Pada hari kiamat nanti Allah akan menolak 4 macam alasan dari 4 jenis golongan manusia iatu:
1. Allah menolak alasan dari Orang Kaya jkalau sekiranya ia berkata, "Kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh sendiri telah membuatkan aku sibuk sehingga menyebabkan aku tidak sempat untuk membuat mala dan kebajikan." Firman Allah kepadanya,
"Kekayaan mu, tidaklah setanding kekayaan Nabi Sulaiman, tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa untuk mengingati Aku."
2. Allah menolak alsan dari hamba sahaya sekiranya ia berkata, "Aku adalah seorang hamba dan selalu terikat kepada suruhan yang membuatkan aku tidak bebas. Oleh sebab itu, aku tidak berpeluang beribadat kepada-MU." Firman Allah kepadanya,
"Utusan-Ku yang bernama Nabi terhadap-Ku."
3. Allah menolak alsan dari orang miskin sekiranya ia berkata, "Kemiskinan dan kekurangan yang kami miliki inilah yang menyebabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu." "Firman Allah kepadanya,
"Kemiskinan yang kamu rasai, tidaklah semiskin sebagaimana seorang utusan-Ku Nabi Isa a.s dan ia tidaklah pula mengabaikan tangungjawabnya kepada-Ku."
4. Allah menolak alsan dari orang yang sedang menderita sakit sekiranya ia berkata, "Penyakit inilah yang menghalang aku melakukan sujud kepada-Mu." Firman Allah kepadanya,
"Penyakitmu tidak lah seteruk seperti apa yang pernah dialami oleh hamba-Ku yang mulia iaitu Nabi Ayob a.s. tetapi lidah dan hatinya sedikitpun tidak berhenti dari menyebut akan namaku."
0 comments:
Post a Comment
KERATAN NOTIS
1. Sila Komen Dalam Bahasa Melayu / Ingelish Yang Mudah Difahami
2. Tinggalkan Alamat Blog / Email Jika Perlu
SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. PEMILIK AJTR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA DI AJTR INI.