I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

SELAMAT ULANG TAHUN MAMA



Tepat jam 00.00 semalam, alarm handphone ku berbunyi, deringan itu mengingatkan bahawa ada orang penting dalam hidupku yang menyambut hari kelahiranya yang ke 51. Kulihat tulisan yang tertera di skrin hp Nokia ku ”Mama Q Cha Yunk B'Day”.

Kuhela nafas panjang, bahagia bercampur rindu sesak didada. Waktu itu aku masih duduk bercerita bersama kawan-kawan. Ingin rasanya cepat-cepat masuk bilik, lalu menghubungi mama untuk mengucapkan “selamat ulang tahun mak“. tapi aku takut mengganggu tidur lelap beliau yang aku tahu telah lelah bekerja seharian untuk mendewasakan dan menyekolahkan aku hingga kini.

Pagi ini, Mama menghubungiku (Call free 1 minggu, celcom user, B'day Bonus katakan) Ingin rasanya menangis, kucuba menguatkan hati saat mama mengucapkan ”Makasih atas ucapannya“. Ingin rasanya saat itu aku berada didekatkatnya. Memeluknya erat, lalu mengucapkan” tak perlu mama mengucapkan terima kasih, tpi aku lah yang patut mengucapkan terima kasih kerana masih mampu menatap wajahmu hingga umur ku sedewasa ini”.

Mak, selamat ulang tahun. Maaf jika hingga saat ini masih belum ada yang bisa kuberikan untuk membuat dirimu tersenyum.

Tuhan… 51 tahun ia telah mengharungi hidup didunia-Mu, Berikanlah umur yang panjang untuknya, Berikanlah kesihatan untuknya, Berikanlah kemudahan rezeki padanya ya Tuhan


Mak, Malu rasanya, hingga umur 22 ini, belum ada yang bisa kuberikan padamu walaupun segulung kejayaan di tangan, tapi percayalah di penghujung solatku ada sebuah do’a untukmu, untuk arwah bapak, untuk kawan2 dan untuk keluarga tercinta.


PROFILE MAMA



*Mama Dilahirkan Di Kampung Jagung Merotai Besar,
*Pada 08 Bulan 11 Tahun 1958,
*Nama Mama Siti, Di Ambil Sempena Filem Lama 'Siti Zubaidah' Zubaidah Nama Mak Cik, Adik Mama
*Atuk (Nenek Laki2) Nama Inderasaya Bin Kamjah
*Nenek Nama Bulan Binti Dulah
*Mama Ada Tujuh Adk Bradik & Sembilan Adik Tiri
*Mama Dilahirkan Dalam Agama Islam Berbangsa Tidung Asli
*Mama Dijodohkan Dengan Arwah Bapak Ahud Bin Kadir Pada Usia Mama 14 Tahun Beza 29 *Tahun Dengan Arwah Bapak
*Mama Ada 6 Anak, 5 Hero 1 Heroin
*Mama Ada 4 Cucu, 1 Menantu Perempuan, 1 Menantu Laki2
*Beza Umur Mama Dengan Anak Pertama 15 Tahun.
*Mama Jadi Singgle Sejak Tanggal 11 Bulan 06 Tahun 1999.


Selamat ulang tahun yang ke 51 Mak.

0 comments:

Post a Comment

KERATAN NOTIS

1. Sila Komen Dalam Bahasa Melayu / Ingelish Yang Mudah Difahami

2. Tinggalkan Alamat Blog / Email Jika Perlu

SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. PEMILIK AJTR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA DI AJTR INI.