Asal usul nama Kota Kinabalu bahagian 2 ini sama sahaja dengan catatan terdahulu cuma berbeza sedikit fakta. Nama asal Bandar ini ialah Api-api dan Singgah Mata. Ini kerana kawasan ini banyak tumbuhi oleh pokok api-api. Setelah bandar ini berkembang namanya ditukar kepada Jesselton. Nama ini diambil daripada nama pegawai Inggeris yang ditugaskan membuka dan memajukan Bandar ini iaitu Sir Charles Jessel, Naib Pengerusi Syarikat Chartered yang memerintah Borneo Utara setelah bandar ini dijumpai pada 1881. Nama Kota Kinbalu diberi pada tahun 1967 sempena Gunung Kinabalu, gunung tertingi di Asia Tenggara. Kedudukan Bandar ini di pesisir pantai dan membelakangi lereng bukit yang menghijau serta berhadapan dengan Pulau Gaya.
Semua pusat pentadbiran terletak disini kecuali bahagian Perhutanan terletak di Sandakan. Kota Kinabalu ditutupi oleh Pulau Gaya. Bandar ini adalah bandar pelabuhan bertaraf antarabangsa dan merupakan salah satu pelabuhan yang penting dan besar di Malaysia. Pelabuhan ini sentiasa tenang kerana dilindungi oleh Pulau Gaya. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu merupakan pintu masuk utama di negeri ini dan juga pengangkutan utama untuk ke semanjung Malaysia. Kota Kinabalu mempunyai pusat pengajian yang tersendiri iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta Univeristi Teknologi MARA (UiTM) serta Kampus Yayasan Sabah (KYS).
Kredit: SINI
Thanks kongsi....
ReplyDeleteIt's ok,
ReplyDeletejust simple info :)