MARHABAN YA RAMADHAN 1431H




Salam , again , it has been an extremely busy month , although the desire to write with all the new interesting story around , In the meantime , I would like to wish all my Muslim friends , Selamat Berpuasa .. May the fasting season reminds us all on the hardship and misery of the people who might not be so lucky , especially the oppressed ones around the world ..

Masa ni , bukan masa untuk aku mau coret tentang emotional story k ? i must be strong .. (i try my best laaa) .. actually , im sad , sad aku ni geng , this is my 1st year sambut Ramadhan without mamak ku TERcinta .. Sobssss ..

Kalau di kampung , malam bulan puasa (1 Hari Sebelum Puasa) selepas waktu maghrib , aku la orang paling busy buat persiapan , iaitu , bagi mati lampu kat beranda dan hidupkan lilin dan letak d anak tangga .. ini adat kami ; 1 hari sebelum bulan ramadhan , kami sambut kedatangan bulan yang mulia ini dengan NUR (cahaya) dan kenduri yang di namakan kenduri arwah , kenyang makan geng .. haha ..

By the way , aku tetap merindu dan akan merindu betapa sedapnya masakan mamak ku terchenta .. memang betul-betul akan rindu laaaa .. sobssss .. nazar ku , semoga Ramadhan kali ini penuh makna dan keinsafan , insyallah ..



PENGERTIAN PUASA


Puasa ialah menahan diri dari makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.

NIAT PUASA





nawaitu sauma ghodin 'an adaa i, fardhii shahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta'aalaa ..


DOA BERBUKA PUASA





allahumma laka somtu wabika aamantu wa 'alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin ..

RUKUN PUASA

- Niat mengerjakan puasa pada tiap-tiap malam di bulan Ramadhan(puasa wajib) atau hari yang hendak berpuasa (puasa sunat). Waktu berniat adalah mulai daripada terbenamnya matahari sehingga terbit fajar.

- Meninggalkan sesuatu yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga masuk matahari.



SYARAT WAJIB PUASA

- Beragama Islam
- Baligh (telah mencapai umur dewasa)
- Berakal
- Berupaya untuk mengerjakannya.
- Sihat
-Tidak musafir


SYARAT SAH PUASA

- Beragama Islam
- Berakal
- Tidak dalam haid, nifas dan wiladah (melahirkan anak) bagi kaum wanita
- Hari yang sah berpuasa.


SUNAT BERPUASA

- Bersahur walaupun sedikit makanan atau minuman
- Melambatkan bersahur
- Meninggalkan perkataan atau perbuatan keji
- Segera berbuka setelah masuknya waktu berbuka
- Mendahulukan berbuka daripada sembahyang Maghrib
- Berbuka dengan buah tamar, jika tidak ada dengan air
- Membaca doa berbuka puasa.



PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA


- Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
- Muntah dengan sengaja
- Bersetubuh atau mengeluarkan mani dengan sengaja
- kedatangan haid atau nifas
- Melahirkan anak atau keguguran
- Gila walaupun sekejap
- Mabuk ataupun pengsan sepanjang hari
- Murtad atau keluar daripada agama Islam
.

4 comments:

  1. solful: wa lengkap ouh.. hahahhaha

    ReplyDelete
  2. ♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸*♥♥*¸.•'´¯)¸.•' ´¯)♥
    ♥♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸**¸.•'´¯)¸.•'´ ¯)♥♥
    ----==--Ramadan Mubarak---==----
    أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
    (_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥♥♥*`'•.¸_)`'• .¸_)
    ♥(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥*`'•.¸_)`'•. ¸_)♥
    Salam ramadan Al Mubarak..
    buat pembaca blog kami
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    Ramadan bulan yg mulia..
    Tertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.
    Kesempatan ini memohon maaf atas lama tak ziarah blog anda..

    ReplyDelete
  3. jiwacoklat:
    bila tiba bulan ramadhan... hati terasa gembira... bila tiba bulan ramadhan hati asyik mengingati org tersayang... bila tiba penghujung ramadhan hati mula merindunya... bila tiba penghujung ramadhan.. hati mula mula terasa sebak.. akhirnya tiba pula bulan syawal yang memberikan seribu kegembiraan.. setiap yang ikhlas berpuasa, suatu kegembiraan pdnya ketika berbuka dan tanda kemenangan ketika syawal menjelmah..

    selamat berpuasa... semoga puasa tahun ini lebih bermakna... ammmiiinn...

    ReplyDelete

KERATAN NOTIS

1. Sila Komen Dalam Bahasa Melayu / Ingelish Yang Mudah Difahami

2. Tinggalkan Alamat Blog / Email Jika Perlu

SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. PEMILIK AJTR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA DI AJTR INI.