I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

WARNA WARNI BUDAYA HIDUP REMAJA




Sebagai komuniti yang sering menjadi mangsa ´keadaan sekeliling´, para remaja tidak dapat tidak, terdedah kepada anasir negatif yang sering pula cuba merosakkan minda, gaya hidup, budaya, tingkah laku dan corak pergaulan mereka. Maka remaja perlu mengambil langkah mengenali segala bentuk dan corak yang cuba digunakan oleh pihak tertentu untuk meracuni cara hidup mereka. Dengan cara ini remaja dapat memastikan diri mereka mampu keluar dari bentuk dan corak hidup yang silap di dalam meniti perjalanan hidup yang silap di dalam meniti perjalanan hidup mereka sebagai seorang remaja.

Berikut merupakan bentuk dan corak budaya negarif yang cuba dibina kepada remaja.


a) Materialisme

Sikap dan sifat yang mementingkan kebendaan, cuba ditanam dalam diri remaja. Mereka cuba dimomokkan dengan cara berbelanja, corak kehidupan, memilih kerja dan membina impian mereka. Segala perjalanan hidup mereka penuhi dengan nilai kebendaan semata-mata. Hingga ia melahirkan falsafah, guna segala sumber alam yang ada dan jangan fikirkan apa yang perlu ditinggalakan kepada genarasi akan datang. Ini kerana segala apa yang kita miliki perlu kita habiskan hari ini juga. Ini juga menyebabkan lahirnya gaya hidup berbelanja segala pendapatan yang diperolehi, tanpa perlu memikirkan keadaan akan datang. Konsep berbelanja denga sederhana serta, menjadi pengguna yang bertanggungjawab tidak wujud di dalam nilai kehidupan materialisme.

b) Hedonistik

Budaya hedonistik merupakan budaya berhibur dan bergembira. Dan bersuka-suka serta menjalani kehidupan yang sebebasnya demi memenuhi nafsu manusia yang tiada batasnya. Ini terangkum dalam peribahasa Barat yang menyatakan “bergembiralah engkau pada hari ini, puaskanlah nafsumu hari ini, kerana esok engkau akan mati”. Budaya hedonistik di kalangan remaja kian mudah dilihat dewasa ini.

Contohnya, hiburan yang dipilih remaja hari ini, sering melangkah batasan norma sosial masyarakat timur. Misalnya, lirik-lirik lagu yang sering didengar oleh remaja kini hanya berkisar kepada persoalan cinta, seks, dan kebebasan tanpa batasan. Secara langsung ia membina norma negatif kehidupan remaja seperti menidakkan batasan pergaulan antara lelaki dan wanita, berhibur hingga melanggar batasan budaya dan sebagainya.

c) Individualistik

Gaya hidup yang mementingkan diri mula menjalar di dalam perasaan, sanubari dan perlakuan remaja hari ini. Remaja hari ini dimomokkan dengan tema kehidupan menafikan keperluan untuk berkongsi kegembiraan, kehidupan, tenaga, ilmu dan kesihatan bersama orang lain. Mereka berpendapat mereka bebas untuk mencemarkan alam sekitar, kerana itu hak mereka. Mereka bebas untuk bersikap tidak sopan seperti pergaulan bebas kerana itu juga hak mereka. Dalam masa yang sama remaja kini tidak lagi mempunyai sikap untuk membantu orang yang lebih tua, membantu ayah ibu, menyelesaikan masalah sahabat dan semangat gotong-royong. Segala nilai murni dalam kehidupan remaja telah dipenuhi dengan gaya penting diri dalam kehidupan moden ini.

d) Westernisasi (pembaratan)

Arus westernisasi mula mengocak dan cuba meruntuhkan segala budaya murni yang dimiliki oleh masyarakat Timur. Arus ini cuba meruntuhkan keyakinan remaja terhadap budaya, bahasa, kepercayaan, gaya dan nilai hidup remaja. Ini jelas dapat dilihat daripada corak pemakaian remaja yang lebih selesa memakai tali leher, berbaju kemeja, berseluar jeans, berseluar pendek, berbaju ketat dan memakai anting-anting bagi lelaki. Mereka sudah tidak yakin untuk memakai baju kebangsaan milik mereka untuk majlis rasmi, malahan dalam kehidupan harian, mereka juga cuba mengelakkan pakaian yang melambangkan mereka. Dalam soalan pemakanan mereka lebih bangga memakan makanan barat seperti KFC, McDonald´s, Pizza Hut sebagai makanan yang melambangkan status mereka. Jika kita menoleh persoalan bahasa pula, remaja hari ini lebih selesa berbual dengan bahasa Inggeris berbanding dengan bahasa kebangsaan. Sewajarnya remaja harus menyedari segala proses westernisasi ini merupakan proses yang dirangka oleh barat, demi untuk menjajah setiap ruang kehidupan remaja dewasa ini.

e) Nasionalisme Sempit

Kita saban hari telah diracun oleh semangat perkauman dan cinta kepada bangsa dan negara yang terlalu sempit. Semangat ini disuntik dan ditanam semenjak kita kecil lagi untuk taksub kepada bangsa sendiri dan negara sendiri. Ini menyebabkan kita melebih-kelebihkan bangsa sendiri dan dalam masa yang sama menafikan yang setiap manusia yang diciptakan Allah sama tanpa ada bezanya. Yang membezakan kedudukan sesama manusia hanya iman dan takwa. Kita diberi kefahaman salah iaitu segala yang dilakukan sewajarnya diniatkan untuk bangsa ataupun negara semata-mata. Perkara ini menyebabkan kita tidak mengambil peduli segala kemiskinan, penindasan, penjajahan, ketidak adilan, pengeksploitasian, dan pembunuhan manusia sama ada di peringkat serantau atau antarabangsa. Ini kerana segala kecintaan kita dicurahkan kepada batasan bangsa dan sempadan negara sehingga menafikan perasaan perikemanusian, keadilan dan keamanan yang melangkaui batasan bangsa dan sempada negara.

CIRI–CIRI REMAJA YANG BERBUDAYA MURNI

Kita mengimpikan remaja yang mempunyai kekuatan untuk menonjolkan gaya hidup murni dan menolak segala anasir negatif, serta bentuk penjajahan yang cuba merosakkan system hidup remaja dewasa ini. Remaja menentukan perjalanan kehidupan mereka bagi tujuan memastikan sama ada mereka menjadi remaja yang terbilang antara mereka yang gemilang. Perkara ini hanya mungkin berlaku dengan pembinan nilai baru dalam kehidupan ramaja.

a) Keyakinan pada Budaya

Remaja hari ini perlu mempunyai kepada budaya dan cara hidup yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Remaja perlu menolak gaya dan perjalanan hidup yang cuba menjajah corak kehidupan mereka. Remaja sewajarnya lebih berbangga memakan kuih-kuih tradisi, lauk pauk negeri, dan pelbagai makanan milik nenek moyang kita. Daripada makan makanan yang dibawah untuk menjajah lidah dan citarasa remaja KFC, McDonald´s, Pizza Hut dan pelbagai lagi. Dalam soalan pemakaian harian, remaja perlu berani menolak bentuk pakaian yang tidak berteraskan budaya kita seperti jeans, tali leher, skirt dan pelbagai lagi. Sebaliknya remaja perlu berani untuk memakaian pakaian yang menggambarkan identiti kebangsaan yang lebih menarik, sopan dan berakhlak.

b) Keberanian

Keberanian jiwa remaja untuk menolak kehidupan yang bertereskan kehidupan mementingkan diri, materialisme, individualistik dalam kehidupan merupakan satu langkah awal yang penting. Remaja perlu berani mencabar gaya hidup moden yang sering merosakkan minda, fizikal dam budaya hidup. Walaupun anda mungkin akan dianggap oleh rakan-rakan sebagai orang yang anti-sosial, kolot, dan menolak cara hidup moden. Tetapi keberanian jiwa remaja untuk menolak segala segi unsur yang sedemikian merupakan, satu contoh untuk gaya kehidupan yang murni dan lebih sempurna sebenarnya.

c) Berilmu

Keilmuan merupakan teras dalam pembangunan jati diri seorang remaja. Namun keilmuan perlulah dimanifestasikan dengan pengalaman. Aktiviti membaca dalam kehidupan seorang remaja perlu menjadi amalan setiap detik kehidupan. Keilmuan juga bukan merujuk kepada alam persekolahan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata. Kerana alam persekolahan hanya memerlukan setiap remaja menghafal maklumat dengan tujuan untuk menjawab peperiksaan. Ini bukanlah konsep keilmuan yang perlu ada dalam kehidupan remaja. Sebaliknya, keilmuan tersebut merangkumi pembalajaran yang berteraskan keinginan memperolehi ilmu melalui keinginan sendiri yang bertujuan membina peribadi dan membantu sahabat dan masyarakat yang memerlukan.

d) Disiplin

Disiplin merupakan asas yang terpenting buat seorang remaja. Disiplin yang utuh dan kukuh menjadi kekuatan menggerakan pembanggunan diri dan menampilkan budaya hidup yang murni. Disiplin sewajarnya dihayati dan diamalkan di dalam setiap aspek dan dimensi kehidupan seorang remaja. Disiplin ini secara mudahnya bolehlah dinyatakan merangkumi persoalan membaca, disiplin ibadah, disiplin pengurusan diri dan disiplin menguruskan masa harian. Dengan kekuatan disiplin sahaja remaja mampu untuk memartabatkan budaya murni mereka.

e) Manifestasi Peribadi

Remaja perlu menonjolkan corak kehidupan yang baik, menarik dan murni. Konsep kesederhanaan perlu ada dalam kehidupan seorang remaja. Keperluan untuk menolak gaya hidup mewah, membazir, dan tidak berjimat adalah sesuatu yang wajar. Dalam masa yang sama sikap suka menolong orang tanpa mengira bangsa, agama dan negara perlulah menjadi amalan kehidupan remaja. Dengan mengambil Rasulullah s.a.w sebagai model kehidupan yang murni adalah sesuatu yang perlu.

Kita dapat menilai bagaimana ketinggian akhlak, budi pekerti dan segala unsur kebaikan dalam kehidupan Baginda Rasulullah s.a.w. Dalam masa yang sama segala gaya hidup yang menggambarkan pembaziran, sombong, hidup mewah, dan pelbagai unsur lagi, tidak wujud di dalam kamus hidup Baginda Rasulullah s.a.w.



Source: YADIM

2 comments:

broSKL said...

bagus btol artikel ni..banyak ilmu dan boleh di jadi kan sebagai motivasi diri..

ads: ingin belajar cara buat minisite guna wordpress sila ke miniSiteWordpress

Azmil Ahud ® said...

hehehe.... thnx 4 invite ;)

Post a Comment

KERATAN NOTIS

1. Sila Komen Dalam Bahasa Melayu / Ingelish Yang Mudah Difahami

2. Tinggalkan Alamat Blog / Email Jika Perlu

SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. PEMILIK AJTR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA DI AJTR INI.