CINTA kian bersemi dalam dakapan hari sewaktu berlari. Dalam diari perasaan diluahkan demi mencari kedamaian hati. Di taman sanubari CINTA telah bersatu untuk melakar hidup di alam yang diimpikan.

CINTA gadis kota pula jarang sekali kesetiaan dihargai dan senang tawar CINTAnya. Mudah hatinya bertukar dan berubah mengikut cita rasa. Kenangan yang dibina mudah bertiup pergi seumpama debu-debu kian berterbangan. Hubungan sosial yang luas memadamkan perasaan CINTA yang satu dan secara mendalam keasyikannya. Kesetiaan jarang dihormati kerana CINTA yang satu mengheningi tiada terpaut kukuh di dalam lubuk hati. Kesibukan waktu menyekat perasaan CINTA mengalir deras dalam belahan jiwa. Malah CINTA yang lahir senang mati apabila sesuatu yang terjadi di luar dugaan. Kemuncaknya dalam perCINTAan banyak perkara boleh berlaku. Apatah lagi keadaan trend kini óne night stand’ sudah menjadi perkara biasa untuk membuktikan CINTA bila sampai ke paras kemuncaknya.

Yang pasti menjadi lumrah kegagalan dalam menggapai CINTA akan membawa kesan secara tidak langsung kepada peribadi diri. Tahap kekuatan dalaman jiwa terpulang pada diri untuk menghadapi konflik perasaan yang sentiasa membayangi diri. Barangkali banyak sudah muncul watak Laila Majnun yang tidak diketahui umum. Dan barangkali juga dia berada di kanan dan kiri anda? Pandanglah manusia di sekeliling dengan mata hati dan mata kasar. Pasti anda akan temui sesuatu yang baru. Dan mungkin memberi makna. Tanyalah pada hati, renunglah pada sebutir bintang. Di manakah letaknya CINTA dalam kehidupan? Pandanglah pada senja, nescaya apa tersembunyi memberi makna. Dan kita pasti berasa akan NILAI SEBUAH CINTA…

LIRIK LAGU HAIDA-HAJAT


Bermakna betul lagu ini untuk someone tu, kan? hehehehe... erm, lagu ni mmg best, best sangat2 bagi aku, aku la, korang tak tau plak, lain org lain citarasa, hahaha.. jiwang is my life !

Bisakah kau tempuh ranjau ini
Yang pastinya jurang menghalang
Sanggupkah engkau
Susah payah bersamaku
Janganlah pula nanti
Kau menyesali... setelah melalui...

Ku sekadar mawar di dalaman
Tak bererti budi yang dipandang
Rupa adalah... diangankan setiap insan
Betapa jauh jarak
Kita berdua...
Janggal digandingkan

Pernahkah kau terfikir
Satu masa nanti sayangku
Apakan terjadi
Pasti gelora yang akan melanda
Kita berdua akan karam...

Oh kasih...
Sungguh ku mengerti
Tulus benar oh kasihmu
Tak ku sangsikan
Seputih hatiku
Itulah kasihmu
Dari dulu dan kini

Oh sayangku
Lupakanlah semua
Hajat untuk memiliki
Diriku ini
Tak sanggup rasanya dirimu dicerca
Maka retak kasih saudara

Kita saling kasihi
Jadikanlah itu memori
Sayangku moga engkau tahu
Tidak semua cinta bersatu


Download This Song [>DOWNLOAD<]

KISAH CINTA



Kepada yang masih SINGLE…

Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima.

Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN.. .

Cinta bukannya mencari seseorang yang “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna. Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL… Jangan katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.

Kepada yang PATAH HATI…

Sakit… luka, hancur.. patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA…

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI…

Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.

Kepada yang takut MENGAKUI…

Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI…

Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan..

VIRUS MERAH JAMBU??


Pernah tidak kamu buka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa buat hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu?

Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan. Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman.

Tapi survey juga membuktikan bahwa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi.Exe atau file C:ImanRajinIbadah.doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena jangkitan virus ini.

Untuk mengelak virus merah jambu ini merebak dengan lebih teruk dalam diri kita semua, kita kena la rajin membuka file C:ImanCintaIlahi.Exe atau file C:ImanRajinIbadah.doc yang berada dalam paket software antivirus merah jambu tersebut.

DAN SEBENARYNA.. AKU RINDU KAT SOMEONE



Aaku betul2 miss someone right now..

someone yang pernah jadi kawan baik aku

someone yang selalu tolong aku masa aku susah

someone yang selalu jadi tempat aku luahkan perasaan n ceritakan masalah aku

someone yang selalu sms aku tanya khabar

someone yang betul-betul baik dengan aku

someone yang tak pernah langsung maw amik kesempatan kat aku

someone yang aku boleh berbicara tentang apa sahaja dengan dia

someone yang boleh aku bergurau senda

someone yang boleh aku marah

huwaaaa.. aku betul-betul rindukan dia sekarang. betul la cakap orang "kita tak akan sedar dengan apa yang kita punyai sehinggalah kita kehilangannya." sekarang ni baru aku terasa. kehadiranya dirasa, kehilangya di rindui..

kalau dulu dialah peneman aku. teman aku sms..

tapi, sekarang. keadaan sudah berubah. teda lagi sms. teda lagi telefon-telefon. teda lagi gurau senda dia yang selalu jadi penghibur aku. teda lagi teman untuk aku berbual. arghhh… aku rindu dia.

namun…

aku tetap bersyukur. aku bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku pernah, pernah ada teman dan adik angkat yang boleh ketawa dan menangis sama-sama dengan aku. teman yang selalu ada waktu untuk aku. dan sekurang-kurangnya aku percaya teman sejati tu wujud.

Huh? really2 rindu kat my past herm...

RINDU, ADALAH SATU ILUSI,
TERLALU SUKAR DIERTI MELALUI REALITI,
HANYA RINDU YANG MENGENAL ERTI,
RINDU DI SAAT INI SEPI SEKALI


DAN SEBENARYNA.. AKU RINDU KAT SOMEONE... Rindu sangat la, herm..

AKU MENANGIS KERANA DIA


Aku menangis kerana dia, walaupun dia bukan segalanya, tpi dia part of my life, time aku jatuh, dia hulurkan tangan untuk bangunkan aku, time aku menangis dia hulurkan bahu untuk menadah airmata ini dari terus mengalir sepi ke bumi.. takdir yang menentukan pertemuan yang di sangka, takdir jua yang menentukan segalanya..

Kenapa aku perlu menangis atas perubahan sifatnya yang mendadak??

Herm, ntah la.. susah mau di ungkap dengan kata-kata tentang perasaan ni, aku sayang dia macam aku sayang diri aku sendiri, jauh sekali sayang macam my lover, dia sendiri yang declare kami adalah sahabat, tapi ntah la..

Skarang, aku kena terima kenyataan yang kami tak boleh jadi bestfriend, mungkin atas sebab-sebab tertentu yang masih samar bagi aku, tapi tak pa, aku bisa learn from mistake..

Kawan pun kawan la, aku ok jak.. apa pun, aku bahagia kenal kat kau, tapi aku sakit hati sebab aku susah mau lupa kau, sejak aku kenal kau, dunia ku penuh warna-warni, seolah-olah aku sudah jumpa kehidupan ku, tapi bila mintak untuk undur diri, aku hantuk kepala pun, ingatan ku masih kuat untuk mu, mungkin kerana aku begitu ikhlas untuk jadi sahabatmu...

Huh? ok la.. malas mau cerita..

ERTI CINTA



Menyemarakkan rasa cinta dalam kehidupan harian bererti kita sentiasa mengambil berat dan mewujudkan rasa kasih sayang sesama insan.

CINTA merupakan cetusan perasaan atau emosi kepada sesuatu. Cinta ada kaitan langsung dengan kasih sayang, rindu, suka, gembira, sejahtera dan bahagia.

Perasaan cinta merupakan sifat semula jadi anugerah Tuhan. Cinta lahir dalam pelbagai jenis seperti cinta Tuhan, Rasul, diri, keluarga, suami atau isteri, ibu bapa, anak-anak, sahabat handai dan juga kepada harta. Sebenarnya, cinta ada kaitan dengan keimanan dan ketaqwaan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Tiga sifat sesiapa yang memilikinya akan merasakan kelazatan iman iaitu jika ia mencintai Allah dan Rasulnya lebih dari yang lain. Jika dia mencintai sesama manusia semata-mata kerana Allah dan jika ia enggan kembali kepada kekufuran setelah diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana ia enggan dimasukkan ke dalam neraka” - Mutafakun alaih.

Kepentingan cinta kepada diri sendiri mendorong seseorang untuk menjaga dan menghargai diri sendiri, mengambil berat terhadap kesihatan dan mengambil berat terhadap kesejahteraan fizikal dan mental.

Cinta jasmani mendorong seseorang sentiasa menjaga diri, menjaga kebersihan, mengambil pemakanan secara seimbang, mengambil berat terhadap keperluan pemakanan halal dan baik, merawat ketika sakit dan sentiasa berikhtiar untuk mencari ubat apabila menghidap penyakit.

Cinta diri bermakna mengambil berat terhadap keperluan untuk memajukan diri, menyedari terhadap potensi diri yang dimiliki, sentiasa berusaha untuk menimba ilmu pengetahuan untuk kejayaan dan kecemerlangan diri.

Orang cinta diri sentiasa berusaha untuk meneroka dan mencari kebaikan untuk diri, mencari perkara yang berfaedah yang boleh mendatangkan manfaat masa depan.

Sentiasa mengambil berat dan benci terhadap apa jua perkara yang boleh menghalang diri untuk berjaya.

Menyemarakkan rasa cinta dalam kehidupan harian bererti kita sentiasa mengambil berat dan mewujudkan rasa hidup harmoni dan kasih sayang sesama insan.

Hidup bekerjasama dan tolong menolong merupakan cara terbaik untuk kita membuktikan cinta sesama insan.


Firman Allah:

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui” - surah al-Imran :92.


Dalam satu hadis Rasulullah menegaskan:

“Apabila seseorang muslim berjumpa sesama muslim dalam kesusahan lalu menolongnya dengan sempurna, maka seluruh dosa mereka gugur seperti daun-daun berguguran daripada pohon yang ditiup angin. Maknanya seluruh dosa mereka terhapus walau sebanyak buih di lautan” - hadis riwayat al-Tabrani.

Kerana itu, kita ditegah daripada bersifat sombong. Rasulullah mengingatkan bahawa: “Di hari akhirat kelak, nilai orang yang menyombong diri di sisi Allah tidak sampai nilainya seperti kepak seekor nyamuk” - Hadis riwayat Bukhari.

Nilai cinta yang paling tinggi adalah kecintaan kepada Allah dan Rasul. Untuk mencapai ke puncak cinta berkenaan tidak ada cara lain melain dengan cara meningkatkan ibadah kita seperti sembahyang, puasa, berzakat dan zikir serta berdoa.

Firman Allah:

“Katakanlah (Wahai Muhammad): ‘Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah Daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah amat pengampun, lagi maha Mengasihani” - surah al-Imran :31

CARA MERAWAT HATI TERLUKA




Sememangnya diakui, saat putus cinta "seolah-olah kita bernafas" dalam air Bait lagu Yuna, hehe.. saya pun mengakuinya jugak, siapa yang tidak sedih jika angan-angan bersama orang yang dicintai musnah begitu sahaja, kan?

Ok,disini saya akan kongsikan sedikit tips untuk MERAWAT HATI YANG TERLUKA AKIBAT CINTA ni, hehehe.. Apa yang perlu dilakukan apabila kita terluka?

Perkara pertama ialah Bertenang:

Selagi kita masih arah, sakit hati, dendam, bingung, tertekan dan sebagainya. Selagi itulah kita tidak akan mampu berfikir secara waras, perkara inilah yang selalu membuatkan kita bertindak di luar kawalan. Jadi, dengan itu, carilah jalan terbaik untuk bertenang merehatkan diri seperti bercuti.


2. Penuhi Masa

Biasanya orang yang baru sahaja putus cinta ini, suka berdiam diri, duduk di rumah dan bersebdirian. Sebenarnya cara ini adalah salah sama sekali. Apabila kamu biarkan dirimu bersendirian, ini bermakna kamu sengaja mengundang perasaan rindu kamu pada sidia datang lagi yang sekaligus akan membuatkan kamu bertambah terluka, Jadi sebaiknya isi masa lapang kamu untuk lepak bersama kawan-kawan atau sibukan diri kamu dengan membuat kerja yang berfaedah.


3. Buang Semua Kenangan

Selagi kita menyimpan semua kenangan yang akan wat kita refresh pada si dia, selag itulah kamu akan terus dalam keadaan murung kerana selalu teringatkan sidia tatkala melihat barang-barang kenagan dari sidia.Jadi kamu harus kumpulkan semangat untuk buang semua kenagan-kenagan masa lalu kamu bersamanya, kita tahu perkara ini bukan mudah untuk dilakukan, tapi percayaalah hanya dengan berbuat demikian kita akan dapat nyahkan dia dari hidup kita.


4. Jangan Berdendam

Tidak dinafikan sememangnya perasaan dendam dan marah kita pada sidia susah untuk dikikis sebagaimana mudahnya dia mengikis kita dari hidupnya dan sememangnya kita menunggu peluang untuk menuntut bela atas penderitaan yang kita tanggung. Namun berbaloi kah kita terus menyimpan dendam tersebut? Dan apa keuntungan yang kita dapat? leh itu, lupakan sahaja dendam itu, kerana dendam akan membuat kita tidak akan bahagia seharusanya percaya dan yakinlah bahawa, selagi kita berada pada kebenaran kita pasti akan mendapat pembelaan yang sewajarnya.


5. Lalui Hari Singgle Dengan Cool

Jangan rasa sedih dengan status kita yang kembali singgle. Percayalah hidup singgle juga punyai banyak kelebihanya. Andai dahuku kemana kamu pergi harus merujuk kepada sidia terlebih dahulu, dab kini kamu bebas ubtuk buat apa sahaja, bukan? Laluilah setiap hari-hari siggle kita dengan senyuman yang cool, saya percaya semuanya kan baik-baik sahaja.


6. Mulakan Hidup Baru

Jangan bersedih dengan cinta yang hilang, tapi percayalah pada lumrah alam, setiap yang bernyawa pasti akan mati, dan tiap pertemuan pasti ada perpisahan. Apa pun, kegagalan yang kita hadapi hari ini, adalah sebuah aset untuk mematngkan kita supaya kita lebih bersedia menghadapi hari-hari mendatang. Percayalah, lebih ramai kita mengenali orang, maka lebih banyak lah pengalaman dan pengajarang yang dapat kita pelajari untuk mematangkan fikiran kita. Seterusnya kita ubahlah hidup kita dengan dunia yang baru, Mulakan hidup baru kita dengan senyuman yang pastinya.

BORING



Hari yang amat sangat boring !! nothing to do, just hanging out 4 a moment kat cc ngan Nagaton, check "jawatan kosong" donwload mp3, update blog KOLEKSI MP3 SAYA Sambil layan YM Bestfriend iaitu RAFIEE Cter pasal Line D*** yang down sejak pagi tadik, hahahaha...

Herm.. best jugak lagu yang saya dengar ni.. Utada Hikaru-Baby Come Back To Me, Hehehehe... Sobssss.. Habis satu lagu, satu lagi ku dengar, lagu dari pink PLEASE DONT LEAVE ME, Ah, tak best lagu ni, nak dengar lagu Neyo plak MAD, Mad for nothing ! argggg... teringat plak kat "DIA" Hahahaha..

Aku cuba pretending to be cool..

RINDU LAH..


Rindu Adalah Satu Ilusi, Terlalu Sukar Diertikan Melalui Realiti, Hanya Rindu Yang Mengenal Erti, Rindu Ku Di Saat Ini Sepi Sekali


Aku Rindu Kat..

Hari ni, aku mau emo2 sikit, tak salah emo ni, sebab iEn cakap kat blog dia, emo itu seni, hehe.. betul la kot Emo Itu Seni Hehehe.. Rindu aku kat someone, rindu gile la beb ! huh? tak taw nak cakap apa dah..

Huh? Kebahagiann itu sudah di rampas oleh keegoaan, herm.. Rindunya.. kekadang sepi jugak ! hehehe... tapi bagi saya SEPI ITU INDAH Herm..

Emo-emo.. tak da makna... Aku pon udah macam PRIA KESEPIAN Wakukuku... (aku cuba hiburkan diri sendiri)

SUARA HATI


Ketenangan hatiku terganggu lagi hari ini, tapi tak pa, dont worry.. i'll be alrigh sebab saya lelaki, so i must be strong tak boleh sedih-sedih, tak boleh merintih sedih lagi, hapuskan duka, ukirkan senyuman walau cuma sebesar ini pun memadai sudah, hehehe.. tabah kan hati k? lumrah bercinta, adakalanya hati kita di sentuh, JANGAN cepat mengeluh KENT selalu pesan, sebab mengeluh tu tanda kegagalan, yaka? hehe betul la kot.. lebih-lebih lagi saya ni abangnya.. aku cuba tabahkan hati, sambil termenung seketika, baru semalam terjadi, hari ni aku sudah rindu kat dia..

Tapi sudah tiba masanya untuk ku melepaskan mu, bukan kerana bencik kat ko, tapi ada dalam satu-satu perkara yang ko show, saya dislike, apa pun i think u need belajar kawal perasaan ko dulu, jangan always mad for nothing, tengok la.. ko yang dapat susahkan? ko terlau berfikiran negatif and kerana itu ko patut Ubah pemikiran negatif ko kepada positiv hehehe... but ko jan risau, i wont put blame on u, sebab bagi aku, aku tak kan bersedih kerana cinta, yela kenapa aku harus bersedih kerana cinta kan? saya just fikir yang positif..

apa pun, selama 3 bulan lebih ni, thnx 4 everything, thnx 4 loving me as best friend or even brother atau apa-apa sahaja even 4 a while time, banyak story and memory kita kan? hehehe.. i will never ever forget about that ! hehe..

JIWANGNYA !





Ni ada "seseorang" bagi aku time ym ngan dia, terharu jugak la baca :d tpi apa boleh buat... for me, past is past, never turning back, zaman dan masa pun terlalu cepat berubah, aku kini hak milik orang lain sudah, so wat can i do? just nothing, n u better find other guys la, k? nevermind, i'm sorry..

ko btul2 tiada feeling ngan sya sudah kah ?

tidak sangka satu dua tahun berlalu perangai ko cepat betul berubah

tiada sudah berperasaan

apa sudah dosa saya atau kesalahan saya ....sampai saya sekarang saya pun tidak tahu bagaimana nak pahami

setiap kali saya mau cari ko ....tapi saya takut ko mengelakkan saya

adakah kesilapan saya yang lalu ko langsung tidak dapat maafkan ?

akar benih yang layu dan kering kini berseri kembali

ini semua kerana kenangan lalu yang manis menghidupkannya dahulu

azmil seorang yang berperasaan, azmil seorang yang senang memahami

tapi kini azmil itu bagaikan dah meninggal, azmil yang dulu dah meninggal

azmil sudah jadi milik orang lain , siapa orang tu, saya tidak tahu, azmil sendiri yang tahu

kita hanya mendengar dan di beritahu

biarlah bunga yang baru balik pulih ini bersendirian dan keseorangan

dan bunga itu melihat teman nya menjadi milik orang lain

tapi bagaimana pun matahari akan menyinari tiap2 hari, hujan dan embun akan terus menyuburkan bunga itu

semua kenangan hanya akan dipapar setiap hari di fikiran si bunga yang hanya akan merasakan kehilangan teman nya

jeritan yang tidak terhingga , tak terbatas, engkau tidak akan mempedulikannya lagi

biar mati 1 kali @ 1000 kali

lagu matahari itu hanya untuk mu

Kasih Sayang dan Persamaan

Sahabat ku, jika kau mengetahui bahawa kemiskinan yang membuatmu sengsara itu mampu menjelaskan pengetahuan tentang KEADILAN dan pengertian tentang KEHIDUPAN, maka kau pasti berpuas hati dengan nasibmu.
Kusebut pengetahuan tentang KEADILAN : kerana orang kaya terlalu sibuk mengumpul harta untuk mencari pengetahuan. dan kusebut pengertian tentang KEHIDUPAN : kerana orang yang kuat terlalu berhasrat mengejar kekuatan dan keagungan bagi menempuh jalan kebenaran.
Bergembiralah sahabat ku, kerana kau merupakan penyambung lidah KEADILAN dan kitab tentang KEHIDUPAN. Tenanglah kerana kau merupakan sumber kebijakan bagi mereka yang memerintah terhadapmu dan tiang kejujuran bagi mereka yang membimbingmu.
Jika kao menyadari, sahabatQ yang papa, bahwa malang yang menimpamu dalam hidup merupakan kekuatan yang menerangi hatimu dan yang membangkitkan jiwamu dari hinaan ke singgasana kehormatan, maka kau akan berpuas hati kerana pengalamanmu, dan kau akan memandangnya sebagai pembimbing serta membuatmu bijaksana.
Kehidupan ialah suatu rantai yang tersusu oleh banyak mata rantai yang berlainan. duka merupakan salah satu mata rantai emas antara penyerahan terhadap masa kini dan harapan masa depan. antara tidur dan jaga diluar fajar merekah.
SahabatQ yang papa, kemiskinan menyalakan api keagungan jiwa, sedangkan kemewahan memperlihatkan keburukannya. duka melembutkan perasaan dan suka mengobati hati yang luka. bila duka dan kemelaratan dihilangkan, jiwa manusia akan menjadi batu tulis yang kosong, hanya memperlihatkan kemewahan dan kerakusan.
Ingatlah, bahwa keimanan itu adalah pribadi sejati manusia. tidak dapat ditukar dengan emas, tidak dapat dikumpul seperti harta kekayaan. mereka yang mewah sering meminggirkan keimanan dan mendekap erat emasnya.
Orang muda sekarang jangan sampai meninggalkan keimananmu dan hanya mengejar kepuasan diri dan kesenangan semata. sahabat papa yang aq sayangi saat bersama orang yang kita cintai merupakan waktu yang paling mesra sebagai lambang kebahagiaan bagi takdir angkatan yang akan datang. tapi hidup orang yang senang dengan kemewahan pada hakikatnya seperti hidup cacing didalam kuburan. itu hanya menandakan ketakutan.
SahabatQ yang papa Air mata yang kukeluarkan lebih murni daripada tawa ria orang yang ingin melupakannya dan lebih manis dari ejekan seorang pencemooh. air mata ini membersihkan hati dan kumuh benci dan mengajar manusia ikut merasakan pedihnya hati yang patah.
Benih yang kau taburkan bagi si kaya dan akan kau tuai nanti akan kembali pada sumbernya, sesuai dengan Hukum Alam. dan sukacita yang kau sandang akan dikembalikan oleh suka cita oleh kehendak Syurga dan angkatan mendatang akan mempelajari dukacita dan kemelaratan sebagai pelajaran tentang Kasih Sayang dan Persamaan.

Do’a Seorang Kekasih

Than yang Maha Pemurah...
terima kasih Engkau telah menciptakan dia & mempertemukan aku dengannya.
terima kasih untuk saat-saat yang indah yang telah kami nikmati bersama.
terima kasih untuk setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama,
terima kasih untuk saat-saat yang lalu.
aku datang kehadapan-Mu ya Tuhan
untuk mensucikan hati sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidup ku.

ya Tuhan..jika aku bukan pemilik tulang rusuknya
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya
kikislah pesonanya dihatiku dan usirlah dia dari hatiku
tapi jika Kau ciptakan dia untuk aku, tolong satukanlah hati kami
bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya
berikan aku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya
agar dia juga mencintai, mengerti dan mau menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan aku
yakinkanlah hatinya bahwa aku sungguh-sungguh mencintai dan rela membagi suka dan dukaku dengan dia.
ya Tuhan yang Maha Pengasih...
dengarkanlah do’aku ini, lepaskanlah aku dari keraguan ini
Tuhan yang Maha Kekal, aku tahu Engkau akan memberikan yang terbaik buat aku.
luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya
aku mohon padaMu ya Tuhan bimbinglah aku agar selalu dekat kepadamu dan untuk lebih peka dengan suara-Mu menuju terang-Mu.
tuntunlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Kau tentukan.




'

Doa Buat Kekasih

Apa yang aku rasakan saat ini, benar-benar membuatku seperti orang yang kehilangan arah, aku tak lagi mengenal diriku sendiri. Perasaan yang begitu mendalam terhadapnya tak mampu aku bendung.

I never hoped that I will love J*** like this way. But I never regret if I should Love J*** this way. I want to place J*** in the right of indeep of my heart. Cuz I believe God wants it that way.

Tuhan.. Jangan pernah membenciku kerana aku mencintai dan menyayanginya, kerana ku yakin ini adalah rasa yang Kau titipkan padaku untuknya. Maafkan aku jika pikiran ku dikabuti bayang-bayangnya dan diselimuti rasa yang besar terhadapnya.

Forgive me if I call nnamanya many times, and forgive me if his face covered all my sight in every single day.

Apapun mungkin nanti yang terjadi, aku tak ingin Tuhan mengubah rasa sayangku menjadi benci kepadanya. Aku ingin cinta itu terus ada walaupun pada akhirnya dia tak akan mampu menerima cinta itu.

Tuhan.. Jika Kau kehendaki dia untukku, maka izinkan aku untuk menjaga cintaku agar tetap hidup dalam hatiku. Jika pada akhirnya dia bukan untukku, berikanlah aku kekuatan untuk melepaskannya dari dalam hidupku tanpa membunuh cinta dan sayangku.




'

Berani Melepaskan

Aada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan, orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan tapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan karena orang itu berhenti mencintai kita melainkan karena kita menyadari bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.

Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.

Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu ganteng, cantik, teristimewa dibandingkan dgn yang lain.

Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemukan yang seperti dia.

Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah senantiasa terbayang di benak kita.

Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata “Saya sangat mencintainya”.

Ingatlah !! Melepaskan bukanlah akhir dari dunia melainkan awal dari suatu kehidupan baru…

Kita harus melepaskan seseorang karena kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.

Kita harus melepaskan seseorang karena kita menyadari yang ganteng,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.

Kita harus melepaskan seseorang karena kita tahu jika Tuhan mengambil sesuatu, Ia telah siap memberi yang lebih baik.

Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.

Kita harus melepaskan seseorang karena kepala kita berkata “tidak ada lagi yang dapat dipertahankan”.

Kegagalan tidak berarti kita tidak mencapai apa-apa… namun kita telah memahami sesuatu…!

Segala sesuatu ada waktu dan masanya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan…!!

Hakikat Rindu

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)


Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.


Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.


Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”


Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.


Artikel Ini Saya Dapat Dari
  • SINI
  •