I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

CARA MEMILIH SAHABAT



Berikut merupakan 5 NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Sumber: pendakwah muda

Jadilah sahabat yang hadirnya dinanti dan perginya ditangisi kerana mencari sahabat yang setia dan jujur ibarat mencari sebutir permata disebalik timbunan kaca-kaca(^_~)

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan
dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan
mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering berhadapan dengan pelbagai ujian, tetapi
persahabatan sejati boleh mengatasi ujian itu bahkan
membesar bersama kerananya…

Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi
memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi,
demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya. Persahabatan
diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur, disakiti,
diperhatikan, dikecewakan, didengar, diabaikan, dibantu, ditolak,
namun semua ini bukan sengaja di berikan
dengan tujuan kebencian.

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan
untuk menghindari perselisihan, justru kerana kasihnya
ia memberanikan diri menegur yang sepatutnya.

Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman,
tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan
dengan tujuan sahabatnya mahu berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha
pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita
memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi
mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih
dari orang lain, tetapi justru ia beriinisiatif memberikan
dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya.

Kerinduannya adalah menjadi bagian dari kehidupan sahabatnya,
kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap ego.
Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati,
namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.
Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun
ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.



ADD MY FACEBOOK

CARA KREATIF IKAT TALI KASUT



Coretan kali ini lain dari yang lain, kali ini aku kongsi cara untuk mengikat tali kasut supaya nampak more smart, kreatif and fashionable lah kata orang zaman moden ni.. Coretan ni hasil penjelajahan ku yang tak sudah kat engin carian yahoo berkenaan cara ikat tali kasut aku terjumpa gambar-gambar menarik ni, lepas tu muncul idea untuk buat postingan.



























Try da best untill u've done guys, never fade up ! good luck :)

Filter your mind, get the truth intelligence is like underwear,evryone has it but you don't have to show it off.. Never argue with idiots, they drag you down to their level then beat you with experience..


ADD MY FACEBOOK

KANDUNGAN ROKOK



Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “kamar gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.

Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling. Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.
Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.
Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :

- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awalKesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

Faedah Berhenti Merokok

- Hidup lebih lama
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.
Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, “Aku bukan perokok”
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok.




PLEASE ! CLICK ME

MAKNA AIRMATA




Pernahkah anda menangis?

Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?

Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.

Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan.

>Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.

Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:


# Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
# Menangis kerana rasa takut.
# Menangis kerana cinta.
# Menangis kerana gembira.
# Menangis kerana menghadapi penderitaan.
# Menangis kerana terlalu sedih.
# Menangis kerana terasa hina dan lemah.
# Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
# Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
# Menangis orang munafik - pura-pura menangis.


Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka.

Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.

Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:

# Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat.
# Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
# Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.


Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud: “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.

# Apabila dahinya berpeluh.
# Air matanya berlinang.
# Hidungnya keluar cecair.


Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t.

Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

25 PESANAN LUQMAN AL-HAKIM



Ada 25 Pesanan Lukman Al-Hakim Yang Patut Kita Ikuti.
01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut (takwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

20 TANDA LELAKI JATUH CINTA



Ada 20 tanda yang menunjukan lelaki itu benar-benar jatuh cinta, antaranya:

1. Lelaki akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara ntuk kekasihnya dengan rela hati bukan kerana terpaksa atau dipaksa.

2. Lelaki akan sentiasa ingin menghiburkan kekasih hatinya dan berubah menjadi orang yang suka berbual.

3. Lelaki akan kerap menasihati dan memberi pandangan kepada kekasihnya sebagai tanda dia menyayangi kekasihnya itu.

4. Kadangkala lelaki cuba menyekat kebebasan kekasihnya kerana wujudnya perasaan cemburu dan curiga.

5. Lelaki sentiasa berasa takut akan kehilangan kekasihnya.

6. Lelaki tidak menyukai sekiranya kekasih hatinya rapat atau berkawan dengan lelaki lain.

7. Apabila kekasihnya tidak memberi tumpuan sepenuhnya, lelaki akan mudah berasa cemburu dan sensitif.

8. Adakalanya lelaki bersikap seperti keanak-anakan kerana mahukan perhatian dan layanan daripada kekasihnya.

9. Lelaki akan berubah menjadi seorang yang rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.

10. Lelaki mula pandai merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

11. Lelaki akan mula berasa risau dan curiga apabila kekasihnya berjauhan darinya dalam tempoh yang lama.

12. Lelaki akan sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya kerana dia lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

13. Lelaki akan kerap bertanyakan sedalam mana cinta kekasihnya terhadap dirinya.

14. Lelaki tidak akan melayan perempuan lain jika tiada urusan penting.

15. Lelaki akan cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu.

16. Lelaki akan cuba membanggakan kekasihnya di depan kawan-kawan atau orang lain.

17. Apabila putus cinta, lelaki mudah berasa serik dan wujudnya rasa tidak percaya dengan cinta perempuan lain. Pada masa yang sama, dia mengharapkan kekasihnya kembali.

18. Lelaki menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta mahupun nyawa.

19. Lelaki tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya. Tetapi apabila mereka curang ini bermakna kasih sayang terhadap kekasihnya itu belum sepenuhnya.

20. Tidak semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya kerana seorang perempuan.

TIPS SEMASA INGIN MENGHADIRI TEMUDUGA


Objektif Penemuduga

Anda pasti mempunyai objektif anda yang tersendiri apabila memohon sesuatu pekerjaan, dan apabila anda dipanggil untuk ditemuduga, anda juga mungkin mempunyai matlamat yang anda ingin capai sekiranya berjaya melepasi temuduga tersebut. Ya anda sudah tentunya tahu akan objektif anda sendiri.

Tapi tahukah anda akan objektif penemuduga anda? Untuk berjaya dalam temuduga, anda perlulah mengetahui objektif penemuduga anda.

Berikut adalah diantara objektif-objektif penemuduga. Lazimnya, penemuduga akan mencari calon dengan ciri-ciri berikut :

- Kebolehan berkomunikasi yang baik
- Mempunyai kelayakan yang relevan
- Bersemangat
- Berinisiatif
- Mempunyai rekod pekerjaan/pelajaran yang baik
- Berwatakan Menarik

Nilaikan diri anda

Sebelum anda menghadiri temuduga, anda seharusnya sudah dapat menilai diri anda sendiri sebelum dinilaikan oleh penemuduga. Anda perlu melihat diri anda dari segi:-

- Kelebihan diri sendiri
- Personaliti
- Pencapaian Akademik dan Pekerjaan
- Kekuatan dan kelemahan
- Persepsi
- Pengetahuan Am
- Pengalaman Kerja

Kebanyakkan soalan penemuduga berkisar kepada aspek-aspek diatas. Cuba selami diri anda, dan senaraikan butir-butir tersebut, kenalpasti kelemahan anda dan cuba perbaikinya sebelum menghadiri temuduga.

Ini dapat memastikan anda dapat menjawab soalan penemuduga dengan lebih yakin dan positif.

Tingkahlaku dan Adab Semasa Temuduga #1

Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja.

- Ucapkan “Assalamualaikum / Salam”, “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda danpenemuduga.

- Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.

- Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan.

- Jangan menggelisah.

- Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.

- Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.

- Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini.

- Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu

Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.

- Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat.

- Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar.

- Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel.

- Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya.

- Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.

- Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.

Tingkahlaku dan Adab Semasa Temuduga #2

- Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.

- Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda.

- Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.

- Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.

- Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.

- Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.

- Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.

- Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.

- Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.

- Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.

- Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.

- Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.

- Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

Kawal emosi semasa temuduga

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah :

- Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda.

- Jawab dengan jelas dan lantang,

- Kikiskan sifat ego anda,

- Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas.

- Banyakkan senyuman.

- Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain.

- Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan.

- Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.

Perkara yang menjelikkan penemuduga

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :

- Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan.

- Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga.

- Mengelak dari menjawab soalan penemuduga.

- Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda.

- Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal.

- Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda

Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut. Diharap dengan maklumat tersebut akan sedikit sebanyak membantu anda untuk berjaya semasa ditemuduga.


Kredit: SINI

10 TIPS MENINGKATKAN KEUPAYAAN MINDA



Seperti mana anggota tubuh yang lain, keupayaan minda akan mula menurun apabila manusia semakin tua. Akan tetapi kita boleh mempertahankan dan melambatkan proses peneuaan minda… diantaranya ialah dengan:

1) Bersenam

Tubuh yang sihat biasanya menunjukkan minda yang sihat. Kajian saintis menunjukkan bersenam membantu otak menghasilkan sel-sel yang baru dan senaman juga menstimulasikan otak pada bahagian yang di kaitkan dengan memori dan juga pembelajaran. Rajin-rajinlah bersenam sekurang-kurang 3 kali seminggu.

2) Sentiasa mempelajari benda yang baru

Kebanyakkan dari kita biasanya akan berhenti belajar apabila telah mencapai peringkat degree atau master ataupun PhD. Akan tetapi kalau kita terus belajar maka keupayaan minda akan terus berkembang. Bagaimanakah caranya untuk mencabar minda? Diantaranya ialah dengan mempelajari alat-alat musik, hobi baru (seperti melukis, menunggang basikal, mendaki bukit dll), mempelajari bahasa asing ataupun belajar memasak… kata kuncinya ialah mempelajari benda-benda baru

3) Stimulasi minda

Dalam ertikata lain mencabar minda dengan aktiviti atau permainan seperti soduku, crossword dan sebagainya.

4) Interaksi sosial

Ianya bermaksud mencari kawan baru dan berhubung dengan kawan-kawan. Apabila kita berinteraksi dengan kawan-kawan secara tidak langsung minda akan semakin aktif apabila kita berborak-borak mengenai isu semasa dan juga benda-benda baru.

5) Tidur dan tidur-tidur ayam

Tidur memainkan peranan penting di dalam mempertingkatkan keupayaan minda. Semasa kita tidur sel-sel neuron baru otak akan dihasilkan dan sel-sel neuron otak yang rosak juga di perbaiki. Kalau tak cukup tidur boleh mengakibatkan sel-sel neuron otak tidak sempat di perbaiki dan menyebabkan otak berfungsi tidak dengan sepenuhnya pada kesokan harinya. Kajian saintis juga menunjukkan tidur selama 1 jam pada waktu petang juga boleh meningkatkan daya ingatan…

6) Atasi stres

Kurangkan stres anda, walaupun sukar nak mengelakkan stres di dalam kehidupan sehari-hari… Di antara cara-caranya ialah denga berfikiran positif, bersenam, meditasi atau pergi berurut pun boleh… Yang pentingnya anda dapat menangani stres dengan baik di dalam kehidupan anda sehari-hari.

7) Ketawa dan lawak jenaka

Pepatah inggeris ada mengatakan “Laughter is the best medicine!”… Dengan bergelak ketawa boleh menghilangkan stress dengan mudahnya. Kajian juga menunjukkan ianya boleh meningkatkan daya ingatan.

8)Sarapan

Ini adalah sangat penting. Banyak kajian menunjukkan mereka yang bersarapan yang bersarapan menunjukkan peningkatan di dalam konsentrasi, pembelajaran, mood dan dan juga memori dan sebaliknya berlaku pada mereka yang tidak bersarapan.

9) Pemakanan

Antara makanan yang bagus untuk otak ialah Omega 3 (ikan tuna dan salmon antara makan yang mempunyai kadar Omega 3 yang tinggi) dan tidak lupa juga sayur-sayuran hijau yang mempunyai banyak khasiat untuk minda dan tubuh fizikal. Di dalam rawatan menggunakan warna juga menunjukkan hijau ialah warna yang boleh mencuci aura anda!

10) Lain dari yang lain…

Maksud saya dengan lain dari yang lain ini ialah mengubah cara kita menjalani hidup kita sehari-hari. Contoh mudah kalau pergi kerja, ubah jalan yang dilalui setiap hari dan membeli belah ditempat lain dari yang selalu kita pergi. Kajian menunjukkan dengan adanya perubahan kecil yang kita buat sehari-hari boleh menstimulasikan bahagian otak yang kita tidak gunakan….Demikian sedikit sepuluh tips yang boleh dikatakan agak mudah dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Semoga bermanfaat untuk semua dan kalau ada siapa-siapa nak menambah.. silakan



Kredit: AKHIEY

GOLONGAN DARAH DAN KAITANYA DENGAN PERIBADI KITA 2


Gologan darah A

Biasanya orang yang bergolongan darah A ini berkepala dingin, serius, sabar dan kalem atau cool, bahasa kerennya. Orang yang bergolongan darah A ini mempunyai karakter yang tegas, bisa di andalkan dan dipercaya namun keras kepala. Sebelum melakukan sesuatu mereka memikirkannya terlebih dahulu. Dan merencanakan segala sesuatunya secara matang. Mereka mengerjakan segalanya dengan sungguh-sungguh dan secara konsisten.
Mereka berusaha membuat diri mereka se wajar dan ideal mungkin.Mereke bisa kelihatan menyendiri dan jauh dari orang-orang.
mereka mencoba menekan perasaan mereka dan karena sering melakukannya mereka terlihat tegar. Meskipun sebenarnya mereka mempunya sisi yang lembek seperti gugup dan lain sebagainya.Mereka cenderung keras terhadap orang-orang yang tidak sependapat. Makanya mereka cenderung berada di sekitar orang-orang yang ber'temperamen' sama.



Gologan darah B

Orang yang bergolongan darah B ini cenderung penasaran dan tertarik terhadap segalanya. Mereka juga cenderung mempunyai terlalu banyak kegemaran dan hobby. Kalau sedang suka dengan sesuatu biasanya mereka menggebu-gebu namun cepat juga bosan.
Tapi biasanya mereka bisa memilih mana yang lebih penting dari sekian banyak hal yang di kerjakannya. Mereka cenderung ingin menjadi nomor satu dalam berbagai hal ketimbang hanya dianggap rata-rata. Dan biasanya mereka cenderung melalaikan sesuatu jika terfokus dengan kesibukan yang lain. Dengan kata lain, mereka tidak bisa mengerjakan sesuatu secara berbarengan. Mereka dari luar terlihat cemerlang, riang, bersemangat dan antusias. Namun sebenarnya hal itu semua sama sekali berbeda dengan yang ada didalam diri mereka. Mereka bisa dikatakan sebagai orang yang tidak ingin bergaul dengan banyak orang.


Gologan darah O

Orang yang bergolongan darah O, mereka ini biasanya berperan dalam menciptakan gairah untuk suatu grup. Dan berperan dalam menciptakan suatu keharmonisan diantara para anggota grup tersebut. Figur mereka terlihat sebagai orang yang menerima dan melaksakan sesuatu dengan tenang. Mereka pandai menutupi sesuatu sehingga mereka kelihatan selalu riang, damai dan tidak punya masalah sama sekali. Tapi kalau tidak tahan, mereka pasti akan mencari tempat atau orang untuk curhat (tempat mengadu).
Mereka biasanya pemurah (baik hati), senang berbuat kebajikan. Mereka dermawan dan tidak segan-segan mengeluarkan uang untuk orang lain. Mereka biasanya di cintai oleh semua orang, "loved by all". Tapi mereka sebenarnya keras kepala juga, dan secara rahasia mempunyai pendapatnya sendiri tentang berbagai hal. Dilain pihak, mereka sangat fleksibel dan sangat mudah menerima hal-hal yang baru. Mereka cenderung mudah di pengaruhi oleh orang lain dan oleh apa yang mereka lihat dari TV. Mereka terlihat berkepala dingin dan terpercaya tapi mereka sering tergelincir dan membuat kesalahan yang besar karena kurang berhati-hati. Tapi hal itu yang menyebabkan orang yang bergolongan darah O ini di cintai.


Gologan darah AB

Orang yang bergolongan darah AB ini mempunyai perasaan yang sensitif, lembut.
Mereka penuh perhatian dengan perasaan orang lain dan selalu menghadapi orang lain dengan kepedulian serta kehati-hatian. Disamping itu mereka keras dengan diri mereka sendiri juga dengan orang-orang yang dekat dengannya. Mereka jadi cenderung kelihatan mempunyai dua kepribadian. Mereka sering menjadi orang yang sentimen dan memikirkan sesuatu terlalu dalam. Mereka mempunyai banyak teman, tapi mereka membutuhkan waktu untuk menyendiri untuk memikirkan persoalan-persoalan mereka.


Sekadar informasi... salam..


Kredit: AKHIEY

BELAJAR BAHASA SABAH




Ada bah urang cakap loghat sabah ni kan, susah kunuk mau di faham, ah betul bah? ya.. betul la tu kalik, kan? hehehe.. tapi bagi aku yang memang sabahan, ndak la bah juak susah sangat, sebab sabahan more kepada bahasa baku bah ni..

Bahasa Melayu Sabah ialah Bahasa Melayu yang ditutur oleh masyarakat umum Sabah. Bahasa Melayu Sabah mempunyai persamaan yang banyak dengan Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu baku), namun terdapat perbezaan dalam perkataan-perkataan tertentu, penggunaan perkataan, serta cara penyampaian.


[u][b]Perbendaharaan Kata[/b][/u]

Penggunaan Bahasa Melayu Sabah banyak dipengaruh oleh penggunaan Bahasa Melayu Indonesia, serta Brunei, Bahasa Inggeris dan terdapat juga pengaruh Cina Hakka. Beberapa contoh:

Bah - Baiklah
Bah2 - Iya @ Ok
Bilang - cakap, berkata - Siapa bilang?
cincai - tidak teratur - jangan buat karja (kerja) cincai bah
limpang - baring2
limpas - lepas(masa), atau lintas (seberang) lalu
Ndak, tia, inda - Tidak
sigup - rokok
iskul - sekolah
aisbok - peti sejuk
bubut - kejar
sak, syak, jak - saja, sahaja
mengkali - barangkali
siat - sihat


Penggunaan Kata tambah - 'bah'
Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai, ialah kata tambah -bah yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah -bah mempunyai fungsi seperti berikut:

Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata contoh:

Iya bah. - Iya, lah.

Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Boleh diganti dengan kata "saya mula bercakap" (bagaimanapun, penggunaan kata ini tidak diguna dalam Bahasa Melayu Piawai. Selalunya digunakan pada permulaan kata.

Bah, kamu pigi la dulu - (Saya menjawab kamu) Pergilah kamu dulu.
Memberi maksud sudah, atau penghabis kata. Pengganti dalam bahasa Melayu ialah "Baiklah", atau "Begitulah".



Penggunaan "anu"


"anu" di dalam Bahasa Melayu piawai, bermaksud panggilan untuk orang ketiga. Biasanya perkataan ini digunakan untuk mengelakkan penggunaan nama sebenar. Contoh penggunaan Dia keluar dengan si "anu" semalam.. Bagaimanapun, perkataan "anu" dalam Bahasa Melayu Sabah mempunyai penggunaan yang luas.

Selain digunakan untuk merujuk kepada orang ketiga, "anu" juga digunakan untuk merujuk kepada barang. Contoh: "Kau sudah ambil itu anu?". Penggunaan anu biasanya merujuk kepada perkara yang diketahui oleh pembalas.

Pada kebiasaannya perkataan "anu" diguna untuk mengganti perkataan "apa" dalam Bahasa Melayu piawai.

"Anu" juga membawa maksud, aksi perbuatan. Kata ganti dalam Bahasa Melayu ialah "sudahkan" atau "buat".

Contoh: Macammana mau anu ni?
Jangan kasi anu tu!.
anu bah..
si anu bah, macam mana sudah?
siat sudah si anu?


Penyampaian
Cara penyampaian Bahasa Melayu Sabah agak berbeza dengan Bahasa Melayu piawai. Ini dapat diperhati dari segi sebutan bagi huruf vokal(a,e,i,o,u) dalam perkataan Melayu piawai.

Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada sebutan 'i'

pigi - pergi
sijuk - sejuk
bisuk - besok
mimang - memang


Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada sebutan 'a'

kamarin - kelmarin
paning - pening
bali - beli
karbau/krabau - kerbau
tarap - terap
tambirang - Tembirang (menunjuk2)
sanapang - senapang


Pertukaran 'o' (seperti 'e' dalam "botak") kepada sebutan 'u'

buli - boleh
bula - bola
urang - orang
buduh - bodoh
munyit - monyet


Terdapat juga perkataan yang mengabai sama sekali sebutan huruf vokal.

slipar - selipar
krusi - kerusi
triak - teriak'
brani - berani
tlepon - telefon
kmari - kemari
ksana - kesana
knapa - kenapa


Sia, sa, sya - Saya
aku - saya
kau, koe, kaw - awak
periuk - kuali
celana - seluar
piring - pinggan
mengarti (mengerti) - faham
Nda payah - tak perlu
ta'usah (tak usah) - jangan
munyit (monyet) - kera
minta puji - berlagak (sombong)
jandila (jendela) - tingkap


Terdapat juga perkataan yang membawa maksud yang berlainan sekali.

tapuk, btapok - sorok


Kesimpulan

Disebabkan oleh penggunaan kata yang tidak jauh berbeza daripada Bahasa Melayu Piawai, agak mudah untuk membiasakan diri dengan penggunaan Bahasa Melayu Sabah.

Walaupun Bahasa Melayu baku adalah bahasa rasmi Sabah, Malaysia, namun secara umumnya Bahasa Melayu Sabah merupakan bahasa komunikasi yang utama di negeri Sabah.

Namun begitu, loghat sabah mahupun cara pertuturan ini amat sangat berbeza mengikut tempat, daerah mahupun suku kaum orang itu sendiri.

EMPAT PETUA IMAM SYAFIEE



Petua imam syafiee ni, sumbangan dari sorang kawan dari Friendster Saya, Aku baca-baca ilmu ni, macam baik untuk dikongsi, so aku masuk kan lah disini..


PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara
Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.

TUJUAN PERTUNANGAN





Batas hubungan pasangan belum bernikah perlu dijaga bagi elak perbuatan zina

PERTUNANGAN bertujuan memberi kesempatan kepada lelaki dan perempuan lebih mengenali diri serta keluarga masing-masing, bukan tiket untuk bergaul mesra seumpama suami isteri yang sah kerana perhubungan lelaki dan wanita mempunyai batasan tertentu.

Oleh itu, bagi pasangan muda mudi yang masih di alam percintaan atau pertunangan perlu menjaga batas hubungan ditetapkan agama. Jika mereka melakukan hubungan seks sebelum bernikah, mereka sudah melanggar batasan agama melarang perbuatan zina.

Berdasarkan hukuman Islam, mereka yang melakukan zina boleh dihukum 100 kali sebat bagi individu yang belum bernikah, dan direjam dengan batu bagi mereka yang sudah bernikah.

Mereka yang sudah mampu dan bersedia dari segi mental, fizikal serta mempunyai keyakinan daripada aspek ekonomi perlulah menyahut seruan agama untuk bernikah atau mendirikan rumah tangga.

Amalan menangguhkan perkahwinan atau pernikahan tidak digalakkan Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiga perkara jangan dilewatkan, iaitu solat apabila sampai waktunya, jenazah apabila siap diuruskan untuk dikebumikan dan wanita yang belum bersuami, tetapi sudah ada calon sesuai." (Riwayat at-Tirmizi dan al-Hakim)

Larangan menjauhi perbuatan menjurus kepada zina termasuk berdua-duaan lelaki dan perempuan banyak diingatkan dalam firman Allah sebagai dalil yang perlu diberi perhatian disebabkan kesannya yang boleh membawa kehancuran serta masalah besar.

Antaranya firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan mendatangkan keburukan." (Surah al-Israk, ayat 32)

Diriwayatkan daripada Abu Bakar, Umar, Ali Jabir bin Abdullah, Abu Sanid Al-Khudri, Abu Hurairah, Zaid bin Khalid, Buraidah al-Aslam, bahawa seorang sahabat nabi bernama Masiz dihukum rejam oleh pengawasnya sendiri bahawa ia berzina.

Begitu juga dua perempuan dari Bani Kakhim dan Bani Khamid yang dijatuhi hukuman rejam di atas pengakuan berzina.

Allah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah kepada orang yang beriman, hendaklah kamu menahan pandangan mereka serta memelihara kemaluan mereka." (Surah an-Nur, ayat 31)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tiga golongan yang tidak akan berbicara dengan Allah pada hari kiamat, dan Allah juga tidak akan memandang mereka dan akan mendapat azab yang pedih iaitu, lelaki tua yang berzina, pemimpin yang berbohong dan orang miskin yang sombong." (Hadis riwayat Muslim)

Banyak lagi dalil memberi amaran serta mengingatkan umat Islam supaya menjauhi zina. Ini perlu diingatkan dan didedahkan kerana dapat dilihat budaya masyarakat hari ini, majlis tunang ibarat majlis pernikahan.

Jika dulu, majlis pertunangan hanya dihadiri ahli keluarga atau wakil pihak lelaki untuk berbincang dengan keluarga perempuan, tetapi hari ini si jejaka turut hadir sama, malah bergambar dalam suasana menimbulkan fitnah kepada orang ramai.

Majlis pertunangan kini berubah seakan majlis persandingan apabila kedua-dua lelaki dan perempuan yang hanya baru diikat dengan kata janji untuk disatukan, dibenarkan duduk bersebelahan sambil disaksikan keluarga.

Mungkin restu yang diberikan ahli keluarga menyebabkan pasangan bertunang lupa akan batasan yang perlu dijaga hingga ada yang setiap hari berjumpa malah, ada juga yang dibawa pulang untuk bermalam di rumah ibu bapa.

Sebagai pihak yang bertanggungjawab, ibu bapa sepatutnya membimbing pasangan yang bertunang supaya menjaga hubungan itu mengikut syariat agama sehingga mereka sah disatukan sebagai suami isteri kerana tempoh bertunang ialah masa untuk mereka memahami satu sama lain.

Jika dilihat, pasangan bertunang agak bebas dalam pergaulan, sebaiknya ibu bapa serta keluarga menyegerakan upacara pernikahan kerana itu lebih baik daripada membiarkan mereka terus terjebak dengan tingkah laku menyalahi ajaran agama.

Agak menyedihkan apabila tingkah laku anak muda hari ini tidak dipedulikan ibu bapa yang menganggap adalah sesuatu yang biasa untuk membenarkan mereka sering berjumpa atas alasan supaya lebih mengenali.

Sudah diberi amaran jelas akan perkara itu dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jangan kamu berseronok-seronok atau berdua-duaan dengan wanita, kerana yang ketiga itu adalah syaitan." (Hadis riwayat at-Tabrani).

Seriusnya supaya mengelakkan diri daripada terjebak dengan hubungan intim lelaki dan wanita, Rasulullah SAW bersabda bermaksud yang bermaksud: "Lebih baik seseorang lelaki berdekatan dengan binatang bernajis yang berlumuran lumpur daripada ia berdekatan bahunya kepada wanita yang tidak halal baginya." (Hadis Riwayat at-Tarbrani).

Hormati ikatan pertunangan dengan menjadikannya sebagai janji murni ke arah memenuhi Sunnah Rasulullah SAW untuk membina keluarga yang dilimpahi perasaan kasih sayang dan kesejahteraan.



Sumber: Berita Harian

KENALI DIRI MELALUI RAMBUT



Fakta menarik berkenaan rambut untuk kita kenal dan fahami diri sendiri melalui rambut kita. Entri ini adalah hasil kajian yang dibuat oleh Dato' Doktor Fadhilah Kamsah.


1) RAMBUT LURUS-

bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan
sesuatu tanpa pertolongan


2) RAMBUT KERINTING TEBAL-

kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah
dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung


3) RAMBUT KERITING NEGRO-

bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila
susah hendak selesaikan masalah


4) RAMBUT IKAL MAYANG-

bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak
pergaulan, dan mudah memaaf kanseseorang dengan kesilapan lalu.



5) RAMBUT HALUS/LEMBUT-

bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan
perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.



6) RAMBUT SIKIT-

bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego,dan pandai
membuka perniagaan walaupun kecil.


7) RAMBUT PERANG-

kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf,sosial dan bijak lari daripada
masalah.


8) RAMBUT TEBAL-

bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai
mengambilhati seseorang.



9) RAMBUT KUSUT-

sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak
memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa
pertolongan.



10) RAMBUT BERUBAN-

kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai
selesaikan masalah diri

ERTI CINTA



Menyemarakkan rasa cinta dalam kehidupan harian bererti kita sentiasa mengambil berat dan mewujudkan rasa kasih sayang sesama insan.

CINTA merupakan cetusan perasaan atau emosi kepada sesuatu. Cinta ada kaitan langsung dengan kasih sayang, rindu, suka, gembira, sejahtera dan bahagia.

Perasaan cinta merupakan sifat semula jadi anugerah Tuhan. Cinta lahir dalam pelbagai jenis seperti cinta Tuhan, Rasul, diri, keluarga, suami atau isteri, ibu bapa, anak-anak, sahabat handai dan juga kepada harta. Sebenarnya, cinta ada kaitan dengan keimanan dan ketaqwaan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Tiga sifat sesiapa yang memilikinya akan merasakan kelazatan iman iaitu jika ia mencintai Allah dan Rasulnya lebih dari yang lain. Jika dia mencintai sesama manusia semata-mata kerana Allah dan jika ia enggan kembali kepada kekufuran setelah diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana ia enggan dimasukkan ke dalam neraka” - Mutafakun alaih.

Kepentingan cinta kepada diri sendiri mendorong seseorang untuk menjaga dan menghargai diri sendiri, mengambil berat terhadap kesihatan dan mengambil berat terhadap kesejahteraan fizikal dan mental.

Cinta jasmani mendorong seseorang sentiasa menjaga diri, menjaga kebersihan, mengambil pemakanan secara seimbang, mengambil berat terhadap keperluan pemakanan halal dan baik, merawat ketika sakit dan sentiasa berikhtiar untuk mencari ubat apabila menghidap penyakit.

Cinta diri bermakna mengambil berat terhadap keperluan untuk memajukan diri, menyedari terhadap potensi diri yang dimiliki, sentiasa berusaha untuk menimba ilmu pengetahuan untuk kejayaan dan kecemerlangan diri.

Orang cinta diri sentiasa berusaha untuk meneroka dan mencari kebaikan untuk diri, mencari perkara yang berfaedah yang boleh mendatangkan manfaat masa depan.

Sentiasa mengambil berat dan benci terhadap apa jua perkara yang boleh menghalang diri untuk berjaya.

Menyemarakkan rasa cinta dalam kehidupan harian bererti kita sentiasa mengambil berat dan mewujudkan rasa hidup harmoni dan kasih sayang sesama insan.

Hidup bekerjasama dan tolong menolong merupakan cara terbaik untuk kita membuktikan cinta sesama insan.


Firman Allah:

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui” - surah al-Imran :92.


Dalam satu hadis Rasulullah menegaskan:

“Apabila seseorang muslim berjumpa sesama muslim dalam kesusahan lalu menolongnya dengan sempurna, maka seluruh dosa mereka gugur seperti daun-daun berguguran daripada pohon yang ditiup angin. Maknanya seluruh dosa mereka terhapus walau sebanyak buih di lautan” - hadis riwayat al-Tabrani.

Kerana itu, kita ditegah daripada bersifat sombong. Rasulullah mengingatkan bahawa: “Di hari akhirat kelak, nilai orang yang menyombong diri di sisi Allah tidak sampai nilainya seperti kepak seekor nyamuk” - Hadis riwayat Bukhari.

Nilai cinta yang paling tinggi adalah kecintaan kepada Allah dan Rasul. Untuk mencapai ke puncak cinta berkenaan tidak ada cara lain melain dengan cara meningkatkan ibadah kita seperti sembahyang, puasa, berzakat dan zikir serta berdoa.

Firman Allah:

“Katakanlah (Wahai Muhammad): ‘Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah Daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah amat pengampun, lagi maha Mengasihani” - surah al-Imran :31

BERAPA HARGA ISTERI ANDA?



Mulianya seorang isteri disisi Allah, Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-ana, Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka..

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan.. jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang, tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari, Bila dah bersalin tu, susukanlah anak.. jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak.. Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak.. Cuti ini bukan cuti suka hati, tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah, Tapi bila dah habis cuti tu.. layan lah suami.. "offer" lah pada suami.


Nabi bersabda: "berjimak dgn isteri itu pahala.. jangan buat dek je,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak.. ingat tu si isteri! Kata nak pahala lebih".


Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..


Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung, Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?


Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami, seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala "extra" yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah, ganjaran Alah keatasnya jua.

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala "extra" ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka dengan-Nya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.


"Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him."


"Wahai Tuhan.. ku tak layak ke syurgamu, namun tak pula aku sanggup ke nerakamu,
kamilah hamba yang mengharap belas darimu..."

"Ya Allah... jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa.. ampunkan dosa2 kami, kedua ibu bapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.


Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"


Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

RAHSIA & MAKSUD PERGERAKAN JARI



GGerak jari seharian kita memberi sedikit sebanyak memberi gambaran tentang personaliti hidup diri kita. sepertinya saya, sudah tentunya ada pergerakan jari saya sendiri yang berlaku kekadang secara automatik dan manual. Bagaimanakah untuk kenali personaliti dari gerak jari kita? Ikutilah tulisan berikut:

Memicit atau memegang hidung
- Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dalam apa juga tindakan yang dilakukan.
- Seorang yang pemalu dan sukar untuk berkongsi rahsia besar dengan orang lain kecuali orang yang benar-benar dipercayainya.

Meletak tangan pada bahu kawan
- Suka ikut kepala sendiri.
- Pentingkan diri sendiri.
- Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman-teman rapat.

Bermain dengan tangannya
- Mempunyai tahap humor yang tinggi.
- Pandai berjenaka.
- Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan orang lain tanpa ambil hati.
- Jenis 'open minded'.

Mematahkan jari jemarinya
- Seorang yang gugup dan kurang yakin untuk berbicara dengan orang lain.
- Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja.

Menggigit kuku
- Gugup dan gementar bila berbicara.
- Agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati.

Memintal hujung rambut
- Suka berkhayal.
- Sukar diperdayakan.
- Keras kepala.

Menongkat dagu
- Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya.
- Suka mendengar masalah teman-teman.
- Setia dalam persahabatan.

Suka letakkan tangan atas meja
- 'Happy go lucky' dan pandai menyesuaikan diri.
- Peramah.
- Suka bergantung pada orang lain.

Menggosok 2 telapak tangan
- Ramah dan berfikiran matang.
- Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit-belit.
- Mudah memahami perasaan orang lain dan suka membantu.

Memutar cincin
- Sangat menepati janji.
- Berhati-hati dlm tutur kata.
- Gemar hidup yang teratur.

Jadi, bagaimanakah gerak jari anda?

MENGAPA LELAKI EGO?



Salah faham antara lelaki dan perempuan bukan sesuatu yang asing. Berbicara mengenai perkara ini, kerap kali kaum Hawa menyatakan keluhan terhadap pasangan yang menurut mereka sukar mendengar kata. Keadaan ini sekali gus pastinya mengundang kemarahan dan sakit hati pada wanita.

Bagi merungkai 'misteri' ini, tidak ada salahnya jika mengetahui rahsia lelaki tentang keinginan dan pencapaian yang tepat agar mereka mendengar kata anda.

1. Lelaki Ingin Wanita Berterus-terang

Lelaki dan wanita bukan sahaja berlainan dari segi fizikal tetapi cara mereka mengekspresikan emosi juga berbeza. Percakapan atau kata-kata berbentuk sindiran atau kiasan biasanya tidak 'berkesan' di hati lelaki. Jadi, tidak hairanlah sekiranya mereka sukar 'menangkap' kata-kata tersirat yang diucapkan pasangan. Bagi lelaki, mereka akan lebih mudah memahami dan mengerti sekiranya wanita menyatakan sesuatu secara berterus-terang.

2. Lelaki Berfikir Dan Mencari Solusi

Apabila wanita mengadu atau mengeluh tentang pekerjaan mereka dengan kata-kata "Hari ini saya banyak kerja. Saya rasa tertekan kerana saya perlu cepat menyiapkan kerja-kerja tersebut. Bos saya pula bla...bla...bla...bla...bla..." Sebaik anda selesai mengucapkan kata-kata tersebut, jangan pula tiba-tiba bingung sekiranya pasangan memberikan iklan jawatan kosong kepada anda. Ini kerana pada pandangan lelaki, keluhan isteri atau kekasih menunjukkan mereka sedang berhadapan dengan masalah besar di pejabat. Bagi mengurangkan 'tekanan' yang dialami pasangan, lelaki beranggapan mereka perlu mencari solusi terbaik untuk membantu pasangan. Bagaimanapun, persepsi mereka tidak benar kerana pasangan hanya mahu mencurahkan isi hati mereka dan bukan mahu berhenti kerja.

Bagi mengelakkan berlakunya salah faham, sebaiknya tuturkanlah kata-kata seperti, "Saya sedang tertekan dan sedang perlukan seseorang untuk menjadi pendengar. Bolehkah abang jadi pendengar?" Sekiranya kata-kata ini dituturkan, hasilnya pasti berbeza. Begitu juga sekiranya seorang wanita menyatakan sesuatu tetapi pasangannya tidak memberikan sebarang reaksi hanya terdiam. Mereka sebenarnya bukan tidak mendengar atau fokus terhadap apa yang sedang dibicarakan tetapi sedang memikirkan apakah solusi terbaik yang bisa diberikan kepada isteri atau teman wanita mereka.

3. Lelaki 'Mendengar' Dengan Satu Bahagian Otak

Lelaki biasanya terlihat tidak memberikan perhatian saat teman wanita atau isteri mereka sedang berbicara. Hal ini sebenarnya berkait rapat dengan fungsi otak. Dalam mentafsir sesuatu perkara, wanita menggunakan kedua-dua belah otaknya manakala lelaki hanya menggunakan sebelah otaknya. Kelebihan ini menyebabkan wanita lebih peka dan mengetahui makna tersirat, di sebalik mimik wajah atau gerak tubuh seseorang. Kegagalan lelaki mentafsir bahasa tersirat pasangannya juga kerap menimbulkan masalah. Kata-kata seperti, "Abang dari mana? Mengapa tidak telefon?" Pastinya akan dipandang sebagai pertanyaan menuduh sekaligus membuatkan mereka enggan mendengar kata. Padahal, isteri atau teman wanita mereka sebenarnya khuatir dan runsing tentang keselamatan pasangan. Dalam hal ini sebenarnya lebih efektif sekiranya wanita berkata, "Saya sangat cemas! Syukurlah abang tidak apa-apa!" Tentunya suami atau teman lelaki anda akan tersenyum penuh makna.

4. Lelaki Tidak Mampu Meramal Fikiran Wanita

Wanita sentiasa berharap kekasih atau suami mereka mengetahui perkara yang sedang mereka fikirkan tanpa perlu diberitahu. Pun begitu, realitinya lelaki tidak bisa membaca fikiran wanita kerana mereka bukan peramal. Oleh itu, setiap wanita perlu menyatakan isi hati mereka tanpa perlu menyimpan harapan bahawa pasangan akan mengetahuinya sendiri. Dalam pada itu, pastikan juga pasangan tidak menonton televisyen atau melakukan perkara lain saat anda sedang berbicara. Ini kerana mereka sebenarnya tidak fokus terhadap apa yang anda bicarakan. Pastinya anda sendiri yang akan kecewa dan sakit hati.

APA LELAKI MAHU DARIPADA WANITA?



Tidak selamanya wanita yang cantik rupawan menjadi dambaan dan buruan para lelaki. Tidak dinafikan, ramai wanita menganggap tubuh badan yang seksi menjadi daya tarikan untuk memikat lelaki.

Pun begitu, sebenarnya ada 4 sifat wanita yang pada pandangan kaum Adam ini mampu membuatkan mereka menoleh seterusnya berusaha mendekati wanita berkenaan. Mahu tahu? Bacalah info di bawah:

1. A Good Woman

Lelaki tahu bagaimana mengenali seorang wanita sama ada, dia seorang yang baik atau sebaliknya sewaktu pertama kali mereka bertemu. Wanita yang baik bagi lelaki adalah mereka yang tidak bebas bergaul, tidak terlalu suka berpesta dan tidak berdandan berlebihan. Di samping itu, wanita tersebut juga tahu menghargai lelaki serta mampu merubah mereka agar tampak lebih sempurna. Tidak cukup dengan itu, wanita yang baik itu juga boleh dipercayai, jujur dan boleh menjadi teman setia.

2. Tubuh Yang Cantik

Kebenaran fakta ini memang tidak dapat disangkal lagi kerana kebanyakan lelaki sememangnya mengakui penampilan dan susuk tubuh wanita sangat penting bagi mereka. Bagaimanapun, ini bukan bererti kaum wanita harus terlihat sempurna persis Angelina Jolie, untuk menambat hati lelaki. Sebenarnya cukup dengan hanya merawat tubuh dan berdandan sederhana. Selain itu, pastikan berat badan tetap seimbang agar penampilan anggun dan menawan. Sekiranya tidak gemar berolahraga masih banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk menjaga tubuh agar tetap cantik dan sihat seperti menari bersama teman-teman.

3. Pandai Membawa Diri Dan Berdikari

Lelaki sebenarnya tidak menyukai wanita yang mudah berputus asa, suka mengatur hidup mereka, cemburu, tidak pandai berdikari dan suka bergantung kepada orang lain. Sebaliknya mereka lebih menyukai wanita yang pandai membawa diri dan tahu berdikari. Bagi mereka, wanita sebegini mudah menyesuaikan diri dan bijak mengawal situasi walau di mana berada.

4. Menghargai Kesenangan Dalam Hidup

Mungkin ramai wanita di luar sana yang masih tidak mengetahui bahawa wanita yang bahagia, menikmati hidup dan menghargai pasangannya adalah wanita yang berpotensi disukai lelaki. Wanita seperti ini bagi lelaki adalah seorang yang sederhana tetapi punya ciri-ciri wanita sempurna.

RAHSIA TULISAN



Pertama: Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di
bahagian belakang kertas.
- Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
- Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit


Kedua: Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
- Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak
memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
- Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak
memakai otak di sebelah kiri (otak logical)


Ketiga: Kecondongan

i. Condong ke kanan
-Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain,
peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang,berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
- Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat
setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
-Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan
sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
- Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang
perempuan datang bulan (maaf)


Keempat: Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Kelima: Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah,
mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan
kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


Keenam: Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana



Rumusan: - Tulisan mencerminkan peribadi.. Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam
hidup..



By Dato' Dr Fadzilah Kamsah

FAKTA MENARIK TENTANG WANITA



Kepada yang sedang membaca entri saya ni, sekiranya anda lelaki seperti saya, sila lah amik perhatian berkenaan fakta menarik tentang wanita ni ya, kenapa dan mengapa, anda layak untuk mengetahuinya..

1. Sensitif: Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin
bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet: Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin
LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus: Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah
tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang
lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan
tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas: Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban: WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang
amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat
tabah.

6. Prihatin: Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja: Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari,
naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja
bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama
kaum.

8. Ego: WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak
ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta: CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan
tulus.

10. Seks: SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA
diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak
tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan
satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan
menghanyutkannya.


p/s: ini hanya sekadar renungan..