I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

AL-FATIHAH



Al-Fatihah buat Bapaku Hj. Ahud Bin Kadir.

Hari Ni, 11 Jun 2009, Tepat 10 Tahun aku hidup hanya bertunjang kan tulang 4 kerat mak..

Hati mana tak akan pilu apabila insan tersayang dijemput pulang di kala aku amat sangat memerlukanya lagi. Perasaan mana tidak hiba apabila tunjang kekuatan kelurga dirampas ketika aku amat sangat dahagakanya. Mungkin rintihan ini dek kerana “emotional outburst” yang melulu dan tidak terkawal. Tetapi hakikatnya itulah perasaan seorang anak bongsu yang baru ingin mengenal dunia yang kehilangan bapak tercinta..

Tanggal 11 Jun 1999, pukul 1.40 subuh, bapaku ahud bin kadir diam-diam dijemput menemui Pencipta-Nya semasa terlantar di katil Hospital Besar Tawau di mata mama ku. Bapak ku yang seorang imam Surau Al-Falah di Kampung Jagung, Saat dan ketika Bapakau sudah sampai masanya untuk pergi, dan sebagaimana janji Allah S.W.T, 1 saat pun tidak akan ditangguhkan apabila ajal sudah tiba. Aku pasrah kepada ketentuan Ilahi..

Subuh itu, aku tidur sorang di ruang tamu di kerusi panjang sendirian, pada kesbiasaanya aku tidur sekali ngan mak n bapak, aku kan anak bongsu, dalam mimpi indah ku, lena ku di ganngu oleh dentuman guntur yang kuat seolah-olah di atas bumbung rumah ku.. lantas ku terbangun, "Kring-Kring, kring-kring" Telefon rumah berbunyi, abg yang ke 3 p sambut call..

Perlahan aku dengar suara abang, makin lama, makin sayu, last-last terjatuh jugak airmata jantan abg, timbul persoalan di lubuk hati ku, "kenapa?, kenapa abg nangis?" tapi aku tak sanggup mau tanyak, sepertinya aku sudah agak apa yang berlaku, selesai jawab call abg cuba buat aku tersenyum sikit, supaya aku tenang, abg bisikan di telinga, supaya aku tenang, "tadi mama yang call, dari hospital.."

Aku sudah agak, tak tertahan airmata ku, aku terus nangis, aku gagahi hari ku dengan menangis, tanpa ku sedar family ku sudah pun memenuhi ruang umah, kakak.. satu-satunya kakak aku, dia sibuk tenangkan aku, tapi aku tak boleh, aku tak boleh terima semua tu..

Hari terus berlalu, sampai la saat terakhir untuk ku menatap wajah bapak ku, aku seolahnya tak ingin melepaskanya pergi.. tapi mak plak yang datang tenangkan aku, aku cukup tenang tika dalam pelukan mak.. aku sayang mak..

Bapak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merotai Besar, Tawau sekitar jam 2.00 petang, Tika itu hujan gerimis tak berhenti, seolah2 isi alam pun menagisi pemergian seorang hamba.

Waktu dimandi jenazahnya oleh Abang-abang dan sanak saudara tak ada sedikit najis apa pun keluar darinya. Wajahnya putih berseri-seri, lembut sayu dan tersenyum, seolah-olah seperti sedang tidur. Kombinasi semua ini dan banyak lagi memberikan seribu alasan untuk kami lebih gembira daripada bersedih di atas pemergiannya. Namun sebagai anak bongsu, kehilangan Bapak tersayang tetap dirasai dan dirindui kasihnya hingga ke hari ini.

Moga Allah cucuri Roh Bapak dan ditempatkan di kalangan orang yang solihin.

A-FATIHAH

4 comments:

Anonymous said...

semoga terus tabah...
terima lah hakikat itu...
k...

Anonymous said...

bwk besabar k..
kuatkn diri..
~al-fatihah..

Anonymous said...

may god blessed her spirit....

Azmil Ahud ® said...

wah ! suma guna tanpa nama ni, xkan xda nama kot? :d btw thnx guys ! al-fatihah :)

Post a Comment

KERATAN NOTIS

1. Sila Komen Dalam Bahasa Melayu / Ingelish Yang Mudah Difahami

2. Tinggalkan Alamat Blog / Email Jika Perlu

SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. PEMILIK AJTR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA DI AJTR INI.