I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

SELAMAT HARI IBU





Sekarang tepat jam 12:00 malam, selamat Menyambut Hari Ibu ku ucapkan buat semua ibu-ibu kat Dunia ni umumnya dan khasnya untuk mama ku yang tercinta, Siti Binti Indarsaya di Kampung Jagung, Merotai Besar Tawau, Sabah, "SELAMAT HARI IBU MAK" Jerit payah mak membesarkan saya selama ni belum pun lagi terbalas, tapi insyallah satu hari nanti akan saya buktikan yang saya juga mampu untuk menganyam impian bersama mak, selama ni tak pernah sekali saya buat mak gembira, buat mak tersenyum dengan kejayaan saya, tapi buat mak nangis, buat mak marah, buat mak kecewa, inilah perkara yang saya selalu hadiahkan kat mak...

Saya tahu mak amat sangat kecewa dengan sifat anak mak yang last ni, tapi hati seorang mak, tak kan dia sanggup abaikan anaknya, walaupun susah duit itu untuk dicari demi pelajaran anak mak ni, mak tetap jugak berusaha tanpa kenal putus asa, sudah hampir 9 tahun mak memegang tanggungjawab sebagai mak dan juga bapak kepada kami semua, namun mak tetap tabah juga untuk harungi semua tu..

Bagi saya, mak la ratu hati hidup saya, walaupun saya selalu buat mak kecewa, hampa dan sedih tapi tak pernah sekali mak melontarkan kemarahan dengan saya, mak selalu tersenyum untuk saya, kerana itu bagi saya, mak adalah satu-satunya ratu hati saya, dan insan yang amat sangat memahami saya, mak tak pernah leka dengan tanggungjawab mak, walaupun apa yang saya ingini melebihi batas kemampuan mak, tapi tak pernah saya dengar keluhan dari mak untuk menolak permintaan saya..

Apa pun, selamat hari ibu untuk mak.. i lurve you much, much, much n forever mak !!

Hug n kisses 4 u !!

0 comments:

Post a Comment

KERATAN NOTIS

1. Sila Komen Dalam Bahasa Melayu / Ingelish Yang Mudah Difahami

2. Tinggalkan Alamat Blog / Email Jika Perlu

SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. PEMILIK AJTR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA DI AJTR INI.