JAUHI DOSA




JJauhilah dosa ! Dosa adalah kemurkaan Tuhan,
Tinggalkanlah dosa, kerana ia adalah hijab, Di antara hamba dengan Tuhan,
Larilah dari dosa ! Kerana ia menghijab rahmat dari Tuhan, Jangan sekali-kali buat dosa, Di dalam perjuangan terhijab bantuan, Kita akan berhadapan dengan dua kehinaan,
Kemurkaan Tuhan dan kekalahan, Orang yang berdosa, Orang yang sedang karam di dalam lautan, Bukan senang hendak diselamatkan, Orang yang berdosa, Seperti ular yang besar sedang membelit seseorang, Menunggu hendak ditelan, Orang yang berdosa, Laksana singa yang galak hendak menerkam, Bukan senang hendak lepaskan diri dari cengkamannya, Orang yang berdosa, Seorang yang sedang dipeluk oleh seorang yang hodoh, seluruh badan penuh dengan kudis, Nanah dan darahnya sedang mengalir
Dengan ulat-ulatnya yang menjijikkan, Baunya terlalu busuknya, Meloyakan tekak dibuatnya, Sekali-kali jangan buat dosa, Ini adalah perbuatan hina dan sangat memalukan, Mungkin amal ibadah kita, tidak ada nilainya disisi Tuhan,
Tidak mengapa amal ibadah yang sedikit, Tapi tidak buat dosa, Allah Taala tetap redha, Apa ertinya ibadah banyak bersama dosa, Tuhan tetap murka.

No comments:

Post a Comment

KERATAN NOTIS

1. Sila Komen Dalam Bahasa Melayu / Ingelish Yang Mudah Difahami

2. Tinggalkan Alamat Blog / Email Jika Perlu

SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. PEMILIK AJTR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA DI AJTR INI.