Ini kisah tauladan yang ku baca kat akhbar, aku kongsi apa yang aku baca, kisahnya bertajuk "INI BALASAN TUHAN."
Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumah mereka. Sedang mereka makan, kedengaran pintu rumah mereka diketuk oleh seseorang.
Si isteri telah membuka pintu & dilihatnya seorang lelaki meminta sedekah. Si isteri merasa terharu & dia bermaksud untuk memberikan sesuatu. Tetapi sebelum itu, dia bertanya dulu kepada suaminya, "Wahai suamiku, boleh kah aku memberikan makanan kepada pengemis ini?"
Alangkah sedihnya hati si isteri apabila si suami menjawab "Tidak usah! usir saja dia, dan tutup pintu!." Dengan kuasa Allah / Tuhan, pada suatu ketika si suami yang menjalankan perniagaan telah mengalami kerugiaan yang teruk, dan telah menyebabkan rumah tangga mereka porak poranda, akhirnya rumah tangga mereka musnah kerana berlaku penceraian. Tidak lama kemudian bekas isterinya kawin lagi dengan seorang pedagang di Kota.
Dikisahkan pada suatu hari, sedang dia asyik makan bersama suaminya (yang baru), tiba-tiba kedengaran suara pintu rumah diketuk oleh sesorang, maka berdiri la si isteri untuk membuka pintu tadi, setelah dibuka pintu, ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya.
"Wahai suamiku, boleh ka aku memberikan sesuatu kepada pengemis ini?." Suaminya menjawab, "Berilah makanan kepada pengemis itu." Setelah memberi makanan kepada pengemis itu, isterinya lari masuk kedalam rumah sambil menangis.
Suaminya dengan perasaan hairan bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? apakah engkau sedih kerana aku memberikan daging ayam itu kepadanya?" Wanita itu menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan nada yang sedih sambil menangis teresak-esak, "Wahai suamiku, aku sedih dengan perjalanan takdirku yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa pengemis itu? Dia adalah suamiku yang pertama dahulu." Mendengar keterangan isterinya yang sedemikian, sang suami terkejut, tetapi segera pula ia bertanya "Dan tahukah engkau siapa aku yang kini menjadi suami mu ini? Aku adalah pengemis yang dulu diusirnya!"
Begitulah kisahnya, saudara-saudaraku, Tuhan itu Maha ADIL lagi BERKUASA, moral untuk kisah ini adalah:-
1. Jangan pandang rendah kepada orang lain.
2. Tolong menolong sesama insan.
3. Jangan menganiaya.
4. Jangan sombong.
5. Jangan kedekut.
Renung-Renugkan, Selama Beramal..

0 comments:
Post a Comment
KERATAN NOTIS
1. Sila Komen Dalam Bahasa Melayu / Ingelish Yang Mudah Difahami
2. Tinggalkan Alamat Blog / Email Jika Perlu
SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. PEMILIK AJTR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA DI AJTR INI.