I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

LUMRAH DUNIA

LUMRAH DUNIA

Apa yang Kita buat akan dibalas dengan tindakan setimpal. Kita senangkan orang, orang senangkan kita balik. Kita susahkan orang, orang susahkan kita balik. Bahkan, susah kita akan jadi dua kali ganda lebih susah dari susah yang sebelumnya.

Anda, saya dan kita semua hidup dalam komuniti bermasyarakat.

Kita takkan dapat mencapai sesuatu kejayaan tanpa memerlukan pertolongan mereka. Walaupun kita boleh berkata kita berjaya hasil usaha sendiri, hakikatnya masih ada orang lain terlibat dalam usaha kita. Mereka mungkin merupakan ibu, bapa, abang, adik atau mana-mana ahli keluarga.

Untuk hidup kita jadi ceria, gembira lalu penuh dengan pelbagai macam kegembiraan, senangkan hati orang lain terlebih dahulu. Senangkan hati mereka, gembirakan mereka tanpa mengharap ganjaran.

Selagi Anda kekalkan sikap begitu, selagi itulah hidup Anda lancar saja, kurang dari segala macam permasalahan. Anggap perbuatan itu sebagai ‘tanam saham’. Satu masa nanti, Anda akan dapat pulangannya.

Doa orang yang kita selalu senangkan hatinya amat mujarab. Getaran tenaga positif yang datang dari mindanya akan membuat hidup Anda penuh dengan keceriaan yang seterusnya menyumbang pada kecemerlangan berpanjangan.

Sebaliknya, jika Anda susahkan orang, doa orang yang Anda susahkan tu dua kali ganda amat mujarab, kerana dia teraniaya oleh perbuatan Anda. Allah swt cepat memakbulkan doa orang yang teraniaya. Getaran emosi negatif dari mindanya akan mempengaruhi hidup Anda lalu menjadikan hidup Anda haru biru, tak keruan jadinya.

Mulai hari ini, untuk Kita kekal cemerlang, kekal bersemangat jangan pernah lupakan orang disekeliling Kita. Gembirakan hati mereka, senangkan hati mereka seadanya, jangan sampai mereka pula sakit hati dengan Kita kerana kesannya amat bahaya! Ia menurunkan tahap motivasi Kita dengan cepat.

0 comments:

Post a Comment

KERATAN NOTIS

1. Sila Komen Dalam Bahasa Melayu / Ingelish Yang Mudah Difahami

2. Tinggalkan Alamat Blog / Email Jika Perlu

SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. PEMILIK AJTR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA DI AJTR INI.