Masih ku ingat lagi masa tu, Disaat aku begitu gembira dapat lepas jauh dari kaca mata keluargaku, kerana inilah kebebasan yang aku impikan selama ni. Atas nama mencari & menambah ilmu demi masa depan yang cerah aku dilepaskan pergi berbekal iman senipis kulit bawang dan ilmu agama setitis zarah. Tanpa aku sedar iman dan ilmu yang begitu rapuh ini bakal mengundang padah diriku yang masih belum bersedia belayar di lautan "indah" yang begitu deras di luar sana.
Ah semua itu bukan penghalang bagi ku. Apa yang penting aku dapat mencari hidup ku d luar sana. Saat aku bertemu dengan impianku, Aku dapat merasa betapa luasnya bumi ciptaan Allah ini. Penampilanku mula berubah, dari seorang budak kampung kini tampil dengan trend masa kini. Namun aku tidak kisah. Aku tidak mahu digelar budak kampung dengan mengenakan pakaian ala zaman batu. Aku kini berada di Ibu Kota, tiada siapa yang akan menghiraukan apa yang hendak aku lakukan walaupun bertentangan dengan ajaran Agama ku.
Dan kini keadaan sudah berbeza, aku tidak mampu membawa prinsip itu di Bandar Besar ini. Lagi pula hati halus ini begitu ingin disayangi oleh insan bergelar Kekasih. Pergaulan pun semakin bebas, prinsip yang pernah ku genggam tika di bangku sekolah dulu, tidak lagi ku amalkan kini. Saat itu aku lupa pada penat lelah Mama dan Abang yang membanting tulang berpeluh keringat berkerja menampung pelajaranku disini. Aku sudah lupa pada jasa ibu yang bersabung nyawa melahirkan aku. Aku lupa, aku lupa, aku lupa. Ya Allah pasti luluh hancur hati keluargaku melihat apa yang pernah terjadi pada ku suatu tika dulu..
Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Kini aku sudah berada ditahun akhir pengajianku di
Dan kini, aku bangkit semula dari kegagalan dan mimpi semalam, alhmadulillah, segalanya telah berubah kini..
Mungkin ini adalah salah satu dari getusan hati kekesalan puluhan ribu remaja yang hanyut dalam indah dan manisnya dunia. Mereka dibuai penuh asyik dengan hiburan.
Duhai saudara Muslim ku,
aku tahu engkau telah menyesal atas tipu-daya dunia. Dunia yang luas, pastinya ketika ini cukup sempit untuk mu. Engkau tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Dimana perlu kau bermula untuk memperbaiki kekhilafanku ini???
Wahai saudara Seagama ku,
walaupun seluruh dunia ini membencimu atas kesilapanmu dahulu. Namun percayalah engkau tidak bersendirian. Allah masih sentiasa bersamamu. Walaupun engkau datang bersama dosa sebesar bukit Uhud, Allah tetap memaafkanmu. Hatta engkau datang bersama dosa langit dan bumi Allah tetap menantikanmu untuk memberikan keampunan sepenuh langit dan bumi. Percayalah sahabatku walau sebesar manapun dosamu dahulu Allah tetap akan mengampungkanmu.
Lupakah engkau pada cerita lelaki yang telah membunuh 100 orang manusia lantas dia bertaubat, terus ALLAH telah memasukkanya kedalam syurga. Aku pasti wahai saudara Seislamku, pastinya dosamu tidak sebesar cerita lelaki diatas yang termaktub dalam kitab hadis yang paling sahih (Al-Bukhari)
Bertaubatlah dengan sepenuh hatimu. Hiasilah malammu dengan isak dan tangis memohon keampunan dari Rabbmu. Biarkan pipimu mengalirkan air mata taubat yang akan menjadi saksi dipadang Mahsyar Allah nanti. Allah masih sayangkanmu wahai saudaraku. Kerana itulah Allah yang maha Esa masih memberi denyut nadi untuk dirimu bernafas bagi memberi peluang untuk dirimu bertaubat."
Aku tahu engkau begitu menyesalkan dengan cinta masa lalumu yang penuh titik hitam dan derita yang mendalam. Dan pasti engkau risaukan pasti tiada lagi insan yang ingin bersamamu meneruskan perjuangan dan berjalan bersamamu. Saudaraku percayalah masih ada lagi insan soleh / solehah diluar sana yang tidak akan kisah lansung dengan sejarah hitammu asalkan dirimu benar-benar bertaubat dan dapat menjadi Hamba yang TAAT dan SOLEH padanya.
bagus siap ada motivasi lagi.. ;)
ReplyDeletealhamdulillah :)
ReplyDeleteT_T sy jd serba salah skarang.. adakah sy hanyut.. adakah yg berlaku pada kita ada hikmahnya.. azmil.. bila baca ni.. aku rasa ingin bertaubat.. tapi aku ragu2.. setiap yang kita buatkan ada risikonya.. aku takut... bingung..
ReplyDeletejangan takut berhadapan risiko bah prend .. rilex .. Tuhan bayar tiap usaha yang kita buat ..
ReplyDeleteT_T owh... sempat lgi titis kn air mata owh....
ReplyDeletecrta yg simple.. tpi mbawa maksud yg mdalam...
jovic : insaf ka dik ? :)
ReplyDelete