I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

CARA MERAWAT PENYAKIT HATI BUSUK



Jenis Penyakit Hati seperti :

~ Iri Hati, Dengki, Fitnah, Hasut, Prasangka Buruk, Khianat, Hasutan, Dendam dan lain'lain..

Cara merawat penyakit hati busuk ialah dengan :

1. Tidak Banyak Bicara

Terlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang cakap besar, gosip dan lain-lain.

2. Jaga Emosi dan Nafsu

Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh karena itu sebaik-baiknya kita perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati. Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu akan harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah, nafsu mewujudkan impian, dan lain sebagainya. Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunah maupun puasa wajib Ramadhan.

3. Selalu Mengingati Allah SWT

Rajin bersolat baik solat wajib 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha, solat malam, dan lain-lain. Selain itu zikir, doa dan mengaji atau membaca al-Qur'an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.

4. Jangan Bergaul Dengan Orang Ada Penyakit Hati

Dengan berteman dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati hanya akan menulari kita dengan penyakit-penyakit itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah s.w.t.



Sumber ilmu + gambar copy-cat dari : harubiru blog .. ^^

ETNIK TIDUNG & KEBUDAYAANYA



Suku Kaum Melayu Tidung juga adalah salah satu daripada suku kaum Bumiputra yang terdapat di Sabah .. ^^






Suku Kaum Tidung ialah salah satu etnik yang terdapat di negeri Sabah. Bilangan mereka agak besar juga dan kebanyakan terdapat di kawasan Pantai Timur Negeri Sabah, khususnya di Daerah Tawau seperti Merotai , Kalabakan , Indrasabah , Tawau Lama , Pasir Putih, Apas Balung, Lahad Datu, Labuk dan Beluran.

Semua masyarakat ini beragama Islam dan terkenal sebagai kaum yang amat berpegang teguh kepada adat resam dan pantang larang bangsanya. Pada zaman dahulu masyarakat ini sangat kuat dipengaruhi unsur pemerintahan beraja iaitu pemerintahan Beraja Kesultanan Bolongan yang pusat pemerintahannya terletak di Kalimantan Timur Indonesia. Justeru itu sehingga kini adat istiadat, kesenian yang diwarisi dan tatacara kehidupan harian mereka banyak dipengaruhi oleh kehidupan istana. Tarian mereka misalnya banyak berunsurkan istana seperti tarian raja berangkat, kadandiu(sapu tangan) dan zapin tidung-bolongan yang mempunyai ciri gerak tari kesenian istana yang penuh legenda.

Begitu juga pakaian tradisi mereka, terutama untuk majlis tertentu misalnya, banyak dipengaruhi unsur kemewahan sama ada di segi reka bentuk, hiasan dan aksesorinya. Perhiasan mereka diperbuat daripada emas, perak atau tembaga dan ia harus dimiliki oleh sesiapa saja yang memakai tradisi mereka.

Berkenaan warna pakaian tradisi etnik ini, mereka memilih apa saja warna yang disukai (terutama warna yang memiliki kewujudan tujuh bidadari dan tujuh warna pelangi seperti terdapat dalam kepercayaan mereka). Walau bagaimanapun kerana warna kuning adalah warna rasmi kepada penghuni istana, maka warna kuning juga melambangkan warna kebesaran mereka. Pada hari ini, pakaian seperti ini dipakai pada majlis perkahwinan, perayaan dan pesta rasmi.

Untuk kaum lelaki Tidung, mereka memakai baju teluk belanga iaitu sejenis baju yang sama potongannya dengan baju Melayu. Di bahagian dalamnya dipanggil kaos dibuat daripada kain biasa atau sutera, manakala baju bahagian luarnya pula (jaket) dibuat daripada kain baldu yang dihiasi dengan corak-corak indah menggunakan manik atau labuci. Seluar yang dikenakan untuk baju teluk belanga ini dikenali juga sebagai seluar teluk belanga. Seluar ini diperbuat daripada kain baldu dan dihiasi tekatan kaki.

Sementara untuk hiasan kepala, mereka juga memakai sejenis tanjak dipanggil singal. Ia diperbuat daripada kain tenun berwarna kuning yang dihiasi dengan emas dan permata. Mereka juga mengenakan perhiasan dipanggil gabol iaitu kain samping yang diikatkan di pinggang. Warnanya mengikut pilihan si pemakai. Tali pinggang yang mereka pakai pula dikenali sebagai panding. Tali pinggang ini diperbuat daripada tembaga atau perak dan dipakai setelah menggunakan gabol supaya kelihatan lebih kemas. Akhirnya mereka juga turut mengenakan kain selempang yang dipanggil serebit. Kain ini disangkutkan di bahu si pemakainya.

Sementara bagi kaum wanita Tidong, mereka memakai sejenis baju yang dipanggil entor kesuma. Baju ini diperbuat daripada kain sutera yang dipanggil ambun, biasanya berwarna kuning yang dilekat dengan benang emas dan dihiasi dengan manik serta labuci. Mereka juga menggenakan kain sarung yang dipanggil gabol. Kain sarung ini daripada sutera berwarna kuning dengan tekatan benang emas berhiaskan manik dan labuci. Untuk hiasan kepala mereka memakai makuta iaitu sejenis tiara yang dahulunya diperbuat daripada emas atau perak serta dihiasi intan permata. Kemudian mereka menyucukkan jamong. Jamong ini dicucukkan pada sanggul/ kembang goyang yang menghaisi sanggul dan diperbuat daripada emas dan perak.

Mereka juga memakai anting-anting atau subang yang menjadi penghias telinga dan diperbuat daripada perak, suasa ataupun emas. Sementara itu terdapat beberapa perhiasan lain yang digunakan wanita etnik Tidong ini ketika mengenakan pakaian tradisi mereka. Antara perhiasan itu ialah kubab pempulu. Kubab pempulu bermaksud dada burung yang menghiasi bahagian dada si pemakai.

Kubab pempulu ini diperbuat daripada kain baldu yang dilekat dengan benang emas berhiaskan manik dan labuci. Mereka juga memakai perhiasan dipanggil selukup udang. Hiasan ini dikenakan di bahagian lengan yang diukir indah mengikut bentuk burung, kupu-kupu dan sebagainya serta diperbuat daripada emas atau perak.

Turut dikenakan ialah gelang tawa. Iaitu sejenis hiasan yang dipakai di pergelangan tangan yang diukir indah pinggang yang dipanggil panding dan diperbuat daripada emas atau perak.

Selain itu mereka juga memakai gelang kaki yang dipanggil geruncung. Gelang kaki ini diperbuat daripada emas atau perak dan mereka juga mengenakan dundung iaitu kain selendang yang diperbuat daripada sutera yang dihiasi manik dan labuci.

RAHSIA MEMOTONG KUKU



Potong kuku ikut Sunnah Nabi tak susah mana pun , malahan kita akan dapat Pahala dan ganjaran nikmat dari Allah S.W.T , jika kita mengikuti ajaran Nabi , insyallah .. ^^



RASULULLAH S.A.W BERSABDA : yang ertinya : Barangsiapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada haridilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.




Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut. Jadi, kerat (potong) kuku bukan sembarang kerat tapi ada kaedahnya. yakinlah bahawa Islam itu indah ..


Sumber : SINI

BLOG INI TAK JADI DITUTUP


Alhamdulillah , lama jugak aku ambik masa untuk berfikir dan ini la jawapanya , blog ini tak jadi ditutup , tapi tema blog akan bertukar dari a journey to remember kepada blog informasi untuk semua ..

dan bermula pada hari ini , blog ini hanya akan berkongsi informasi untuk anda semua dan tidak akan ada lagi cerita peribadi mahupun kes emo'emo di dalam blog ini ..

segala informasi yang akan ada disini , semua itu hasil blog walking ke mana'mana blog atau website yang aku jejaki dengan izin tuan punya blog / website untuk aku copy-cat informasi yang terdapat dalam blog / website mereka ..

dengan izin Allah perjalanan blog ini akan di teruskan untuk ak berkongsi informasi kepada anda semua .. terima kasih kepada follower , silent reader , blog walking & whoever u are , kerana kehadiran anda memberi ku smangat untuk terus menjadi Khalifah Di Alam Maya ini ..

guys , you all should be welcome back to me, haha .. ^^




"Ya Allah , engkau permudahkanlah bagi ku setiap urusan hidup ku agar aku bisa hidup dengan tenang setelah aku memilih jalan ini sebagai pilihan hidupku amin" ..




Kredit: azmil

SELAMAT TINGGAL AJTR



Selamat tinggal AJTR , inilah ungkapan yang mampu aku ungkapkan di masa ini .. sedih .. memang cukup sedih .. hampir 4 tahun aku bertapak di AJTR ini dan finaly .. aku TERpaksa jugak pergi meninggalkan mu ..

Banyak cerita , derita , info , motivasi dan macam'macam lagi story aku ungkapkan disini since aku mula BERblog .. aku x da shoulder untuk cry dan AJTR ini la shoulder ku .. dan kini , ak lebih memilih untuk hidup sendiri lantaran dugaan yang terlalu berat untuk ku .. tiada lagi airmata yang ingin ku alirkan .. tiada lagi derita yang ingin ku ceritakan , tiada lagi suara yang ingin ku bahaskan .. dan ketahui la semua ini hanya luahan semata , sumpah tiada niat untuk mengeluh dengan takdir Tuhan ..

Berat hati mau tinggalkan dunia blogging ni , tapi aku TERpaksa demi kebahagiaan semua .. apa pun , wujudnya AJTR ini adalah ilham dari seorang kawan , kawan yang baik sangat dengan aku ..

Ok laa .. x mahu bersedih lagi , x mahu merintih lagi .. perjalanan aku dan AJTR berhenti sampai di sini sahaja .. dan selepas ini , x akan ada lagi suara hati yang merintih kepedihan disini ..

kepada semua follower blog , silent reader , unknown pengkomen , blog walking , otai-otai blogger (pengajar tutorial) dan sesiapa sahaja anda , terima kasih tidak terhingga kepada anda semua kerana sudi membaca , menjenguk , mengkomen dan apa sahaja tujuan anda berada di blog ini , terima kasih ku ucapkan ..

selama hampir 4 tahun aku berblog dengan AJTR blog ni , mungkin , ada tulisan jari jemari ku yang buat korang touching x puas hati , atau tulisan tuh ada sikit terpesong ato apa sahaja yang berkaitan ak dengan hati terbuka mohon maaf , ok ? harap kosong'kosong la kita ar .. sebab , aku juga manusia biasa macam kamu , tidak sempurna dan sedang mencari kesempurnaan di sebalik kisah silam ..

apa pun , penutupan AJTR ini bukan lah atas desakan mana'mana pihak .. tetapi atas sebab peribadi aku sendiri .. perjalanan ini amat sunyi lenteran kesulitan yang melanda diri , maafkan aku , kerana aku bukan manusia sempurna dan aku pun , sedang mencuba untuk bt dri ini smpurna .. dngn itu , ak akhiri dngan , wassalam .. ^^

SUSAHNYA MELUPAKAN MASALAH


Stress , fikiran pun bercelaru ntah pa'pa .. crita sana'sini aku dengar , yang terbaru c anu bin c anu cakap aku ngorat dia .. herm , god bless you dude .. yang saturang tuh plak , trus jak bercerita tentang ku d hujung bibir & jari , yang sorang lagi , terus menyokong , yang sorang lagi jadi batu asah .. kamurang taw x ? orang yang kamu aibkan ni pernah merasa manisnya kasih sayang bersama kamu , kamu taw x , orang yang kamu sakitkan ni pernah menangis dan tertawa bersama kamu , pernah duduk semeja menjamu selera , berjalan bersama kamu .. tersenyum lebar .. sekarang di mata kamu aku buat salah , kesalahan yang begitu besar bagi kamu , hingga kamu berani sebut nama keluarga & arwah bapak ak kat kubur , sehingga kamu berani burukan'burukan dan menceritakan kelemahan ku kat facebook korang atas nama untuk menjatuhkan aku .. korang pernah cakap korang sayang aku , sayang sebagai siblings , tapi once aku ada buat salah , kamu semua tuding jari ke muka ku , kalau iya aku yang salah kenapa bukan kamu yang bertangungjawab untuk buat aku bangkit dari kealpaan ni ?? kenapa pulak kamu bertanggungjawab untuk membuat aku down sampai macam nie??v kita mesti ingat kita tidak sempurna dan apa korang cakap tuh , itu masa silam ku dan mungkin juga kamu .. kenapa burukkan orang lain sedang diri sendiri tidak sempurna ??

aku sedar bahawa aku mesti "tabah hadapi dugaan dr ALLAH ni .. dan aku gak kena ingat , setiap apa yang berlaku ada hikmahnya .. ALLAH tu Maha Adil .. DIA tahu apa yang terbaik utk hambanya .. "

menyesal pun x da guna sudah , aku down betul'betul down , no souls ! menyesal x dengar nasihat asril dulu .. herm .. sorry dik .. only abg can back a time .. segalanya akan balik macam dulu'dulu , rindu kenangan kita lepak d pantai kuala putatan tuh .. ntah bila lagi dapat p sana .. macam ni la nasib bila , orang yang betul'betul berharga kita abaikan .. T-T ..

eza , ko la jugak harapan ku .. terima kasih untuk nasihat mu sayang .. at least aku boleh bernafas dengan tenang .. insyallah , akan ku cuba untuk mlupakan suma ni selagi aku bisa .. melupakan sesuatu bukan senang , apa lagi benda yang kita sudah lupa , tapi pihak lain masih lagi "bermain'main" dengan perkara tuh ..

apa pun , tiada apa yang mampu ku buat sebagai insan yang penuh kekurangan ni , aku tidak sempurna macam kamu , kamu lah yang sempurna di mata kamu tapi di mata Tuhan subhanallah .. hanya Tuhan yang tahu .. kesabaran manusia ada tahap .. selagi Tuhan izinkan , akan aku pertahankan pendirian ni .. Ya Allah , inilah dugaan paling berat bagi ku , apa salah dan dosa ku Ya Allah ?? bukankah mereka juga insan seperti ku ??

wassalam ..

ADAKAH DIRIMU KAWAN @ LAWAN ?



Jangan mengaku kawan kalau dia jatuh kita palingkan muka kita .. Jangan mengaku kawan , kalau dia tersesat kita membiarkanya .. Jangan mengaku kawan kalau dia berbuat salah , kita tidak menegur , sebaliknya mengumpat tentang keburukannya di belakangnya ..

Banyak orang tidak sedar kesalahan sendiri , maka itulah perlunya kawan yang baik , untuk saling melengkapi dan mengasihi .. Kerana Allah ..

Jangan menunding jari , mencari salah orang dan menyalahkan orang lain sebelum muhasabah diri dan periksa diri sendiri .. Jangan menganggap diri terlalu sempurna dan terlepas dari sebarang kemungkinan untuk melakukan kesilapan .. Jangan lupa bahawa sesungguhnya kita manusia sukar untuk nampak kesalahan sendiri , malah sebaliknya cenderung untuk nampak kesalahan dan keburukan orang lain .. Bak pepatah orang dulu-dulu , lebih kurang begini bunyinya;

"Kain sendiri koyak tak perasan, kain orang yang koyak kita nampak .."

Rahsia Allah , kita tidak tahu .. Perjalanan hidup kita , samada yang telah kita lalui ataupun bakal kita tempuhi , semuanya dalam pengetahuan-Nya .. Kita tidak tahu apa-apa .. Namun itu bukan alasan untuk kita mudah berputus asa dan menyalahkan takdir .. Bukan juga alasan untuk kita berpeluk tubuh dan membiarkan masa terus berlalu begitu sahaja .. Kita punyai usaha dan kudrat , akal dan minda , naluri dan perasaan , kehendak dan keinginan .. Kita punyai jasad dan tulang empat kerat .. Segalanya adalah anugerah dari-Nya .. Teruskanlah mara ke hadapan .. Berusahalah walau besar mana masalah yang datang ..

Sungguh kita tidak tahu apa yang bakal menanti kita di hadapan .. Namun janganlah risau , usah gentar .. Allah sentiasa ada bersama kita .. Sebelum kita lahir ke bumi , Dia kirimkan Rasul dan Al-Quran untuk membawa cahaya dan menunjukkan jalan yang lurus buat kita ..

Dan Dia tidak ciptakan kita sebatang kara .. Kita punyai ibu dan ayah .. Kita ada abang dan kakak , adik-adik dan saudara mara .. Kita punya kawan-kawan .. Semua orang perlukan teman .. Begitu juga saya , saya perlukan perlukan anda semua sebagai bahu dan kawan-kawan saya ..

Seiring dengan peredaran masa .. Kawan datang dan pergi .. Ada yang sentiasa setia di sisi , namun jumlahnya tidak banyak .. Beruntunglah andai kita miliki kawan yang setia itu .. Biarpun diperlembahan sekalipun , cahayanya tetap berkilauan .. Tidak kira susah atau senang , dia akan sentiasa bersama kita .. Andai kita terjatuh , dia akan menarik kita ke atas .. Andai kita tersesat , dia akan menunjukkan jalan yang betul .. Andai kita terbuat silap , dia akan menegur dan memperbaiki kesilapan kita .. Dia akan menutup aib kita dari orang lain .. Dia akan melindungi kita dari kedukaan .. Dia tidak akan memperbesar-besarkan kekurangan dan keburukan kita .. Dia tidak akan menyakiti hati kita sewenang-wenangnya .. Dia akan sentiasa mendoakan kita .. Sentiasa ..

Sebagai manusia yang punyai kekurangan dan kelemahan .. Saya juga perlukan kawan untuk terus berdiri teguh .. Nobody can live alone .. Terima kasih Tuhan kerana meminjamkan kawan-kawan yang sentiasa setia di sisi , mendoakan dan memberi pendorong untuk diri ini meneruskan kehidupan , biar susah atau senang ..






** maaf entri ini aku edit .. sumber motivasi ini dari : semut2comel

DUNIA BARU



Hari ahad yang sepi .. sepi tiada bicara .. sepi hidup ini .. terasa kosong kini setelah melonjak ke dunia baru .. aman duniaku tanpamu teman's .. maaf , ini pilihanku .. tiada gunanya berteman's andai derita juga yang kita dapat .. cerita & berita yang menkhabarkan derita .. siksa hidup ku tanggung sendiri , masing'masing antara kamu menjuruskan jari telunjuk ke muka ku .. aku redha .. aku redha andai ini salah ku .. terima kasih atas hinaan , walaupun yang sebenarnya apa yang aku harap adalah bimbingan dan bukan hinaan , terima kasih jua ucap ku yang pasti ..

kalau la aku mampu , aku maw buat sesuatu untuk memeriahkan segala yang mungkin bisa kurangkan airmata ini .. buat puzzle hati yang tak mungkin akan hancur dek kerana kabar angin yang bertiup kencang .. tapi Hidup ni tak siapa yang mampu maw duga kemungkinan yang hadir kan ? kalau lah kita mampu mau ukur sejauh mana perjalanan hidup kita pasti kita tidak akan buat sesuatu kesilapan kan ? ini sudah jadi lumrah Manusia penuh dengan khilaf ..

someone miss me ? alhamdulillah .. terima kasih untuk rindu itu .. tapi much better kau labuhkan rindu mu pada pencipta dan cinta mu , bukan dengan aku insan yang serba kekurangan , hina & jijik d mata orang tuh .. kerna aku tidak lagi layak untuk jalan bersamamu .. kerna jalan yang aku pilih terlalu luas & indah untuk insan seperti kamu .. berjalanlah bersama mereka , kerna mereka insan terpilih , suci lahir dan batin ..

selamat tinggal kenangan .. ak doakan yang terbaik bagi kamu semua (walaupun katanya , ak tidak layak menyebut nama Tuhan) .. ak juga akan selalu doakan kebahagian dalam kehidupan teman'teman ku .. ak diam tak bermakna ak tak menghalang tiap apa yang terjadi , sabar itu lah yang ku pegang .. biar diam seribu bahasa namun hati sering berdoa .. biar tangis menyelubungi malam , namun di hadapan kelak kehidupan penuh dengan gelak tawa .. ya , siapa tahu , apa yang terjadi ini pasti ada hikmahnya di hadapan sedang menanti .. ingatlah teman's , disuatu sudut lain pasti akan sentiasa ada yang sedang memerhati , menilai dan menghakimi kita .. kerana kita bukan Tuhan untuk menghakimi sesama kita ..


Hidayah Allah datang dalam tidak disangka-sangka. Namun kadang-kadang kita sengaja palingkan wajah. Tidak mahu membuka hati dan mengizinkan hidayah itu singgah ke hati kita. Mungkin kita masih tercari-cari, atau barangkali kita kata, nanti-nantilah. Tapi jangan kita lupa, mati itu pasti dan kita tidak tahu bila. Jangan lupa bahawa sesungguhnya dunia hanya sementara, akhirat itu yang abadi. Bantu membantulah kita ke arah kebaikan. Dan janganlah kita bantu membantu ke arah keburukan. Pandang kiri dan kanan. Mungkin di satu sudut, sahabat kita perlukan sokongan dan bimbingan dari kita. Toleh kanan dan kiri, mungkin di sebelah kita, sahabat kita meraba-raba dalam kegelapan menunggu kita memimpin tangannya.


I'm sorry for all my mistakes that might hurt you guys in all ways ..

SABAR & TABAH JALAN TERBAIK




Beberapa hari ni aku sunyi dari dunia blogging .. bukan kerana aku busy .. tapi .. ntah laa .. hard to say .. someone judge me like he's my lordness .. but it's ok , i just leave it to be da past .. biarkan lah orang berbicara ikut suka hati dorang .. fitnah or whatever .. let it .. biar aku suffer , yang penting kamu happy , it's more then enough .. tapi kebenaran hanya ada dengan aku ..makesure ur own hand a clean b4 u point it to me , ok ? .. bukan ku mau menbencik pun , tapi ni jalan terbaik bagi aku , sorry guys , aku TERpaksa ignore korang suma , lupakanlah perkenalan kita yang udha bertahun tu k .. x da makna nya wey .. aku ingat kamu boleh jadi my shoulder , tau'tau kamu la pulak jadi batu asah , kann ? gud laa .. sedarkan aku kalau kamu taw aku salah dan bukan plak kamu tambah kan lagi masalah yang sedia ada ni , ini ka yang di namakan sibling ? mana sifat brotherhood kamu ni ? glad to b ur brother adik'adik ku , aku maw kamu taw , past is past .. yang menghina , terima kasih atas hinaan .. carik cermin dan cermin la diri kita .. sempurna ka kita ?? think twice .. :)

bah , lupakan tentang itu , b gentleman .. crita pasal study better , ujian 1 sudah selesai (alangkah indahnya kalau suma masalah ni selesai like ujian 1) .. 17 hb start midterm , hehe , cepat ni bah masa berlalu .. macam baru kemarin daftar new sem dan for sure ndak lama lagi 2010 melabuhkan tirai dan 2011 pula akan muncul , makin tua aku wey !!

by the way , masalah yang datang jangan terlalu di pikirkan , masalah ni if terlalu d pikir , mmg akan membebankan , tapi if d lupakan , ianya akan hilang .. sapa lah yang maw masalah kann ? tapi masalah dan hidup adalah sepupu sepapat , ndak dapat di pisahkan , kerana no body is perfect .. apa yang penting sabar dan tabah adalah jalan terbaik untuk hilangkan tekanan yang mencengkam .. suma masalah yang datang for a reason , masalah tuh tidak akan datang kalau teda alasan yang kukuh ; for this happen .. apa yang penting , learnt from mistake , n try to regret ..



ourait .. time to sleep ..

KENAPA AKU DI UJI SEBEGINI ?


Ini sebagai peringatan kepada yang tidak suka orang yang emo'emo macam aku , coretan ni hanya luahan biasa insan yang tidak pernah sempurna di sisi Tuhan .. Akal aku letakkan di atas , nafsu aku ketepikan nun jauh di suatu sudut .. Seindah dan sebahagia mana pun kegembiraan yang kita miliki pasti akan ada luruhnya , seperti pasang dan surutnya air laut .. Segagah mana pun usaha pasti akan ada jatuhnya .. Sememangnya sudah jadi lumrah bukan sifat manusia yang mana mungkin akan senang melihat kebahagiaan hidup orang lain ..

Aku punya satu impian yang terlalu tinggu untuk aku capai .. Maka tak mustahil jika apa yang aku lakukan mungkin lebih dari orang lain dan hasilnya sudah tentu untuk keuntungan aku sendiri ..

Berusaha dengan jujur dan ikhlas , itu yang patut dilakukan dan bukan mengambil hak orang lain sebagai hak sendiri dan tak menjadi masalah kalau usaha lebih mendapat perhatian yang lebih dan kenapa pulangan yang lebih kerana usaha menjadi bualan belakang yang kadang kala menanahkan telinga .. Sedarkah itu menjadi tabiat ataupun dengan kata lain budaya yang cukup-cukup sempurna untuk mendewasakan sifat kelalaian diri !

Aku sedar , apa yang kita miliki , hanya bersifat sementara .. seperti langit , bukan selalunya cerah .. kadang langit juak akan mendung .. begitu juga dengan aku .. ada masanya , hari ku begitu ceria , ada masanya hari ku begitu down .. namun aku sedar , semua ini dugaan Tuhan untuk mendewasa dan mematangkan aku ..

by the way , aku sedar , tiap apa yang berlaku for the reason , mesti ada alasan kan ? it's ok , apa yang perlu di buat , adalah sabar itu pun ckup da kan ..

here ; komen ugutan , hahax , gud luck kepada anda .. later kita meet on muka pengadilan , k ? get ready laa .. dari gaya bahasa n ip address aku boleh agak ko sapa , tapi tak perlu lah mo tergesa'gesa , rilex , pelan'pelan.. biar Tuhan yang show siapa ko kepada umum ..





teda maaf bagi mu after aku taw ko sapa dengan bukti'bukti yang cukup untuk jatuhkan ko balik , dari gaya bahasa mesej tuh , aku boleh agak ko sapa & dari status fb ko yang aku baca kemarin (28/11/2010) , semua brkaitan dengan komen di atas tuh , kebetulan ka ? hahax , get ready !! sekian .. berani kerana benar , takut kerana salah ..

AKU MENCORET LAGI




Adeyh , aku buang tabiat kot ni .. malam'malam buta baru ada mud mau berblog , haha , bz bah .. macam artis la pulak hahaha .. exam oh exam , skang ni minggu BERexam so sunyi sepi la seketika dunia ku .. hahax ..

mau cerita pasal movie ni ; ada 1 muvie ni tajuknya 2 alam , adeyh insaf beb .. bek korang tengok .. hehehe .. dan movie satu ni plak tajuknya The 3 Next Day ; cerita ntah pa'pa dah la almost 2 jam lebih , action x da , drama jak lebeh .. boring ! hampessss .. menyesal tengok , purpose n pengajaran langsung x dpat catcth dalam muvie tuh , it just worst my time only , sigh !

rindu beb ! rindu dengan kemesraan lalu dengan bff adeyh .. derita merindu la pulak ! hahax .. by the way , rindu ini tetap ku labuhkan untuk suma teman's ku .. kcuali untuk dya yang begelar haters no rindu for u after u broke my heart !!

fuhhh .. macam x da crita ni bah .. lately aku kinda bz .. kinda bz dengan exam yang bakal tiba .. kinda bz dengan plants vs. zombie gak , hahax .. tapi bz'bz pun aku maseh ada masa g untuk corat'coret d blog ni even x da cerita .. ok laa , time to sleep .. zZzZzZzZzZzZz ... :p

cinta ; sayang dan rindu ku padamu x kan ada penghujungnya kerana 'i write circle for our relationship' pcyalah , even kuat mana pun dugaan yang bertandang , sayang ku padamu x sikit pun terhakis ..

SEKIAN LAMA TAK BERBLOG



Wah , it's been long time aku ndak update blog kann ? busy ? is'nt great reason , hahaha , surely banyak cerita yang aku mo kongsi bersama here .. erm .. lets check it out ..

lamaa betul aku bercuti kann ? cuti'cuti malaysia la katakan , till final exam pun aku x amik , haha .. dak lucu pun tuh .. almost 3 bulan ouh aku bercuti ..

by the way , aku ingat aku di final semester sudah taw'taw aku maseh lage ada 1 semester ni bah , thats mean aku abis study on okt'11 .. OMG lamanya lage bah sigh ! sampai tua laa aku ni beperang d Kolej PTPL adeyh .. hanya kerana KAU yang bernama useless hidup aku worst , sigh !

aha , aku benci koe , dan kau adalah my haters , dasar loser berani buat ndak plak brani tanggung , boi , bukan sifat seorang lelaki sejati yang apabila insan lain berkongsi suka dan duka dalam cerita hidup nya dengan kita , kita ceritakan pulak dengan orang lain atas nama apa sekalipun , coomond laa , b manly , plz watch ur mouth , cukup koe jaga hidup koe , ok sudah tuh , dun judge me by ur voice , ok .. sudah buat salah , dak lage taw mau ask sorry .. ko kalah sudah tu , plz laa .. we're muslim boi .. respect ur agama ..

aku bukan artis pun , tapi ntah la wey , macam'macam cerita hot tentang aku yang aku dengar , hahax .. lucu'lucu , whatever laa , fitnah ni cara loser , cara da winner is b patient , insyallah , god always b there wif me .. yeaah , no one can trusted now , so b carefull .. i watch my step carefully , what will be , i let it be , bcoz i trust only ALLAH as my god and i'll find da way .. ok'ok stop it !

adeyh , semester neyh aku amik 1 subjek jax , subjek yg sangat'sangat penting bagi aku .. aku dak da subjek da ni actually , wait for graduation time jak lage .. tapi atas sebab yang betul'betul tidak dapat di elakkan aku TERpaksa amik balik subjek semester lalu , sedih haku ! kawan seperjuangan sudah grad's , aku masih ag terpinga'pinga depan lecturer dengan subjek yang sama .. sobss .. sobsss ..

by the way , apa yang terjadi pada 31 okt 2010 jam 5.15 pm tuh , memang really hard to say , aku pun dak mau ingat lae , make me sad syak tuh , benda tuh terjadi depan mataa ku sendiri , dugaan ?? mungkin jugak , dude , never ask me what happen , coz the reason is Allah is our god ; lage aku sad bila terang'terang orang perlukan pertolongan tat time , tapi teda saturang pun yang menghulurkan pertolongan tuh even tat time ramai orang kat tempat tuh , it's ok , budaya masyarakat sekarang kot , lagi suka jadi penonton daripada jadi rela , i hate pilak !! really hate !! dasar !! T-T ..

raya'raya rayaaa , selamat hari rayaa , hehehe , raya tahun ni , x berapa meriah , tapi ok laa .. anyway , semester baru sudah pun bermula 2 minggu yang lalu , cepat betul masa berlalu , next week ujian 1 daa .. hehe .. macam aku belum sedia ni bah .. adeyh .. skang memang minggu BERexam kot .. ahax , kalik bah .. aha , aku pun baru jax 100% sembuh dari demam ni , ntah laa demam apa tuh , campak ka apa , let it to b da pass ..

BFF ?? aku rindu kenangan kita semua bersama , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 & 8 .. 1 sedang merindui kalian semua .. ntah bila ag kita semua dapat bergelak ketawa , macam dulu'dulu kann , mungkin dak da masa lagi kot , ntah laa , suma nya udha hancur hanya kerana kata fitnah c number * it's ok , sabar jak .. skang , tinggal aku dengan milah , milah la jugak harapan , hahaha , yang lain udha abis study & ada yang bz keja , yang satu tu , jan tanyak laa , sab he not my friend anymore , out of list !! loser , haha .. whatever ..

number 6 & 8 tiada dalam gambar atas sebab tertentu ..


cinta , hidup ku x sempurna tanpa mu , tapi kerana kata fitnah yang hadir , hati ku luluh untuk itu , cinta .. aku jujur untuk mu , tapi andai ini suratan takdir , plz , buka hati mu untuk menerima ketentuan ini sayang , jangan pernah menyesali sebuah pertemuan itu , kerana di mana da pertemuan , di situ adanya perpisahan ..

late ni sudah nii .. sampai sini jak karangan ku ar ..