I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

SEPINTAS LALU TENTANG DAERAH TAWAU




Dengan seluas kira-kira 6,125 km persegi atau 612,506 hektar dan berkongsi sempadan dengan Kalimantan, Indonesia dan dikelilingi Laut Sulu dan Laut Sulawesi Selatan.Manakala meliputi Bahagian Tawau berukuran kira-kira 14,905 km persegi atau 20% dari negeri Sabah meliputi Lahad Datu, Kunak dan Semporna.Bandar Tawau adalah bandar ke-3 terbesar selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Bandar Sri Indah adalah sebuah bandar satelit di Tawau. Bandar ini merupakan pembangunan bandar yang terbesar di Sabah dan berkeluasan tiga kali ganda lebih besar berbanding Pusat Bandar Tawau. Ia mengambil masa 15 minit perjalanan dari bandar Tawau serta dari Lapangan Terbang Tawau.Bandar yang terletak di Batu 10 Jalan Apas Tawau. Projek bandar ini telah dibangunkan oleh Syarikat Hap Seng Sdn. Bhd.. Tawau yang memilik pelbagai suku kaum dan bangsa antaranya, Bajau, Suluk, Ida`an, Tidong, Bugis, Banjar.Juga masyarakat pribumi seperti Kadazan, Dusun, Iban dan sebagainya.Kaum Cina juga mempunyai minoriti terbesar daerah ini. Pelabuhan Tawau adalah yang ke-3 terbesar selepas Kota Kinabalu dan Sandakan.Juga terdapat lapangan terbang domestik serta pengangkutan awam yang bergerak setiap hari Untuk rekod Tawau yang mempunyai 10 mukim dan anggaran 81 kampung yang terletak dalam dua Parlimen iaitu Tawau dan Kalabakan dan enam Dewan Undangan Negeri (DUN).Parlimen Tawau mengandungi Dun Sri Tanjung, Apas dan Balung.Manakala Parlimen Kalabakan mengandungi DUN Merotai, Tanjung Batu dan Sebatik. Pulau Sipadan yang merupakan salah satu pulau yang tercantik di dunia terletak di Semporna dan juga dalam kawasan bahagian Tawau.Terdapat juga Taman Bukit Tawau antara tarikan pelncong daerah ini. Pasar Tanjung Tawau yang menelan belanja sebanyak RM17 juta bagi pembinaanya.Terdapat kira-kira 6000 premis yang ada dan lokasinya yang terletak di bandar Tawau siap pada tahun 1999.Pasar ini merupakan yang terbesar di Malaysia. Tawau yang juga terkenal dengan makanan lautnya yang segar turut menjadi tumpuan masyarakat setempat dan juga pelnacong dari dalam dan luar negara.Banyak restoran yang menyajikan makanan laut antaranya seperti yang terletak di Bandar Sabindo, Bandar Fajar dan sebagainya.

2 comments:

Kos Serani said...

Aku cintakan Tawau, walau telah lama menetap di KL

ZelL ThE gReaT ! ™ said...

sama ar :)

Post a Comment

KERATAN NOTIS

1. Sila Komen Dalam Bahasa Melayu / Ingelish Yang Mudah Difahami

2. Tinggalkan Alamat Blog / Email Jika Perlu

SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. PEMILIK AJTR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA DI AJTR INI.