I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

Dari Arah Mana Kau Cabut Nyawaku?

Dari Arah Mana Kau Cabut Nyawaku?

Baginda Rasulullah s.a.w pernah Bersabda:

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan & kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua tapak kakinya samapai ke paras lutut.


"Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudianya mereka keluar."

"Dan akhir sekali, datang lagi satu kumpulan malaikat masuk & menarik roh dari mulutnya hingga samapi kekerongkong & tahap inilah yang dikenali sebagai nazak."

Sambung Rasulullah s.a.w lagi:
"Kalau orang itu orang yang beriman maka Malaikat Jibrail a.s akan menebarkan sayapnya sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukanya di syurga."

"Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa orang yang berada disekelilingnya. Ini adalah kerana rindunya kepada syurga & melihat terus kepada sayap malaikat jibrail a.s."

"Kalau orang yang nazak itu orang yang munafik, maka Jibrail a.s akan menebar sayap disebelah kiri. Maka oarang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka & dalam masa yang sama, orang itu tidak lagi melihat orang yang disekelilingnya. Ini kerana takutnya apabila melihat tempatnya di Neraka."

Dari sebuah hadis disebutkan bahawa apabila Allah s.w.t menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya, maka datang la malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan lain kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah s.w.t."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali pada Allah, dan menjelaskan apa yang diucapakan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah s.w.t Berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah nyawanya dari arah lain."

Sebaik sahaja malaikat maut mendapat perintah Allah s.w.t maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah usapan dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim & penulisan ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal mencabut roh orang mukmin itu dari arah tangan, maka malaikat maut cuba dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal kerana kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini, kerana kaki ini sentisa berjalan berulang alik mengerjakan solat berjemaah."

Apabila malaikat maut gagal lagi, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik sahaja malaikat maut menghampiri telinga. Maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini, kerana telinga ini sentiasa mendengan bacaan Al-Quran & Zikir."

Akhir sekali, malaikat maut cuba mencabut roh dari arah mata, sebaik sahaja menghampiri mata, mata pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah sini, kerana mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab & mata ini sentisa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal, maka malaikat maut kembali pada Allah s.w.t. Kemudian Allah s.w.t. Berfirman "Wahai malaikat-Ku, tulis asma-Ku di telapak tangan mu dan tunjukan kepada roh orang mukmin itu."

Sebaik sahaja mendapat perintah Allah, maka malaikat maut menghampiri roh orang mukmin itu & menunjukan asma Allah s.w.t. Sebaik sahaja melihat asma Allah s.w.t. maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Sekian, Renung-renungkan Dan Selamat Beramal.

(Masa aku coret artikel ni, airmata mengalir, ntah sebab apa, myB aku teringat time aku darjah 6 dulu, masa arwah bapak aku pergi untuk selamnya, sob...sob.. Al-Fatihah)

Artikel ini saya ambil dari Majalah mastika keluaran FEBRUARI 2009 Muka Surat 60.

0 comments:

Post a Comment

KERATAN NOTIS

1. Sila Komen Dalam Bahasa Melayu / Ingelish Yang Mudah Difahami

2. Tinggalkan Alamat Blog / Email Jika Perlu

SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. PEMILIK AJTR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA DI AJTR INI.