I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

Kasih Sayang dan Persamaan

Kasih Sayang dan Persamaan

Sahabat ku, jika kau mengetahui bahawa kemiskinan yang membuatmu sengsara itu mampu menjelaskan pengetahuan tentang KEADILAN dan pengertian tentang KEHIDUPAN, maka kau pasti berpuas hati dengan nasibmu.
Kusebut pengetahuan tentang KEADILAN : kerana orang kaya terlalu sibuk mengumpul harta untuk mencari pengetahuan. dan kusebut pengertian tentang KEHIDUPAN : kerana orang yang kuat terlalu berhasrat mengejar kekuatan dan keagungan bagi menempuh jalan kebenaran.
Bergembiralah sahabat ku, kerana kau merupakan penyambung lidah KEADILAN dan kitab tentang KEHIDUPAN. Tenanglah kerana kau merupakan sumber kebijakan bagi mereka yang memerintah terhadapmu dan tiang kejujuran bagi mereka yang membimbingmu.
Jika kao menyadari, sahabatQ yang papa, bahwa malang yang menimpamu dalam hidup merupakan kekuatan yang menerangi hatimu dan yang membangkitkan jiwamu dari hinaan ke singgasana kehormatan, maka kau akan berpuas hati kerana pengalamanmu, dan kau akan memandangnya sebagai pembimbing serta membuatmu bijaksana.
Kehidupan ialah suatu rantai yang tersusu oleh banyak mata rantai yang berlainan. duka merupakan salah satu mata rantai emas antara penyerahan terhadap masa kini dan harapan masa depan. antara tidur dan jaga diluar fajar merekah.
SahabatQ yang papa, kemiskinan menyalakan api keagungan jiwa, sedangkan kemewahan memperlihatkan keburukannya. duka melembutkan perasaan dan suka mengobati hati yang luka. bila duka dan kemelaratan dihilangkan, jiwa manusia akan menjadi batu tulis yang kosong, hanya memperlihatkan kemewahan dan kerakusan.
Ingatlah, bahwa keimanan itu adalah pribadi sejati manusia. tidak dapat ditukar dengan emas, tidak dapat dikumpul seperti harta kekayaan. mereka yang mewah sering meminggirkan keimanan dan mendekap erat emasnya.
Orang muda sekarang jangan sampai meninggalkan keimananmu dan hanya mengejar kepuasan diri dan kesenangan semata. sahabat papa yang aq sayangi saat bersama orang yang kita cintai merupakan waktu yang paling mesra sebagai lambang kebahagiaan bagi takdir angkatan yang akan datang. tapi hidup orang yang senang dengan kemewahan pada hakikatnya seperti hidup cacing didalam kuburan. itu hanya menandakan ketakutan.
SahabatQ yang papa Air mata yang kukeluarkan lebih murni daripada tawa ria orang yang ingin melupakannya dan lebih manis dari ejekan seorang pencemooh. air mata ini membersihkan hati dan kumuh benci dan mengajar manusia ikut merasakan pedihnya hati yang patah.
Benih yang kau taburkan bagi si kaya dan akan kau tuai nanti akan kembali pada sumbernya, sesuai dengan Hukum Alam. dan sukacita yang kau sandang akan dikembalikan oleh suka cita oleh kehendak Syurga dan angkatan mendatang akan mempelajari dukacita dan kemelaratan sebagai pelajaran tentang Kasih Sayang dan Persamaan.

0 comments:

Post a Comment

KERATAN NOTIS

1. Sila Komen Dalam Bahasa Melayu / Ingelish Yang Mudah Difahami

2. Tinggalkan Alamat Blog / Email Jika Perlu

SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. PEMILIK AJTR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA DI AJTR INI.