I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

ADAKAH DIRIMU KAWAN @ LAWAN ?



Jangan mengaku kawan kalau dia jatuh kita palingkan muka kita .. Jangan mengaku kawan , kalau dia tersesat kita membiarkanya .. Jangan mengaku kawan kalau dia berbuat salah , kita tidak menegur , sebaliknya mengumpat tentang keburukannya di belakangnya ..

Banyak orang tidak sedar kesalahan sendiri , maka itulah perlunya kawan yang baik , untuk saling melengkapi dan mengasihi .. Kerana Allah ..

Jangan menunding jari , mencari salah orang dan menyalahkan orang lain sebelum muhasabah diri dan periksa diri sendiri .. Jangan menganggap diri terlalu sempurna dan terlepas dari sebarang kemungkinan untuk melakukan kesilapan .. Jangan lupa bahawa sesungguhnya kita manusia sukar untuk nampak kesalahan sendiri , malah sebaliknya cenderung untuk nampak kesalahan dan keburukan orang lain .. Bak pepatah orang dulu-dulu , lebih kurang begini bunyinya;

"Kain sendiri koyak tak perasan, kain orang yang koyak kita nampak .."

Rahsia Allah , kita tidak tahu .. Perjalanan hidup kita , samada yang telah kita lalui ataupun bakal kita tempuhi , semuanya dalam pengetahuan-Nya .. Kita tidak tahu apa-apa .. Namun itu bukan alasan untuk kita mudah berputus asa dan menyalahkan takdir .. Bukan juga alasan untuk kita berpeluk tubuh dan membiarkan masa terus berlalu begitu sahaja .. Kita punyai usaha dan kudrat , akal dan minda , naluri dan perasaan , kehendak dan keinginan .. Kita punyai jasad dan tulang empat kerat .. Segalanya adalah anugerah dari-Nya .. Teruskanlah mara ke hadapan .. Berusahalah walau besar mana masalah yang datang ..

Sungguh kita tidak tahu apa yang bakal menanti kita di hadapan .. Namun janganlah risau , usah gentar .. Allah sentiasa ada bersama kita .. Sebelum kita lahir ke bumi , Dia kirimkan Rasul dan Al-Quran untuk membawa cahaya dan menunjukkan jalan yang lurus buat kita ..

Dan Dia tidak ciptakan kita sebatang kara .. Kita punyai ibu dan ayah .. Kita ada abang dan kakak , adik-adik dan saudara mara .. Kita punya kawan-kawan .. Semua orang perlukan teman .. Begitu juga saya , saya perlukan perlukan anda semua sebagai bahu dan kawan-kawan saya ..

Seiring dengan peredaran masa .. Kawan datang dan pergi .. Ada yang sentiasa setia di sisi , namun jumlahnya tidak banyak .. Beruntunglah andai kita miliki kawan yang setia itu .. Biarpun diperlembahan sekalipun , cahayanya tetap berkilauan .. Tidak kira susah atau senang , dia akan sentiasa bersama kita .. Andai kita terjatuh , dia akan menarik kita ke atas .. Andai kita tersesat , dia akan menunjukkan jalan yang betul .. Andai kita terbuat silap , dia akan menegur dan memperbaiki kesilapan kita .. Dia akan menutup aib kita dari orang lain .. Dia akan melindungi kita dari kedukaan .. Dia tidak akan memperbesar-besarkan kekurangan dan keburukan kita .. Dia tidak akan menyakiti hati kita sewenang-wenangnya .. Dia akan sentiasa mendoakan kita .. Sentiasa ..

Sebagai manusia yang punyai kekurangan dan kelemahan .. Saya juga perlukan kawan untuk terus berdiri teguh .. Nobody can live alone .. Terima kasih Tuhan kerana meminjamkan kawan-kawan yang sentiasa setia di sisi , mendoakan dan memberi pendorong untuk diri ini meneruskan kehidupan , biar susah atau senang ..






** maaf entri ini aku edit .. sumber motivasi ini dari : semut2comel

2 comments:

::FAIZ:: said...

ada kawan yg hanya mahu berkawan bila senang.. bila susah, bayang pun tak nampak...

Ask said...

Salam..
Nice entri..
Susah mau cari kawan yg betol2 bleh jadi kwn..
Skg yg ramai kwn time senang jak..
Time susah, kita still ada "kawan" yg setia..
Iaitu Allah, pemilik nyawa kita.. =)
btw.. aku suka ini entri.. hehe

Post a Comment

KERATAN NOTIS

1. Sila Komen Dalam Bahasa Melayu / Ingelish Yang Mudah Difahami

2. Tinggalkan Alamat Blog / Email Jika Perlu

SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. PEMILIK AJTR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA DI AJTR INI.