Kita dibesarkan dengan cara yang cukup berbeza dan tiada kesamaanya, matang dengan persekitaran sekeliling kita yang mungkin mengasyikan dan adakalanya perjalanan hidup yang penuh berliku ini juga mampu membuat diri kita matang dan mungkin juga adakalanya layanan dan suasana hidup yang pernah kita lalui berbeza secara langsung menyebabkan kita melihat sesuatu perkara itu dengan prespektif dan dari sudut pandangan yang tidak sama dan serupa dengan orang lain.
Segala perilaku, reaksi juga tindakbalas terhadap sesuatu perkara yang kita buat adalah berlandaskan pemahaman dan pengalaman yang kita pernah lalui yang langsung tidak sama dengan sesiapa walaupun kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. Pada penilaian kita, apa yang terjadi pada diri kita ini adalah takdir hidup kita. Tetapi sebaliknya pula kepada orang lain, bukan mudah untuk orang lain belajar cara hidup kita, lagi susah untuk orang lain terima siapa diri kita yang sebenar bukan kerana ego, tapi kerana mereka malu dalam diam-diam mereka punyai kawan yang berlainanan takdir atau juga mungkin kerana kita dari awal lagi sudah terdidik untuk membenci orang yang tidak punyai pendirian tetap. Bukan kami hina, kami pun mampu mengoncang dunia dengan alunan tangan yang lemah gemalai ini, bukan kami jijik, tapi ini cerpen hidup kami, derita, cerita, berita, adalah harta dalam hidup kami, inilah takdir kami. Oleh itu, janganlah dengan mudahnya melabel orang lain hanya mengikut; kerana asingnya perilakunya di mata kita, kita label mereka sebagai weird/stranger, cuba fikir sejenak, apa perasaan kita apabila kita punyai takdir yang sama dan serupa seperti mereka? Manusia di cipta dengan perasaan, manusia punyai perasaan, malu terutamnya, dan bukan mudah untuk melawan takdir. Kenapa kita tidak benarkan sahaja mata ini menilai unik & istimewanya seseorang itu adalah kerana “weird/stranger”nya perilakunya di mata kita?
p/s: Maafkan jika segala apa yang ada pada diriku ini selalu menyakitkan mata kamu ar! Kita insan biasa, tiada daya penuhi kehendak yang bermacam rupa. kita insan biasa, insan biasa memang cukup luar biasa. Fahamilah takdir ini, bukan aku yang minta, tapi ini yang wujud. Aku lahir pun kerana takdir.
2 comments:
coretan yang membuka mata.. say yes for this.. i like it.. setiap yg ada pasti akan ada dan setiap yang berbeza, pasti akan ada samanya..
ya bah , herm , no komen :)
Post a Comment
KERATAN NOTIS
1. Sila Komen Dalam Bahasa Melayu / Ingelish Yang Mudah Difahami
2. Tinggalkan Alamat Blog / Email Jika Perlu
SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. PEMILIK AJTR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA DI AJTR INI.