I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

Showing posts with label BELAJAR. Show all posts
Showing posts with label BELAJAR. Show all posts

BELAJAR BAHASA TAWAU



Semua masyarakat Melayu di Tawau bertutur dalam bahasa Melayu loghat tempatan. Walaupun ada persamaan yang ketara dengan bahasa Melayu yang dipertuturkan di tempat-tempat lain namun terdapat juga sedikit perbezaan. Contohnya sebutannya adalah lebih kepada sebutan Baku. Misalnya sebutan 'kitaa' 'kamii' dan 'kauu'. Terdapat juga setengah perkataan tertentu yang disebut dengan penambahan bunyi untuk menguatkan perkataan tersebut. Misalnya sebutan 'bapak' dan 'tigak'. Manakala perkataan lain yang tidak sama seperti bahasa Melayu lain pula ialah seperti 'ndak' yang bermaksud 'tidak' dan 'mamak' yang membawa maksud 'ibu' atau 'emak'. Dan sama seperti semua orang Sabah yang bertutur dalam bahasa Melayu selalunya di hujung atau di tengah ayat pertuturan biasanya akan ditambah dengan perkataan 'ba'. Misalnya 'mau kemana ba' , 'siapa ba namamu' atau 'manala ba aku tahu'.

Loghat Tawau adalah corak pertuturan bagi penduduk-penduduk di daerah Tawau, Sabah yang sering berevolusi. Ia juga kadang kala dipanggil sebagai Cakap Tawau atau Slang Tawau. Loghat Tawau merupakan campuran banyak bahasa antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, Bahasa Cina, Bahasa Bumiputra malahan Bahasa Inglish.

Senarai kata-kata ekspresi

* wei, ui atau ai

Digunakan ketika terkejut, marah, hairan ataupun kagum. Contoh penggunaannya: "Wei na, besar jugak bajumu tu!".

* astaga atau ya ampun

Digunakan apabila merasa terkejut ataupun kecewa.

* be

Satu ekspresi unik dalam loghat Tawau yang menunjukkan kekaguman, curiga atau tidak yakin.

Contoh penggunaan untuk ketidak yakinan: "Be, betulka jugak cakap mu tu?"

Tegur sapa

Tegur sapa yang dimaksudkan adalah perinteraksian seperti menyapa, mengucap selamat tinggal, menegur dan sebagainya.


Senarai tegur sapa

* oi
Satu bentuk sapaan seperti hello atau hai yang merupakan bentuk tidak formal. Boleh juga digunakan untuk menegur kelakuan seseorang, tetapi digunakan dengan nada yang lebih nyaring atau marah.

* ayok
Ayok di sini membawa maksud selamat tinggal. Ia adalah satu bentuk yang lebih sopan untuk mengucap selamat tinggal.

* wei
Menegur pihak kedua yang tidak sedar akan kehadiran pihak pertama.


Senarai perkataan yang berbeza dengan bahasa Melayu baku

* nda - tidak
* ayok / ayuk - jom, mari
* kompek - beg plastik
* kumpau, boro - sombong
* betrep - berlagak
* smat - baik, segak, bagus
* ngam - sesuai, tepat, betul
* bachat - tertekan, sakit hati
* concang - berkongsi
* piring - pinggan
* sendok - sudu, senduk
* sudip - senduk untuk menggoreng
* sumpak, kibak - merujuk kepada potongan rambut yang tidak rata.
* kasi - bagi, beri
* mengasi - memberi, mebuatkan
* tapok - sembunyi
* bebeng - air liur basi
* tok sah - tak payah
* ndak da - tidak ada
* hambur - berselerak, tidak teratur, tidak bertepatan.
* jelek - hodoh, buruk
* temberang - sombong (berbeza dengan maksud sebenar dalam bahasa melayu iaitu cakap besar)
* kilik , sot - otak tidak betul
* sembarang - apa-apa sahaja, secara rawak
* lanjik - merujuk kepada perempuan yang gedik
* kakus - tandas
* odol - ubat gigi
* ember - baldi
* getek - merujuk kepada lelaki atau perempuan gatal/sundal.
* bikin - buat
* pegal - tekanan, sakit hati

Evolusi perkataan

Penduduk Tawau sering menyingkatkan perkataan-perkataan untuk perbualan yang lebih cepat. Pelbagai kata telah disingkatkan. Penyingkatan kata sering dimulakan oleh golongan remaja atau lebih tepat lagi pelajar-pelajar di Tawau.


Beberapa Contoh kata-kata atau frasa-frasa yang berevolusi

* ndak kepada dak
* ndak usah kepada dok sah
* tengok kepada nengok
* pigi kepada p





ADD MY FACEBOOK

BELAJAR BAHASA SABAH




Ada bah urang cakap loghat sabah ni kan, susah kunuk mau di faham, ah betul bah? ya.. betul la tu kalik, kan? hehehe.. tapi bagi aku yang memang sabahan, ndak la bah juak susah sangat, sebab sabahan more kepada bahasa baku bah ni..

Bahasa Melayu Sabah ialah Bahasa Melayu yang ditutur oleh masyarakat umum Sabah. Bahasa Melayu Sabah mempunyai persamaan yang banyak dengan Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu baku), namun terdapat perbezaan dalam perkataan-perkataan tertentu, penggunaan perkataan, serta cara penyampaian.


[u][b]Perbendaharaan Kata[/b][/u]

Penggunaan Bahasa Melayu Sabah banyak dipengaruh oleh penggunaan Bahasa Melayu Indonesia, serta Brunei, Bahasa Inggeris dan terdapat juga pengaruh Cina Hakka. Beberapa contoh:

Bah - Baiklah
Bah2 - Iya @ Ok
Bilang - cakap, berkata - Siapa bilang?
cincai - tidak teratur - jangan buat karja (kerja) cincai bah
limpang - baring2
limpas - lepas(masa), atau lintas (seberang) lalu
Ndak, tia, inda - Tidak
sigup - rokok
iskul - sekolah
aisbok - peti sejuk
bubut - kejar
sak, syak, jak - saja, sahaja
mengkali - barangkali
siat - sihat


Penggunaan Kata tambah - 'bah'
Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai, ialah kata tambah -bah yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah -bah mempunyai fungsi seperti berikut:

Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata contoh:

Iya bah. - Iya, lah.

Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Boleh diganti dengan kata "saya mula bercakap" (bagaimanapun, penggunaan kata ini tidak diguna dalam Bahasa Melayu Piawai. Selalunya digunakan pada permulaan kata.

Bah, kamu pigi la dulu - (Saya menjawab kamu) Pergilah kamu dulu.
Memberi maksud sudah, atau penghabis kata. Pengganti dalam bahasa Melayu ialah "Baiklah", atau "Begitulah".



Penggunaan "anu"


"anu" di dalam Bahasa Melayu piawai, bermaksud panggilan untuk orang ketiga. Biasanya perkataan ini digunakan untuk mengelakkan penggunaan nama sebenar. Contoh penggunaan Dia keluar dengan si "anu" semalam.. Bagaimanapun, perkataan "anu" dalam Bahasa Melayu Sabah mempunyai penggunaan yang luas.

Selain digunakan untuk merujuk kepada orang ketiga, "anu" juga digunakan untuk merujuk kepada barang. Contoh: "Kau sudah ambil itu anu?". Penggunaan anu biasanya merujuk kepada perkara yang diketahui oleh pembalas.

Pada kebiasaannya perkataan "anu" diguna untuk mengganti perkataan "apa" dalam Bahasa Melayu piawai.

"Anu" juga membawa maksud, aksi perbuatan. Kata ganti dalam Bahasa Melayu ialah "sudahkan" atau "buat".

Contoh: Macammana mau anu ni?
Jangan kasi anu tu!.
anu bah..
si anu bah, macam mana sudah?
siat sudah si anu?


Penyampaian
Cara penyampaian Bahasa Melayu Sabah agak berbeza dengan Bahasa Melayu piawai. Ini dapat diperhati dari segi sebutan bagi huruf vokal(a,e,i,o,u) dalam perkataan Melayu piawai.

Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada sebutan 'i'

pigi - pergi
sijuk - sejuk
bisuk - besok
mimang - memang


Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada sebutan 'a'

kamarin - kelmarin
paning - pening
bali - beli
karbau/krabau - kerbau
tarap - terap
tambirang - Tembirang (menunjuk2)
sanapang - senapang


Pertukaran 'o' (seperti 'e' dalam "botak") kepada sebutan 'u'

buli - boleh
bula - bola
urang - orang
buduh - bodoh
munyit - monyet


Terdapat juga perkataan yang mengabai sama sekali sebutan huruf vokal.

slipar - selipar
krusi - kerusi
triak - teriak'
brani - berani
tlepon - telefon
kmari - kemari
ksana - kesana
knapa - kenapa


Sia, sa, sya - Saya
aku - saya
kau, koe, kaw - awak
periuk - kuali
celana - seluar
piring - pinggan
mengarti (mengerti) - faham
Nda payah - tak perlu
ta'usah (tak usah) - jangan
munyit (monyet) - kera
minta puji - berlagak (sombong)
jandila (jendela) - tingkap


Terdapat juga perkataan yang membawa maksud yang berlainan sekali.

tapuk, btapok - sorok


Kesimpulan

Disebabkan oleh penggunaan kata yang tidak jauh berbeza daripada Bahasa Melayu Piawai, agak mudah untuk membiasakan diri dengan penggunaan Bahasa Melayu Sabah.

Walaupun Bahasa Melayu baku adalah bahasa rasmi Sabah, Malaysia, namun secara umumnya Bahasa Melayu Sabah merupakan bahasa komunikasi yang utama di negeri Sabah.

Namun begitu, loghat sabah mahupun cara pertuturan ini amat sangat berbeza mengikut tempat, daerah mahupun suku kaum orang itu sendiri.