Salah faham antara lelaki dan perempuan bukan sesuatu yang asing. Berbicara mengenai perkara ini, kerap kali kaum Hawa menyatakan keluhan terhadap pasangan yang menurut mereka sukar mendengar kata. Keadaan ini sekali gus pastinya mengundang kemarahan dan sakit hati pada wanita.
Bagi merungkai 'misteri' ini, tidak ada salahnya jika mengetahui rahsia lelaki tentang keinginan dan pencapaian yang tepat agar mereka mendengar kata anda.
1. Lelaki Ingin Wanita Berterus-terang
Lelaki dan wanita bukan sahaja berlainan dari segi fizikal tetapi cara mereka mengekspresikan emosi juga berbeza. Percakapan atau kata-kata berbentuk sindiran atau kiasan biasanya tidak 'berkesan' di hati lelaki. Jadi, tidak hairanlah sekiranya mereka sukar 'menangkap' kata-kata tersirat yang diucapkan pasangan. Bagi lelaki, mereka akan lebih mudah memahami dan mengerti sekiranya wanita menyatakan sesuatu secara berterus-terang.
2. Lelaki Berfikir Dan Mencari Solusi
Apabila wanita mengadu atau mengeluh tentang pekerjaan mereka dengan kata-kata "Hari ini saya banyak kerja. Saya rasa tertekan kerana saya perlu cepat menyiapkan kerja-kerja tersebut. Bos saya pula bla...bla...bla...bla...bla..." Sebaik anda selesai mengucapkan kata-kata tersebut, jangan pula tiba-tiba bingung sekiranya pasangan memberikan iklan jawatan kosong kepada anda. Ini kerana pada pandangan lelaki, keluhan isteri atau kekasih menunjukkan mereka sedang berhadapan dengan masalah besar di pejabat. Bagi mengurangkan 'tekanan' yang dialami pasangan, lelaki beranggapan mereka perlu mencari solusi terbaik untuk membantu pasangan. Bagaimanapun, persepsi mereka tidak benar kerana pasangan hanya mahu mencurahkan isi hati mereka dan bukan mahu berhenti kerja.
Bagi mengelakkan berlakunya salah faham, sebaiknya tuturkanlah kata-kata seperti, "Saya sedang tertekan dan sedang perlukan seseorang untuk menjadi pendengar. Bolehkah abang jadi pendengar?" Sekiranya kata-kata ini dituturkan, hasilnya pasti berbeza. Begitu juga sekiranya seorang wanita menyatakan sesuatu tetapi pasangannya tidak memberikan sebarang reaksi hanya terdiam. Mereka sebenarnya bukan tidak mendengar atau fokus terhadap apa yang sedang dibicarakan tetapi sedang memikirkan apakah solusi terbaik yang bisa diberikan kepada isteri atau teman wanita mereka.
3. Lelaki 'Mendengar' Dengan Satu Bahagian Otak
Lelaki biasanya terlihat tidak memberikan perhatian saat teman wanita atau isteri mereka sedang berbicara. Hal ini sebenarnya berkait rapat dengan fungsi otak. Dalam mentafsir sesuatu perkara, wanita menggunakan kedua-dua belah otaknya manakala lelaki hanya menggunakan sebelah otaknya. Kelebihan ini menyebabkan wanita lebih peka dan mengetahui makna tersirat, di sebalik mimik wajah atau gerak tubuh seseorang. Kegagalan lelaki mentafsir bahasa tersirat pasangannya juga kerap menimbulkan masalah. Kata-kata seperti, "Abang dari mana? Mengapa tidak telefon?" Pastinya akan dipandang sebagai pertanyaan menuduh sekaligus membuatkan mereka enggan mendengar kata. Padahal, isteri atau teman wanita mereka sebenarnya khuatir dan runsing tentang keselamatan pasangan. Dalam hal ini sebenarnya lebih efektif sekiranya wanita berkata, "Saya sangat cemas! Syukurlah abang tidak apa-apa!" Tentunya suami atau teman lelaki anda akan tersenyum penuh makna.
4. Lelaki Tidak Mampu Meramal Fikiran Wanita
Wanita sentiasa berharap kekasih atau suami mereka mengetahui perkara yang sedang mereka fikirkan tanpa perlu diberitahu. Pun begitu, realitinya lelaki tidak bisa membaca fikiran wanita kerana mereka bukan peramal. Oleh itu, setiap wanita perlu menyatakan isi hati mereka tanpa perlu menyimpan harapan bahawa pasangan akan mengetahuinya sendiri. Dalam pada itu, pastikan juga pasangan tidak menonton televisyen atau melakukan perkara lain saat anda sedang berbicara. Ini kerana mereka sebenarnya tidak fokus terhadap apa yang anda bicarakan. Pastinya anda sendiri yang akan kecewa dan sakit hati.

0 comments:
Post a Comment
KERATAN NOTIS
1. Sila Komen Dalam Bahasa Melayu / Ingelish Yang Mudah Difahami
2. Tinggalkan Alamat Blog / Email Jika Perlu
SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. PEMILIK AJTR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA DI AJTR INI.