I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

Kenapa Dilarang Bersuara Ketika Azan Berkumandang

Diriwayatkan oleh sebuah hadis yang bermaksud:

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidah mu ketika maut menghampiri mu"

Cuba kita amati, kenapa kebanyakan orang yang nazak, tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.

Ini jelas menunjukkan, kita disaran mendiamkan diri, jangan berkata apa pun ketika azan berkumandang. Sebagai orang islam kita diwajibkan menghormati azan. Banyak hikmahnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri...!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, maka Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba, kerana kita tidak akan dapat mengucap kalimah lailahaillahllah... yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya di cabut Allah SWT menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan & memohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. Ya.. Allah anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkanlah lidah kami untuk mengucap kalimah lailahaillahllah... semasa sakaratul maut menghampiri kami, Amin..."

0 comments:

Post a Comment

KERATAN NOTIS

1. Sila Komen Dalam Bahasa Melayu / Ingelish Yang Mudah Difahami

2. Tinggalkan Alamat Blog / Email Jika Perlu

SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. PEMILIK AJTR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA DI AJTR INI.