SELAMAT HARI RAYA 2010




Alhamdulillah ramadhan yang ke 19 telah ku sempurnakan dengan jayanya .. thnx to god .. hehe , bila raya menjelma , cuti pun tiba , bila cuti surely aku balik kampung , hehe .. tak sabar mau jumpa family tercinta , hehe ..

By the way , sempena syawal yang bakal tiba ni , aku susun sepuluh batang jari ku untuk kalian sebagai tanda kemaafan yang lahir dari hati , aku tahu mungkin kekadang ada bahasa ku yang kurang sopan , ada tabiat ku yang kurang ajar , ada caraku yang tidak menyenangkan hati atau mata , ada tindakan ku yang over , hanya kerana aku adalah seperti kamu , manusia biasa yang tidak sempurna , maka maafkan aku yaaaa ..

Aku bercuti selama tiga ( 3 ) minggu dan selama cuti ini la jugak aku cuti online .. dan akan kembali ke kampus pada 18 hb september untuk menduduki kertas final exam .. Orang lain cuti hari raya , happpy glerr beb , tapi aku plak , kena memerah otak untuk final exam , argggg !

Tahun ni , Hari Raya ke sebelas ( 11 ) tanpa imam ( arwah bapak ) kami , sedih aku di pagi raya , kalau dulu , tiap pagi raya bapak jadi imam , sekarang , keadaan sudah berubah , masa terlalu pantas memintas lalu lintas semasa .. kenapa bukan aku yang jadi penganti beliau ? kerana Tuhan sudah tetapkan bahawa ; iman tidak boleh di warisi ; ini fitrah alam .. pasrah seja laa ..

Esok malam , aku balik Kampung , awal 4 hari dari tarikh yang aku rancang .. hehe , doakan aku selamat sampai ya teman-teman .. by the way , sekali lagi , maafkan segala salah dan silap ku , kerana aku adalah insan yang tidak sempurna , kesalahan selalu menyebelahi aku , yang buruk datangnya dari kelemahan ku sendiri , yang baik semua dari Tuhan , Selamata Hari Raya , Wassalam ..

4 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Selamat bercuti dan semoga bergembira menyambut hari raya aidilfitri bersama dengan keluarga tercinta.

    Salam kenal dari saya dan selamat berkongsi minat yang sama bersama-sama dengan TBU yang lain.

    Good luck in ur exam

    ReplyDelete
  2. raya tahun ni paling tak bleh lupa... penuh kegembiraan, ada kesedihan, ada kekecewaan, ada pengajaran.. neway.. ia sungguh bererti...

    zell: all the best..

    ReplyDelete
  3. azam: memang penuh bermakna sebab ada kekasih hatimu di beraya bersama.. semoga kamu bahagia sentiasa. amin.

    ReplyDelete

KERATAN NOTIS

1. Sila Komen Dalam Bahasa Melayu / Ingelish Yang Mudah Difahami

2. Tinggalkan Alamat Blog / Email Jika Perlu

SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. PEMILIK AJTR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA DI AJTR INI.