I've NEVER led a PERFECT life . There have been UPS and DOWNS , and there were times when SUPERFICIAL people tried to BREAK me .. Blog ini bersifat Universal .. If anyone we're offended by my words , a thousand apologize .. But again.Its my blog and my right to say anything .. A THOUSAND THANK YOU FOR THOSE WHO ARE VISITING MY BLOG ..

MAAF , KERANA BLOG INI MENGGUNAKAN LOGHAT SABAH ..

LELAKI MENANGIS BILA



Percayalah, sekeras-keras hati ibu singa keras lagi hati seorang lelaki, tapi jangan ingat di sebalik kekerasan hati seorang lelaki tidak terselit sebuah kasih sayang yang mendalam, yang sebenarnya hati seorang lelaki lebih lembut dari hati seorang perempuan.. sebagaimana perempuan, lelaki juga akan mengalirkan airmatanya apabila:

1. Putus Hubungan Dengan Kekasih

Hasil kajian mendapati lelaki terlalu menyayangi kekasih hatinya pasti menangis bila hubungan terputus.Biasanya lelaki tidak boleh menerima hakikat hubungan cinta berakhir di tengah jalan, dan tidak diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Mereka akan menangis di belakang gara-gara malu.

2. Bila Jatuh Sakit

Ada sesetengah lelaki akan menangis bila jatuh sakit, lebih kronik lagi jika mereka tidak berupaya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga juga sebagai suami akibat penyakit yang dihidapi.

3. Kehilangan Pasangan

Ini mungkin antara penyebab utama lelaki tidak boleh terus berlagak macho bila pasangan meninggal dunia.Bagi lelaki yang tidak dapat menerima hakikat,luka ini lama untuk disembuhkan.

4. Tertekan

Tidak kira bebanan pekerjaan, masalah peribadi dan sebagainya, akhirnya air mata lelaki gugur juga. Ada juga lelaki yang mengambil jalan mudah dengan mengunjungi kelab malam bagi melepaskan tekanan, namun ia bukan penyelesaian yang baik.

5. Bertengkar dengan Pasangan

Walaupun jumlahnya tidak sebanyak air mata wanita yang mengalir, ada juga lelaki yang tidak sanggup melihat pertelingkahan berterusan dalam rumah tangga.Lebih memburukkan keadaan apabila si isteri meminta cerai atas perbalahan yang berlaku.

6. Melihat anak-anak sakit

Sesetengah lelaki tidak dapat menahan perasaan apabila melihat anak-anak mengalami penyakit yang kronik dan tidak dapat disembuhkan lagi.

0 comments:

Post a Comment

KERATAN NOTIS

1. Sila Komen Dalam Bahasa Melayu / Ingelish Yang Mudah Difahami

2. Tinggalkan Alamat Blog / Email Jika Perlu

SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. PEMILIK AJTR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA DI AJTR INI.