I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

IBU, ENGKAU RATU HATIKU



KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.


* APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.


* MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.


* KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.


* BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.


* SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : “TAK NAK! TAK NAK!”


* APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.


* MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.


* KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.


* BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.


* APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.


* MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.


* KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.


* BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.


* MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA / IPTS, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.


* KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.


* BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA, KITA KATA, “…ITU BUKAN URUSAN IBU.”


* SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, “SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU.”


* APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN….”PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!”


* MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, “IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH…”


* KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH MEMBAWA DIRI.


* PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA, “…ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN.”


* KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, “KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG.”


* APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK (KITA).


* DAN KEMUDIAN SUATI HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU.

JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL,INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG.



* Lihatlah, betapa besarnya pengorbana ibu kita kan? dia sanggup bersabar hanya untuk melihat anak didiknya bahagia, tapi pernah ka kita terfikir untuk menghargainya? ibu tak pernah melenting dengan kenakalan kita, kerana bagi ubu, kita adalah cahaya mata mereka, tapi adakah bagu kita ibu itu ratu hati kita?? hanya sekadar renungan

BINTANG RTM 2009



Bintang RTM 2009, kini kembali lagi.. kali ini menampilkan ramai peserta yang berbakat, and the one of peserta tu ada seorang kawan aku, thanks to god ! ko makin hampir dengan cita2 ko, good luck la for ya! aku akan mendoakan yang terbaik untuk mu, k? ko pernah jadi kawan aku, bestfriend aku, as soon as posible ko mungkin akan jadi idola ku, siapa tau kan? hehehe

Nevermind, once again TAHNIAH untuk ko kerana berjaya menjejakan kaki mu ke peringkat separuh akhir BINTANG RTM 2009 Yang dianjurkan oleh RTM.. good luck and do the best k? for better future tu, kan tu yang ko impikan selama ni ! daaa...






Untuk Mengundi BONNY:
Taip BRTM BONNY
dan hantarkan ke 32776

9 PETUA DOA DIMAKBULKAN



Terdapat sembilan petua doa dimakbulkan Oleh ALLAH SWT
BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab.


1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya."


3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."


4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. "Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. "Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."

7. Ata bin Abi Rabah berkata: "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."

8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 'Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.'

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."

MENGAPA??



Mengapa harus lari, jika kau belum mencuba untuk menghadapinya.

- Mengapa harus menyerah, jika belum mencuba untuk berjuang.

- Mengapa harus mengeluh, jika kau belum mencuba mengerjakan sesuatu yang kau keluhkan.


- Mengapa harus lari dari tanggungjawab, jika kau tahu bahawa kaulah yang benar.


- Mengapa harus bersedih, jika masih ada begitu banyak kegembiraan.


- Mengapa harus bersaing, jika kau belum mencuba untuk bekerjasama.

- Mengapa harus mengeluarkan begitu banyak amarah, jika kau tahu perkara itu akan menyakitkan orang lain..

- Mengapa harus mencari keburukan orang lain, jika kau memiliki banyak keburukan dalam dirimu sendiri.

- Mengapa harus berdiam diri, jika kau dapat mengerjakan sesuatu yang bererti.


- Mengapa harus mengkhuatirkan jalan hidupmu, jika masih banyak waktu yang berada didepanmu.


- Mengapa harus takut akan kematian, jika kau tahu kematian tidak dapat kau hindari

GOLONGAN DARAH DAN KAITANYA DENGAN PERIBADI KITA

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Lets check it out..


DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.



DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.



DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.



DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.


*Pada hakikatnya, aku takut tengok darah :d

50 TANDA ORANG MUNAFIK



Terdapat 5o tanda-tanda yang membuktikan kemunafikan seseorang itu, antaranya:-

1. Malas beribadah kepada Allah SWT.

2. Lupa kepada Allah SWT

3. Melalaikan solat fardu

4. Mempercepat mengerjakan solat

5 Gemar meninggalkan solat berjemaah

6. Meninggalkan solat Jumaat

7. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf

8. Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi

9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan

10. Riak (Tinggi Diri)

11. Hasad dengki

12. Dusta

13. Mungkir janji

14. Bakhil (Kedekut)
15. Fitnah

16. Mencaci maki

17. Mengumpat

18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya

19. Mengingkari takdir Allah

20. Mempersenda kesucian agama

21. Enggan berjihad di jalan Allah SWT

22. Menghina sahabat Rasullullah SAW

23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar

24. Menangguh pembayaran hutang

25. Menipu dalam jual beli

26. Ghasab

27. Bergaul dengan orang yang memperolok Al-Quran

28. Memakan harta anak yatim

29. Membuka rahsia orang lain

30. Berasa aman daripada murka Allah apabila melakukan dosa

31. Memanggil orang dengan gelaran buruk yang tidak disukai

32. Menghalang orang daripada mengamalkan ajaran islam

33. Suka kepada kesesatan dan suka menyesatkan orang

34. Bermuka-muka

35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya

36. Sombong diantara sesama manusia

37. Melampaui batas yang telah digariskan oleh Allah

38. Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim

39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup

40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah

41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah

42. Mengkhianati sesuatu amanah

43. Memutuskan silaturrahim

44. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin

45. Menghalalkan perkara yang haram

46. Membuat kerosakan dimuka bumi

47. Menuduh orang beriman bodoh

48. Mengubah dan menyalahguna ayat-ayat Allah

49. Bersumpah dengan selain nama Allah SWT

50. Berasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.


*Subahanallah, mintak-mintak kita dihindari dari penyakit ini.

DOSA MENGUMPAT



MMENGUMPAT ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Perbuatan itu mungkin menyebabkan kesusahan, kerugian, perasaan malu dan mendapat nama buruk akibat cerita itu.

Rasulullah saw menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabda bermaksud:
“Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya.” (Hadis riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui ia difahami oleh orang mendengarnya.

Mengumpat banyak mendatangkan keburukan. Oleh itu, Islam melarang umatnya mengumpat.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Firman Allah bermaksud: “Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah daripada kamu. Adakah seorang daripada kamu suka makan daging bangkai saudaranya, tentunya kamu semua membenci memakannya …” (Surah al-Hujurat, ayat 12).

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya pada akhirat.

Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang diumpat.” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Tidak ramai melakukan zina kerana dosanya amat besar tetapi ramai tidak sedar setiap hari melakukan dosa lebih besar daripada zina.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya.

Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Maksud hadis itu dengan jelas membuktikan orang mengumpat dikategorikan sebagai belum beriman dengan hatinya biarpun lidahnya mengaku beriman.

Orang mengumpat bakal dimalukan biarpun dia berada di rumahnya sendiri. Kesan buruk mengumpat boleh menyebabkan perbalahan dan perasaan tidak senang dalam masyarakat.

Perasaan iri hati, marah, benci dan dendam mudah merebak daripada perbuatan mengumpat. Ia mungkin boleh merebak sehingga mencetuskan huru- hara dan pembunuhan.

Mengumpat juga boleh berlaku ketika bergurau dan melawak apabila menggunakan perkataan atau perbuatan melambangkan keburukan seseorang.

Rasulullah saw pernah menegur Siti Aishah kerana berkata “alangkah pendeknya perempuan itu” kepada seorang perempuan tua yang datang berjumpa dengan Rasulullah saw.

Kata-kata itu turut dianggap mengumpat kerana menyebut kelemahan sifat orang lain dengan memperkecil-kecilkannya.

Ini bermakna kita tidak boleh memanggil seseorang dengan panggilan menunjukkan kekurangan fizikal seperti botak atau buncit.

Tetapi masyarakat kita sering menggunakan lambang fizikal seseorang sebagai panggilan untuk melawak. Ada juga menyebut perkataan itu dengan tujuan panggilan ‘mesra’. Kita boleh memanggil seseorang dengan gelaran itu jika orang itu bersetuju atau tidak marah.

Orang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering.” Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukan olehnya di dunia.

Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya.” Maka Allah menjawab: “Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui.”

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.

Walaupun perbuatan menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain amat dilarang dan berdosa besar, ada masanya kita diharuskan berbuat demikian. Perbuatan itu hendaklah bertujuan kebaikan dan bukan saja-saja suka menceritakan keburukan orang.

Antara contoh keadaan yang dibenarkan ialah menceritakan sifat seseorang yang suka menipu. Kita menceritakan sifatnya itu bertujuan supaya orang lain berhati-hati dan tidak akan mudah ditipu olehnya.

Tetapi janganlah ditambah cerita mengenai sifat lain pula. Contohnya, selain cerita sikapnya suka menipu, diceritakan juga sifatnya suka minum arak. Ini kerana di antara kedua-dua sifat itu tidak mempunyai hubungan dan bukan untuk tujuan asal agar tidak tertipu.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Jauhkan diri daripada berada dalam suasana yang boleh menyebabkan berlakunya mengumpat.

Oleh itu, perbanyakkan zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.


KREDIT BY:- rileks.info

SURAT UNTUK MAMA & ARWAH BAPAKU

Ibuku tercinta,

Semalam, aku menerima "warkahmu" dengan penuh redha. Air mataku bergenang lalu berlinangan jatuh ke pipi. Namun mamaku, itu hanyalah tangisan seorang anak yang merindui mama & bapanya. Ianya tidak pernah menggambarkan kelemahan hati dan fikiranku di dunia ini. Janganlah Mak bimbang akan diriku ini. Tubuhku yang kerdil inilah yang akan menjadi perisai buat Mak dan semua. Mak, sebenarnya aku sudah cukup dewasa untuk menerima takdir ini. Aku tidak pernah menuntut sesuatu yang lebih dari kemampuan mak.
Biarpun tahun baru dan alam persekolahan telah lama berlalu, namun aku tetap merasa cukup dengan pakaian dan peralatan yang sedia ada ini. Mak, sesungguhnya engkau telah berikan kepadaku sebaik-baik pakaian yang bernama iman. Biarlah remaja-remaja & pelajar-pelajar lain sibuk dengan baju dan kasut baru mereka, tetapi lihatlah aku, aku bangga mempunyai seorang ibu seperti mama. Pak, semalam Mak bercerita tentang mu. Hatinya tidak akan pernah kering dari mengagumimu & mengingatimu. Bahkan ia akan sentiasa basah. Perkataan-perkataan nya tersusun rapi, penuh lembut umpama sutera yang halus. Biarpun aku terlalu kerdil untuk memahami semua ini, mama tidak henti memberi semangat juang yang tidak pernah luntur dan padam. Bapaku, biarpun masa pemergianmu aku masih kecil, namun tangisan ku itulah yang menjadi penghibur kami sekeluarga. Malah tangisan itulah yang telah mendewasakanku hingga ke saat ini. Aku amat memahami akan beratnya tugas mamak sekarang. Kadangkala aku sapukan peluh yang mengalir didahi mamak. Mak tersenyum melihat telatah aku dan abang-abang yang lain. Pak, kadangkala aku merasa sepi sekali. Dunia yang begini luas seolah–olah terasa sempit olehku. Aku sesekali terkena angin kesepian yang amat menyiksakan diri. Tatkala itu berlaku, aku mencari teman yang paling setia bernama SAHABAT. Aku selalu menahan diri supaya Hatiku tidak akan bersedih lagi. Biarlah manusia dengan tanggapan mereka. Aku akan tabah bersama mak menyelusuri ombak gelombang kehidupan ini. Pak, aku terlalu rindu untuk menjejakimu untuk menatap wajahmu. Seandainya engkau damai dalam perjalananmu menuju Ilahi janganlah lupakan kami disini ya, sudah hampir sembilan tahun engkau pergi meninggalkan kami disini. Pak, didalam kerinduan semalam, aku terkenangkan saat-saat indah kita bersama di masa aku kecik dahulu. Aku lihat pohon-pohon bunga yang kembang dihalaman rumah kita hasil kerja tangan mak dan kakak di masa lapang, semakin subur dan membesar. Bunga-bunga tua jatuh layu berguguran ke tanah. Pak, barangkali begitulah kehidupan kita ini. Terlalu singkat untuk digambarkan. Pak, izinkan aku menitiskan air mata ini buat menenangkan hati yang sedih. Bukankah Nabi juga pernah menangis? Bukankah tatkala Khadijah isteri kesayangannya pergi meninggalkannya Nabi menangis? Pak, barangkali kekuatan itu datangnya selepas menitiskan air mata yang paling ikhlas.


Anakmu Yang Sentiasa Rindu Belaian Mu…

KASIH SAYANG SEORANG IBU



KASIH sayang dan pengorbanan seorang ibu tidak ternilai harganya.

Usaha membesarkan anak daripada tapak kakinya sebesar dua jari sehingga anak menginjak dewasa tidak terbalas jasanya. Alangkah bertuah si ibu apabila anak yang berjaya tidak pernah meminggirkan ibunya.

Lebih bertuah lagi, jika si anak itu bukan saja menjadi anak berjasa kepada orang tua bahkan kepada bangsa dan agama.

Menurut Penasihat Tetap Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (Tamrin), Datuk Dr Fadzilah Kamsah, sifat utama yang dibekalkan oleh Allah kepada mana-mana ibu adalah kasih sayang yang tinggi.

Pakar motivasi ini mengakui kasih sayang itulah mem buatkan seseorang wanita itu menjadi seorang ibu yang baik.

Menurutnya, daripada sifat kasih sayang ini bercambah sifat lain yang menyerlahkan lagi sifat keibuan sejati kepada dirinya.

Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman, beliau me nyatakan ciri berikut yang lazimnya ada pada ibu yang memiliki sifat keibuan sejati:


* Kasih sayangnya menyerlah

Ibu yang sejati di dalam Islam akan memberi kasih sayang bukan saja dalam bentuk belaian dan kemanjaan tapi didikan. Di samping keperluan fizikal anaknya dipenuhi, keperluan rohani turut diisi. Kerana tingginya kasih sayang ibu ini, dia mengharapkan kejayaan yang berkekalan buat anaknya.

Justeru, anak itu dididik dan dibentuk peribadinya mengikut kehendak Allah supaya terjamin masa depannya di dunia dan di akhirat.


* Prihatin dan ambil berat

Kadangkala bagi anak yang dewasa, ibu masih prihatin, mengambil berat dan mengambil tahu mengenai anaknya.


* Halus perasaan

Ibu yang sejati dapat membaca pergolakan jiwa anaknya hanya dengan melihat air muka dan tingkah laku si anak.

Perasaannya terhadap anaknya begitu halus. Sejak kecil anak itu di bawah pengawasannya membuatkan ibu arif dengan ‘bahasa badan’ anaknya.


* Suka beri nasihat

Sifat seorang ibu sejati memang suka dan sentiasa memberi nasihat kepada anaknya. Oleh itu, dia selalu menjadi kaun selor dan tempat rujuk anak-anaknya.

Sifat suka memberi nasihat ini didorong oleh keinginan melihat anaknya mendapat yang terbaik dalam hidup.


* Sangat sabar dan berlapang dada

Daripada wajah seorang ibu, sudah dapat dibaca sifat sabar dan lapang dadanya. Bukan dia tidak pernah marah tapi dia pandai dan mampu mengawal perasaan.

Seorang ibu tidak pernah menunjuk rasa tidak senang atau marah walaupun ada antara anak-anak pernah menyinggung perasaannya. Itulah ibu sejati.


* Lembut tetapi tegas

Wataknya boleh disesuaikan iaitu ada ketika dia berlembut dan pada ketika yang lain, dia perlu tegas dan tidak boleh memberi muka.

Namun ketika tegas, sifat kelembutannya masih terjaga. Dia tegas bila membabitkan soal disiplin, peraturan atau perintah Allah, tapi wataknya yang lembut tidak pula bertukar keras dan kasar.


* Suka meraikan

Walaupun anak-anak besar dan masing-masing berkeluarga, seorang ibu yang tinggi sifat keibuannya masih suka meraikan serta melayan keinginan anaknya.

Apabila anak pulang bercuti misalnya, dia akan turun ke dapur menyediakan makanan kegemaran si anak. Jika anak-anak ramai, dia akan memberi perhatian pada setiap anak.

Dia mahu anak-anaknya selesa dan memenuhi keperluan mereka sehinggakan dia sering mendahulukan keperluan serta keinginan anak-anak daripada keperluan dan kein ginannya sendiri.

Malah, dia sanggup mengorbankan keinginannya sema ta-mata untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak.


* Tidak pilih kasih

Tidak ada di kalangan anak-anak yang berasa dirinya kurang disayangi. Selain anak-anak sendiri, sifat menyamaratakan kasih sayang ini dapat dilihat pada layanannya kepada anak orang lain.

Menerusi kekuatan sifat keibuannya, seorang ibu dapat membentuk dan mencorak anak-anak di rumah, mencorak anak-anak didiknya di sekolah jika dia seorang guru atau membentuk ‘anak-anak’ di pejabat jika dia seorang ketua pejabat.

Tiada suatu formula ideal membentuk anak-anak cemerlang kerana setiap anak itu memiliki keistimewaannya tersendiri yang dianugerahkan Allah.

AZAB KEPADA WANITA YANG BERDOSA

Renungan khususnya untuk para kaum Hawa dan amnya kepada kita semua.

Sayidina Ali r.a menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah S.A.W menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah S.A.W menangis.

Beliau menjawab, “Pada malam aku diisra’kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.”

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. “Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.
“Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
“Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta. “Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,”Kata Nabi s.a.w.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?
Rasulullah S.A.W menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti **** dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.”

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

50 MALAN TERBAIK DALAM HIDUP



1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan ? Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalazii m) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan ? Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) ? Bukhari

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) ? Bukhari

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) ? Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalazi im) tiga kali ? Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) ? bukhari
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) ? Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya ? Abu Naim

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya ? Bukhari

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya ? Muttafaq Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH ? Abu dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali ? Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

KUASA SEORANG WANITA



Kuasa Seorang Wanita ..

KUASA PUJUKAN PEREMPUAN

* Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

* Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :

1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon

* Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran
tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :

1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.


KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN

* Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.


KUASA LAYANAN PEREMPUAN

* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan
baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.
KUASA DOA PEREMPUAN
* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki.


Sebagaimana hadis Rasulullah saw:

"Doa ibu itu lebih cepat makbul."
Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah ?"
Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


KUASA TAQWA PEREMPUAN

* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan
penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s.
Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis
Rasulullah saw:

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar
baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."

BELAJAR KAWAL PERASAAN DARI LELAKI



Belajar Kawal perasaan dari lelaki

1) Lelaki tidak pernah rasa simpati pada diri mereka sendiri. Kalau mereka putus cinta, tidak pernah terbawa-bawa dan bila bertemu kawan, bertanyakan teman wanitanya,dengan selamba mereka jawab ”Oh, aku dengan dia dah putus.” Kemudian mereka berlalu minum teh tarik. Berlainan pula dengan gadis. Mereka lebih banyak yang menjawab, ”Tolong, jangan tanya pasal mamat tu lagi!”

2) Lelaki melihat masalah utama ialah kehidupan mereka. Bagaimana nak teruskan kehidupan, nak cari kerja dan sebagainya biarpun hubungan cinta sudah putus. Gadis lebih memikirkan ‘hubungan percintaan’ mereka yang terputus, kenapa mesti jadi begitu!

3) Pada lelaki ada teman wanita, satu bonus. Gadis pula merasakan mesti ada teman lelaki, kalau tidak hidup tak lengkap.

4) Tanpa teman wanita, lelaki memikirkan tentang kerjaya, sukan, keluar dengan teman dan mendengar muzik.

5) Bila putus cinta, lelaki anggap gadis itu tidak sesuai untuknya dan dia tinggalkan gadis itu untuk cari gadis yang lain.

6) Lelaki tidak suka membincangkan isu peribada kerana tidak suka merosakkan emosi, hingga ada ungkapan , ‘lelaki tidak suka mendengar dan wanita tidak tahu baca peta.’

7) Lelaki berani bersumpah yang mereka tidak kecewa ditinggalkan teman wanita, walhal mereka sebenarnya sedih dan terluka.

8 ) Lelaki tidak menangis macam budak kecil kerana mereka tidak pernah bersimpati pada perasaan.

9) Lelaki tidak menganggap putus cinta satu trauma atau sejarah sebaliknya gadis merasakan ia truma dalam hidup mereka.



Kredit By: rileks.info

MEMBAHAGIAKAN IBU SEPANJANG HAYAT



KASIH ibu membawa ke syurga, itulah ungkapan yang sering kita dengar berkaitan dengan kasihnya ibu. Ungkapan itu memang ada kebenarannya. Siapalah kita tanpa ibu yang melahirkan, tempat menumpang kasih selama sembilan bulan di dalam kandungan, suara lembut, halus yang membisikkan, mendodoikan dengan penuh kasih dan sayang.

Tidak kira manusia atau haiwan, spesies keturunan, kaum mahupun agama kepercayaan, naluri keibuan adalah asli, lahir secara semula jadi tanpa sebarang paksaan.

Mungkin bersempena dengan kasihnya ibu yang tiada batasan, Hari Ibu disambut oleh lapisan masyarakat di seluruh dunia. Negara berlainan menyambut Hari Ibu pada tarikh yang berlainan, mungkin kerana pada sejarah Hari Ibu yang berbeza menurut kepercayaan bangsa yang berlainan.

Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa Hari Ibu disambut kerana kepercayaan bangsa Greek kuno yang menyambutnya bersempena ibu kepada Tuhan kaum Greek, yang bernama Cybele. Sambutan ini dibuat di sekitar Vernal Equinoks, dan kebetulannya berada pada 15 hingga 18 Mac setiap tahun.

Kaum Roman kuno pula mengadakan Hari Ibu untuk ditujukan kepada Juno, seorang dewi perkahwinan bagi kaum Roman, merangkap ibu kepada Tuhan mereka. Mereka meraikannya dengan cuti umum yang dipanggil Matronalia.

Sejarah Hari Ibu banyak berkisar dengan sambutan keagamaan kaum-kaum kuno terdahulu. Namun hakikatnya, Hari Ibu seharusnya sentiasa disambut dan diraikan, Seorang ibu seharusnya sentiasa mendapat layanan yang baik, tidak kira dari anak-anaknya, mahupun suami tercinta. Ini kerana tugas mahupun tanggungjawab seorang ibu itu terlalu luas dan universal.

Allah SWT telah menjadikan fitrah dalam diri manusia untuk mengembangkan keturunan, agar kesinambungan generasi manusia dipertahankan, terutama dalam menjalankan fungsi manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, Allah telah menetapkan wanita sebagai tempat 'penyemaian' benih generasi.

Lantaran itulah, proses kehamilan, melahirkan, menyusukan serta mengasuh anak adalah di antara proses yang terindah dalam kitaran hidup seorang wanita.

Namun harus diingat, di dalam alunan hidup moden ini, wanita yang bergelar ibu turut dilambung gelora tuntutan tanggungjawab yang lebih mendesak.

Pada zaman ini, selain daripada tanggungjawab sebagai ibu dan isteri, seseorang wanita itu turut memainkan peranan sebagai seorang anak kepada orang tuanya, pekerja kepada majikannya, malah mungkin sebagai majikan kepada pekerjanya. Semua itu menuntut pengorbanan yang lebih daripada biasa.

Namun dalam kesemua tanggungjawab yang harus dipikul, peranan sebagai seorang ibu adalah merupakan peranan yang tidak boleh diambil ringan.

Tanpa kerelaan dan keikhlasan seorang ibu yang memelihara janin selama sembilan bulan di dalam rahimnya, tidak akan lahir seorang anak di dunia ini. Kerelaan dan keikhlasan itu diteruskan lagi sewaktu menyusukan bayi, kesabaran mengasuh dan melayan 1,001 kerenah anaknya.

KeikhlasanTanpa kerelaan dan keikhlasan seorang ibulah wujudnya kes-kes pembuangan mahupun pembunuhan bayi-bayi yang tidak dikehendaki kelahirannya. Tanpa kerelaan dan keikhlasan seorang ibu untuk mengasuh anaknya jugalah lahirnya generasi yang haus dan dahagakan kasih hingga sanggup menghirup kasih dari takungan yang salah. Kadang-kadang kesibukan sang ibu memenuhi tuntutan hidup menyebabkannya seolah terlupa dan alpa dengan tanggungjawab utama untuk mendidik anak.

Hakikatnya, asuhan dan air tangan ibulah ubat paling mujarab untuk melembutkan hati anak yang fitrahnya sentiasa dahaga bimbingan dan asuhan orang yang mengandungkan dan melahirkan.

Seorang ibu jualah yang selalunya memainkan peranan untuk menentukan arah tuju generasinya sendiri seperti mana yang ia idamkan. Seorang ibu mempunyai senjata yang amat tajam untuk membentuk sahsiah dan jati diri anak-anak asuhannya.

Seorang ibu juga memiliki kekuatan doa untuk anak-anak yang pastinya tidak akan dipersiakan. Hingga wujudnya peribahasa, 'Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu'.

Hari Ibu, sempena mengingati kerelaan dan keikhlasan seorang ibu. Namun demikian, sebagai insan yang selama ini berkorban apa sahaja untuk anak-anaknya, Hari Ibu seharusnya menjadi tuntutan dan diraikan sepanjang masa.

Membahagiakan hati seorang ibu adalah tuntutan terpuji. Anak-anak dan suami sentiasa boleh melakukan demikian secara berusaha sama membuat kerja-kerja rumah tangga yang tidak pernah habis. Anak-anak juga boleh sentiasa menjaga hati dan ketenteraman jiwa seorang ibu, hormat, tidak membuatnya susah hati, itu sudah cukup bagi seorang ibu.

Tidak salah membeli hadiah untuk seorang ibu sempena Hari Ibu, namun apa yang paling penting ialah 'hadiah' kasih sayang yang tidak berbelah bahagi buat ibu, wanita paling tinggi hierarkinya dalam tingkat kasih manusia sejagat.

10 SIKSAAN TERHADAP WANITA YANG BERDOSA



Fikrah: Nabi lihat 10 seksaan timpa wanita

RASULULLAH saw menangis setiap kali mengenangkan 10 jenis seksaan yang dilihat menimpa wanita ketika Baginda melalui peristiwa Israk Mikraj. Antaranya perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan kepada Baginda ialah perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda juga melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

“Sayang pada isteri,anak-anak perempuan berpada-pada jangan biarkan kasih sayang kita menjadi penyebab kita dan mereka menghuni neraka… ”


NAU’ZUBILLAH…

CERPEN: Kasih Seorang Ibu…

Suasana di wad bersalin begitu sepi sekali, bak baru sahaja di landa tsunami yang tak diundang, dengan keadaan seorang ibu yang terlantar di atas katil dan seorang ayah yang berada di samping si ibu. Tiba-tiba kedengaran suara...

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu dengan cepat…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah
kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun telah berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa
rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu
masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.” "Dan anakku, cuping telinga mu itu adalah cuping telinga ibumu, lihat lah anakku, betapa besarnya pengorbanan ibu mu padamu yang sanggup memotong cuping telinganya untuk melihat dirimu membesar dengan sempurna.."


P/s : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah “SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU”, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya
hari tak berguna sudah...



Kredit By: rileks.info

IBU OH IBUKU

Beberapa hari ni, ntah kenapa mood ku always nak tulis pasal my mem, hehehe... myB aku rindu sangat kat dia, hermm..


Kita selalu katakan wanita itu lemah dan tak berdaya,
tapi kita kena sedar bahawa wanita itu adalah ibu kita, dan kerana mereka ibu kita lah mereka itu kuat, kita kena terima hakikat bahawa insan bernama ibu itu adalah hebat & kuat, kerana di sebalik kelemahan itu, terselit kekuatan.. di sebalik kelemahan itu lah, Allah bagikan kekuatan untuk melahirkan anak (kita) di mana pada masa itu sakitnya tak terperi.. namun bila anak (kita) telah lahir, ibu yang bernama wanita lemah itu masih lagi mampu tersenyum gembira, kuatkan?

Disaat anak (kita) termenung ditimpa masalah, ibu jugalah yg Allah beri kekuatan mampu menghidu setiap masalah yang anaknya hadapi.. kuatkan?

Tapi kita sering lupa.. Apabila kita jatuh tersungkur mahupun berdiri megah di kayangan kita sudah tidak mampu mengingati apalagi menghayati pengorbanan yang pernah ibu kita lakukan untuk kita selama ini.. lemahkan kita??





Dan video ini sangat2 membuat aku terasa hati, dan sekarang pun aku sudah terasa sikit bahamnya, betapa aku lalai selama ni, time cuti semester pun aku tak balik kampung da, berbeza ngan yang dulu-dulu, seminggu sebelum cuti barang2 sudah habis packing, tapi sekarang... semuanya tidak lagi... aku semakin malas mau balik kampung, bukan aku bencik kat mak.. tapi.. aku pun tak tau apa jawapan sebenar, i'm so soory mak !! i lurve u mak, forever and ever !! Insyallah 1Hb ni aku balik jumpa mak k? i swear ! this is surprise for you, aku balik without satu orang family pun yang tahu, herm...