I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

Showing posts with label RENUNGAN. Show all posts
Showing posts with label RENUNGAN. Show all posts

ADAKAH DIRIMU KAWAN @ LAWAN ?



Jangan mengaku kawan kalau dia jatuh kita palingkan muka kita .. Jangan mengaku kawan , kalau dia tersesat kita membiarkanya .. Jangan mengaku kawan kalau dia berbuat salah , kita tidak menegur , sebaliknya mengumpat tentang keburukannya di belakangnya ..

Banyak orang tidak sedar kesalahan sendiri , maka itulah perlunya kawan yang baik , untuk saling melengkapi dan mengasihi .. Kerana Allah ..

Jangan menunding jari , mencari salah orang dan menyalahkan orang lain sebelum muhasabah diri dan periksa diri sendiri .. Jangan menganggap diri terlalu sempurna dan terlepas dari sebarang kemungkinan untuk melakukan kesilapan .. Jangan lupa bahawa sesungguhnya kita manusia sukar untuk nampak kesalahan sendiri , malah sebaliknya cenderung untuk nampak kesalahan dan keburukan orang lain .. Bak pepatah orang dulu-dulu , lebih kurang begini bunyinya;

"Kain sendiri koyak tak perasan, kain orang yang koyak kita nampak .."

Rahsia Allah , kita tidak tahu .. Perjalanan hidup kita , samada yang telah kita lalui ataupun bakal kita tempuhi , semuanya dalam pengetahuan-Nya .. Kita tidak tahu apa-apa .. Namun itu bukan alasan untuk kita mudah berputus asa dan menyalahkan takdir .. Bukan juga alasan untuk kita berpeluk tubuh dan membiarkan masa terus berlalu begitu sahaja .. Kita punyai usaha dan kudrat , akal dan minda , naluri dan perasaan , kehendak dan keinginan .. Kita punyai jasad dan tulang empat kerat .. Segalanya adalah anugerah dari-Nya .. Teruskanlah mara ke hadapan .. Berusahalah walau besar mana masalah yang datang ..

Sungguh kita tidak tahu apa yang bakal menanti kita di hadapan .. Namun janganlah risau , usah gentar .. Allah sentiasa ada bersama kita .. Sebelum kita lahir ke bumi , Dia kirimkan Rasul dan Al-Quran untuk membawa cahaya dan menunjukkan jalan yang lurus buat kita ..

Dan Dia tidak ciptakan kita sebatang kara .. Kita punyai ibu dan ayah .. Kita ada abang dan kakak , adik-adik dan saudara mara .. Kita punya kawan-kawan .. Semua orang perlukan teman .. Begitu juga saya , saya perlukan perlukan anda semua sebagai bahu dan kawan-kawan saya ..

Seiring dengan peredaran masa .. Kawan datang dan pergi .. Ada yang sentiasa setia di sisi , namun jumlahnya tidak banyak .. Beruntunglah andai kita miliki kawan yang setia itu .. Biarpun diperlembahan sekalipun , cahayanya tetap berkilauan .. Tidak kira susah atau senang , dia akan sentiasa bersama kita .. Andai kita terjatuh , dia akan menarik kita ke atas .. Andai kita tersesat , dia akan menunjukkan jalan yang betul .. Andai kita terbuat silap , dia akan menegur dan memperbaiki kesilapan kita .. Dia akan menutup aib kita dari orang lain .. Dia akan melindungi kita dari kedukaan .. Dia tidak akan memperbesar-besarkan kekurangan dan keburukan kita .. Dia tidak akan menyakiti hati kita sewenang-wenangnya .. Dia akan sentiasa mendoakan kita .. Sentiasa ..

Sebagai manusia yang punyai kekurangan dan kelemahan .. Saya juga perlukan kawan untuk terus berdiri teguh .. Nobody can live alone .. Terima kasih Tuhan kerana meminjamkan kawan-kawan yang sentiasa setia di sisi , mendoakan dan memberi pendorong untuk diri ini meneruskan kehidupan , biar susah atau senang ..






** maaf entri ini aku edit .. sumber motivasi ini dari : semut2comel

MALAM PERTAMA KITA



Satu hal sebagai bahan renungan Kita... Untuk merenungkan indahnya malam pertama, Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata, Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa, Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu mempelai sangat dimanjakan, Mandi pun harus dimandikan, Seluruh badan Kita terbuka.. Tak ada sehelai benang pun menutupinya. . Tak ada sedikit pun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan , Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita.... Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. Kita pun dipakaikan gaun cantik berwarna putih, Kain itu jarang orang memakainya.. Karena sangat terkenal bernama Kafan, Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala, badan dan kaki diikatkan, Tataplah.. tataplah.. itulah wajah Kita, Keranda pelaminan langsung disiapkan Pengantin bersanding sendirian..

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga, Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul, Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga, Serta rasa haru para handai taulan, Gamelan syahdu bersyairkan azan dan kalimah Dzikir, Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat, Saksi-saksinya nisan-nisan yang telah tiba dahulu, Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan Dan akhirnya tiba masa pengantin Menunggu dan ditinggal sendirian, Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.. Sang Malaikat lalu bertanya Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur... Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.. Kita tak tahu Dan tak seorangpun yang tahu..

Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju
ke "Malam Pertama Kita"



PLEASE ! CLICK ME

9 JENIS SYAITAN




Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

SEKADAR RENUNGAN..



Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini.. kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu.. tapi mengeja.. ;-)

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku.. Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah, tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun.. lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk
menyelamatkan diri.. daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu.. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang (munafik) hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.. Macammana.. adakah kita rasa lawak dgn cerita di atas? selain terhibur anda fikirlahlah kebenarannya...



"Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya.. kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi.."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali je.. bila time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama.

Lawak kan??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka email ni
untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? wallahuaallam..

VIRUS MERAH JAMBU??


Pernah tidak kamu buka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa buat hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu?

Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan. Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman.

Tapi survey juga membuktikan bahwa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi.Exe atau file C:ImanRajinIbadah.doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena jangkitan virus ini.

Untuk mengelak virus merah jambu ini merebak dengan lebih teruk dalam diri kita semua, kita kena la rajin membuka file C:ImanCintaIlahi.Exe atau file C:ImanRajinIbadah.doc yang berada dalam paket software antivirus merah jambu tersebut.

HANYA SEKADAR RENUNGAN


Entri ni aku dapat dari buletin FRIENDSTER SAYA entri ni macam baik jek untuk di kongsi, so saya letak dalam sini..

Asalamualaikum dan salam sjahtera sume warga MALAYSIA..!!
semoga sihat2 selalu di samping "masjid" itu pun jika dah tubuh kan "masjid"
klu ada yg belom d harap smoga cpt2 la bina "masjid" tue,bab hidup nie skali jea jgn sia-sia kan peluang yg ada..

Aku manaip nie bukan la nak buat lawak bodoh mmg dah bodoh pun aku nie so x pyah la nak tmbh kan laG kebodohan yg telah lama terpendam (mcm tenaga batin yg terpendam la plak), tetapi aku manaip nie nak bincang kan tntg belia2 zaman kini yg telah lari dari perjuangan untk berbakti kpdIbubapa, Agama,bangsa dan Negara, cukup la berbakti pda Ibu bapa walaupun skecil2nya, yg penting korg ada usaha dan bakti pda msyrakat n semua, jgn kita lalai dgn hiburan yg kita cipta dan bangga kan walaupun hiburan ini dah bukti kan bahawa perjuangan UG slma ini xsia2 bila 2 band indie dah mjaD juara lagu (korg pasT tau juga 2 band yg aku maksudkan so xpyah la akuh sbut). walaupun bgitu masyarakat tetap pndang serong terhadap kita sbab apa..??

sbab budi baik kita mcm mna..?

sbab gaya idup kita mcm mna..?


Walaupun kita xckp kita xambil dadah, tetapi masyrakt ttp pndang kita sbgai sorg penagih, ubah la pdangan org lain trhadap diri kita, ubah la pndangan negara trhadap label kita ini, jgn jaD kan hiburan yg kita cipta sdiri melalaikan kita shingga Negara trabai, cuba cri jln lain untk ubah persepsi org lain trhadap kita,
cuba cri jln bukan dari kebolehan kita (pemuzik).

aku bgi contoh..

aku tau korg sume ada community yg besar, bnyk bdk2 yg mmg best, so apa laG cuba guna kan kekuatan community korg (kerjasama member apa guna la community klu tada yg brkerjasama),

pergi ke rumah2 org tua,

pergi ke rumah ank2 yatimpiatu,

pergi ke masjid untk membersih kan kawasan masjid (kpd yg muslim)

bntu2 mereka lah mereka yg susah,

"walaupun hidup kita dah cukup mudah dari org2 lain, tetap kita msih laG merunggut dgn apa yg ada, manusia xboLeh nak puas ati, sbab nafsu tue sampai mati pun ada"

fikir2 kan la yah.. jgn lalai dgn hiburan yg kita ada, skali skala kena lupa kan juga, buat kerja tue biar la brsnguh2 walaupun nak benam kan paku kdlm kayu.
(mmg snang nak benam kan paku kdlm kayu tapi fikir kan usaha yg d lakukan,jika perlahan korg ketuk maka lmbat la proses nak abis, jikalau korg pukul dgn skuat hati maka cpt la trbenam paku itu)
cara nak lakukan suatu perkara klu nak d ikot kan mmg bnyk, ada yg lmbt ada yg cpt,
taP sume nya bergantung dgn usaha yg anda lakukan, (sengaja nak bgi lari tajuk nak buka kan skit fikirkan korg tue) so buka minda, buka fikiran, otak untk brfikir bukan d buat jaD koleksi kat dlm agota bndan, so guna kan la otak anda untk brfikir,
bgi conteng2 skit otak tue dgn idea2 yg boleh membntu masyarakat sjagat,
agar matlamat stiap insan dan negara trcapai.. maju la warga MALAYSIA!

JANGAN LALAI DENGAN HIBURAN YG KITA SENDIRI CIPTA KERANA IA AKAN MEMBAWA PADAH KPD KITA SUATU ARI NNT BILA SEMUA NYA LALAI!! INGAT2 LA WAHAI SAUDARA KU, TEMAN RAKAN2 KU, FAMILY (tue pun klu ada kuarga aju yang baca entri ni) DAN UNTUK DIRI SENDIRI JUGAK.

Kredit: ohHBEY ☼ MATidupKEMBALI

SEKADAR RENUNGAN


Entri ni aku dapat dari buletin FRIENDSTER SAYA entri ni macam baik jek untuk di kongsi, so saya letak dalam sini..

Dunia nak kiamat !

Message untuk anda: sebelum anda membaca lebih lanjut entri ini, katakan la yang anda akan menyampaikan mesej ini kepda kawan-kawan anda yang lain selepas habis membaca entri ini.

Wahai Manusia, adakah iman kamu kuat atau lemah? adakah kamu berani untuk melawan DAJJAL? iman kamu hendaklah kuat dan hendaklah kamu jangan
memikirkan kamu kuat! ​surat-​surat berantai, mesej palsu, mesej nasib
semua tidak bagus. ​mempercayai nasib adalah fasik. ​hendaklah kamu membaca surah al-kahfi pada setiap masa yang lapang. Dajjal akan keluar apabila Masjidil Aqsa tidak berazan selama 5 atau 7 hari. Kemungkinan pada 21/12/2012. ramai orang fikir itu
tarikh kiamat. TIDAK!!!! Nabi Isa tidak turun utuk berdakwah lagi selama 7 tahun!! Dajjal ada 30. Semuanya akan insaf sebelum mati. dikatakan Dajjal benar-benar akan berkuasa selama 44 hari atau tahun. JAMGAM TAKUT.. Dajjal tidak boleh masuk Baitul Maqdis, Mekah dan Madinah. Ya'juj dan Makjuj tidak muncul lagi. Kaum yang telah di kepung dan diperangkap oleh Raja Zulqarnain dan kaumnya serta membina dinding tinggi
yang diperbuat daripada besi dan tembaga. Haiwan yang aneh,​ Ad-​dabah,​ tidak keluar lagi. haiwan sepanjang 60 hasta ini membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman. Matahari masih tidak terbit dari tempat terbenamnya bermakna pintu taubat
masih terbuka. Kekurangan gempa bumi dan gunug berapi mengakibatkan tekanan pada bumi lalu mereka bencana terbesar di Dunia. Laut akan kering dan menjadi gurun. Neraka Jahannam akan terbuka pintunya. Kiamat akan berlaku apabila tiada orang
menyebut nama ALLAH.


Kredit: xXHelmIXx xXBushidoXx